Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Sunday, August 28, 2011

Break Fasting @ Nando's

Assalamualaikum :)

Sejak aku jejak kaki kat  KL sampailah kelmarin, aku tak pernah lagi berbuka puasa di luar. Bukan apa, sebab nak jaga hati mum. yelaa, anak dia dapat cuti raya 2 minggu je. So mum is my first priority ! But.... aku pun taklupa dengan kawan2 seperjuangan SPM dulu. Semalam kami berbuka puasa sama2. Surprisely, mum aku terus bagi green light untuk keluar berbuka puasa ! hehehe. Cara aku cakap mesti korang igt aku ni kena control kan? yeahhhh! mum aku memang tak berapa nak suka makan kat luar. Dia lagi prefer aku masak sendiri then berbuka puasa dengan apa yang aku dah masak. herm!


There're some pictures of us! :D


gathering :)


she's me 


craziest friend ever!


Syaqira aka Kyra aka Shqy

Chicken with rice. Boleh laa tahan.. boleh laaaa



Friday, August 26, 2011

Dia bukan Istimewa Tapi Teristimewa.

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak kongsi cerita tentang insan teristimewa. ni bukan pasal OKU ke apa, tapi pasal manusia normal. Semua orang ada insan yg istimewa dalam hati setiap orang. tak ksah la ayah ke, mak ke, even girlfriend/boyfriend sekalipun. So do I :)

Mula-mula aku kenal dia daripada myspace ke facebook. entahlah dah lupa. Ni cerita 2 tahun lpas, masa aku form 4. Dulu traffic kat facebook aku memang sesak laa. ada je orang lalu. sampai duit tol membuak-buak! hehhe. Dia selalu tegur aku kat chatbox. dia hantar " hi cha" aku tak layan. dia hantar banyak kali.. aku tetap tak layan. sebab dulu aku penat sgt nak layan org yg begitu ramai. aku just layan mmbe2 rapat kalau ada hal yg menyeronokkan nk dibualkan.  ( wehh gila poyo ayt aku!! Jangan pijak aku sudah.. chillax brahh!! hehehe) . Dulu org sampai cop aku sombong. muka macam anjing ada hati nak budget,. perghh sakit hati la gila!!


Okay okayy balik kpd cerita.. aku buat blog ni pn dah lama sgt .. dah bertahun. Dia selalu baca entry dalam blog aku. each entry! and he amazed me because he knew each story I had posted! Sampaikan dia boleh cerita balik story mory dalam blog aku. eventhough tu entry tahun lepas. cerita pasal lelaki, pasal aku marah dgn si polan , and blablabla... Aku yang mnulis sendiri blog aku ni pun tak ingat apa yg aku tulis! hahaha.


Dalam tahun ni, selepas result SPM keluar barulah kami berchatting secara rancak. Kami tukar-tukar cerita. Aku tanya macam mana nak mohon biasiswa, psl belajar mostly. Then dia pun bg jawapan dgn senang hati. Dia ada tanya kat lecturer dia if dia sendiri tk tahu jawab soalan aku tu. Aku pun mulai anggap dia kawan baik dalam dunia cyber :)


Selepas aku masuk matrik, aku ada tugasan pertama ekonomi. tentang inflasi minyak di malaysia. Aku kan baru lagi jd student matrik so aku tak tahu mcm mana nak buat ayat. nak mulakan assignment tuh dengan apa? and so on. So aku malas nak fikir aku online la facebook nak release stres. Tiba-tiba, dia tegur. dan dia tanya pasal belajar aku macam mana. aku pun cerita la masalah assignmnt aku.. Dia pun bg la jawapan macam mana nak jawab. Kesian dia kena taip panjang2 , yang aku ni pulak copy and paste je! hahahaha!


