Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Saturday, April 23, 2011

Hati Orang Siapa Yang Tahu Kan?

P.S : Saya main tulis ikut kehendak dan pemikiran kepala saya sekarang. Harap maklum. 

Bila melepak dengan member2 tak senonoh, kita pun akan terikut-ikut dengan cara mereka. Rasa puas bila dapat melakukan perkara yang memuaskan! percakapan disulami dengan mencarut, perbuatan yang kadang2 menyakitkan pandangan orang sekeliling, pakaian yang mengikut trend tapi menyakitkan hati orang2 yang alim. Bila kita melepak dengan mereka, kita rasa kita melepaskan suatu tekanan yang selama ini dipendam. Rasa bestnyaaa buat dosaaaaa!! 



Tapi bila kita dalam masalah yang mnyedihkan, mulalah teringatkan kawan2 yang baik sebab kawan2 yang tak senonoh td cuma mahukan kita apabila kita senang! Kawan2 kita yang baik yang menasihati kita. kadang2 pemikiran kawan yang baik tadi tak sama dengan kita. Seperti cara mereka berpakaian yang tidaklah se-trend mana, cara mereka bergaul membuatkan kita cepat bosan bila kita melepak dengan mereka. 


Tetapi, walaupun mereka sebegitu, kita tetap mencari mereka apabila kita susah, dan mereka tidak merungut! Pernahkah anda berasa yang hati anda separuh syaitan separuh iman? Bila kita nampak orang enjoy melakukan dosa, hati kita pun turut nak ikut sama. Tapi bila tiba2 kita dengar azan, hati tiba2 rasa sayu . pernah anda berasa sebegini?


Anda seorang yang memikirkan keseronokan dunia. anda suka dunia yang penuh dengan joyful! Tetapi bila bab nak mencari boyfriend/girlfriend, anda memilih. anda menginginkan lelaki/perempuan yang tidak sosial, yang pandai, yang handsome/cantik mata memandang kalau boleh. Tidakkah anda mementingkan diri sendiri barangkali?  Anda boleh buat dosa tapi anda mahu pasangan anda yang suci daripada perbuatan terkutuk yang pernah anda lakukan. Anda ingin berubah menjadi yang lebih baik sebab itu anda inginkan pasangan yang baik, tapi pada masa yang sama, hati anda ingin melakukan sesuatu yang boleh memuaskan nafsu enjoy anda itu. pernah terjadi kepada anda?



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)