Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Friday, April 29, 2011

Perigi Cari Timba. Anda Sebagai Lelaki Suka Ke Tidak?

source : Google




Zaman dolu-dolu, payah betul nak jumpa perempuan yang start flirting dengan lelaki dulu, tapi sekarang amboii bukan main lagi kan. dah jadi perkara biasa dah dalam kehidupan seharian. Kalau anda lelaki anda jawab. Anda suka ke perempuan flirt dengan anda? 

Kalau jawapan ya, bermakna anda memang suka perempuan cari lelaki. anda sukakan perempuan yang berani untuk meluahkan perasaannya kepada anda. bagi anda istilah perigi cari timba dah tak wujud dalam zaman sekarang. bagi anda nak buat apa ada perasaan malu2 macam orang dolu2. macam K.G jee. 


Kalau jawapan anda tidak, bermakna anda lebih suka jikalau anda start flirting dengan perempuan dulu. Anda sukakan wanita yang reti menjaga dirinya, yang jual mahal ( supaya apabila bersama anda, perempuan tu tak akan mudah beralih arah ) , anda masih berpegang kepada prinsip seharusnya timba yang cari perigi. anda berasakan perempuan seperti ini boleh menjadi isteri / girlfriend yang baik. Tapi cuba anda kenangkan balik,Saidatina Khadijah menghantar rombongan untuk berkahwin dengan Rasullullah, Khadijah boleh je jadi isteri yang baik. So, bukan semua perempuan cari lelaki ialah perempuan yang murah.



Kalau saya, saya lebih kepada bagai timba yang cari perigi. mungkin salah satu sebab ialah malu nak luahkan perasaan. tapi sebab yang paling tepat ialah saya nak mencari lelaki yang menyukai saya bukan saya yang menyukai lelaki. cinta yang tak berbalas amat pedih. Jadi lebih elok jiakalu kita bersama orang yang menyayangi kita. 



Tapi saya tak nafikan juga ada bagusnya kalau perigi yang cari timba. mungkin lelaki tuh malu sgt nak luahkan perasaan, lebih baik perempuan mulakan sebelum dua2 melepas! Perempuan sebegini amatlah berani dan mengambil risiko noks.. Tapi hendaklah diingatkan janganlah kita terlalu obses dengan lelaki tersebut sampai kita melakukan something yang merepek-repek tentang pujaan hati kita sampai perkara itu memalukan kita sendiri. Kalau anda suka sangat pada lelaki tu, anda cuma perlu bagi hint je pada lelaki tu sudah cukup. Janganlah nampak sangat kita menyukai dia sebab kalau cinta tak berbalas, hati sendiri juga yang merana.







Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Wednesday, April 27, 2011

Tak Berguna Bersedih Bila Berstatus Single

Satu malam Cha sedang ber-IM dengan kawan2 facebook. Tiba-tiba ada seorang kawan menegur saya. Saya tak cam siapakah dia tapi yang saya tahu saya cuma kenal dia di facebook saja tak lebih daripada tu. Apabila dia menyapa, saya pun membalas . 


Si Dia : Hyee
Aku    : Hi :) 
Si Dia : Tak sangka you balas bila I tegur you
Aku    : Kenapa? 
Si Dia : Selama ni I tegur perempuan, mana ada diorang nak layan I. hmmmm 
Aku    : You tak payah la layan diorang 
Si Dia : Betul tu, dah la sombong. budget hot. 
Aku    : You pun budget hot la juga kat diorang. 
Si Dia : I tegur sebab I bosan. Plus I single sekarang. tak ada siapa nak kat I. hmmmm 



Teettttttttttttttttttt !!


Okay listen here, kita tak perlulah nak bersedih disebabkan kita tak mempunyai girlfriend / boyfriend. Semakin lama seseorang itu single, semakin tinggi sahamnya. Tengok dah macam hypothesis korang belajar kt sekolah tak? hahaha. Lebih baik kita enjoy life kita yang single ni dulu. enjoy habis-habis sebab bila kita dah ada partner nanti, kita tak akan dapat merasa kehidupan macam orang yang single yang boleh flirting sanaaaa,, flirting sinii untuk suka-suka. 


