Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Saturday, November 19, 2011

Bohsia. Tak kesian ke pada mereka yang kena cop bohsia

Banyak kata-kata kesat yang dilemparkan ke atas perempuan. Kalau perempuan tu mencarut, lelaki akan berkata " Harap je muka cantik, tapi mulut busuk macam bangkai " Ok part ni aku setuju la even aku perempuan sekalipun.

TAPI

Kalau lelaki pulak yang mencarut, aku tak pernah baca lagi status perempuan " Harap muka je handsome, tapi mulut bau longkang. " Pada pendapat aku kalau lelaki mencarut kesat 100x lebih daripada perempuan. betul tak? 



Kalau perempuan berpakaian seksi, dikatakan bohsia. tak ada maruah. Hey guys! kenapa nak cop perempuan kena sampai macam tu sekali? Bukan ke Islam suruh lelaki protect perempuan bukan menghina perempuan. Kenapa tak korang nasihat elok-elok kat perempuan tu. Perempuan tu pakai sexy melampau memang dapat dosa, lelaki yang tengok pun berdosa tapi ditambah dengan memaki hamun dan mengutuk lagi lah bertambah dosa. 



Kadang-kadang kalau aku tengok kat Facebook sekarang ni, ramai lelaki yang "like" gambar-gambar perempuan bogel. Ramai lelaki yang mengutuk perempuan tapi ramai jugak lelaki yang suka betul tak? Kesian la pada perempuan tu. mungkin gambar tu dah di-edit sebab nak jatuhkan maruah perempuan tu. Aku rasa yang dalang segala ni pun lelaki. 


Setakat ni, aku tak pernah lagi tengok gambar budak lelaki bogel ke apa ke. So nampak sangatlah sekarang ni perempuan lebih tertindas dan lebih tertekan daripada lelaki. So lelaki tu, kalau korang tertengok gambar perempuan bogel ke kat Facebook, cuba korang fikir dua kali sebelum mengutuk. Fikirkan kalau adik perempuan korang yang kena malu disebabkan perbuatan orang yang dengki. Kan senang kalau buat bodoh je lepas tertengok gambar tu, daripada korang maki-maki lagi tambah dosa. Si dalang tu pun suka la sebab apa yang dia terget dah tercapai. 



Bersihkan hati, bersihkan jiwa :) 




No comments:

Post a Comment

I value your comment :)