Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, May 30, 2011

GPS Berhantu ??




Cerita ini mungkin kedengaran agak pelik dan mustahil berlaku. Tetapi, inilah yang benar-benar terjadi kepada rakan saya, Haji Ali dan keluarga. Walaupun ia seakan-akan tidak logik, saya ceritakan juga agar dijadikan pedoman untuk kita semua. Cerita ini tentang GPS berhantu! Percaya atau tidak? 


Percayalah! Bahawa iblis akan menggunakan apa sahaja taktik dan teknik dalam usahanya untuk menyesatkan dan menyusahkan anak Adam. Kisahnya bermula pada Mac yang lalu ketiha Haji Ali dalam perjalanan pulang dari bercuti di Pulau Langkawi. Jarang-jarang mereka ada masa bersama. Maklumlah, Haji Ali sibuk dengan sesi persekolahan. 


Pesawat Air Asia yang dinaiki oleh Haji Ali sekeluarga mendarat di LCCT Sepang lebih kurang pukul 11 malam. Setelah semua bagasi dimuatkan ke dalam MPV Naza Ria, maka Haji Ali menghidupkan enjin jenteranya. 

Tangannya mencapai GPS yang menjadi teman apabila bermusafir. Walaupun selalu berualang-alik ke kawasan Lembah Klang, namun beliau masih kurang mahir tentang selok belok jalan di situ. ' Calculating the route ' GPS mula memberikan isyarat bahawa ia bersedia untuk memberikan panduan arah untuk Haji Ali dan sekeluarga balik ke Kuantan.

'Drive 1 kilometer then turn left ' . Arahan seterusnya dari GPS apabila kenderaan mereka bergerak keluar dari LCCT. Anak-anaknya yangs eramai lina orang di belakang tertidur setelah kepenatan tiga hari bersiar-siar di Langkawi. Isteri beliau, Rohana, yang duduk bersebelahannya juga kelihatan tersengguk-sengguk.
'In 350 meter, turn left' . GPS memberikan arahan. Haji Ali tanpa ragu-ragu mematuhi arahan tersebut. Seketika, beliau terpandang papan tanda yang menunjukkan jalan ke Seremban. 'Aiikkk.. ini jalan ke Seremban. Biasanya kena ikut Jalan Ampang, baru jumpa Gombak, pastu terus masuk highway Karak. Hmmm...' Mungkin ada shortcut yang aku tak pernah lalu. ' Getus hati Haji Ali.

MPVnya terus meluncur laju dengan panduan GPSnya. ' In 100 meter, turn right.' Haji Ali terus membelok ke kanan,. ' Eh, ini jalan nak ke Felda Labu, macam mana boleh sampai ke sini pulak? GPS ni rosak ke.' bisik Haji Ali. Dia segera melakukan U-turn dan memberhentikan MPVnya. Tangannya segera mengambil GPS itu dan memeriksanya. 


'Kenapa bang?' tanya isterinya yang terjaga dari tidur. ' Entahlah... GPS ni. Abang ikut instruction dia, last-last sampai ke sini. Ini jalan ke Labu, bukan ke Kuantan, ' terang Haji Ali. 'Turn right, turn right. ' GPSnya memberikan arahan setelah mengesan Haji Ali tidak membelok ke kanan. Haji Ali segera menekan butang off , dan menghidupkan semula GPSnya. Beliau sekali lagi menetapkan fungsi GPS menunjuk arah balik ke Kuantan. 


'Calculating the route' GPSnya berfungsi kembali. 'Drive 5 kilometer then turn right.' Haji Ali meneruskan perjalanan setelah meyakini GPS itu kembali normal. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Setelah hampir 45 minit memandu dengan bantuan GPS, sekali lagi Haji Ali merasa sangsi terhadap jalan yang dilaluinya kerana dihadapannya tertera papan tanda  ke arah Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam. 


'Mustahil...takkan nak ke Kuantan kena ikut highway PLUS,' hatinya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Sesampai di exit Sungai Buloh, Haji Ali terus masuk ke Plaza Tol Sungai Buloh. ' Make U-turn...Make U-turn... ' Marah GPS kerana arahannya tidak diendahkan. " Apa hallah benda alah ni. Menyusahkan saja,' marah Haji  Ali. ' Dah tahu GPS tak boleh pakai, janganlah ikut,' sampuk isterinya yangdari tadi mendengar leteran suaminya. 

Haji Ali terus memandu melalui Jalan Kepong dengan harapan dia akan sampai ke Gombak. Sekali sekala beliau melihat arahan yang diberikan GPS. Nampaknya GPS kali ini macam betul. Kenderaan beliau meluncur laju membelah kegelapan malam. Apabila melintasi Sri Gombak, GPS memberi arahan seterusnya. Oleh kerana kurang biasa dengan kawasan sekitar itu, Haji Ali mengikut sahaja arahan GPS. Hasilnya, Haji Ali tiba di kawasan berhampiran Hospital Masyarakat Asli, Gombak. 


'Ishhhh sampai ke sini pulak dibawanya aku.' Keluh Haji Ali. Pada masa itu beliau perasan ada sesuatu yang pelik berlaku pada GPSnya. Garis-garis jalan yang tertera pada GPS bukan lagi berwarna biru atau pink tetapi bertukar berwarna merah pekat seperti warna darah mengalir. ' Ini dah main kasar ni. Tak boleh jadi ni.' getus hati Haji Ali. Isteri dan anak-anaknya yang terjaga mula kehairanan. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 3.00 pagi.

'Bang.. telefonlah Haji Rusdi. Mana tahu kut-kut dia boleh tolong,' gesa isterinya. ' Sekarang dah dekat 3.00 pagi, nanti ganggu Tuan Haji pulak,' balas Haji Ali kepada isterinya. ' Habis tuh, takkan abang nak biar kita sesat macam ni?' soal isterinya lagi. Setelah menemui jalan buntu, Haji Ali lantas mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon Haji Rusdi. 


'Assalamualikum Haji,' 

'Waalaikumussalam. Ya Haji Ali ada apa? '

'Minta maaf ganggu Haji pagi-pagi buta ni. Saya ni ada masalah. Saya nak balik Kuantan, dari LCCT. Tapi saya rasa macam kena main sesuatu je ni. Saya pakai GPS, tapi macam tak kena je..dihantarnya saya ke Labu...ke Sungai Buloh,,,ni dah sampai kampung Orang Asli Pulak...' 


