Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Thursday, July 07, 2011

Air Mata Jatuh Berjurai-jurai Disebabkan Benda Tuh!

Assalamualaikum.

Menyelam sambil minum air. Itulah yang saya buat sekarang. Sambil-sambil surfing internet cari bahan untuk assignment saya akan update blog tercinta ni. hehe. Saya menulis ni untuk menceritakan pengalaman seram saya. Bukan untuk menakutkan anda semua, tetapi untuk dikongsi bersama sebab saya tahu pelajar-pelajar yang tinggal di asrama pasti sudah mengalami peristiwa ni. hmmm

Kat asrama( blok C ) kami ni, banyak sangat dengar cerita seram. antaranya pelajar perempuan blog A kena histeria. Dan cerita terbaru pelajar perempuan blog kami iaitu blog C aras bilik yang sama dengan kami kena kacau dengan jin. Budak perempuan tuh bermimpi yang jin sedang melompat-lompat atas tangan kanannya, sambil ketawa. Dalam mimpi tu, budak perempuan itu sedang berdialog dengan jin. Budak perempuan cakap kat jin ' Apa kau nak?! " Jin cakap ' Padan muka kau! kau dah ganggu tempat aku ' .  Budak tuh mengadu dekat seorang ustaz, ustaz cakap perbualan perempuan tuh dengan jin adalah betul. Jin tuh dah pergi tapi jin tuh akan datang balik. Tangan kanan perempuan tuh sakit sampai tak boleh nak menulis. Akibatnya, perempuan tu sekarang dah keluar daripada matrik sebab tak sanggup tiap2 hari kena kacau.

Dan lagi cerita terbaru pelajar perempuan yang tinggal depan bilik Cha, perempuan tu terdengar bunyi-bunyi pelik kat bilik dia. Pada pukul 3 pagi, dia menjerit sebab sangat takut. roommates tanya kenapa? Perempuan tuh cakap ada dengar bunyi apa2 tak? Cuma dia seorang je yang dengar kawan2 lain tak dengar pun. Sekarang budak perempuan tuh balik rumah untuk pergi berubat dengan seorang ustaz.

Cha sangat takut!! Cha telefon mak. mengadu nasib dengan mak. dan mak cakap balik rumah hujung minggu ni, Ambil Quran sebab Cha tertinggal Quran. betul-betul terlupa nak bawak. Sekarang pun Cha sedang belajar nak penuhkan waktu solat supaya setiap masa Cha dalam keadaan berwuduk. Disebabkan Cha selalu fikir benda tuh, semalam semasa nak tidur, Cha terbayang-bayangkan nasib yang menimpa dua orang budak perempuan tuh. Daripada pukul 12 tgh malam hingga pukul 3 , Cha tak dapat tidur. Cha buka semua lampu bilik biar terang, Cha mengaji, Cha berdoa sambil air mata berjujuran keluar. Roommate Cha sedang nyenyak tidur. Akhirnya Cha tak tahan sangat, Cha telefon kawan baik Cha. Dia tenangkan Cha. Dia suruh tidur sebelah roommate. So, Cha kejutkan kawan yang tengah tidur, minta izin tidur sebelah dia sambil mata, hidung, bibir semuanya merah sebab menangis. Sampai ke pagi subuh, kami berdua tidur dengan lampu terbuka.


Cha pun ada dengar bunyi-bunyi pelik. Tapi Cha tenangkan hati dengan berkata mungkin ada benda jatuh. Mungkin bunyi org menyanyi tuh hanya satu khayalan sebab kebanyakan berfikir. Itu sahaja Cha nak berkongsi cerita. Cha tulis entry ni pun dengan penuh takut sebab hari pun dah pukul 12 tgh malam. Cha nak tidur. bye . Assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)