Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, May 30, 2011

GPS Berhantu ??




Cerita ini mungkin kedengaran agak pelik dan mustahil berlaku. Tetapi, inilah yang benar-benar terjadi kepada rakan saya, Haji Ali dan keluarga. Walaupun ia seakan-akan tidak logik, saya ceritakan juga agar dijadikan pedoman untuk kita semua. Cerita ini tentang GPS berhantu! Percaya atau tidak? 


Percayalah! Bahawa iblis akan menggunakan apa sahaja taktik dan teknik dalam usahanya untuk menyesatkan dan menyusahkan anak Adam. Kisahnya bermula pada Mac yang lalu ketiha Haji Ali dalam perjalanan pulang dari bercuti di Pulau Langkawi. Jarang-jarang mereka ada masa bersama. Maklumlah, Haji Ali sibuk dengan sesi persekolahan. 


Pesawat Air Asia yang dinaiki oleh Haji Ali sekeluarga mendarat di LCCT Sepang lebih kurang pukul 11 malam. Setelah semua bagasi dimuatkan ke dalam MPV Naza Ria, maka Haji Ali menghidupkan enjin jenteranya. 

Tangannya mencapai GPS yang menjadi teman apabila bermusafir. Walaupun selalu berualang-alik ke kawasan Lembah Klang, namun beliau masih kurang mahir tentang selok belok jalan di situ. ' Calculating the route ' GPS mula memberikan isyarat bahawa ia bersedia untuk memberikan panduan arah untuk Haji Ali dan sekeluarga balik ke Kuantan.

'Drive 1 kilometer then turn left ' . Arahan seterusnya dari GPS apabila kenderaan mereka bergerak keluar dari LCCT. Anak-anaknya yangs eramai lina orang di belakang tertidur setelah kepenatan tiga hari bersiar-siar di Langkawi. Isteri beliau, Rohana, yang duduk bersebelahannya juga kelihatan tersengguk-sengguk.
'In 350 meter, turn left' . GPS memberikan arahan. Haji Ali tanpa ragu-ragu mematuhi arahan tersebut. Seketika, beliau terpandang papan tanda yang menunjukkan jalan ke Seremban. 'Aiikkk.. ini jalan ke Seremban. Biasanya kena ikut Jalan Ampang, baru jumpa Gombak, pastu terus masuk highway Karak. Hmmm...' Mungkin ada shortcut yang aku tak pernah lalu. ' Getus hati Haji Ali.

MPVnya terus meluncur laju dengan panduan GPSnya. ' In 100 meter, turn right.' Haji Ali terus membelok ke kanan,. ' Eh, ini jalan nak ke Felda Labu, macam mana boleh sampai ke sini pulak? GPS ni rosak ke.' bisik Haji Ali. Dia segera melakukan U-turn dan memberhentikan MPVnya. Tangannya segera mengambil GPS itu dan memeriksanya. 


'Kenapa bang?' tanya isterinya yang terjaga dari tidur. ' Entahlah... GPS ni. Abang ikut instruction dia, last-last sampai ke sini. Ini jalan ke Labu, bukan ke Kuantan, ' terang Haji Ali. 'Turn right, turn right. ' GPSnya memberikan arahan setelah mengesan Haji Ali tidak membelok ke kanan. Haji Ali segera menekan butang off , dan menghidupkan semula GPSnya. Beliau sekali lagi menetapkan fungsi GPS menunjuk arah balik ke Kuantan. 


'Calculating the route' GPSnya berfungsi kembali. 'Drive 5 kilometer then turn right.' Haji Ali meneruskan perjalanan setelah meyakini GPS itu kembali normal. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Setelah hampir 45 minit memandu dengan bantuan GPS, sekali lagi Haji Ali merasa sangsi terhadap jalan yang dilaluinya kerana dihadapannya tertera papan tanda  ke arah Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam. 


'Mustahil...takkan nak ke Kuantan kena ikut highway PLUS,' hatinya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Sesampai di exit Sungai Buloh, Haji Ali terus masuk ke Plaza Tol Sungai Buloh. ' Make U-turn...Make U-turn... ' Marah GPS kerana arahannya tidak diendahkan. " Apa hallah benda alah ni. Menyusahkan saja,' marah Haji  Ali. ' Dah tahu GPS tak boleh pakai, janganlah ikut,' sampuk isterinya yangdari tadi mendengar leteran suaminya. 