'Macam ni lah Ali. Awak tawassul dulu kepada Rasulullah s.a.w dan lepas tu baca Fatihah dan lepas tu cuba azan. Tengok apa kesannya. ' 

'Baik Haji. Insya-Allah saya akan buat. Terima kasih. Doakan saya ye ' 


Selesai membaca Fatihah, beliau mengumandangkan azan. Dengan tidak semena-mena, isteri beliau menggigil dan mengerang...seram sejuk Haji Ali mendengarnya. Beliau tetap meneruskan azan sehingga habis. Sebaik sahaja selesai, isterinya kembali normal dan beliau sendiri terasa seolah-olah keluar dari suatu kegelapan yang menyelubunginya. Beliau mula nampak papan tanda  keluar ke Lebuh Raya Karak dan ke Kuantan. 


Haji Ali mula menarik nafas lega. Dia termenung sejenak untuk menganl pasti apa yang telah berlaku. Ketika itu, barulah Haji Ali teringat apa yang mereka lalui semasa berada di Langkawi. Ketika mula-mula check in hotel, beliau telah diberikan satu bilik yang agak terpencil yang menghadap paya. Bilik tersebut agak suram, seolah-olah sudah lama tidak diduduki. 

Sebaik sahaja masuk, anak bongsunya, Dalilah mula diserang gatal-gatal seluruh badan,. Pada waktu malam pula, mereka mendengar orang bertukang,. 


'Cuba ustaz fikir, mana ada orang bertukang malam-malam. siang-siang xde pulak. Macam macam bunyi.. orang menggergaji, memaku dinding..hiruk pikuk. Sampai saya dan anak saya tak boleh nak tidur,' jelas Haji Ali kepada beberapa jemaah setelah selesai solat Isyak. 


'Bila dah masuk Lebuh Raya Karak, saya mula rasa mengantuk yang amat sangat. kejap-kejap saya berhenti tidur di tepi jalan bimbang takut accident. Ustaz nak tahu saya sampai Kuantan pukul berapa? Pukul 12 tengah hari baru sampai ! Bayangkanlah dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 12 tengah hari ... 12 jam perjalanan untuk jarak 270 kilometer. " 


' Saya rasa makhluk yang menganggu awak di Langkawi ikut awak balik. Iblis dan syaitan telah berikrar untuk menganggu anak Adam dan mereka akan menggunakan cara apa sahaja. Guru saya, Imam Ishak selalu berpesan, kalau kita masuk ke kawasan yang sudah lama tidak dipenghuni, atau tempat asing sama ada hutan, rumah lama, maka azankanlah 3 kali. Insya-Allah makhluk2 yang mendiami kawasan itu akan lari. ' Ujar Haji Rusdi memberikan panduan.


Sumber : Mastika



Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Saturday, May 28, 2011

(Video) Prema Yin & Shahz Jaszle MARILAH . Gersang? Menggerunkan? Mengasyikkan?

Sumber : Skymania








Tontonlah dulu video yang diarahkan oleh Gambit Saifullah . Anda akan merasakan sendiri perasaannya.


Setelah saya menonton , ada beberapa komen negatif . Jangan sentap puloks! heh heh


  1. Tarian Prema Yin tak membuat saya teruja
  2. Mula-mula saya tengok, eh siapa perempuan ni? # ke aku yang outdated? heh heh
  3. Make up buruk
  4. Pakaian putih yang Prema Yin pakai tuh tak menarik la
  5. Lirik lagu Marilah Menari TAPI dalam video Marilah Beromen. awak ketandusan idea eh nak buat video??
  6. Gambit Saifullah tidak perlu nak men-delete komen-komen negatif youtubers. Kena terima kritikan untuk kebaikan masa akan datang
  7. Saya lebih rela tengok video macam ni yang dilakukan oleh Orang Barat daripada Orang Melayu yang buat. ( Prema Yin bukan Melayu )
  8. Artis Malaysia susah nak diterima kalau berterusan buat macam ni. 
  9. Saya tak kisah awak nak kata saya kolot tak open minded . # Ade aku kesah?

Komen positif

  1. Suka lokasi pengambaran 
  2. Shahz Jaszle nampak handsome haha
  3. Aksi dalam video berlaku dalam masyarakat Malaysia sekarang ini. So kiranya video ni tak menipu. Terima kasih membuka mata kami . 






    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Wednesday, May 25, 2011

    Lelaki Lembut Tak Semestinya Gay! Gay Tak Semestinya Lembut !

    Assalamualaikum.


    Saya ada seorang kawan lelaki yang lembut. Sememangnya dia bukanlah lembut yang dibuat-buat. Masa zaman kecik-kecik dalam lingkungan 12 tahun, zaman tuh terkenal dengan permainan rounders ( tak pasti ejaan ) . Permainan macam besball laa. Ingat lagi masa tuh Cha kurus dan hitam. haha. Kawan Cha yang si lembut ni, dia terer gila main. Cara dia pukul bola memang macam perempuan la. Kalau tersepak kayu, dia mesti jeritt " oucchhhhhhh " Selalu kalau nak pilih ahli team mesti Cha group dengan dia. Tapi budak-budak lelaki lain selalu ejek kawan Cha yang lembut ni. P O N D A N ! Cha akan marah sesiapa je yang ejek dia. 


    Kalau kawan lembut Cha ketawa, macam pondan ketawa tapi kawan Cha memang semulajadi gelak macam tuh. Kadang-kadang Cha ketawa tengok dia. Hahaha. Masa sekolah menengah kami jarang berjumpa masing-masing sibuk belajar, Cha ingat dia akan jadi perempuan sebab dia banyak kena pulau dengan lelaki. Rupa-rupanya cerita terbaru dia, dia dah ada girlfriend dah pun nokssss! Haha. Cha pun macam tak percaya je. tampar pipi jap ! 


    Honestly, kadang-kadang kita lebih happy kalau berkawan dengan lelaki lembut ni. sebabnya hati mereka sama macam perempuan. memahami, menasihati, dan tahu serba sedikit pasal perempuan. Walaupun fizikal mereka macam lelaki, tapi hati mereka ada banyak taman bunga tau :) So, kita tak patut nak ejek-ejek mereka yang lembut sebab mereka pun tak minta nak dijadikan begini. Korang tahu kan kunsa? Kunsa ni adalah manusia yang dijadikan ALLAH yang mempunyai dua kemaluan ( lelaki dan perempuan ). Kalau kita ejek mereka, so thats mean kita ejek ciptaan Tuhan. Kita akan dilaknat tau. 



