Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, May 04, 2011

Ramai Minat K-Pop Sebab Muka Diorang yang Cute Je Kan? Haha

Assamualaikum :)

Dah dekat seminggu saya tak meng-update blog busuk ni, disebabkan oleh kerja yang pergi pagi balik malam. Saya tak nampak matahari pun untuk masa sebulan. Sebab tak tahan kerja yang memenatkan, saya pun berhenti. Kesian blog dah terbengkalai. saving kat nuffnang pun tak berganjak. sadis! :( 


Sekarang ni dah heboh satu Malaya pasal ada fake K-pop . ada satu group daripada Malaysia nak jadi K-Pop wannabe. Peminat2 K-Pop sekalian, mari kita BAKO , KITA BAKO !!!! Banyak orang ternasuk blogger terkenal menghentam mereka cukup2 kerana meng-copy paste hasil daripada orang lain. bukannya nak create something yang baru . Buat malu Malaysia je bila kumpulan K-Pop itu sendiri melihat ada group daripada Malaysia nak menjadi seperti mereka 



Banyak bloggers menghentam K-Pop wannabe ni cukup2! sampai sesak nafas nak bina ayat penghentaman yang paling power gitu! Ramai yang berkata mereka ini gay, menggedik padahal tak de lah se-cute mana, muka hitam ada hati nak jadi korean --------> okay yang last sekali ni aku saja2 tokok tambah. hahaha. Nasihat saya, cukup-cukup lettew nak copy hasil idea orang lain. Bila lagi Malaysia nak create artis yang mencipta sejarah yang menggegarkan dunia macam kumpulan K-pop? Kita tengok sajalah peminat-peminat tegar K-Pop zaman sekarang, ringtone guna lagu k-pop. aku tak tahulah sama ada korang faham ke tak maksud lagu tersebut. Kalau lagu english tuh ada lah juga faham sikit-sikit kan. 



Terus terang saya katakan, dulu saya minat K-Pop. macam kumpulan Beast, Bigbang macam 2 lagi. most favourite artis saya ialah G-Dragon daripada kumpulan Big Bang . 
Saya minat diorang pun sebab muka diorang cute sangat  even though semua itu plastic semata-mata. Tapi ada aku kesah? Saya hanya suka dengar lagu mereka sambil melihat video tengok diorang dance fulamakk buat gua cair beb! Tapi kalau setakat dengar lagu kat handphone gua tak faham satu apa yang diorang merepek. so sekarang dalam handphone gua takde satu pun lagu K-Pop . So gua ni bukanlah peminat tegar K-Pop yang sanggup buat ringtone lagu2 mereka. hahahaha


Korang minat K-Pop pun sebab muka diorang semuanya mabeles kan?! haha. Samalah kita sama lah kita! yeayyyy! Jangan nak tipu. Saya minat lagu Korea sebab muka orang Korea comel-comel. 



Tapi saya minat lagu English sebab hasil lagu diorang yang memang WHOAAAA! Kalau lagu English, saya tak pandang rupa artis, saya pandang hasil lagu mereka. Kalau nak diikutkan muka si Akon handsome la jugak kot. ( okay ni ayat cover, sebenarnya tak handsome langsung! ) , tapi kenapa peminat dia berjuta-jutaaaa? sebab Akon create lagu dengan cara beliau sendiri bukannya macam K-Pop wannabe !. Kalau nak vote lagu mana aku paling suka. Aku akan vote lagu english sebab aku faham. lagu Korea aku vote jugak tapi dengan syarat everrtime aku dengar lagu Korea aku mesti nak tengok video sekali. boleh cuci mata tengok mamat2 comel. hehehehe =B 



UPDATED : Ayat "lettew" aku copy daripada Cik Epal. opsss saja buat kantoi =P



Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)