Buat apa nak proud kalau ber-couple macam tukar baju & seluar? Dalam hati " eh heloo, aku tak heran pun lah kau tukar partner seribu kali pun kalau partner yang kau dapat still the same. yang semua orang pun boleh dapat " . Biarlah kita single, tapi once dah ber-couple, kita dapat girlfriend/boyfriend yang memang AWESOME dan boleh dijadikan tempat bertanya, mengadu, bersedih dan bergembira bersama . Awww. 


Kalau nak bercinta monyet, its up to diri masing-masing. tapi bagi Cha, Cha betul-betul dah tak larat nak bercintan cintun macam monyet sebab saya dah rasakan diri ni dah tua! haahha. Hati ku tidak sanggup untuk dirobek-robek bak terhiris dek sembilu. Cewaahhhhh! Saya happy dengan status saya sekarang dan masih menunggu untuk si dia yang tidak tahu siapakah gerangannya =D




Shahid Kapoor 

motif ?  ehh suka hati aku lah aku nak upload gambar dia. Aku minat kat dia sebab body dia handsome! wahahahaha =B


Sunday, April 24, 2011

Pertunangan Ashraf Muslim Dan Noor Dayana



Betul ke dorang dah bertunang? Macam tak percaya je Ashraf dah bertunang dengan Noor Dayana yang bukann daripada anak seni. eeee cemburunya saya!! Heheheehe! =B Saya sangat kagum dengan Ashraf. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang elok, tapi hatinya pun elok. Tawaran berlakon asyik dapat watak ustaz. memang kena sangatlah tuh dengan Ashraf. 


Mesti ramai perempuan yang frust menonggeng sebab Ashraf dah terlepas. Biarlah dah jodoh dia dengan Noor Dayana. Noor Dayana seorang doktor. Saya ucapkan selamat berjuang mempertahankan hubungan anda berdua hingga nafas yang terakhir. Tunang Ashraf ni pun comel orangnya. chubby gituu. hehe. 


Persoalan kepada anda, sanggupkah anda menerima bakal pasangan anda yang hatinya sangat baik tetapi memiliki rupa paras yang sedang-sedang? atau sanggupkah anda menerima bakal pasangan anda yang hatinya teruk tetapi memiliki rupa paras yang amat lawa ? Saya pun sedang berfikir jugak sekarang..


P.S Dolu-dolu saya minat sangat dengan Ashraf Muslim dan Ashraf Sinclair. Tapi sekarang minat Ashraf Muslim sorang je. Rasa Ashraf Muslim lebih istimewa plus saya suka sangat nama ashraf. teringin nak bagi nama anak lelaki saya nama tu.  Hehehe. gatal.  =B


Saturday, April 23, 2011

Hati Orang Siapa Yang Tahu Kan?

P.S : Saya main tulis ikut kehendak dan pemikiran kepala saya sekarang. Harap maklum. 

Bila melepak dengan member2 tak senonoh, kita pun akan terikut-ikut dengan cara mereka. Rasa puas bila dapat melakukan perkara yang memuaskan! percakapan disulami dengan mencarut, perbuatan yang kadang2 menyakitkan pandangan orang sekeliling, pakaian yang mengikut trend tapi menyakitkan hati orang2 yang alim. Bila kita melepak dengan mereka, kita rasa kita melepaskan suatu tekanan yang selama ini dipendam. Rasa bestnyaaa buat dosaaaaa!! 



Tapi bila kita dalam masalah yang mnyedihkan, mulalah teringatkan kawan2 yang baik sebab kawan2 yang tak senonoh td cuma mahukan kita apabila kita senang! Kawan2 kita yang baik yang menasihati kita. kadang2 pemikiran kawan yang baik tadi tak sama dengan kita. Seperti cara mereka berpakaian yang tidaklah se-trend mana, cara mereka bergaul membuatkan kita cepat bosan bila kita melepak dengan mereka. 