    Tapi kalau lelaki yang nak jadi perempuan , memang sejak azali pati akan dilaknat dan Nabi Muhammad tidak akan mengaku umat. Cuba korang teka gambar bawah ni lelaki ke perempuan?


    Chris Crocker .





    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Monday, May 23, 2011

    Ibu Jadi Penghalang Hubungan Cinta.

    Assalamualaikum :)


    Saya ada seorang kawan baik perempuan. Dia mempunyai seorang teman lelaki kiranya sudah genap setahun mereka bersama. Semasa mereka bersama, si kawan saya ni pernah la juga beberapa kali berjumpa dengan family si lelaki. Family lelaki duduk jauh nun di Kelate sana. Kawan saya ni memang asal orang KL. Apabila ada musim cuti semester, keluarga si lelaki akan datang ke KL untuk ber-shopping. Jadi alang-alang bershopping, mereka semua berjumpa dengan kawan perempuan saya ni.. Makan bersama...jalan-jalan bersamaa.. 


    Nak dipendekkan cerita, Si Ibu kepada lelaki ni sangatlah baik melayan kawan saya ni ketika keluar bersama. Nampak macam dah terima la kawan saya ni sebagai menantu. Pada suatu hari, semasa kawan saya sedang bergayut dengan lelaki dia, tiba-tiba ibu si lelaki marah-marah sambil berkata kepada anak lelakinya.. " Kau dah setia sangat ke dengan si..... tuh, sampai taknak cari perempuan lain.. Cuba kau tengok girlfriend abang sulong kau tuh, dah la bergaya. pandai pulak tuh. Amik law ada masa depan. Si .... apa yang ada.? pakai baju pun macam kampung " 



    BERDERAU darah kawan perempuan saya tuh. Ibu si lelaki boleh lepas cakap macam tuh je semasa mereka sedang bergayut.. Siapa tak sedih kan kalau orang tua kutuk-kutuk kita macam tuh. Saya pun tertanya-tanya si Ibu sedar ke yang anak dia sedang bergayut dengan GF , atau memang sengaja cakap biar kawan saya tuh dengar??


    Ye kami tahu lah kami hanya orang sederhana. Bukan kaya macam kamu si Macek oi. Tapi tolonglah jaga hati kawan saya tuh. Dia menangis sampai banjir gila tau tak! By the way, kawan saya tuh bukannya dress up macam kampung, dia duduk KL dan dia tahu trend semasa. Kawan saya memang sengaja jumpa makcik pakai baju biasa-biasa je sebab ANAK LELAKI macek yang dah WARNING awal2 pada kawan saya supaya pakai simple je bila jumpa macek. Sebab dia tahu macek ni banyak komplen. Pakai terlebih-lebih salah, pakai simple2 dikatakan pulak macam kampung. 


    Apabila kawan saya tuh menangis sambil marah-marah, mestilah dia akan lepas macam-macam kan. Then boleh pulak lelaki tuh cakap " You jangan nak kutuk-kutuk mak I okay! Mak I tak kutuk you pun " Hati perempuan mana yang tak terguris bila lelaki tak back up girlfriend dia sendiri . Memang la syurga di bawah tapak kaki ibu, tapi tak bolehkah lelaki tuh bincang elok2 kat mak dia ? biar mak dia sedar yang mak dia tuh dah buat hati orang terluka. 



    Disebabkan kawan saya tuh tak tahan, so dia dah putus dengan lelaki tuh. Bukan kes ni je, banyak lagi kes lain dan bila clash, mereka pasti akan couple balik.. Sebab si lelaki tuh pandai berkata-kata. So apa yang patut saya buat biar kawan saya tuh tak masuk lagi jerat lelaki tuh? Lelaki tuh batak tau tak, baru layan deadmau5 dah show off. muahahaha. Dah laa mata jalang pantang nampak perempuan lawa sikit.





    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Sunday, May 22, 2011

    Fakta Lelaki Zaman Moden, girls take a note!!

    Assalamualaikum.


    Rindu saya tak? lama jugak saya tak menulis entahlah otak tuh ada idea nak tulis tapi mesti ada yang menghalang. contoh macam penat laa, bila menulis tiba-tiba idea tak ada. Niat terus terbantut! Hari ni tiba-tiba saya nak menulis so tajuk yang saya nak bincang ialah Fakta Lelaki Zaman Moden. Semasa saya sedang berborak dengan mak dan kawan dia ( pakcik & makcik ) , pakcik tuh sempat membebel menasihati  saya tentang ciri-ciri lelaki zaman sekarang. Tengok tuh, dia sebagai lelaki pun sanggup pecahkan pekung  di dada bagi pihak lelaki sendiri... I salute youuu laa pakcek!!!




    Suka Cari Yang Tersembunyi

    Perasan tak lelaki dia suka perempuan yang suka duduk rumah. Sebabnya perempuan yang suka duduk rumah ni confirm la pandai masak, pandai kemas rumah dan bagus untuk dijadikan bakal isteri. Bukan macam perempuan yang suka keluar rumah. Dah tentu-tentu masak telur hangusss, baju hantar laundry je, kemas rumah suruh bibik. Perempuan macam tuh lelaki nak buat bini? alamatnyaa dapur tak berasap , baju kusut masai bila nak pergi kerjaa.. Dan selalunya perempua yang suka keluar rumah adalah perempuan yang liar..



    Cari Yang Pandai Otak Bukan Yang Pandai Bergaya

    Zaman dah moden, so ilmu pengetahuan itu sangatlah penting untuk bersaing sesama sendiri bagi ingin meneruskan hidup. Lelaki sekarang dia suka tengok kecerdikan pada perempuan. Kalau perempuan yang reti bergaya sahaja, lelaki akan bertanggapan " whoaaaa. baju dia je dah berapa,, kasut lagi., rambut nak kena dye tiap2 minggu,, kalau aku jadi lelaki dia lingkup lah aku mcm ni.. bergaya je reti , cari duit tak reti.. gaji sebulan aku pun cukup-cukup nak beli baju dia je... hishhh masakkk masakkk..  " . Betul jugak tuh kan, tak guna kalau pandai bergaya tapi tak pandai cari duit.. Tapi kalau yang ada dua-dua tuh.. kira bonus laa tuh.. di samping belajar dia pandai mengikut trend semasa.


