Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Sunday, June 26, 2011

Perlu Kuat Semangat Jika Nak Masuk Matrik

Assalamualaikum :)


Saya khabar baik. Anda semua? nak tunjuk baik la konon tanya khabar ni. haha. Alhamdulillah sekarang sudah 3 minggu saya belajar di matrik. Pengalaman tuh memang banyak. Pengalaman pahit dan manis masam pahit semuanya ada. Pengalaman ni menjadikan saya lebih matang. Ya saya rasa saya sudah makin matang sekarang dari semua aspek. Saya pun sudah pandai mengawal cabaran yang datang dan bersabar yang lebih penting. Saya sekarang sudah tidak cepat melenting seperti dahulu jika ada masalah yang menimpa.


Pada hari Isnin ( 6 Jun 2010 ) ialah hari pendaftaran untuk pelajar baru second intake. Esoknya pada hari Selasa kami dah masuk kuliah. Saya dengan otak yang kosong masih fikir enjoy habis SPM terkejut sebab cara pembelajaran di matrik yang sangat laju! Gear 5 whooo! Pelajar first intake sudah belajar seminggu lebih awal daripada kami then diorang dah habis 1 sukatan matapelajaran! 1 Bab dalam masa 1 minggu doh! Kami ( 2nd intake ) terkapai-kapai sebab terus belajar bab 2. Nasib baik bab 1 cuma basic. Bayangkanlah kami terpaksa mengejar balik menggunakan Gear 6 untuk cover setiap matapelajaran yang dah habis Bab 1 ! Seminggu berturut-turut saya menangis kat matrik. Saya terpaksa menyesuaikan diri dengan cuaca di Kuala Pilah yang apabila panas, sangat panas . Apabila sejuk , sangat sejuk. Saya demam beberapa hari. Saya kuatkan semangat. cakap dalam diri " orang lain boleh buat, aku mesti boleh buat. setahun je aku kat sini, aku mesti banggakan mak aku " Alhamdulillah berkat titik peluh saya yang bergelen-gelen keluar setiap hari, saya dapat mengejar balik Bab 1 setiap matapelajaran yang saya tertinggal. Bersengkang mata setiap malam meniru nota kawan first intake. Saya ambil 4 matapelajaran ( markah masuk pointer) tidak termasuk English, pendidikan islam dan kokurikulum. Terdapat ramai kawan-kawan matrik yang keluar matrik sebab tak tahan sistem pembelajaran di sini. Ada yang dapat rayuan UPU dan ada yang keluar nak masuk Poli bulan 11 ni.


Masuk minggu kedua, saya semakin dapat menyesuaikan diri. Saya dapat ramai kawan yang baik-baik. Kawan2 sekuliah dengan saya tak sombong pun dengan budak second intake macam saya ni. mereka baik sangat. Pelajar lelaki di sini pun baik. Disebabkan saya sudah terbiasa tidak pakai tudung, so saya di matrik pun tidak pakai tudung. Saya hanya berbaju kurung sambil buat sanggul ala-ala stewardess gitu ! hahaha cover gelak. Setiap hari saya pergi kelas, mesti ada pelajar perempuan tegur ( tidak kira bertudung atau tidak ) mereka akan tanya " eh macam mana awak buat rambut macam tu? Lawanya. kemas. macam susah je nak buat " Then saya pun  terangkanlah " sebenarnya macam ni.. buat ni.. buat macam tu pulak... then bla...... " Wah I'm blushing you know! hahahaha.

Belajar buat style rambut macam ni semasa kerja part time di Parkson

Pada minggu kedua jugak, kolej matrik ada buat pemilihan raya untuk JPP. Jawatankuasa pelajar-pelajar kalau tak silap saya. So sesiapa pelajar yang berminat untuk jadi popular, nak ada kuasa bolehlah menjadi calon. Dah macam politik pulak. Saya sempat ambil gambar poster-poster mereka. Nasib baik tak ada yang letak bendera. hahaahhaa. Kebanyakan poster mesti dilekatkan di tempat-tempat hotspot pelajar matrik. contoh tepi mesin ATM , nak masuk tandas, kafeteria , tempat pejalan kaki pelajar. hahahaha sumpah taleh blahhh. Pada malam sebelum hari pengundian, kesemua 24 calon akan membaca manifesto masing2. Ada yang memberi kesan pada pelajar tapi ada jugak yang luahkan perasaan sebab poster mereka dikoyak oleh pembangkang, ada juga yang merepek entah apa-apa and kiteorang rasa masa tuh macam tengah tengok Maharaja Lawak! Hahahaha.





Semakin hari, saya dapat menyesuaikan diri di sini. Cuma saya semakin sibuk sebab Ujian Pertengahan Semester akan diadakan pada 1 Ogos 2010. Pelajar yang dapat pointer bawah 2.5 akan tahu lah nasib nya. Takut ohh!.  Saya rindu mak saya dah 2 minggu tak balik. Rindu anak kucing mesti sekarang dah besar tak comel lagi dah. tak boleh nak buli lagi..

Nama diberi - MUNCIT sebab dia buncit kuat makan nasi & hisap susu ibu
Semasa kuliah

Nanti kalau saya free, saya update blog lagi okay. Bye guys! muah <3




Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

4 comments:

  1. hai nak tnya pndpat akak skit :D
    saya bru2 ni telah ditawarkan matrik perlis sthun akaun dan dip uitm civil engr . 2 2 kos saya minat. boleh akak bg pndpt yg ane lbih elok ? tima kasih ^_^

    sofeanabeela@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. accounting & engineering totally different and tough course. but u manage to get both of them. Congrats! :)


    Actually you have to know which course do u prefer more. Kalau adik suka dgn akaun, so pilih la matrik. Student akaun kat matrik takdelah busy sgt compare to student science kat matrik. and you got dip for engineering kan? takdelah terbeban sgt sbb masa belajar kat uni untuk dip 3 tahun which is sangat lama.


    I can say here that matrik is kinda your investment for your future. you cuma belajar setahun je. orang lain yg amik dip kena belajar 3 tahun tapi sijil dip boleh bawa kerja but not sijil matrik. so once u get into matrik, make sure you succeed..

    the most important, ask yourself apa sebenarnya yg anda minat. and strive to it :)

    ReplyDelete
  3. Saya nak study kat Matrik, tapi yelah bnyak kabar angin kata matrik ni mcm2.. banyak yg negetif dari positifnya dan semuanya menakutkan saya. Saya minat akaun, sy student second intake, so sy pening sama ada nak msuk matrik atau form 6 ?? macam mane ye??

    ReplyDelete
  4. dont let rumors let your spirit down. you have been given such a great chance! u dpt matrik, dik. dalam masa setahun you boleh habiskan then pursue to degree.

    if adik masuk STPM, adik rasa lagi beban. seriously sebab syllabus STPM lagi mendalam. syllabus matrik banyak yang dah dibuang. yet, students still find belajar kt matrik susah. so, cuba bayangkan seribu kali susah amik STPM. tp sijil STPM memang laku habis laa kalau nk mimta kerja.


    Tips belajar kat matrik untuk berjaya kat matrik boleh baca ni.. http://chashittydollslifestory.blogspot.com/2012/03/cara-saya-belajar.html

    :)

    ReplyDelete

I value your comment :)