Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, May 23, 2011

Ibu Jadi Penghalang Hubungan Cinta.

Assalamualaikum :)


Saya ada seorang kawan baik perempuan. Dia mempunyai seorang teman lelaki kiranya sudah genap setahun mereka bersama. Semasa mereka bersama, si kawan saya ni pernah la juga beberapa kali berjumpa dengan family si lelaki. Family lelaki duduk jauh nun di Kelate sana. Kawan saya ni memang asal orang KL. Apabila ada musim cuti semester, keluarga si lelaki akan datang ke KL untuk ber-shopping. Jadi alang-alang bershopping, mereka semua berjumpa dengan kawan perempuan saya ni.. Makan bersama...jalan-jalan bersamaa.. 


Nak dipendekkan cerita, Si Ibu kepada lelaki ni sangatlah baik melayan kawan saya ni ketika keluar bersama. Nampak macam dah terima la kawan saya ni sebagai menantu. Pada suatu hari, semasa kawan saya sedang bergayut dengan lelaki dia, tiba-tiba ibu si lelaki marah-marah sambil berkata kepada anak lelakinya.. " Kau dah setia sangat ke dengan si..... tuh, sampai taknak cari perempuan lain.. Cuba kau tengok girlfriend abang sulong kau tuh, dah la bergaya. pandai pulak tuh. Amik law ada masa depan. Si .... apa yang ada.? pakai baju pun macam kampung " 



BERDERAU darah kawan perempuan saya tuh. Ibu si lelaki boleh lepas cakap macam tuh je semasa mereka sedang bergayut.. Siapa tak sedih kan kalau orang tua kutuk-kutuk kita macam tuh. Saya pun tertanya-tanya si Ibu sedar ke yang anak dia sedang bergayut dengan GF , atau memang sengaja cakap biar kawan saya tuh dengar??


Ye kami tahu lah kami hanya orang sederhana. Bukan kaya macam kamu si Macek oi. Tapi tolonglah jaga hati kawan saya tuh. Dia menangis sampai banjir gila tau tak! By the way, kawan saya tuh bukannya dress up macam kampung, dia duduk KL dan dia tahu trend semasa. Kawan saya memang sengaja jumpa makcik pakai baju biasa-biasa je sebab ANAK LELAKI macek yang dah WARNING awal2 pada kawan saya supaya pakai simple je bila jumpa macek. Sebab dia tahu macek ni banyak komplen. Pakai terlebih-lebih salah, pakai simple2 dikatakan pulak macam kampung. 


Apabila kawan saya tuh menangis sambil marah-marah, mestilah dia akan lepas macam-macam kan. Then boleh pulak lelaki tuh cakap " You jangan nak kutuk-kutuk mak I okay! Mak I tak kutuk you pun " Hati perempuan mana yang tak terguris bila lelaki tak back up girlfriend dia sendiri . Memang la syurga di bawah tapak kaki ibu, tapi tak bolehkah lelaki tuh bincang elok2 kat mak dia ? biar mak dia sedar yang mak dia tuh dah buat hati orang terluka. 



Disebabkan kawan saya tuh tak tahan, so dia dah putus dengan lelaki tuh. Bukan kes ni je, banyak lagi kes lain dan bila clash, mereka pasti akan couple balik.. Sebab si lelaki tuh pandai berkata-kata. So apa yang patut saya buat biar kawan saya tuh tak masuk lagi jerat lelaki tuh? Lelaki tuh batak tau tak, baru layan deadmau5 dah show off. muahahaha. Dah laa mata jalang pantang nampak perempuan lawa sikit.





Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

1 comment:

  1. conclusion drpd story ni, lelaki tu sgt tak sesuai dijadikn calon suami n xberbaloi nanges utk lelaki cmtu =)

    cha slalu2 la nasihatkn kwn cha supaya xtrmakan kata2 lelaki cmtu lg k.

    hihi ^_^

    ReplyDelete

I value your comment :)