    Semakin Jual Mahal Semakin Lelaki Jadi Gila

    Lelaki ni kalau dia suka dekat perempuan tuh, memang dia akan berusaha sampai dapat tak kira lah apa yang terjadi! Kalau perempuan tuh jual mahal, dia akan cuba pelbagai trick untuk buat diri dia wujud di hadapan perempuan. Selalunya perempuan jual mahal ni perempuan yang lawa. Lelaki mungkin akan buat perempuan tuh marah atau bengang sebab dengan cara tuh lelaki tuh boleh berhubung dengan perempuan tersebut. Ataupun hantar kata-kata maniss.. Tapi trick macam ni dah outdated la sebab perempuan masak sangat dengan lelaki yang suka berkata-kata. Tapi saya rasa trick suka buat perempuan marah tuh berkesan sebab lama kelamaan akan timbul perasaan sayang.. hahaha.




    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Wednesday, May 18, 2011

    Jauh Dari Lubuk Hati Ini

    Kadang-kadang kita harus menangis dengan sepuas-puasnya untuk menggantikan saat gembira yang telah kita kecapi.




    p/s Hati aku bercelaru. Lebih baik aku pergi ambil wuduk.

    Tuesday, May 17, 2011

    Kisah Hati by Alyah ♥






    Finally this year I have one favourite malay song. Actually it is quite hard for me to fall in love with certain song especially malay song. not because i hate it but i am not interested with it. Its up to you guys nak cakap i orang melayu perasan english! heh. We have our right in choosing which song do we like. All thanks to Alyah because she made song that really really really lovely for me! Yeahh she maybe is a Lady Gaga wannabe but who cares? haha. Biar banyak mana pun kontroversi melanda dia, tapi dia memang ada bakat. saya suka suara dia! So gosip-gosip yang melanda dia akan membuat nama dia makin naik DAN ditambah pula dengan lagu terbaru dia iaitu Kisah Hati.. I have heard so many people fall in love with this song! Keep it up ! Go go Alyah!


    scroll down to turn off the music then hit the play button

    To the one yang mulut taik, hey please la jangan buat kontroversi yang sangat murah! Korang kata Alyah melebih-lebih dalam video klip ni dengan Remy Ishak, pegang tangan macam feel habes. Alyah terlalu tua nak berganding dengan Remy Ishak. Ohhh what the hell of this. benda tuh pun nak kecoh. video klip artis lain tak ada pulak korang nak kecoh. Just say that you're jealous of Alyah's achievements . kan kan? shame on you.. 


    P/S : Saya rasa saya dah mula minat Alyah ni.. dulu bukan main benci lagi dengan appearance  Alyah yang meniru Lady Gaga & Rihanna.. whats matter? people change... heh.  =B






    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Sunday, May 15, 2011

    Terpegang Boyfriend Orang Lain Masa Main Ice Skating. sorryyyyyyy

    Pada hari Isnin yang lepas, aku ada pergi melawat ke Sunway Pyramid memandangkan dah lama aku tak  pergi sana. Itupun atas desakan member baik aku sendiri iaitu Tondel Mai . Mula-mula plan nak bawak ex-classmates last-last tak jadi sebab ada yang tercirit-birit , bekerja, daftar form 6, putus cinta la semuanya lengkap! So yang tinggal hanyalah berlapan. 4 lelaki & 4 perempuan. Itupun semuanya kawan-kawan si Mai. Baru hari tu aku kenal diorang semua. 

    Sebelum ber-ice skating
    Walaupun kadang-kadang dia suka buat benda-benda sengal macam PAKAI SPEK YANG TAK KENA DENGAN MUKA tapi aku tetap sayang dia oh! dan dia memang cute dalam percakapan TAPI kadang2 menggedikk.. yuckkkk! :P

    Si Tinggi & Si Pendek.

    Andiki , Kyra , Cha

    Semasa ber-ice skating


    Kyra, Cha, Rinda, Mai, Daus, Adib








    Perkara yang membuat aku berasa serba salah dengan Rinda & Adib ialah aku pegang badan si Adib nih bila posing maut aku tak tahu pun Rinda & Adib ni couple! Haishhh cha cha.. si Rinda pun sama pergi makan hati sorang2. lain kali sound jela aku bila aku pegang bf kau tuh. muahahahaha!

    siapa yang HARUS dipersalahkan? Siapa suruh tak de siapa yang bagitahu aku yang ADIB ngn RINDA ni couple? Kan aku dah pegang. SEBENARNYA aku pegang tuh sebab aku tak reti main ice skating. Takut jatuh masa posing kan maluuu.. to yang aku pegang.. serious wehhhh !


    Inilah abang-abang MACHO pada zaman iniiiii.. muahahaa! Kesian korang ye asyik ambik gambar kiterog je. takpe aku tepek gambar korang dalam blog aku tak seberapa ni pun  jadilahhh kan? hehehee




    Sebenarnya aku tak reti main ice skating nii.. Masa aku sedang mengelamun bermain dengan lagu I Cant Get Enough ditayangkan, tiba-tiba kaki aku main lama makin kangkang... then makin lama makin nak jatuhhh! Sekali aku jumpa mangsa aku,, tempat aku nak berpaut daripada terjatuh la kiranya kan. Aku rasa dialah tempat paling baik aku nak berpaut sebabnya waktu kecemasan tuh lah dia yang paling dekat dengan aku..... TIBA - TIBA .... 









    DUSHHHHHHHHHHHHHH !!!! 













    aku betul2 berpaut dekat abang tuh sambil nak terjatuh ! aku pegang lagi kuat sambil menjerit.. " Oh maiiii Goddddddddddddd !! " awww gediknya aku!! teeetttttttttttttttttt T_________T .  Kiranya kami dah nak berpeluk la jugak kan tapi tak kesampaian sebab badan aku dah stabil semula.. 


    " oh im so sorryy.. i dont mean it. i nak terjatuh tadi " 


    "Its okayy ( sambil tersenyum manissss gituuu ) " 



    Rupa-rupanya dari tadi si GIRLPREN abang tuh memerhatikan babak kami berduaa! dengan mukanya yang tercengang.. SPEECHLESS lah katakan! lalu mereka berdua berlalu daripada tempat aku... Dari jauh aku tengok girlpren tuh tengah tumbuk2 dan pukul2 manja bofpren dia! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Sorry laa kakak oiiii .. saya tak berniat punnn !!



    Badan aku habis lebam-lebam main ice skating... walaupun sakit tapi seriouss memang have fun gila2!! .. Opsss lupa nak bagitahu yang muka ADIB sama dengan muka ex-boyfriend saya yang sekarang ini merangkap kawan sayaa..  


