Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, April 13, 2011

Kenapa Blame Perempuan ? Lelaki Merokok Buat Relaks Je

Sudah menjadi suatu kebiasaan bagi kita melihat perempuan yang pegang batang  rokok sambil menghisapnya di restaurant, tepi2 jalan melepak dengan kawan-kawan, di kelab2 malam. bagi kita yang memang duduk di bandar dah terbiasa tapi bagi mereka yang tidak biasa contohnya mereka yang mengalami country shock, first expression mereka " Haishhh, natang apa perempuan tuh pegang? Teruk babenor perempuan zaman sekarang ni " 



Kenapa apabila lelaki yang merokok, orang tak cakap apa, tak ada orang yang menuding jari, tapi apabila perempuan yang merokok? Macam-macam kutukan yang diterima especially kepada perempuan Melayu yang merokok. sebab perempuan dikategorikan dalam insan yang perlu jaga kesopanan diri? Kalau perempuan merokok kiranya langsung tak sopan la gitu? Kalau lelaki merokok dikatakan hebat. Takde telor la seseorang lelaki tuh kalau tak merokok. Tolonglah buang tahap pemikiran ni okayy. seriously mentality anda sangat rendah jika anda berfikiran sedemikian! 



Bagi pendapat saya sendiri, perempuan & lelaki sama saja jika mereka merokok sekalipun. Kalau nak damn perempuan merokok, lelaki pun turut & mesti kena damn sekali.! Anda pernah nampak sekumpulan lelaki menghisap rokok sesudah solat Jumaat lengkap dengan berbaju melayu, tetapi anda pernah nampak perempuan merokok sesudah selesai solat di masjid lengkap dengan berbaju kurung / bertelekung? Seumur hidup saya belum pernah nampak lagi. Haha. 



Tapi wahai sesetengah perempuan, tak perlulah anda nak menayang bahawa anda merupakan seorang perokok wanita tegar kononnya. Tak perlulah anda hendak meng-upload gambar-gambar  anda ketika sedang menikmati nikmat rokok. Kami ( penonton ) boleh tahu sama ada gambar itu cuma nak menunjuk-nunjuk ataupun tak tersengaja diambil semasa anda sedang melepak sambil merokok. Khususnya saya, saya sangat tidak suka . Tidakkah anda berasa menyampah dengan perempuan sebegini? Obviously seperti baru nak kenal dunia kan?




Gambar Hiasan 







Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

1 comment:

  1. i'm not a smokers n i hate smokers.. tp sbb kwn rmi yg smokers.. kta kna r harungi bersama...

    ReplyDelete

I value your comment :)