Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, May 25, 2011

Lelaki Lembut Tak Semestinya Gay! Gay Tak Semestinya Lembut !

Assalamualaikum.


Saya ada seorang kawan lelaki yang lembut. Sememangnya dia bukanlah lembut yang dibuat-buat. Masa zaman kecik-kecik dalam lingkungan 12 tahun, zaman tuh terkenal dengan permainan rounders ( tak pasti ejaan ) . Permainan macam besball laa. Ingat lagi masa tuh Cha kurus dan hitam. haha. Kawan Cha yang si lembut ni, dia terer gila main. Cara dia pukul bola memang macam perempuan la. Kalau tersepak kayu, dia mesti jeritt " oucchhhhhhh " Selalu kalau nak pilih ahli team mesti Cha group dengan dia. Tapi budak-budak lelaki lain selalu ejek kawan Cha yang lembut ni. P O N D A N ! Cha akan marah sesiapa je yang ejek dia. 


Kalau kawan lembut Cha ketawa, macam pondan ketawa tapi kawan Cha memang semulajadi gelak macam tuh. Kadang-kadang Cha ketawa tengok dia. Hahaha. Masa sekolah menengah kami jarang berjumpa masing-masing sibuk belajar, Cha ingat dia akan jadi perempuan sebab dia banyak kena pulau dengan lelaki. Rupa-rupanya cerita terbaru dia, dia dah ada girlfriend dah pun nokssss! Haha. Cha pun macam tak percaya je. tampar pipi jap ! 


Honestly, kadang-kadang kita lebih happy kalau berkawan dengan lelaki lembut ni. sebabnya hati mereka sama macam perempuan. memahami, menasihati, dan tahu serba sedikit pasal perempuan. Walaupun fizikal mereka macam lelaki, tapi hati mereka ada banyak taman bunga tau :) So, kita tak patut nak ejek-ejek mereka yang lembut sebab mereka pun tak minta nak dijadikan begini. Korang tahu kan kunsa? Kunsa ni adalah manusia yang dijadikan ALLAH yang mempunyai dua kemaluan ( lelaki dan perempuan ). Kalau kita ejek mereka, so thats mean kita ejek ciptaan Tuhan. Kita akan dilaknat tau. 



Tapi kalau lelaki yang nak jadi perempuan , memang sejak azali pati akan dilaknat dan Nabi Muhammad tidak akan mengaku umat. Cuba korang teka gambar bawah ni lelaki ke perempuan?


Chris Crocker .





Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)