    UCIE a.k.a Muhd Yusry
    ADIB
    Tinggi mereka sama.. kurus badan mereka pun sama.. jari jemari mereka yang panjang pun sama... kulit mereka yang bukan putih sgt pun sama...tulang muka mereka sama.. Cuma Ucie hidungnya lebih besar. Adib lebih runcing. muahahahahaha! Rambut Ucie lagi style daripada Adib. muahaha..... TAPI 98% samaa!! Tapi ini bukan bermakna aku pegang Adib tadi sebab aku teringatkan Ucie. NOOOOOOOOO !!!






    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Saturday, May 14, 2011

    Cakap Tak Serupa Bikin

    Peace be upon you :)


    Macam mana seseorang blogger boleh mendapat begitu ramai followers? sebabnya inti blognya menarik tertarik, mencuit hati dan paling penting ialah .. I K H L A S . Beliau ikhlas dalam menyampaikan ceritanya. Contoh macam aku, kadang-kadang aku ikhlas, kadang2 tidak. hehehe Aku dah buat eksperimen kat blog aku ni.. Kalau korang tengok ada button like facebook. Kalau banyak orang like, maknanya semasa aku buat entry tuh aku menulisnya dengan penuh keikhlasan, ketenangan. Kalau yang takde langsung tuh, maknanya aku tulis dalam keadaan terganggu.. So lepas ni aku akan cuba tulis blog dalam keadaan yang tenang dan ikhlas  :) 


    " Haishh,, sudah-sudah lah menghadap komputer tu.. tolong mak ni haaa " 
    aku baru cakap pasal ketenangan menulis blog, tengok mak aku dah menepis. hurmm okay sabarr sabarrrr !! >,<"


    Kalau korang nak tahu, aku adalah salah sorang manusia yang cakap tak serupa bikin. Dulu aku ada cakap 

    I will not care about men anymore, study first and if God is willing, maybe he and I will meet someday, somewhere. I dont know who is he  just the only God knows everything!


    okay ayat tuh sila tekankan baik2 eh. " I will not care about men anymore " . Alahh sehari dua boleh lah aku pegang dengan kata2 tuh. hari ketiga dah hilang. hahaha. Tuhan menjadikan manusia ada hati ada perasaan termasuk lah aku. Aku tak boleh nak halang perasaan apa yang timbul dalam hati ni. Korang boleh halang nak rindu pada seseorang? Tidak mungkin!! So lepas ni aku akan berhati-hati dalam berkata-kata agar tidak memalukan diri sendiri.


    Jangan jadi seperti ini.. 

    "Alhamdulillah ya Allah, akhirnya engkau dah berikan hidayah kepadaku "


    Sekali aku tengok album, pakai tudung lengan pendek, gambar seksi tak pakai tudung masih di-public-kan, ayat di status yang macam-macam perkataan mencarut kita boleh baca. Macam ni kau kata  kau dapat hidayah? Puiii ! Serupa mcm kau dah mempersendakan agama kau sendiri!  Statement ni lagi teruk daripada statement aku tadii ! hehe

    Sekadar gambar hiasan


    Thursday, May 12, 2011

    Siapa Malaikat Itu?



    Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya . 

    "Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia " 

    Sesungguhnya bayi itu merasa amat takut memikirkan akan dilahirkan di dunia yang tidak pernah dilihatnya. Lalu bayi itu bertanya . 

    "Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini? " 

    Lalu Tuhan menjawab

    "Jangan takut, sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti " 

    Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi.

    "Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini, aku hanya perlu bermain, bernyanyi, ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti " 

    Lalu Tuhan menjawab.

    "Jangan takut, malaikat yang kupilih akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuatkan engkau berasa hangat dan dicintai. "

    Bayi itu masih belum berpuas hati.

    "Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka? "

    Lalu Tuhan menjawab.

    "Malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu berbicara. " 


    Bayi itu bertanya lagi .

    "Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak? "

    Lalu Tuhan menjawab.

    "Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti. "

    Bayi itu masih terus bertanya.

    "Aku dengar di dunia itu banyak orang jahat. Jadi siapa yang kaan melindungiku nanti? " 

    Lalu Tuhan menjawab.

    "Malaikatmu itu yang akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun mengorbankan dirinya! " 

    Dengan sedih bayi itu bertanya.

    "Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu  lagi. "

    Lalu Tuhan menjawab.

    "Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya aku sentiasa berada di sisimu. " 

    Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir.

    "Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu? "

    Lalu Tuhan menjawab.

    "IBU! Ibu yang melahirkan engkau "  

    Selamat Hari Ibu. dah terlambat sangat nak buat entry ni tapi apa salahnya kan? Kita seharusnya menyambut Hari Ibu pada setiap hari bukannya pada hari tertentu shj. Tiba-tiba saya teringat kes pembuangan anak. Sayu sangat dalam hati ni.. Fikirkan sejenak, bagaimana kalau malaikat yang Tuhan maksudkan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya? Siapa lagi malaikat yang dapat menjaga kita?

    -SAYA CINTA AWAK PN. SAMSIAH BINTI KARIM-


    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Wednesday, May 11, 2011

    Sebelah Malaikat Sebelah Syaitan



    Kadang-kadang aku berfikir, sampai bila aku nak seksi? sampai bila aku nak bagi dosa pada diri aku? sampai bila aku nak tanggung dosa lelaki yang melihat aku berpakaian seksi? Aku mencuba untuk mengubah semua itu. tapi ianya sangat-sangat susah! sebab aku dah terbiasa dengan kehidupan yang terbuka. 

    Contohnya, semasa berjumpa dengan orang atau semasa bercakap di telefon, perkataan pertama yang aku keluarkan ialah " hello " bukannya "assalamualaikum" . Kalau berjumpa orang, pun tidak memberi salam kepadanya. Mum aku cakap aku dah jauh terpesong. Tapi aku tak sedar yang aku ni dah jauh terpesong sehinggalah mum aku cerita apa yang aku buat barulah aku sedar. 


