Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, May 11, 2011

Sebelah Malaikat Sebelah Syaitan



Kadang-kadang aku berfikir, sampai bila aku nak seksi? sampai bila aku nak bagi dosa pada diri aku? sampai bila aku nak tanggung dosa lelaki yang melihat aku berpakaian seksi? Aku mencuba untuk mengubah semua itu. tapi ianya sangat-sangat susah! sebab aku dah terbiasa dengan kehidupan yang terbuka. 

Contohnya, semasa berjumpa dengan orang atau semasa bercakap di telefon, perkataan pertama yang aku keluarkan ialah " hello " bukannya "assalamualaikum" . Kalau berjumpa orang, pun tidak memberi salam kepadanya. Mum aku cakap aku dah jauh terpesong. Tapi aku tak sedar yang aku ni dah jauh terpesong sehinggalah mum aku cerita apa yang aku buat barulah aku sedar. 


Jujurlah aku malu dengan Tuhan. Dia dah bagi banyak sangat rezeki pada aku. result SPM, kehidupan aku yang bukan miskin bukan kaya, apa yang Dia bagi pada aku semuanya adalah doa daripada mum aku. Aku jarang berdoa. Kalau berdoa pun dalam hati bukannya selepas bersembahyang. Sehinggakan mum aku berdoa " Ya Allah kau berilah dugaan kepada anak aku yang sorang tuh " Dan aku dapat dugaan tuh. Dugaan yang permohonan aku ke matrik & upu tidak diterima. Baru satu dugaan, aku dah jadi serabut. tiap2 hari aku dpt migraine. Aku rasakan aku dah takboleh bertahan. Dan sekarang aku tengah bertungkus lumus minta tolong orang dalam, orang parlimen . Mum aku cakap, setelah berusaha bertawakal kepada Allah. Kakak tiri aku cakap, pagi2 Jumaat bangun subuh solat dan berdoa moga tuhan memberi hidayah kepada aku. Pahalanya sebanyak langit dan bumi. So aku akan cuba bangun pagi solat Jumaat dan berdoa. Aku akan cuba walaupun ianya sangat susah. Nampak sangat hati aku dah hitam legam!


Dari segi berpakaian pula, aku suka tengok perempuan bertudung. Hati aku tenang. Aku pun suka tengok perempuan hot. Hati aku rasa macam nak tiru. Hati aku terbelah dua. Apa yang buat aku susah nak bertudung, satunya sebab panas dan satunya aku tak tahu macam nak stail nak pakai tudung. Plus pakaian aku semuanya tidak sesuai untuk yang bertudung. Aku niat kalau aku bertudung satu hari nanti, aku taknak bertudung yang ada tombol unta di belakang kepala, sebab ia akan mendapat cacian. Aku nak bertudung seperti yang disuruh oleh Islam. Tapi macam yang aku ckp tadi, ianya susah pada masa sekarang sebab aku dah biasa berpakaian seksi. 


Dari segi pilihan lelaki, aku suka lelaki yang menjaga solat, elok rupa parasnya, dan tidak suka dengan keduniaan, contoh macam Ashraf Muslim. hahaha. Walaupun begitu, hati aku inginkan kebebasan, keduniaan, so adil tak bagi lelaki yang dapat aku ? Aku teruk tapi nak dapat lelaki alim. Aku nak kan permata tapi aku sendiri nak jadi tahi ! So bila nampak lelaki yang hot bersosial, aku just minat2 jelah takde niat pun nak jadi girlfriend dia sebabnya aku tahu hati aku nak kan lelaki yang baik untuk masa depan aku.



Aku takut aku mati suatu hari nanti. aku pun tak tahu kenapa aku bodoh sangat fikir mati! Bodoh sungguh! tapi itu yang aku fikir. aku fikir nak jumpa ayah aku. Haihh moga tuhan panjangkan umur aku. Amin. Banyak lagi aku nak tulis, tapi takpe, aku sambung next chapter . peacee ^^



so apa komen anda tentang masalah aku?



Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

7 comments:

  1. berubah dengan hati yg ikhlas dan ready for new life...
    biasenyer perubahan akan rase sedikit ppelik dimate org ramai...
    tapi kalo dgn hati yg ikhlas cha mesti tabah harungi new life...
    masihh tak terlambat nak berubahh...
    hik3..like youlahh girl...

    ReplyDelete
  2. aku suka entri ko yang ini... serius nampak tulus dari hati ko... bila ko dah ada keinginan untuk kebaikan dik, tu maknanya ko dah dapat hidayah tu... cuma ko perlu pertahankan apa yg ko dah dapat.. ko kena ada 1st step untuk berubah.. sakit. yes! memang sakit.. tapi bila ko dah langkah 2, 3, ko akan rsa tenang sangat... trust me.. aku dah rasa... cuma, nak jaga tu, ko kena kuatkan hati. aku pun amsih belajar lagi...

    ReplyDelete
  3. just randomly blog-walking.

    salah satu cara nak berubah, mulakan bergaul dgn org2 yg baik2 macam perempuan yg slalu jaga perangai, yg jaga solat, tak melalak lalak, pastu rajin ke surau,.. dan kurangkan bergaul dgn org2 yg kurang baik.. insyaallah kita akan terikut scara perlahan-lahan, sbb adik pun dah tau pikir pasal baik buruk, cuma perlukan sokongan lebih. adik ni muda lagi, tp kalo dari muda dah sedar, alangkah bagusnya! mom pun will be more proud of you :)

    ReplyDelete
  4. Dear anonymous, i dont know who are you but a big thanks coz you're willing to advice me :)

    I hope I can apply it in my daily routine but susah, sebab my BFF pun tak mengarah ke situ. Kebanyakan budak2 alim ni pemalu nk kawan dgn saya, mungkin sbb cara saya kot. :)

    ReplyDelete
  5. salam dear....tk bodoh pon kalau kita fikir tttg mati...sdgkan antara org yg pling cerdik adlh org yg sllu mengingati mati...alhamdulillah.....msh ade yg igt kepada kebaikan.....tk semua yg bersyukur....ada org yg dtgur ttg kebaikan dikutuknya...tpi tdk diperigtkan ttg kebaikan pon org sklling dperslhkan..sbb tk igtkan dia...smua serba tk kena...tpi awk sgt bertuah kerana ada keinginan..yakinilah....selama mana kita berkeinginan utk berubh...slagi itulh Allah akn sntiasa mmberi jln pd awk utk mnjdi lbh baik.....bersyukur3x.....itu yg utama skrg..tk smua org yg blh berfikir positif mcm awk.....tk pe kalau tk biasa pon.....skrg2nya pkai je tdg....sbb bmbg nnti kalau kita mnggu masa yg ssuai ajal mnjmput kita..nauzubillah....saya doakan yg terbaik utk awak....amin3X....!!

    ReplyDelete

I value your comment :)