Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, April 17, 2011

Menangis Kerana Dia. Berbaloi Ke Weh?

source : Google


Pernah menangis sebab boyfriend / girlfriend yang tak guna? Mesti pernah kan. Toksah ampa nak bohong la. Hehe. Saya pun pernah. Berbaloi ke kita menangis sebab mereka? Apabila saya fikir balik, saya rasa menyesal pulak menangis sebab ex-boyfriend. Seperti membuang air mata untuk orang yang belum tentu menjadi pasangan hidup kita. Cuba anda ingat balik waktu2 anda menangis sebab ex-boyfriend yang mana sekarang anda benci gila2, mesti anda rasa menyesal sangat2 kan? Rasa macam bodoh je menangis untuk mereka. Tapi ada hikmah jugaklah anda menangis sbb mereka, at the same time anda boleh mencuci biji mata anda dengan air mata  daripada kotoran-kotoran degil. heh heh. 



Mungkin ada antara kita yang hatinya sensitive, lelaki pun ada yang sensitive yang suka sgt menangis untuk girlfriend yang suka sgt buat hal. Kesian saya tengok boyfriend diperlakukan sebegitu. Cha nak kongsi cara- cara untuk mengelakkan kita menangis sebab orang yang tak berguna. Cara ni agak jahat sikit,   muahaha =D


1 ) Fikir Keburukan Dia 
>> Contoh kalau dia seorang yang malas nak fikirkan perasan kita, kita boleh bicara dalam hati sendiri "
Lelaki ni dah lah tak reti jaga hati aku, kalau aku teruskan dengan dia, mesti hari2 aku makan hati. Lebih baik aku lepaskan, mesti ada hikmah Tuhan uji aku macam ni, manalah tahu suatu hari nanti Tuhan ketemukan aku dengan lelaki yang lebih baik daripada dia. "



2 ) Kalau anda seorang yang memilih, nilai rupa paras dia 
>> Bicara dalam hati anda " Dah lah tak handsome, kalau tak handsome tuh okay lagi lah, tapi kalau perangai pun sekali dengan muka. Baik kau pergi dari kehidupan aku. Banyak lagi lelaki handsome yang ada perangai lagi baik daripada kau " 



3 ) Bayangkan Masa Depan Dia 
>> Bicara dalam hati anda " Lelaki ni tak fikir langsung pasal masa depan dia, kalaulah satu hari nanti aku kahwin dengan dia, selama-lamanyalah hidup susah. Buang masa jelah kalau aku menangis pasal dia " 



Apa yang Cha tulis tadi hanyalah sebagai contoh ye! Jangan tetiba judge saya. Perlu diingatkan kalau kita nak fikirkan keburukan seseorang, hendaklah kita bicara sendiri di dalam hati. Jangan mengeluarkan segala perkataan kesat tadi kepada rakan2 atau sesiapa saja, takut dikuatiri menjadi riak & takbur or whatsoever! Kalau dalam hati, tak ada siapa yang tahu, dosa pun tak dapat :) Bijak kan?



P/S : Lebih berbaloi kalau kita menangis sebab Allah & ibubapa.








Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

2 comments:

I value your comment :)