    Jujurlah aku malu dengan Tuhan. Dia dah bagi banyak sangat rezeki pada aku. result SPM, kehidupan aku yang bukan miskin bukan kaya, apa yang Dia bagi pada aku semuanya adalah doa daripada mum aku. Aku jarang berdoa. Kalau berdoa pun dalam hati bukannya selepas bersembahyang. Sehinggakan mum aku berdoa " Ya Allah kau berilah dugaan kepada anak aku yang sorang tuh " Dan aku dapat dugaan tuh. Dugaan yang permohonan aku ke matrik & upu tidak diterima. Baru satu dugaan, aku dah jadi serabut. tiap2 hari aku dpt migraine. Aku rasakan aku dah takboleh bertahan. Dan sekarang aku tengah bertungkus lumus minta tolong orang dalam, orang parlimen . Mum aku cakap, setelah berusaha bertawakal kepada Allah. Kakak tiri aku cakap, pagi2 Jumaat bangun subuh solat dan berdoa moga tuhan memberi hidayah kepada aku. Pahalanya sebanyak langit dan bumi. So aku akan cuba bangun pagi solat Jumaat dan berdoa. Aku akan cuba walaupun ianya sangat susah. Nampak sangat hati aku dah hitam legam!


    Dari segi berpakaian pula, aku suka tengok perempuan bertudung. Hati aku tenang. Aku pun suka tengok perempuan hot. Hati aku rasa macam nak tiru. Hati aku terbelah dua. Apa yang buat aku susah nak bertudung, satunya sebab panas dan satunya aku tak tahu macam nak stail nak pakai tudung. Plus pakaian aku semuanya tidak sesuai untuk yang bertudung. Aku niat kalau aku bertudung satu hari nanti, aku taknak bertudung yang ada tombol unta di belakang kepala, sebab ia akan mendapat cacian. Aku nak bertudung seperti yang disuruh oleh Islam. Tapi macam yang aku ckp tadi, ianya susah pada masa sekarang sebab aku dah biasa berpakaian seksi. 


    Dari segi pilihan lelaki, aku suka lelaki yang menjaga solat, elok rupa parasnya, dan tidak suka dengan keduniaan, contoh macam Ashraf Muslim. hahaha. Walaupun begitu, hati aku inginkan kebebasan, keduniaan, so adil tak bagi lelaki yang dapat aku ? Aku teruk tapi nak dapat lelaki alim. Aku nak kan permata tapi aku sendiri nak jadi tahi ! So bila nampak lelaki yang hot bersosial, aku just minat2 jelah takde niat pun nak jadi girlfriend dia sebabnya aku tahu hati aku nak kan lelaki yang baik untuk masa depan aku.



    Aku takut aku mati suatu hari nanti. aku pun tak tahu kenapa aku bodoh sangat fikir mati! Bodoh sungguh! tapi itu yang aku fikir. aku fikir nak jumpa ayah aku. Haihh moga tuhan panjangkan umur aku. Amin. Banyak lagi aku nak tulis, tapi takpe, aku sambung next chapter . peacee ^^



    so apa komen anda tentang masalah aku?



    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Monday, May 09, 2011

    Si Pengarang Jantung Membuat Jantungku Bagaikan Hendak Tercabut!

    Sebelum saya nak cerita tentang entry yang akan saya cerita nanti, saya nak up-to-date dulu tentang cerita bahawasanya saya tak dapat tawaran ke matrikulasi dan mana2 universiti. Ohhh realiti yang sangat sedih! Bayangkanlah you dah pulun habis-habis then you tak dapat apa2. menangis tak? saya menangis sampai tertidur tau. Disebabkan keputusan SPM 2010 adalah keputusan SPM paling gempak setelah 4 tahun yg lepas, mungkin sebab itulah peluang saya susah nak mendapat tempat di universiti tempatan.  TAPI, kenapa calon SPM lain seperti kawan saya, yang dapat keputusan SPM kurang sedikit daripada saya tp okaylah, dapat pulak tempat di universiti dan dapat course yang bukan dia ambil semasa di sekolah! Course tuh boleh tahan tough la jugak dan saya memilih course tersebut semasa isi borang permohonan tetapi dengan keputusan SPM saya yang 8A 1B tuh, saya tak layak dapat course tuh! AKU betul2 tak faham macam mana sistem mereka! Nevermind, pada hari Selasa ni, saya akan ke Uitm Shah Alam untuk terus face-to-face membuat rayuan. Saya harap anda semua doakan saya.. Misalan lah kalau saya tak dapat, mungkin saya akan ke IPTS. tapi kalau boleh saya tak mahu. mahal doh aku bukan anak orang kaya tidur atas duit :( So doakan tau ! doakan saya! nanti saya belanja makan bakso. 



    Berbalik kepada topik entry ni, saya nak tujukan kepada you all semua tak kira sama ada perempuan atau lelaki. Cuba bayangkan.......... ( bunyi bintang berkerdip )  Anda suka sangat pada seseorang tuh, anda pernah berborak dengannya, bergurau senda dengannya, dan mengatakan " i love you " kepadanya. Malangnya pada jangka masa yang lama anda berpisah kerana desakan waktu. Anda pun mulai melupakannya. Tiba-tiba, si dia menghantar sesuatu kepada anda. Anda tersentap! anda terkejut! anda bahagia! anda berpeluh! jantung anda mengepam darah dengan tekanan yang sgt laju! Anda ingin pengsan  tapi tak jadi pengsan! Hahaha. Pernah tak anda berasa keadaan sebegini?


    source : Google




    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Sunday, May 08, 2011

    Muka Aku Bertudung Macam Tiz Zaqyah? Hahaha dasyat tol statement ni

    First of all, sesiapa yang fanatik dengan Tiz Zaqyah jangan nak dam aku k. Aku buat statement ni bukan sebab aku perasantan tapi ada seorang manusia beritahu saya. Dan saya tak tahulah kenapa beliau berkata sedemikian rupa! Betul ke mata dia? Haha buat aku nak tergelak smpai terburai usus-usus waktu malam ni. Eh kau lupa pakai cermin mata eh mata comment photo photoshoot aku bertudung? Tak pasal2 aku kena hentam dengan peminat Tiz Zaqyah tau! hahahaha. 


