Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Thursday, June 02, 2011

Tarikan Lelaki Untuk Perempuan. Boys take a note!!

Assalamualaikum


Oleh sebab saya ni perempuan, so saya berani nak buat topik ni. Mungkin beberapa contoh yang saya akan berikan sebentar lagi tidak tepat bagi pandangan perempuan lain, at least kalau ada SATU yang terkena pun jadilah. Perempuan menginginkan beberapa part dalam diri lelaki yang boleh memenuhi citarasanya. Kalau bukan 100 % pun takpe, asalkan ada sedikit dan perkara yang sedikit itu la yang membuatkan sang perempuan ter crush dengan si lelaki


Lirik Mata Lelaki 

Perempuan kalau bercakap dengan lelaki tak kiralah semasa duduk ke mahupun berdiri, ONE part of body lelaki yang perempuan akan tengok ialah mata lelaki tersebut. Dengan melihat melalui mata, perempuan dah dapat detect lelaki ni jenis yang macam mana. mata jalang ke? mata suci ke? mata stim???? Perempuan suka berpandangan mata semasa bercakap dengan lelaki. Kalau lelaki tuh tenung je ke arah mata perempuan semasa bercakap, mesti akan ada something yang akan turun ke hati. hehehe. Tapi kalau mata lelaki tuh yang turun ke arah buah dada yang montok, dah sah-sah LELAKI gatal . tapi salah perempuan jugak siapa suruh terdedah sana sini. tapi ada juga perempuan yang tutup habis bahagian dadanya lelaki masih jugak nak tengok kononnya nak tengok saiz cup berapa. Erghhhhhhhhhhh!! 





Ketinggian Lelaki

Ada sesetengah perempuan tak kisah dengan ketinggian lelaki. BUT MOST OF GIRLS risau kalau dapat boyfriend yang pendek daripada mereka. Perempuan ni sukakan sesuatu yang sweet.. kan sweet kalau perempuan yang pendek genit memakai heels berjalan disamping lelaki yang tinggi lampai sambil tangan perempuan berpaut pada si lelaki. KONONnya sweet laa sangat! tapi bagi saya memang sweet. hahaha




Rambut Lelaki

Ada perempuan yang suka main dengan rambut lelaki. Dan ramai lelaki TIDAK SUKA rambut mereka disentuh sebab takut rambut salah landing la, berubah kedudukan asal lah. Tapi bagi perempuan kadang-kadang rambut lelaki yang messy menampakkan lelaki tuh bertambah comel! hahaha. Lelaki pun kenalah jaga penampilan rambut mereka. Janganlah buat style rambut yang semua rambut menempek kat kulit kepala.! Macam baru bungkus kepala dengan periuk nasi. Buat style pada rambut sikit-sikit kan handsome. Lagi satu, ada sesetengah muka lelaki sesuai botak! Saya pernah tengok lelaki botak yang sangat handsome. Kebotakkannya sesuai dengan muka. Kalau macam Pitbull handsome tak? hahaha



Biar Pendiam Tapi Romantik

Kalau dah tahu awak ( lelaki ) tuh pendiam, kenalah buat sesuatu yang boleh replace kelemahan awak tuh. contohnya anda seorang yang tak banyak bercakap, buat lawak pun tak jadi, bercakap bila perlu.. Masa dating, perempuan mesti rasa boring. Tapi perkara tersebut boleh diatasi kalau anda membuat sesuatu yang romantik! Contohnya kasi bunga kesukaan  perempuan tuh ke, kalau perempuan jatuh tersungkur sebab heels terlampau tinggi tolong gendong belakang badan ke ( hahaha tak pernah lagi aku tengok ), belanja makan ke, banyak lagi perkara romantik yang boleh lelaki buat. Kalau awak tak romantik, lepas tuh pendiam. Bila dating macam tunggul berdating dengan batu je ... hubungan susah nak long lasting



Tak Romantik Takpe Asalkan Pelawak

Ada perempuan yang geli dengan lelaki romantik. Ada perempuan yang anti dengan bunga. Perempuan macam ni lebih bersifat agresif dan bukannya lemah lembut. Kalau dapat girlfriend macam ni, kalau anda ( lelaki ) seorang pelawak mesti happening gila masa dating. Mesti ada je perkara yang buat anda berdua ketawa terbahak-bahak sampai mengganggu orang awam yang lalu lalang. Tapi apa perlu kisah? Buat bodoh sudah asalkan kita gembira. heh heh. Kalau dah dapat boyfriend yang pelawak, kalau si boyfriend tuh tak romantik perempuan dah cukup gembira dah pun :)






Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

2 comments:

  1. hahaa btol btol semuanyaa . BF saya gila . hahahahaha ganas nak mampos :P

    ReplyDelete

I value your comment :)