Aku rushing nak offline. then aku tinggalkan number aku pd dia utk tanya soalan psl assignment. sebabnya aku betul2 dah kesuntukan masa nak buat assgnment ni. aku bg number aku sbb aku percaya dia orang yg baik dan ikhlas tolong aku. Lgipun sebelum ni dia tanya lecturer & kwn2 dia nak jwb soalan aku psl sambung belajar tuh.. Dan dan.... Kami pun bertukar-tukar number. Tengah-tengah mlm aku call dia guna telefon rumah untuk siapkan assgnment aku malam tuh jugak! Sampai pukul 4 pagi rasanya barulah assgment aku tu siap. Suara dia still cergas lg. aku ni dah menguap banyak kali dah. hujung bulan, bil telefon melambung . hahahahaha. aku kena marah dgn mum.


Lepas je kejadian malam tuh, kami tak contact pun.. Masa tu pun aku takde rasa apa-apa feeling. smpailah satu mlam aku dpt meseg dari dia. " I tak boleh halang diri I dari meseg dengan you " . Aku baca rasa mcam.. ehhh biar betul mamat ni! gosok mata banyak2 kali..


Kami meseg setiap hari. daripada first day aku masuk matrik, sampailah sekarang. dan aku tak rasa jemu pun. sbb dia pandai ambil hati.. muahaha! Sampai satu malam, aku terkantoi dngan kawan2 hostel satu aras. diorang rampas phone aku.. aku pulak kena tahan dengan sorang kawan yg mana lg kuat dr aku. yg sorang lagi baca conversation aku dengan dia kuat2 smpai semua budak lain boleh dgr! Perghhhhhh semua orang gelak!!! MALU!!!!!!!!!!! ayat yg berbunyi " takpe, i tak malu ada ...... yang kuat nangis " dan " you tak reti masak pun takpe, kita makan mcD hari2 " Dia perli aku mati2 laaa gilaaa!! arghhhhh...



.....bersambung...

Wednesday, August 24, 2011

Mimpi Sengal !

Hi kawan-kawan :)

Ni haa aku nak cerita kat hampa semua nihh. mehh sini duduk dekat-dekat, rapat-rapat mehhh. Masa aku tidur pagi tadi, aku ada mimpi. mimpi tuh memang tak boleh blahh! Aku mimpi yang aku dengan dia pergi ambil gambar sama-sama kat satu taman yang sangat cantik. rumput bukan rumput kucing buang taik tuh, rumput yang lembut tuh.. aku pun lupa nama rumput tu. alah!

Kami bertiga, sorang lagi tuh tukang ambil gambar. Mula-mula kami berlari atas rumput yang cantik tuh.. Dia kejar aku, aku lari.. hahaha sumpah menggediks gilaa.. Suasana tuh lebih kurang macam ni laa..


Lepas kiteorg main kejar-kejar, aku dah penat lari. dia laju lagi. apa lagi, dia pun dapat tangkap aku.. then aku terus kena angkat... lebih kurang macam niii -_____-

Hahahahahaha! aku dah tersengih-sengih macam kerang busuk sekarang ni! korang mesti dah menyampah kan baca psl mimpi aku.. tunggu japp.. ada lagi part yang boleh buat korang muntah masa puasa ni... part yang macam ni.. ehemmm ehemmmm.. alaa faham-faham sendiri la..



Whoaaaa whoaaaaa!! jangan salah faham eh. dalam mimpi takda sentuh pun.. lebih kurang macam dua ekor anjingni buat laa.. romantik kan mimpi aku? hahhaa. bila aku fikir balik, aku tersenyum macam orang gilaa macam waktu sekarang ni. hahhhaaaaa.

Oiii Cha, ingat bulan ni bulan puasa! hmmm. tapi nak buat macam mana.. aku dah termimpi , bukan aku yang create mimpi aku tuh kan? siapa sokong aku? sokong laa cepattt! heh heh =P



Friday, August 19, 2011

Delete Then Add Balik. Ohh Fuck Offffff

Assalamualaikum.

Bagaimana dengan puasa anda semua? penuh ke? separuh? ataupun suku? hehe. sekejap lagi nak raya kan. sedih laa cepat sangat masa berlalu. that's mean semakin cepat la kita tua. Bulan puasa ni Cha nak mengutuk orang sikit.