     Adik Whizz Architects, statement awak ni biar betul. haha. nasib baik xde orang kutuk


    Sebenarnya comment tuh adalah comment 7 bulan lepas. Hahhhh kau tengok dah berapa lama aku tak jengok Myspace aku. Merajuk dengan abang Tom punya pasal sebab buat myspace berserabut dengan advertisement and function yang tak reti aku nak pakai!  Hari ni hati naluri aku nak menjengok lah myspace usang tuh. Tengok notification dah beribu tapi aku jadi serabut tak reti nak view so aku biarkan. buta IT kan aku? Terperanjat aku bila Adik Whizz Architects cakap muka aku bertudung macam Tiz Zaqyah dalam cerita Nur Kasih. hahaha. Adik Whizz, adik mesti fanatik gila dengan Tiz kan sampai muka saya pun nampak macam Tiz. hehehehe. awww awww terharunya sayaaaaaaa :P




    TAK SAMA LANGSUNG!! mungkin faktor tudung kotttttt >,<


    Weh muka Tiz Zaqyah tuh cun gila kot! Tiz dah la putih gila, gorgeous tak mcm aku ni haaaa. dah laa kuning langsat ( eh yeke bukan sawa matang ke? ), gemokk ( aku tgh diet la ni! diet la sgtt kan ). 



     Ehemm ehemmm , btw jangan lupa saksikan filem Nur Kasih yang akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda pada 19 Mei 2011 ! :)  Kalau Tiz tersesat baca blog aku ni hulur-hulur la sikit duit aku dah tolong promote filem dia. hahahaha



    Apabila Perempuan Marah.

    1. Apabila perempuan marah, jgnlah anda membuat lawak yang bodoh sbb anda yang akan kena bodoh nanti!
    2. Fikir dulu sebelum nak masuk campur dalam status dia
    3. Kalau boleh, back up je perempuan tuh even memang perempuan tuh yg salah. Kalau tidak, tak pasal2 anda akan turut dimaki bersama. haha
    4. Selalunya perempuan yang pendiam kalau marah sekali memang meletop top habiss beb!
    5. Cuba hantar video2 yang kelakar bg perempuan tuh gelak
    6. Selalunya masa marah, tiba-tiba ada lelaki yg perempuan tuh minat tegur, automatically kemarahan perempuan tu akan reda. Tiba2 terus senyum macam kerang busuukkkk!
    7. Jangan cakap " you makin cute la bila marah " Kang kena penyepak terus! nak mengorat pun agak2 la tak kena dengan tempat kot. 
    8. Selalunya perempuan marah sekejap je. # eh yeke?

    Friday, May 06, 2011

    How Come I Got Nothing? I Had Cried A Lot For This!

    Assalamualaikum :(



    First of all i want to ask for apologize to all of you because today in this entry I want to share about my personal problem. As i had said before, I would not share any story about my personal to my blog, but right now I cannot stand with my problem anymore. And I think the best choice is I should share my problem  with my lovely blog and reader so that my frustrated can be reduced.


    Based on my previous entry, I had shared to all of you about my result. yeah I got an excellent result BUT I  think it is not worh it. WHY ? Because i did not get any offers from matriculation and universities. I got 8A 1B but I got nothing!! Nothing!! Did I not deserve to get any places in universities? Did I not deserve ?! If so, why I should study hard, wake up until morning to get 8A 1B ? Better I just go enjoy and shopping with my social friends than being home reading books to get ready for an examination. I got the best student award in my school but I did not get any offer for university!


    I do not know how their system is working. My friend who gets 6A, she can get offers from matriculation and universities. But me? Hey I got 8A!! How come I got nothing?! Tell me ! I had cried a lot until I fall asleep. My body dont have any strength to produce tears anymore. So, what will happen to my future life? I want my mama to be proud of her daughter. but .. Ermm no comment!


    So please everybody.. please pray for me so that I can get offer from the best university. I want  it and I know everybody want it but I'm the most person who wants it ! Please pleasee pray for me ! I want my mama and my late father to be proud of me ! *crying*  . So my advice to youth, please study hard to get an excellent result than me. Nowadays competition is strong. Without your best result, you are not deserve to get the best university as you dream.




    Do you can help me, my result?


    P/S : Please ignore all the grammar mistakes because I wrote this entry with my tear drops through my face. 




    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Buat Apa Nak Terhegeh-hegeh Kalau Orang Dah Tak Suka!


    Pernah tak jadi kat korang semua ? Apabila anda suka sangat pada orang tuh and you wishing she/he will be yours tapi perkara yang sebaliknya berlaku. Anda suka dia sebab ada beberapa perkara yang istimewa tentang dia yang tak ada pada diri orang lain. Hubungan anda dan dia semakin rancak apabila sudah bertukar-tukar nombor telefon. Malangnya lama kelamaan, si dia menunjukkan belangnya. 


    Tiada perkataan yang kesat yang dilemparkan kepada anda tetapi perkataan yang "menghiris"  hati.  Dia tak sedar apa yang dilakukannya tapi hati anda tiba2 sensitive pada masa tuh. So anda pun menangis or bengang or whatsoever. Anda berasa menyesal pernah suka pada dia. Anda berkata di dalam hati '"tak cukup handsome-kah aku ni untuk memikat si dia ? tak cukup lawakah aku ni untuk mencairkan hatinya? " . Nak kata anda good looking memang ye, sebab ramai yang minat pada anda. tetapi bila anda pula yang minat seseorang, kenapa dia tak bagi feedback yang positif. anda telah gagal di situ! 


    So, kepada manusia yang suka 'menghiris' hati orang lain dengan kata-kata yang manis, anda memang tak layak untuk disukai, disayangi dan dicintai. ! Mari kita ramai2 ambil minyak tanah, petrol, diesel dan KITA BAKO KITA BAKO orang yang macam ni ! Saya pulak yang menyampah . Saya tulis pun dah tak betul. Kalau readers tak faham silalah baca sampai ke-seratus kali tapi kalau tak faham jugak ada something wrong la tuh dengan otak para readers sekalian :P

    Assalamualaikum




    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Thursday, May 05, 2011

    You All Semua Sama! Ahli Neraka Jugak! Hahaha - mak nyah

    Source of the story : Magazine

    source : google

    Setiap hari Jumaat penghulu segala hari, sebuah kelab malam di ibu kota akan menganjurkan pesta gay untuk mereka berpesta. Ramai lelaki Melayu berkunjung ke kelab malam tersebut. Masing2 selamba tanpa rasa bersalah menanti teman2 yang belum tiba. Sebaik sahaja teman yang dijanjikan sudah tiba, mereka akan bersalaman, berpelukan dan bercumbuan sambil berlaga pipi tanda mesra macam Pak Arab pulak! 


    Selepas bersalaman, masing2 berpimpin tangan masuk ke kelab malam berkenaan tanpa rasa bersalah. Tidak ketinggalan turut ada seorang mak nyah yang datang ke kelab yang sama untuk berhibur. Dari luar kelab kedengaran bunyi musik yang sangat kuat , berdentum dentam yang membingitkan telinga. 


