Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, May 22, 2011

Fakta Lelaki Zaman Moden, girls take a note!!

Assalamualaikum.


Rindu saya tak? lama jugak saya tak menulis entahlah otak tuh ada idea nak tulis tapi mesti ada yang menghalang. contoh macam penat laa, bila menulis tiba-tiba idea tak ada. Niat terus terbantut! Hari ni tiba-tiba saya nak menulis so tajuk yang saya nak bincang ialah Fakta Lelaki Zaman Moden. Semasa saya sedang berborak dengan mak dan kawan dia ( pakcik & makcik ) , pakcik tuh sempat membebel menasihati  saya tentang ciri-ciri lelaki zaman sekarang. Tengok tuh, dia sebagai lelaki pun sanggup pecahkan pekung  di dada bagi pihak lelaki sendiri... I salute youuu laa pakcek!!!




Suka Cari Yang Tersembunyi

Perasan tak lelaki dia suka perempuan yang suka duduk rumah. Sebabnya perempuan yang suka duduk rumah ni confirm la pandai masak, pandai kemas rumah dan bagus untuk dijadikan bakal isteri. Bukan macam perempuan yang suka keluar rumah. Dah tentu-tentu masak telur hangusss, baju hantar laundry je, kemas rumah suruh bibik. Perempuan macam tuh lelaki nak buat bini? alamatnyaa dapur tak berasap , baju kusut masai bila nak pergi kerjaa.. Dan selalunya perempua yang suka keluar rumah adalah perempuan yang liar..



Cari Yang Pandai Otak Bukan Yang Pandai Bergaya

Zaman dah moden, so ilmu pengetahuan itu sangatlah penting untuk bersaing sesama sendiri bagi ingin meneruskan hidup. Lelaki sekarang dia suka tengok kecerdikan pada perempuan. Kalau perempuan yang reti bergaya sahaja, lelaki akan bertanggapan " whoaaaa. baju dia je dah berapa,, kasut lagi., rambut nak kena dye tiap2 minggu,, kalau aku jadi lelaki dia lingkup lah aku mcm ni.. bergaya je reti , cari duit tak reti.. gaji sebulan aku pun cukup-cukup nak beli baju dia je... hishhh masakkk masakkk..  " . Betul jugak tuh kan, tak guna kalau pandai bergaya tapi tak pandai cari duit.. Tapi kalau yang ada dua-dua tuh.. kira bonus laa tuh.. di samping belajar dia pandai mengikut trend semasa.


Semakin Jual Mahal Semakin Lelaki Jadi Gila

Lelaki ni kalau dia suka dekat perempuan tuh, memang dia akan berusaha sampai dapat tak kira lah apa yang terjadi! Kalau perempuan tuh jual mahal, dia akan cuba pelbagai trick untuk buat diri dia wujud di hadapan perempuan. Selalunya perempuan jual mahal ni perempuan yang lawa. Lelaki mungkin akan buat perempuan tuh marah atau bengang sebab dengan cara tuh lelaki tuh boleh berhubung dengan perempuan tersebut. Ataupun hantar kata-kata maniss.. Tapi trick macam ni dah outdated la sebab perempuan masak sangat dengan lelaki yang suka berkata-kata. Tapi saya rasa trick suka buat perempuan marah tuh berkesan sebab lama kelamaan akan timbul perasaan sayang.. hahaha.




Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

1 comment:

I value your comment :)