Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, May 09, 2011

Si Pengarang Jantung Membuat Jantungku Bagaikan Hendak Tercabut!

Sebelum saya nak cerita tentang entry yang akan saya cerita nanti, saya nak up-to-date dulu tentang cerita bahawasanya saya tak dapat tawaran ke matrikulasi dan mana2 universiti. Ohhh realiti yang sangat sedih! Bayangkanlah you dah pulun habis-habis then you tak dapat apa2. menangis tak? saya menangis sampai tertidur tau. Disebabkan keputusan SPM 2010 adalah keputusan SPM paling gempak setelah 4 tahun yg lepas, mungkin sebab itulah peluang saya susah nak mendapat tempat di universiti tempatan.  TAPI, kenapa calon SPM lain seperti kawan saya, yang dapat keputusan SPM kurang sedikit daripada saya tp okaylah, dapat pulak tempat di universiti dan dapat course yang bukan dia ambil semasa di sekolah! Course tuh boleh tahan tough la jugak dan saya memilih course tersebut semasa isi borang permohonan tetapi dengan keputusan SPM saya yang 8A 1B tuh, saya tak layak dapat course tuh! AKU betul2 tak faham macam mana sistem mereka! Nevermind, pada hari Selasa ni, saya akan ke Uitm Shah Alam untuk terus face-to-face membuat rayuan. Saya harap anda semua doakan saya.. Misalan lah kalau saya tak dapat, mungkin saya akan ke IPTS. tapi kalau boleh saya tak mahu. mahal doh aku bukan anak orang kaya tidur atas duit :( So doakan tau ! doakan saya! nanti saya belanja makan bakso. 



Berbalik kepada topik entry ni, saya nak tujukan kepada you all semua tak kira sama ada perempuan atau lelaki. Cuba bayangkan.......... ( bunyi bintang berkerdip )  Anda suka sangat pada seseorang tuh, anda pernah berborak dengannya, bergurau senda dengannya, dan mengatakan " i love you " kepadanya. Malangnya pada jangka masa yang lama anda berpisah kerana desakan waktu. Anda pun mulai melupakannya. Tiba-tiba, si dia menghantar sesuatu kepada anda. Anda tersentap! anda terkejut! anda bahagia! anda berpeluh! jantung anda mengepam darah dengan tekanan yang sgt laju! Anda ingin pengsan  tapi tak jadi pengsan! Hahaha. Pernah tak anda berasa keadaan sebegini?


source : Google




Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)