Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, April 20, 2011

Bila Dah Clash Baru Terhegeh-hegeh Cari Aku

P.S  Rekaan semata-mata



Seorang lelaki yang kononnya handsome cuba mengorat anda, pada masa itu anda sedang berbahagia dengan kehidupan anda yang tidak dikongkong oleh mana2 lelaki. Jadi pada masa itu anda tidak menerima lamaran lelaki tu untuk menjadikan anda sebagai girlfriend-nya. Anda melayan lelaki itu seperti kawan malah lebih daripada seorang kawan tetapi tidak lebih daripada seorang kekasih.


Setiap hari dia hantar pesanan ringkas kepada anda. Pernah terdetik di hati anda yang anda sudah mula jatuh hati padanya kerana layanannya kepada anda. Tetapi pada suatu hari., anda tidak mendapat pesanan ringkas daripadanya  seperti biasa. selang beberapa hari, anda masih tidak mendapat satu khabar pun daripadanya. Hati anda ingin tahu apakah khabarnya lelaki tersebut. Lalu anda pun memulakan perbualan dengan menelefon lelaki itu. Tidak diangkat. Anda menghantar pula meseg, tidak di-reply. 


Anda membelek-belek facebook lelaki berkenaan, omgay ! rupa-rupanya lelaki tu dah jumpa perempuan lain. patutlah dia tak melayan anda seperti biasa. Dalam hati anda "ohh kau tak dapat aku, kau try ayat perempuan lain. tak guna punya jantan " Anda berasa amat geram, tapi anda pendam je tak mahu lelaki tu tahu anda sedang cemburu. Lama juga lelaki itu tak menghubungi anda. Dalam 2 bulan lebih. Anda pun semakin lama semakin melupakannya. 


Suatu tengah malam, anda baru terbangun daripada tidur, anda mendapat pesanan ringkas daripada nombor yang memang anda kenali.. " Sayangggg, buat apa tuh? " SMS tu daripada lelaki yang bermata jalang tuh. Anda terkejut dia hantar SMS anda pada malam tu, anda pun mengagak mesti dia dah clash dengan girlfriend. Sebab tu baru nak carik anda. Anda tidak reply, handphone berbunyi buat kali kedua menandakan ada SMS baru masuk, " Sayangg, I sejuk malam2 ni, layan I boleh? sayang youuu " 





Menyirapnya hati anda! " Apa kau ingat aku ni macam bola? sepak bila kau tak nak, kejar bila kau nak? jantan tak guna. Kau ingat aku ni perempuan murah ke senang2 nak layan nafsu kau! bodoh! kalau kau boyfriend aku, aku tak marah lah sangat , ni lelaki yang takde kena mengena dengan aku. dah cakap macam2. pergi jahanam "






Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)