Haji Ali terus memandu melalui Jalan Kepong dengan harapan dia akan sampai ke Gombak. Sekali sekala beliau melihat arahan yang diberikan GPS. Nampaknya GPS kali ini macam betul. Kenderaan beliau meluncur laju membelah kegelapan malam. Apabila melintasi Sri Gombak, GPS memberi arahan seterusnya. Oleh kerana kurang biasa dengan kawasan sekitar itu, Haji Ali mengikut sahaja arahan GPS. Hasilnya, Haji Ali tiba di kawasan berhampiran Hospital Masyarakat Asli, Gombak. 


'Ishhhh sampai ke sini pulak dibawanya aku.' Keluh Haji Ali. Pada masa itu beliau perasan ada sesuatu yang pelik berlaku pada GPSnya. Garis-garis jalan yang tertera pada GPS bukan lagi berwarna biru atau pink tetapi bertukar berwarna merah pekat seperti warna darah mengalir. ' Ini dah main kasar ni. Tak boleh jadi ni.' getus hati Haji Ali. Isteri dan anak-anaknya yang terjaga mula kehairanan. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 3.00 pagi.

'Bang.. telefonlah Haji Rusdi. Mana tahu kut-kut dia boleh tolong,' gesa isterinya. ' Sekarang dah dekat 3.00 pagi, nanti ganggu Tuan Haji pulak,' balas Haji Ali kepada isterinya. ' Habis tuh, takkan abang nak biar kita sesat macam ni?' soal isterinya lagi. Setelah menemui jalan buntu, Haji Ali lantas mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon Haji Rusdi. 


'Assalamualikum Haji,' 

'Waalaikumussalam. Ya Haji Ali ada apa? '

'Minta maaf ganggu Haji pagi-pagi buta ni. Saya ni ada masalah. Saya nak balik Kuantan, dari LCCT. Tapi saya rasa macam kena main sesuatu je ni. Saya pakai GPS, tapi macam tak kena je..dihantarnya saya ke Labu...ke Sungai Buloh,,,ni dah sampai kampung Orang Asli Pulak...' 


'Macam ni lah Ali. Awak tawassul dulu kepada Rasulullah s.a.w dan lepas tu baca Fatihah dan lepas tu cuba azan. Tengok apa kesannya. ' 

'Baik Haji. Insya-Allah saya akan buat. Terima kasih. Doakan saya ye ' 


Selesai membaca Fatihah, beliau mengumandangkan azan. Dengan tidak semena-mena, isteri beliau menggigil dan mengerang...seram sejuk Haji Ali mendengarnya. Beliau tetap meneruskan azan sehingga habis. Sebaik sahaja selesai, isterinya kembali normal dan beliau sendiri terasa seolah-olah keluar dari suatu kegelapan yang menyelubunginya. Beliau mula nampak papan tanda  keluar ke Lebuh Raya Karak dan ke Kuantan. 


Haji Ali mula menarik nafas lega. Dia termenung sejenak untuk menganl pasti apa yang telah berlaku. Ketika itu, barulah Haji Ali teringat apa yang mereka lalui semasa berada di Langkawi. Ketika mula-mula check in hotel, beliau telah diberikan satu bilik yang agak terpencil yang menghadap paya. Bilik tersebut agak suram, seolah-olah sudah lama tidak diduduki. 

Sebaik sahaja masuk, anak bongsunya, Dalilah mula diserang gatal-gatal seluruh badan,. Pada waktu malam pula, mereka mendengar orang bertukang,. 


'Cuba ustaz fikir, mana ada orang bertukang malam-malam. siang-siang xde pulak. Macam macam bunyi.. orang menggergaji, memaku dinding..hiruk pikuk. Sampai saya dan anak saya tak boleh nak tidur,' jelas Haji Ali kepada beberapa jemaah setelah selesai solat Isyak. 


'Bila dah masuk Lebuh Raya Karak, saya mula rasa mengantuk yang amat sangat. kejap-kejap saya berhenti tidur di tepi jalan bimbang takut accident. Ustaz nak tahu saya sampai Kuantan pukul berapa? Pukul 12 tengah hari baru sampai ! Bayangkanlah dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 12 tengah hari ... 12 jam perjalanan untuk jarak 270 kilometer. " 


' Saya rasa makhluk yang menganggu awak di Langkawi ikut awak balik. Iblis dan syaitan telah berikrar untuk menganggu anak Adam dan mereka akan menggunakan cara apa sahaja. Guru saya, Imam Ishak selalu berpesan, kalau kita masuk ke kawasan yang sudah lama tidak dipenghuni, atau tempat asing sama ada hutan, rumah lama, maka azankanlah 3 kali. Insya-Allah makhluk2 yang mendiami kawasan itu akan lari. ' Ujar Haji Rusdi memberikan panduan.


Sumber : Mastika



Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

1 comment:

  1. ggrrr... seram aku bace..

    dah la malam2 buto plok tuh

    ReplyDelete

I value your comment :)