Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Sunday, April 10, 2011

Mata Mak Merah Semasa Berdiri di Atas Pentas

Pada hari Sabtu, 9/4/2011 saya bersama mak saya pergi ke sekolah untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang.  Kami ( bakal-bakal penerima hadiah ) menunggu untuk naik ke atas pentas. Setelah habis penerima hadiah daripada tingaktan 1 hingga 4 , kini tiba giliran pemenang hadiah calon-calon SPM. 


Berdebar sangat hati ni bila tunggu nama disebut. Sebelum naik ke pentas, cikgu ada pesan, saya terpaksa berdiri seketika di atas pentas bersama ibu saya sambil pengacara majlis membacakan biodata dan pencapaian saya semasa di sekolah. Kini tibalah giliranku naik ke atas pentas, ibu ku turut serta. Tetamu yang lain memandang  tepat ke arah kami. Sepanjang kami di atas pentas, ibuku tak pandang ke arah tetamu pun. Hahaha. Dia tunduk kan muka ke bawah. saya berkata " ma, pandang depan la "  Saya pandang muka mak, mata dia sudah merah. Ohh baru saya tahu dia tengah tahan untuk menangis. patut lah tak pandang depan. hehe. Saya pun masa tuh mata sudah merah tau. 



Antara hadiah yang saya telah menangi : 

  1. Tokoh Murid ( Cemerlang Akademik, Koko dan Sahsiah ) 
  2. Murid Terbaik SPM 
  3. Murid Terbaik Aliran Sains
  4. Murid Terbaik Mata Pelajaran Fizik 
  5. Wang saku sikit. muahahaha =D

Hadiah yang lain, kawan-kawan baik saya dah sapu.. cis cis! =P







To Fabio Hazrul a.k.a hater , puas hati kau? Kau kata aku curi result SPM orang lain sebab aku blur-kan nama, no IC dan angka giliran aku pada slip spm aku. Kau kata aku nak famous dengan result SPM orang lain. Kau kata aku bodoh. Sekarang siapa yang bodoh? Serang aku tanpa usul periksa. T_T





Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

3 comments:

  1. congrats utk hadiah yg u dpt =)

    hehe nk tnye sikit boleh? lagu bckground tu title die ape ye? best la, nk try cri hihi.

    thnks dear =)

    ReplyDelete
  2. ohh thankss ! (:

    lagu tuh tajuk " a time for us "

    ReplyDelete
  3. thnks a lot cha comeylll =))

    ReplyDelete

I value your comment :)