Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, July 10, 2011

Excited main futsal, kaki jadi mangsa

Salam semua :)



Jum kita belajar sekejap dalam masa 2 minit untuk mengetahui sejarah Futsal. okay let's go!
Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.


Macam best je baca. rasa macam nak main futsal. Tapi saya tak reti. Ah lantak la. peduli apa kan. kita rembat je bola tuh. then sambut. pastu rembat balik. hahaha gila looser main bola macam tu! Tapi tuh la saya! sobs sobs :'( Ada sesiapa lelaki nak offerkan diri ajar saya main bola? Ehemm ehemm..For ur info la ye, gua ni tahan dek lasak bhai. Lu bagi la gua jenis latihan macam mana pun. gua mesti boleh harung punya dohhhhh! Asalkan gua pandai main futsal :'( .


Cerita dia macam ni, pagi masa kokurikulum, lecturer kata pagi ni kita main futsal. Budak lelaki & budak perempuan main asing-asing. Lecturer main dengan budak lelaki. YELAH kan! dia mana nak main dengan budak perempuan, budak perempuan kelas aku tuh semuanya wanita melayu lemah lembut! Aku sorang je macam kasar active semacam sikit. Buktinya budak lelaki TAKUT nak main hoki dengan aku! HAHAHAHAHA!

Main punya main. Aku boleh terpijak bola! Adoiiiiii makkkkkk! Boleh jatuh  STYLE KATAK . Aku dah rasa dah pedih kat kaki. Seluar track dah koyak rabak bahagian lutut. Aku apa lagi.. Aku jalan terhenjut-henjut buat muka comel pergi jumpa lecturer. Aku panggil la diaa . " cikguuuuuu.. cikguuuuuu.. saya jatuh.. kaki saya berdarahhhh.. tengok ni...*tunjuk lutut yg berdarah sambil buat muka kesian " Aku relaks je panggil dia cikgu sebab dah terbiasa macam kat sekolah menengah dulu. hahaha. Last-last aku dapat balik hostel tukar seluar. nasib baik dekat 'gilerrrrrr' hostel dengan padang!!!


Jatuh hantaran kawin lutut dah tak balance
ambik masa ni nak bersihkan lutut balik macam dulu

LUKA SIKIT JE PON! luka lutut kanan lebam lutut kiri. Tapi aku heboh dah macam patah kaki. Semua member matrik aku tahu dengan beberapa orang paceks dah tau! Hahaha. Macam-macam aku mengadu nak menagih simpati. !Gila sengal aku ni. haha.

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)