Followers

Friday, April 01, 2011

I Hate April Fool ! Cerai Talak Tiga Angkara April Fool

Terus terang saya katakan, dulu saya tak sabar-sabar nak menyambut tarikh 1 haribulan 4 sebab boleh kenakan member-member rasa puas sangat-sangat! Tapi bila saya dah tahu apakah maksud April Fool yang sebenarnya, saya rasa macam... omaigod..


Tragedi berdarah orang Islam 





Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa Islam. Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir. Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka gagal. 


Akhirnya phak kafir menemui cara untuk melemahkan umat Islam, caranya mudah iaitu dengan melemahkan iman umat Islam melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahbelahkan umat Islam. strategi ini berjaya dan akhirnya Sepanyol jatuh ke dalam tangan orang kafir.


Tentera salib amat kejam, kanak2 dan wanita dibunuh tanpa perikemanusiaan. Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluk sehinggalah tentera ini tiba di satu wilayah terakhir iaitu Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi untuk menyelamatkan diri, Tentera Salib membuat satu helah. 


Mereka mengununkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar daripada wilayah Sepanyol. Maka dengan itu ribuan penduduk Islam keluar lalu berkumpul di pelabuhan. 


Tentera Salib lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih bersembunyi di dalam rumah. Tentera Salib juga turut membakar kapal yang menjanjikan penduduk Islam untuk keluar daripada wilayah Sepanyol. 


Mereka semua terkepung lalu tentera Salib membunuh kesemua daripada mereka di pelabuhan tanpa belas kasihan. yang kedengaran hanya takbir diiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat. Granada bermandikan darah! Mayat bergelimpangan lautan biru bertukar menjadi merah. Tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1847 Masihi dan dikenali sebagai " The April fool Day " oleh golongan Kristian. 


Kisah Benar 

Si suami yang jahil berkata " Aku ceraikan engkau dengan talak tiga! " 

Si isteri terpinga-pinga lalu si suami berkata " April Fool !!! " 

Tapi si suami meraung apabila lawaknya itu secara sah menjatuhkan talak ke atas isterinya . Tak ke naya dibuatnya? Talak satu or dua takpelah lagi ye dak. Hahaha ..


gambar hiasan






Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)