Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Friday, April 29, 2011

Perigi Cari Timba. Anda Sebagai Lelaki Suka Ke Tidak?

source : Google




Zaman dolu-dolu, payah betul nak jumpa perempuan yang start flirting dengan lelaki dulu, tapi sekarang amboii bukan main lagi kan. dah jadi perkara biasa dah dalam kehidupan seharian. Kalau anda lelaki anda jawab. Anda suka ke perempuan flirt dengan anda? 

Kalau jawapan ya, bermakna anda memang suka perempuan cari lelaki. anda sukakan perempuan yang berani untuk meluahkan perasaannya kepada anda. bagi anda istilah perigi cari timba dah tak wujud dalam zaman sekarang. bagi anda nak buat apa ada perasaan malu2 macam orang dolu2. macam K.G jee. 


Kalau jawapan anda tidak, bermakna anda lebih suka jikalau anda start flirting dengan perempuan dulu. Anda sukakan wanita yang reti menjaga dirinya, yang jual mahal ( supaya apabila bersama anda, perempuan tu tak akan mudah beralih arah ) , anda masih berpegang kepada prinsip seharusnya timba yang cari perigi. anda berasakan perempuan seperti ini boleh menjadi isteri / girlfriend yang baik. Tapi cuba anda kenangkan balik,Saidatina Khadijah menghantar rombongan untuk berkahwin dengan Rasullullah, Khadijah boleh je jadi isteri yang baik. So, bukan semua perempuan cari lelaki ialah perempuan yang murah.



Kalau saya, saya lebih kepada bagai timba yang cari perigi. mungkin salah satu sebab ialah malu nak luahkan perasaan. tapi sebab yang paling tepat ialah saya nak mencari lelaki yang menyukai saya bukan saya yang menyukai lelaki. cinta yang tak berbalas amat pedih. Jadi lebih elok jiakalu kita bersama orang yang menyayangi kita. 



Tapi saya tak nafikan juga ada bagusnya kalau perigi yang cari timba. mungkin lelaki tuh malu sgt nak luahkan perasaan, lebih baik perempuan mulakan sebelum dua2 melepas! Perempuan sebegini amatlah berani dan mengambil risiko noks.. Tapi hendaklah diingatkan janganlah kita terlalu obses dengan lelaki tersebut sampai kita melakukan something yang merepek-repek tentang pujaan hati kita sampai perkara itu memalukan kita sendiri. Kalau anda suka sangat pada lelaki tu, anda cuma perlu bagi hint je pada lelaki tu sudah cukup. Janganlah nampak sangat kita menyukai dia sebab kalau cinta tak berbalas, hati sendiri juga yang merana.







Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)