Saya nak mengumumkan saya sangat tak suka a.k.a benci kalau dah add account facebook saya or whatsoever , tapi delete balik tanpa pemberitahuan. Tiba-tiba muncul di friend request anda menge-add saya kembali. Ohh itu sangat annoying. ( apahal ayt aku skema ni?!! )

Apa kata lepas ni kita buat peraturan dalam facebook. antaranya :

1) Before delete kawan dalam facebook, hantar msg or terus wall " Eh aku nak delete kau sebab kau tak lawa / tak handsome / membosankan / budget hooottttttttt " 

2) Kalau nak add kembali, tekan button add as friend dan at the same time hantar msg " Ehh saya nak add awak balik la, nak jadi kawan sejati awak, tiba-tiba saya nenok awak ni lawa / handsome / memang real hottttttt " 


Dengan adanya peraturan macam ni. boleh la kita tahu kenapa angka dalam friendlist kita tidak consistent! Tak ada lah timbul salah faham macam apa yang belaku pada Cha sekarang. kan dah mengundang dosa bulan-bulan puasa ni sebab mengutuk. tak pasal-pasal pahala puasa aku dah kena deduct disebabkan kau!! Eeeeeeeee geramnya!


Latest picture of me :) 

P/S : Saya nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada followers tercinta ( muahh muahhh ) sebab anda follow blog saya. korang tak nenok ke blog aku ni kan bosan. sejak aku study dah jarang update. papepun, thanks. dan jgn lupa click bahagian iklan. dapat juga duit iklan + duit elaun belajar. hehehehe :P

Saturday, August 06, 2011

Rupa? Penting ke?

Assalamualaikum and good evening :) 


Kebanyakan org menganggap rupa itu penting. sebagai aset katanya. kalau ada rupa, semuanya dapat. Contoh lah kalau nak jadi pramugari / pramugara, rupa itu dah jadi satu kemestian. walaupun, pramugari / pramugara tu kena cuci tandas , kena bersihkan isi perut airplane tu, org tetap nak pekerjaan macam tu. Bak kata pensyarah sy, dah pakai cantik2, wangi2 last2 kena cuci tandas jugak. Ahhh tak kisahlah kerja apapun, kebanyakan job yang memerlukan kita berhadapan dgn org ramai memerlukan paras rupa sbg tanda aras untuk dapat pekerjaan tu.


Semua orang dalam dunia ni mempunyai rupa. yelah mestilah ada rupa. pernah korang tengok muka orang  yang berhidung mcm Voldemort ? kalau ada pun mungkin 1 dalam sejuta. Kebanyakan org kita sekarang, kalau bercinta mesti tengok muka dulu, then tengok perangai then baru bercinta. bukannya tengok perangai dulu, tp tengok rupa. Setiap orang berlainan citarasa. Ada orang suka Dafi AF sebab muka dia handsome, tapi ada orang fikir Dafi tuh tak handsome, Daniel Radcliffe lagi seribu kali handsome. Macam tu jugaklah org yang bercinta, kalau muka partner dia macam ni, dah memadai. tapi kalau orang lain pandang, macam buruk gila.


Tak baik sebenarnya kita menilai rupa orang tu handsome ke cantik ke tidak. Cha selalu kena marah dengan mak sebab pasal tajuk rupa ni la. hishhhhh. Kalau kita menilai rupa seseorang, sama jugalah kita menilai ciptaan tuhan. tak ke gitu adik adik ??? Kalau anda dah ada rupa yang cantik/ handsome, so just make sure you have good manner too . Biar orang tak kata, ' harap muka je cantik, tapi perangai macam sampah ' Tak ke pedas kata2 tu? Percayalah kalau seseorang tu tak ada kelebihan dalam rupa paras, mesti dia ada kelebihan dalam hal lain.


Voldemort ni pun ada rupa. handsome ape? hehehehe.    



Yang ni memang gila2 handsome. spek daniel pakai igtkan cha pd lecturer kt matrik. haha!


Thanks for reading :)