Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, April 06, 2011

Kata Hati

Sudah lama saya tak jenguk blog hodoh ni, mesti bosan kan bila view je tak de hape yang di-update oleh si Cha ni. Alhamdulillah saya sudah bekerja part time sekarang di KLCC. Gaji RM1000 sebulan tapi rasa sikit sangat. sebabnya gaji tu akan dipotong untuk KWSP. Yela kan, budak lepasan SPM je saya ni . Dalam bekerja, waktu malam saya akan online dan cari maklumat tentang biasiswa untuk ke luar negara & di dalam negara. Tapi kebanyakan bisiswa ke luar negara sudah ditutup dan saya dah terlepas! Hari ni saya pergi sekolah, cikgu beritahu kalau nak belajar ke luar negara, SEJARAH kena dapat A dalam SPM. Tapi Sejarah saya B . Hahaha. Takpelah mugkin ada jalan yang lebih baik untuk saya. mesti ada hikmah. Okay sekarang misi dan visi saya adalah sambung belajar dalam negeri. Ambil Fast Track di Uitm ( kiranya terus ke degree ), lepas lulus saya akan sambung lagi untuk ambil ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)  di luar negara. InsyaAllah. Semoga saya dapat capai cita-cita saya. 


Pasal cinta? Saya tak tahu nak explain apa yang ada dalam hati saya. Ia cuma takut untuk bercinta sebab otak saya ni banyak negatif daripada positif. Kalau suka tuh adat lah kan manusia. Gedik sanaaaa,, gedik siniii,,,  suka tak sama dengan cinta tau. hahaha.  Tapi terus terang saya cakap,saya ada suka seorang lelaki ni. Saya rasa dia dapat bimbing saya. dan saya rasa nak makin rapat dengan dia.  Tapi tak kan lah saya kena buat first step pulak kan. Maluu.. So biarlah dia yang mulakan. Kalau dia buat dont know je, maknanya dia tak suka kita la tueeee * aww gedik.  Tapi saya suka dia, saya nak jumpa dia, macam mana nak buat ni weh? egokah aku nak dia yang mulakan dulu?  



Pasal cerita dalam blog? Nanti saya fikirkan okayy :) Malam ni saya tak ada idea nak tulis gosip tentang apa. Janji lepas ni saya akan menulis topik yang hangat macam topik "hotel bajet" , "aku seorang pondan" , " fanpage anti pavilion kids" . Stats saya menunjukkan post seperti berkenaan paling banyak di-hits oleh pembaca saya. Hahaha. Nampak sangatt.......  









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan masing-masing untuk entry kali ini

3 comments:

  1. a long story ago..
    i like this post. x)

    ReplyDelete
  2. Hahaha...Nak cerita sal 'hotel bajet' and 'pondan jalanan" tu. perghhh...gila wokkk.

    ReplyDelete

I value your comment :)