Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Friday, July 29, 2011

Lelaki? Menyampah.sudah

Assalamualaikum :)

Holaaa holaaa. beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan al mubarak. bulan yang mulia bg umat islam. heh. anda semua dah ganti puasa?? Ohh jangan saya pada saya, sy takkan bgtau heh heh :P Selamat berpuasa la ye saya ucapkan.


Bercakap tentang lelaki, saya berasa muak letih. Saya yang single ni pun lelaki  boleh buat taikk,
menyebabkan saya berasa Ohhh thank you so much my God coz I dont have a boyfriend! Tapi ape aku kesah? kau bukan boyfriend aku pun. Anda bangga tak anda seorang yang single? Kalau ditanya pada saya, saya berasa sangat bangga. bangga gila wei. Sbb saya tak laku? oh tidak sama sekali. sy bangga sebab tak akan ada lelaki yang boleh lg sakitkan hati sy and one more thing skrg saya ada misi, misinya ialah belajar bersungguh-sungguh di matrikulasi. having so many friends here tidak kira bangsa sgt menyeronokkan :)


So sesiapa yang ada boyfriend tuh diharapkan berjaya sampai ke alam perkahwinan. Cha tak kata pun semua lelaki tu tak baik, ada yang baik, tp ada juga yang tah apa2. Macam tuh jugak la perempuan. So pandai-pandailah bezakan mana satu lelaki dan mana satu jantan. Mana satu betina mana satu perempuan.

Okay guys, thanks for reading my blog :)

Sunday, July 10, 2011

Excited main futsal, kaki jadi mangsa

Salam semua :)



Jum kita belajar sekejap dalam masa 2 minit untuk mengetahui sejarah Futsal. okay let's go!
Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat. Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.


Macam best je baca. rasa macam nak main futsal. Tapi saya tak reti. Ah lantak la. peduli apa kan. kita rembat je bola tuh. then sambut. pastu rembat balik. hahaha gila looser main bola macam tu! Tapi tuh la saya! sobs sobs :'( Ada sesiapa lelaki nak offerkan diri ajar saya main bola? Ehemm ehemm..For ur info la ye, gua ni tahan dek lasak bhai. Lu bagi la gua jenis latihan macam mana pun. gua mesti boleh harung punya dohhhhh! Asalkan gua pandai main futsal :'( .


Cerita dia macam ni, pagi masa kokurikulum, lecturer kata pagi ni kita main futsal. Budak lelaki & budak perempuan main asing-asing. Lecturer main dengan budak lelaki. YELAH kan! dia mana nak main dengan budak perempuan, budak perempuan kelas aku tuh semuanya wanita melayu lemah lembut! Aku sorang je macam kasar active semacam sikit. Buktinya budak lelaki TAKUT nak main hoki dengan aku! HAHAHAHAHA!

Main punya main. Aku boleh terpijak bola! Adoiiiiii makkkkkk! Boleh jatuh  STYLE KATAK . Aku dah rasa dah pedih kat kaki. Seluar track dah koyak rabak bahagian lutut. Aku apa lagi.. Aku jalan terhenjut-henjut buat muka comel pergi jumpa lecturer. Aku panggil la diaa . " cikguuuuuu.. cikguuuuuu.. saya jatuh.. kaki saya berdarahhhh.. tengok ni...*tunjuk lutut yg berdarah sambil buat muka kesian " Aku relaks je panggil dia cikgu sebab dah terbiasa macam kat sekolah menengah dulu. hahaha. Last-last aku dapat balik hostel tukar seluar. nasib baik dekat 'gilerrrrrr' hostel dengan padang!!!


Jatuh hantaran kawin lutut dah tak balance
ambik masa ni nak bersihkan lutut balik macam dulu

LUKA SIKIT JE PON! luka lutut kanan lebam lutut kiri. Tapi aku heboh dah macam patah kaki. Semua member matrik aku tahu dengan beberapa orang paceks dah tau! Hahaha. Macam-macam aku mengadu nak menagih simpati. !Gila sengal aku ni. haha.

