Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, June 06, 2011

Entry Ringkas Tapi Penuh Ikhlas

Asslamualaikum


BERITA  GEMBIRA 

 1) Saya dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kewangan dan Perbankan di Politeknik Ungku Omar , Ipoh Perak . 3 tahun masa belajar kalau tak silap saya

2) Saya juga dapat tawaran melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah Negeri Sembilan dalam perakaunan. 1 tahun masa belajar


Bagi keputusan UPU pulak, akan keluar dalam minggu kedua bulan ini. Saya tak tahu saya dapat ke tak. Tapi saya dah fikir masak-masak, saya akan pilih belajar di Matrikulasi. Walaupun saya kena korbankan masa enjoy saya, mungkin lepas ni saya tak tahu apa fashion terkini. hahaha. mungkin akan ketinggalan sikit laa.


Esok pagi saya akan mendaftar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah dan lepas tuh berjauhan dengan mak. :'( Kawan-kawan Facebook, I miss youuuuuuuu... Blog saya, jaga diri elok-elok moga2 dapat lebih banyak followers hahaha. Jauh dalam lubuk hati saya, saya rasa tak sanggup nak berpisah sebabnya saya tak pernah masuk asrama sejak di bangku sekolah. Lepas ni, kena basuh baju sendiri, lipat baju sendiri. Kalau tak, kena lah pakai baju busuk-busuk pergi kelas. Selalunya mak yang selalu bising kalau saya pemalas, lepas ni tak ada siapa yang bising. Rindu ohh walaupun setahun jauh dengan mak. Walaupun kami dibenarkan balik hujung minggu, tapi saya tak berapa yakin saya dapat balik sebab jadual mesti pack gilaaaaaa!



Saya berharap anda semua yang sedang membaca ke, yang tersesat baca blog saya ni, tolonglah doakan saya berjaya dalam hidup saya ni. Saya baru melangkah setapak dalam dunia sebagai seorang pelajar. Doakan tau tau tau :) 



P.S : Sebak sangat hati ni. Kepala saya berat sangat-sangat mungkin banyak sangat fikir. Nak tinggalkan mak, tinggalkan anak kucing yang baru tumbuh gigi. tinggalkan rumah. tinggalkan kawan baik saya. Sedihnya 

:'(


Kredit kepada 'manusia' yang menyukai gambar ni. I LOVE YOU <3

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)