Tetapi, walaupun mereka sebegitu, kita tetap mencari mereka apabila kita susah, dan mereka tidak merungut! Pernahkah anda berasa yang hati anda separuh syaitan separuh iman? Bila kita nampak orang enjoy melakukan dosa, hati kita pun turut nak ikut sama. Tapi bila tiba2 kita dengar azan, hati tiba2 rasa sayu . pernah anda berasa sebegini?


Anda seorang yang memikirkan keseronokan dunia. anda suka dunia yang penuh dengan joyful! Tetapi bila bab nak mencari boyfriend/girlfriend, anda memilih. anda menginginkan lelaki/perempuan yang tidak sosial, yang pandai, yang handsome/cantik mata memandang kalau boleh. Tidakkah anda mementingkan diri sendiri barangkali?  Anda boleh buat dosa tapi anda mahu pasangan anda yang suci daripada perbuatan terkutuk yang pernah anda lakukan. Anda ingin berubah menjadi yang lebih baik sebab itu anda inginkan pasangan yang baik, tapi pada masa yang sama, hati anda ingin melakukan sesuatu yang boleh memuaskan nafsu enjoy anda itu. pernah terjadi kepada anda?



Thursday, April 21, 2011

Mengurangkan Berat Badan Dalam 7 Hari Adalah Sangat Sukar!

source : google



Saya sebagai owner blog ni ingin menyatakan bahawa saya ingin kurus. Saya tidak berpuas hati dengan bentuk badan saya sekarang memandangkan ianya tidak hot kurus. Hehe. Walaupun ada beberapa lelaki yang berkata " Alahh, Cha takyah kurus. dah comel dah macam tuh. badan mcm tuh dah sesuai dengan Cha " , kenapa kamu tak kutuk je saya dengan berkata " Oii Cha, kau ni gemuk laa, kuruskanlah badan tuh sikit " bukankah lebih bagus kerana kutukan itu dapat meningkatkan semangat saya untuk kurus! =P 



Saya membelek-belek Mr Google tadi dan terjumpa lah tips untuk menguruskan badan dalam 7 hari. So saya translate lah dalam bahasa Malaysia. kepada girls / boys yang nak kurus, jom baca tips2 ni ! chaiyokkkk! 


First Day 
>>Hanya makan menu-menu yang ringan termasuklah buah-buahan. Makan banyak buah-buahan kecuali pisang kerana pisang boleh  meningkatkan kadar karbohidrat dalam tubuh anda. 
>>Semasa lunch atau dinner, makanlah sup kubis atau sup tomato ( i prefer kubis sbb tak suka tomato ) . >>Jangan minum jus buah yang telah dipaketkan kerana mengandungi bahan pengawet yang boleh meningkatkan kalori badan anda.
>> Minum 7-8 gelas air sehari. 


Second Day 
>>Makan pelbagai jenis sayuran pada hari kedua. Sayuran mengandungi semua nutrisi penting dan serat makanan.
>> Anda juga boleh makan sandwich yang beserta dengan selada dan tomato pada waktu siang
>> Pada waktu malam, anda boleh makan kentang rebus. elakkan makan kacang dan makanan yang kaya dengan protein. 
>> Jangan lupa minum 7-8 gelas air sehari


Third Day 
>>Pada hari ketiga tubuh anda akan mula proses pembakaran kalori tambahan. Anda perlu memasukkan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet anda sekarang. Namun menyatakan tidak kepada pisang , jagung manis, kentang dan kacang. 
>> Anda boleh mempunyai semangkuk sayur dan hirisan timun di makan siang anda. 
>> Minum 3/4 jus sayur-sayuran semasa snack time. 
>> Jangan lupa 7-8 gelas sehari bagi mengelakkan badan daripada dehidrasi


Fourth Day
>>Hari keempat ialah Hari Pisang bagi anda. Anda boleh makan 6-8 biji pisang sehari dengan membahagikannya daripada breakfast hingga dinner. 
>> Sertakan juga 2/3 gelas susu dalam diet anda.
>> Semasa breakfast, makan pasta atau roti. Sup sayur boleh diambil sekali tetapi dalam jumlah yang terhad. 
>> Susu dan pisang membuat diet seimbang kerana  menyediakan semua kalium, natrium dan kalsium yang telah hilang dalam masa tiga hari. 
>> Diingatkan 7-8 gelas air sehari. 





