Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Friday, September 16, 2011

Cemburu!



Cemburu a.k.a jealous sebenarnya banyak membantu kita so that we can improve ourselves. Aku nak bagi korang contoh la eh supaya lebih faham apa yang aku nak maksudkan.

Contohlah, korang tengah couple dengan sorang mamat ni. Tapi korang gatal-gatal tanya BF korang siapa ex-GF dia. Benda dah lepas tak payah la nak ungkit tp selalunya kita ni sebagai manusia selalu ada sikap tak puas hati kalau tak dpt sesuatu. Then selepas dipaksa, korang tengok ex-GF dia punyalah cun melecun! Kulit bersih takda daki-daki, badan pun ada shape. Korang apo yg hado? Mula lah jealous padahal dah jadi ex-GF dah pun kot! So,mulai dari saat tu, korang berusaha jadi lebih bagus dr ex-GF dia. tiap malam sapu krim kat muka bagi hilang bekas jerawat. tiap minggu pergi joging taknak  ada lemak yg bergayut. Haaaaa see! kan betul apa aku ckp awal2 cerita td.



kadang-kadang kita as human being nak diberi perhatian especially from the loved ones. Perkara ni berlaku sendiri pada diri aku. Suatu malam, tiba-tiba dada aku sesak nafas. sampai nafas pun keluar bunyi. Sesak nafas tahap kritikal la + batuk yang tak ada kahak. bayangkanlah betapa pedihnya tekak aku masa tu ditambah dengan tak cukup oxygen! Selalunya, waktu kritikal mcm ni, kita nak kan perhatian daripada dia kan. tapi dia tak ada. Bukan sebab dia tinggalkan aku, tapi dia tertidur! TERTIDUR. so salah siapa? no ones. Aku yg tak tahu nak buat apa melainkan fikir mati, call kawan baik aku a.k.a hantu galah sbb dia panjang haha. Lelaki yg sepatutnya take care psl aku telah digantikan dengan lelaki lain. Ohhh bersalahkah aku? bukan aku nak tapi keadaan memaksa! kawan baik aku tuh la yang bagitahu apa nak buat..


pacek : oiii cik, you okayke tak ni.. 
aku : tak... i tak ok... ( suara yg putus-putus )
pacek : mcm teruk je suara you ni.. kau ada sakit eh. asal tak g klinik??? kau tahu tak bahaya!! kauni degil laa budak kecik!! eeee aku nak cubit2 je kau.. 
aku : klinik mana buka mlm2 buta ni bongokk!! aku mcm ni pun kau nak marah lg ke? dah r klu aku tahu aku tak call kau! ( suara makin ke dalam dgn batuk )
pacek : okay soryyy-sorryyy.. skrg you larat bangun tak? you amik air suam dgn tuala..  sapu kat muka kau..dada you.. pakai selimut jgn bagi sejuk.. kalau tak elok jugak, you amik wuduk.. 
aku : ermm yela I g bilik air kalau larat...
pacek : pergi sekarang!!!!!! 
aku : yeeeeeee aku pergi la ni..
pacek : yg kau still call aku lg ni apahal? g buat apa aku suruh dulu nnt call balik.. 


Lebih kurang macam ni la dialogue kiteorg. kadang2 kau kadang2 you. aku pun tak faham. dalam pukul 6 pagi dekat subuh barulah aku ookay sikit.. sepajang malamtu, pacek tuh membebel je.. ayat dia paling tak boleh tahan " kau tahu tak aku risaukan kau,cik! " hahahaha lelaki yg dikenali dgn sikap ganas boleh ckp mcm tu.. tergelak masa tu jugakaku.. hehe..


Masa tuh, BF aku tgh tidur.. tapi bukan salah dia.. dia penat..
Bie, lepas you baca entry ni jangan marah I ye honey. i takmau ada secret dengan you..


Agak-agak korang, BF aku cemburu tak? hahaha. nak ke lepas ni dia berjaga sepanjang mlm kalau sesak nafas aku datang balik?

Saturday, September 10, 2011

Result Ujian Pertengahan Semester & Kelahiran Baby Comel Saya!!!

Assalamualaikum :)

Hi semua.. dah lama saya tak update blog busuk ni.. rindu sangat zaman lepas SPM tapi apa nak buat.. Saya dah mula start class dalam minggu ni. Dalam minggu ni, ada 2 cerita yang gembira. pertamanya.. kucing kesayangan saya dah selamat melahirkan anak-anak yang comel.. alhamdulillah.. semakin besarlah keluarga kami lepas ni.. tak lama lagi rumah saya tuh akan jadi taman bola sepak bagi kucing-kucing yang baru lahir tu.. so makin keraplah ibu saya mengemaskan barang-barang yang terjatuh akibat kucing saya bermain tak kira malam dan siang.. makin kerap jugaklah ibu saya merotan kucing disebabkan mencuri lauk di dapur walaupun dah diberi makanan..


Tengoklah diorang tengah tidur sambil peluk-peluk. Alolololo comel betul anak-anak saya ni! Masa Cha ambil gambar ni, mama budak 3 ekor ni tengah keluar kalau tak dia tak bg orang kacau anak dia. Mama dia ni kawin dengan kucing jantan mana lah.. dia kawin dengan kucing tambi kot tuh yang dapat anak hitam.. Yang putih tuh Cha dah cop dulu.. nak bagi nama dia Bella.. sbb dia putih macam Bella dalam cerita Twilight.. Yang 2 ekor lagi tuh bagi nama comot & hitam.. Biar nama dia tak modern... biarkannnnn nama kampung... haha.. 


Lagi satu cerita yang menarik ialah Cha dah dapat result UPS ( Ujian Pertengahan Semester) . Mula-mula nervous la nak tengok.. Ramai member dah tengok.. Ada yang menangis,, ada yang selamba,, ada yang gelak tak henti-henti.. Cha pun tergedek-gedek pergi tengok result.. sekali tengok... Wahhhhhhhhh!!!! Sukanyaaa sukanyaaa!!!!! :D I got 4.00000000!!



Matrik no Cha - MA1112673141.. kalau korang tengok terus ke kanan.. Ada tulis gred D kan? Yang tuh result English..  :'( sedih ohhh.. tak pernah-pernah dapat english D sekali masuk matrik dapat D. Masa jawab paper hari tu, rasanya Cha dah buat yang terbaik dah.. Mungkin sebab sebelum masuk dewan peperiksaan, Cha kena marah dengan seorang pengawas sebab kasut.. Mungkin sebab tuh emosi masa jawab paper tak bagus.. Alahhhh!! sedih laaa! asal teruk sangat BI aku!! :( Budak cina dalam praktikum Cha pun dapat D for english.. just a few yang dapat A & B. Apa jawapan dia nak sebenarnya pun Cha tak tahu.. Cha rasa idea dah mencurah-curah masa jawab paper esei.. Minta tolong pensyarah semak balik kertas jawpaan memang mustahil sebab keputusan adalah muktamad! Nasib baik result BI tak masuk dalam pointer tp bg saya semua result adalah penting walaupun result pendidikan seni sekalipun.. Ohhhh shittoooooo!  -__________-


Result UPS ni cuma carry mark 10% dalam PSPM nanti.. PSPM waktu hujung bulan 10 ni. then habislah semester pertama... lepas tuh cuti 3 minggu masuk pulak semester kedua... struggle utk PSPM semester kedua then habislahh belajar.. yang pasti PSPM mesti susah.. so kena belajar betul2.. lagi berapa bulan je lagi.. hmmm.. guys, pray for me :) Take care...