    Melayu juga yang menjadi juara di kelab malam gay ini. Gay Melayu berduyun-duyun masuk ke kelab malam ini. Suasana di dalam kelab yang agak gelap menyebabkan kita perlu menaiki tangga berhati-hati dan menyuluh dengan cahaya telefon bimbit. Lampu berkelip-kelip diiringi pancaran cahaya laser mengikut rentak lagu memeriahkan suasana di dalam kelab gay ini. 


    Pengunjung yang datang asyik berdansa sambil meneguk bergelen-gelen arak. Selepas meneguk arak, gay-gay ini menari terhuyung-hayang mengikut lagu yang dimainkan oleh dj. Macam2 aksi ada yang meliuk-lentok badan, melompat-lompat bersama pasangan gay masing2. Untuk pengetahuan semua, 90 % pengunjung yang datang ke parti gay ini ialah remaja Melayu yang beragama Islam! Tempat kedua ialah 8 % remaja Cina dan 2 % ialah pelancong asing. 


    Tepat pukul 2.00 pagi, pengunjung dihidangkan pula dengan persembahan mantap oleh 3 orang mak nyah yang terkenal. Persembahan yang lincah dan menggoda ! Lebih menyeronokkan apabila persembahan istimewa itu diacarakan oleh seorang mak nyah yang menggelar dirinya "mak"  . " Mak" sangat petah bercakap dan pandai mencuit hati hati pengunjung yang kebanyakan kepala mereka sudah disumbat oleh arak dan pil khayal.




    " Hah! Bukan main lagi korang tengok 3 orang nyah ni berjoget sampai tersembul biji mata tu! tapi hingat diorang tetap "nyah" macam "mak" tau! Ahli neraka semua! hahahahaha. You all semua pun ahli neraka juga sama macam "mak" ! hahaha "  kata mak nyah dengan nada selamba.



    Si pengacara mak nyah ni bercakap ikut selamba mulut je, semua gay melayu yang sedang berpesta hanya ketawa melihat aksinya,. masing2 tidak kisah apa yang dikatakan mak nyak walaupun sudah menyindir Islam! Kalau ya pun dah tahu ahli neraka, tak payahlah nak main2 soal akhirat.  Kalau nak berpesta, pestaa lah sampai tunggang terbalik tapi tak perlulah sampai nak menyindirkan agama,.


    Pada pukul 3 pagi, sebagai penutup deejay memutarkan lagu Kekasih Gelapku nyanyian Ungu. Maka bertambah hangatlah percintaaan pasangan gay ni semua sampai  ada pasangan yang menghadiahkan french kiss sebelum berpisah.
    source : google







    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

    Wednesday, May 04, 2011

    Ramai Minat K-Pop Sebab Muka Diorang yang Cute Je Kan? Haha

    Assamualaikum :)

    Dah dekat seminggu saya tak meng-update blog busuk ni, disebabkan oleh kerja yang pergi pagi balik malam. Saya tak nampak matahari pun untuk masa sebulan. Sebab tak tahan kerja yang memenatkan, saya pun berhenti. Kesian blog dah terbengkalai. saving kat nuffnang pun tak berganjak. sadis! :( 


    Sekarang ni dah heboh satu Malaya pasal ada fake K-pop . ada satu group daripada Malaysia nak jadi K-Pop wannabe. Peminat2 K-Pop sekalian, mari kita BAKO , KITA BAKO !!!! Banyak orang ternasuk blogger terkenal menghentam mereka cukup2 kerana meng-copy paste hasil daripada orang lain. bukannya nak create something yang baru . Buat malu Malaysia je bila kumpulan K-Pop itu sendiri melihat ada group daripada Malaysia nak menjadi seperti mereka 



    Banyak bloggers menghentam K-Pop wannabe ni cukup2! sampai sesak nafas nak bina ayat penghentaman yang paling power gitu! Ramai yang berkata mereka ini gay, menggedik padahal tak de lah se-cute mana, muka hitam ada hati nak jadi korean --------> okay yang last sekali ni aku saja2 tokok tambah. hahaha. Nasihat saya, cukup-cukup lettew nak copy hasil idea orang lain. Bila lagi Malaysia nak create artis yang mencipta sejarah yang menggegarkan dunia macam kumpulan K-pop? Kita tengok sajalah peminat-peminat tegar K-Pop zaman sekarang, ringtone guna lagu k-pop. aku tak tahulah sama ada korang faham ke tak maksud lagu tersebut. Kalau lagu english tuh ada lah juga faham sikit-sikit kan. 



    Terus terang saya katakan, dulu saya minat K-Pop. macam kumpulan Beast, Bigbang macam 2 lagi. most favourite artis saya ialah G-Dragon daripada kumpulan Big Bang . 
    Saya minat diorang pun sebab muka diorang cute sangat  even though semua itu plastic semata-mata. Tapi ada aku kesah? Saya hanya suka dengar lagu mereka sambil melihat video tengok diorang dance fulamakk buat gua cair beb! Tapi kalau setakat dengar lagu kat handphone gua tak faham satu apa yang diorang merepek. so sekarang dalam handphone gua takde satu pun lagu K-Pop . So gua ni bukanlah peminat tegar K-Pop yang sanggup buat ringtone lagu2 mereka. hahahaha


    Korang minat K-Pop pun sebab muka diorang semuanya mabeles kan?! haha. Samalah kita sama lah kita! yeayyyy! Jangan nak tipu. Saya minat lagu Korea sebab muka orang Korea comel-comel. 



    Tapi saya minat lagu English sebab hasil lagu diorang yang memang WHOAAAA! Kalau lagu English, saya tak pandang rupa artis, saya pandang hasil lagu mereka. Kalau nak diikutkan muka si Akon handsome la jugak kot. ( okay ni ayat cover, sebenarnya tak handsome langsung! ) , tapi kenapa peminat dia berjuta-jutaaaa? sebab Akon create lagu dengan cara beliau sendiri bukannya macam K-Pop wannabe !. Kalau nak vote lagu mana aku paling suka. Aku akan vote lagu english sebab aku faham. lagu Korea aku vote jugak tapi dengan syarat everrtime aku dengar lagu Korea aku mesti nak tengok video sekali. boleh cuci mata tengok mamat2 comel. hehehehe =B 



    UPDATED : Ayat "lettew" aku copy daripada Cik Epal. opsss saja buat kantoi =P



    Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda