Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Sunday, April 10, 2011

Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Bertujuan Mengutip Wang Amal



Apabila suatu majlis dianjurkan dengan tujuan untuk membuat kerja amal, tetapi pesertanya terdiri daripada golongan laknatullah. Anda rasa duit daripada majlis amal yang akan disumbangkan kepada institusi tertentu haram atau halal? Tujuan untuk membuat kerja amal . Tetapi peserta terdiri daripada pondan a.k.a mak nyah. Duit amal itu haram atau halal? Haram atau halal? Haram atau halal? Fikir-fikir kan lah. 





Artis Malaysia, Noraniza Idris turut serta menjayakan majlis berkenaan. Komennya apabila diajukan soalan " Kak ani tidak takut tanggapan negatif masyarakat kerana menghadiri majlis sebegitu? "  Jawapan yang diberikannya ialah " beliau dijemput dan sedia maklum pertandingan itu disertai golongan mak nyah. golongan mak nyah perlu didekati dan dibimbing, bukannya dikeji  atau dilempar pelbagai tuduhan negatif kerana perbuatan ini akan membuatkan mereka berasa disisih dan terus hanyut dalam dunia mereka "  . Saya pun tak setuju dengan cara beliau bertudung, bertudung untuk berfesyen - keluar daripada tajuk pulok! =P





 Tapi bagi pandangan saya, kalau kita nak mendekati dan membimbing golongan mak nyah, kenapa diluluskan majlis tersebut? kenapa perlu ada pertandingan ratu cantik mak nyah? Kenapa? Kenapa? Jelas sekali perkara ini bukan untuk membimbing tapi lebih menghanyutkan golongan ni, majlis sebegini membuatkan mereka lebih bertambah seronok menjadi pondan! Tak gitu? Lagi lah mereka berasa seronok menjadi perempuan, mendapat suami walhal sama jantina. Boleh ke kat Malaysia ni kahwin sesama jantina? 





Sekali pandang ada rupa macam lelaki tak? Macam perempuan kan. Cantik. Saya pun tertipu. Macam mana lah beliau boleh berubah daripada seorang yang handsome kepada seorang yang cantik? Terus terang di sini saya tidak memandang hina kepada mereka yang nyah. Malah saya pun ada kawan sebegitu. Naluri mereka yang lembut membuatkan saya senang berkawan dengan mereka. Tapi walaupun secantik mana anda menjadi jantina yang bertentangan, the truth is anda tetap seorang lelaki yang dijadikan Tuhan. Salah kalau kita tidak terima kejadian-Nya. Mereka ini memerlukan bantuan kita untuk kembali ke pangkal jalan. Mahu ke kita mempercepatkan lagi jumlah lelaki lebih sedikit berbanding jumlah perempuan? Haishh dosa saya pun tak terkira, nak cerita pasal tanda-tanda kiamat seram sejuk dibuatnya.


sumber gambar : google









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

4 comments:

  1. mereka juga kejadian yang telah ditentukan ,jika kita mempertikaikan maka kita juga menafikan,mereka ini perlukan bantuan dan semangat ,itu sahaja.

    ReplyDelete
  2. Ish ishh! tak patut noraniza idris terima untuk jadi judge..

    ReplyDelete
  3. oh my, nyah ni lagi cun dari aku -.-"

    ReplyDelete

I value your comment :)