Thursday, July 07, 2011

Air Mata Jatuh Berjurai-jurai Disebabkan Benda Tuh!

Assalamualaikum.

Menyelam sambil minum air. Itulah yang saya buat sekarang. Sambil-sambil surfing internet cari bahan untuk assignment saya akan update blog tercinta ni. hehe. Saya menulis ni untuk menceritakan pengalaman seram saya. Bukan untuk menakutkan anda semua, tetapi untuk dikongsi bersama sebab saya tahu pelajar-pelajar yang tinggal di asrama pasti sudah mengalami peristiwa ni. hmmm

Kat asrama( blok C ) kami ni, banyak sangat dengar cerita seram. antaranya pelajar perempuan blog A kena histeria. Dan cerita terbaru pelajar perempuan blog kami iaitu blog C aras bilik yang sama dengan kami kena kacau dengan jin. Budak perempuan tuh bermimpi yang jin sedang melompat-lompat atas tangan kanannya, sambil ketawa. Dalam mimpi tu, budak perempuan itu sedang berdialog dengan jin. Budak perempuan cakap kat jin ' Apa kau nak?! " Jin cakap ' Padan muka kau! kau dah ganggu tempat aku ' .  Budak tuh mengadu dekat seorang ustaz, ustaz cakap perbualan perempuan tuh dengan jin adalah betul. Jin tuh dah pergi tapi jin tuh akan datang balik. Tangan kanan perempuan tuh sakit sampai tak boleh nak menulis. Akibatnya, perempuan tu sekarang dah keluar daripada matrik sebab tak sanggup tiap2 hari kena kacau.

Dan lagi cerita terbaru pelajar perempuan yang tinggal depan bilik Cha, perempuan tu terdengar bunyi-bunyi pelik kat bilik dia. Pada pukul 3 pagi, dia menjerit sebab sangat takut. roommates tanya kenapa? Perempuan tuh cakap ada dengar bunyi apa2 tak? Cuma dia seorang je yang dengar kawan2 lain tak dengar pun. Sekarang budak perempuan tuh balik rumah untuk pergi berubat dengan seorang ustaz.

Cha sangat takut!! Cha telefon mak. mengadu nasib dengan mak. dan mak cakap balik rumah hujung minggu ni, Ambil Quran sebab Cha tertinggal Quran. betul-betul terlupa nak bawak. Sekarang pun Cha sedang belajar nak penuhkan waktu solat supaya setiap masa Cha dalam keadaan berwuduk. Disebabkan Cha selalu fikir benda tuh, semalam semasa nak tidur, Cha terbayang-bayangkan nasib yang menimpa dua orang budak perempuan tuh. Daripada pukul 12 tgh malam hingga pukul 3 , Cha tak dapat tidur. Cha buka semua lampu bilik biar terang, Cha mengaji, Cha berdoa sambil air mata berjujuran keluar. Roommate Cha sedang nyenyak tidur. Akhirnya Cha tak tahan sangat, Cha telefon kawan baik Cha. Dia tenangkan Cha. Dia suruh tidur sebelah roommate. So, Cha kejutkan kawan yang tengah tidur, minta izin tidur sebelah dia sambil mata, hidung, bibir semuanya merah sebab menangis. Sampai ke pagi subuh, kami berdua tidur dengan lampu terbuka.


Cha pun ada dengar bunyi-bunyi pelik. Tapi Cha tenangkan hati dengan berkata mungkin ada benda jatuh. Mungkin bunyi org menyanyi tuh hanya satu khayalan sebab kebanyakan berfikir. Itu sahaja Cha nak berkongsi cerita. Cha tulis entry ni pun dengan penuh takut sebab hari pun dah pukul 12 tgh malam. Cha nak tidur. bye . Assalamualaikum .