Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Friday, August 26, 2011

Dia bukan Istimewa Tapi Teristimewa.

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak kongsi cerita tentang insan teristimewa. ni bukan pasal OKU ke apa, tapi pasal manusia normal. Semua orang ada insan yg istimewa dalam hati setiap orang. tak ksah la ayah ke, mak ke, even girlfriend/boyfriend sekalipun. So do I :)

Mula-mula aku kenal dia daripada myspace ke facebook. entahlah dah lupa. Ni cerita 2 tahun lpas, masa aku form 4. Dulu traffic kat facebook aku memang sesak laa. ada je orang lalu. sampai duit tol membuak-buak! hehhe. Dia selalu tegur aku kat chatbox. dia hantar " hi cha" aku tak layan. dia hantar banyak kali.. aku tetap tak layan. sebab dulu aku penat sgt nak layan org yg begitu ramai. aku just layan mmbe2 rapat kalau ada hal yg menyeronokkan nk dibualkan.  ( wehh gila poyo ayt aku!! Jangan pijak aku sudah.. chillax brahh!! hehehe) . Dulu org sampai cop aku sombong. muka macam anjing ada hati nak budget,. perghh sakit hati la gila!!


Okay okayy balik kpd cerita.. aku buat blog ni pn dah lama sgt .. dah bertahun. Dia selalu baca entry dalam blog aku. each entry! and he amazed me because he knew each story I had posted! Sampaikan dia boleh cerita balik story mory dalam blog aku. eventhough tu entry tahun lepas. cerita pasal lelaki, pasal aku marah dgn si polan , and blablabla... Aku yang mnulis sendiri blog aku ni pun tak ingat apa yg aku tulis! hahaha.


Dalam tahun ni, selepas result SPM keluar barulah kami berchatting secara rancak. Kami tukar-tukar cerita. Aku tanya macam mana nak mohon biasiswa, psl belajar mostly. Then dia pun bg jawapan dgn senang hati. Dia ada tanya kat lecturer dia if dia sendiri tk tahu jawab soalan aku tu. Aku pun mulai anggap dia kawan baik dalam dunia cyber :)


Selepas aku masuk matrik, aku ada tugasan pertama ekonomi. tentang inflasi minyak di malaysia. Aku kan baru lagi jd student matrik so aku tak tahu mcm mana nak buat ayat. nak mulakan assignment tuh dengan apa? and so on. So aku malas nak fikir aku online la facebook nak release stres. Tiba-tiba, dia tegur. dan dia tanya pasal belajar aku macam mana. aku pun cerita la masalah assignmnt aku.. Dia pun bg la jawapan macam mana nak jawab. Kesian dia kena taip panjang2 , yang aku ni pulak copy and paste je! hahahaha!


Aku rushing nak offline. then aku tinggalkan number aku pd dia utk tanya soalan psl assignment. sebabnya aku betul2 dah kesuntukan masa nak buat assgnment ni. aku bg number aku sbb aku percaya dia orang yg baik dan ikhlas tolong aku. Lgipun sebelum ni dia tanya lecturer & kwn2 dia nak jwb soalan aku psl sambung belajar tuh.. Dan dan.... Kami pun bertukar-tukar number. Tengah-tengah mlm aku call dia guna telefon rumah untuk siapkan assgnment aku malam tuh jugak! Sampai pukul 4 pagi rasanya barulah assgment aku tu siap. Suara dia still cergas lg. aku ni dah menguap banyak kali dah. hujung bulan, bil telefon melambung . hahahahaha. aku kena marah dgn mum.


Lepas je kejadian malam tuh, kami tak contact pun.. Masa tu pun aku takde rasa apa-apa feeling. smpailah satu mlam aku dpt meseg dari dia. " I tak boleh halang diri I dari meseg dengan you " . Aku baca rasa mcam.. ehhh biar betul mamat ni! gosok mata banyak2 kali..


Kami meseg setiap hari. daripada first day aku masuk matrik, sampailah sekarang. dan aku tak rasa jemu pun. sbb dia pandai ambil hati.. muahaha! Sampai satu malam, aku terkantoi dngan kawan2 hostel satu aras. diorang rampas phone aku.. aku pulak kena tahan dengan sorang kawan yg mana lg kuat dr aku. yg sorang lagi baca conversation aku dengan dia kuat2 smpai semua budak lain boleh dgr! Perghhhhhh semua orang gelak!!! MALU!!!!!!!!!!! ayat yg berbunyi " takpe, i tak malu ada ...... yang kuat nangis " dan " you tak reti masak pun takpe, kita makan mcD hari2 " Dia perli aku mati2 laaa gilaaa!! arghhhhh...



.....bersambung...

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)