Fifth Day
>> Anda boleh menjamah sepotong ayam atau daging dalam diet anda. 
>> Makanlah sekurang-kurangnya enam tomato. Tomato pencuci darah yang sangat baik yang memerangi jangkitan tubuh 
>>Anda mungkin melihat urin berwarna pada hari ini kerana ekskresi asam urat. Jangan bimbang, gelas minum sekurang-kurangnya sepuluh air. Kukus kubis yang baik untuk menurunkan berat badan.


Sixth Day 
>>Pada hari keenam, anda boleh makan secawan nasi dengan sayuran rebus. seeloknya ketika lunch. 
>> Jika anda mahu, anda boleh memasukkan 2-3 steak daging lembu dan salad untuk makan malam anda.
>>Anda boleh mengambil semangkuk sup tapi hanya sekali. Jangan stres diri sendiri apabila anda mengurangkan berat badan dalam 7 hari.


Last Day
>> Pada hari ketujuh, badan anda sudah terbiasa dengan diet sebegini. 
>> Buah dan jus buah boleh dimasukkan dalam diet anda. Cuba untuk minum jus buah-buahan yang mengandungi gula percuma atau jumlah yang sangat sedikit gula. 
>> Jangan lupa minum air dengan banyak. 
>> Semasa snack time, anda boleh minum teh beserta lemon didalamnya. Jangan tambah gula. Sertakan kalori rendah 2 kali dalam sehari. make sure badan dapat kalori 1200 kalori sehari
>> Katakan tidak untuk minuman seperti alkohol dan minuman berkarbonat. Jauhi coklat dan-ais krim. Ini adalah bagaimana anda dapat mengurangkan berat badan dalam 7 hari di rumah.


Bila Cha baca, first expression rasa macam " macam susah gila je nak ikut tips ni " tapi Cha akan cuba. Kalau anda ada lain2 cara untuk menguruskan badan dalam masa yang singkat tetapi berkesan, jangan segan-segan hantar komen anda ye. Selamat berdiet =P 


tembam kan? T.......T

 
nampak kurus sikit selepas diet tapi sekarang macam naik balik je. :'( 




Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Wednesday, April 20, 2011

Bila Dah Clash Baru Terhegeh-hegeh Cari Aku

P.S  Rekaan semata-mata



Seorang lelaki yang kononnya handsome cuba mengorat anda, pada masa itu anda sedang berbahagia dengan kehidupan anda yang tidak dikongkong oleh mana2 lelaki. Jadi pada masa itu anda tidak menerima lamaran lelaki tu untuk menjadikan anda sebagai girlfriend-nya. Anda melayan lelaki itu seperti kawan malah lebih daripada seorang kawan tetapi tidak lebih daripada seorang kekasih.


Setiap hari dia hantar pesanan ringkas kepada anda. Pernah terdetik di hati anda yang anda sudah mula jatuh hati padanya kerana layanannya kepada anda. Tetapi pada suatu hari., anda tidak mendapat pesanan ringkas daripadanya  seperti biasa. selang beberapa hari, anda masih tidak mendapat satu khabar pun daripadanya. Hati anda ingin tahu apakah khabarnya lelaki tersebut. Lalu anda pun memulakan perbualan dengan menelefon lelaki itu. Tidak diangkat. Anda menghantar pula meseg, tidak di-reply. 


Anda membelek-belek facebook lelaki berkenaan, omgay ! rupa-rupanya lelaki tu dah jumpa perempuan lain. patutlah dia tak melayan anda seperti biasa. Dalam hati anda "ohh kau tak dapat aku, kau try ayat perempuan lain. tak guna punya jantan " Anda berasa amat geram, tapi anda pendam je tak mahu lelaki tu tahu anda sedang cemburu. Lama juga lelaki itu tak menghubungi anda. Dalam 2 bulan lebih. Anda pun semakin lama semakin melupakannya. 


Suatu tengah malam, anda baru terbangun daripada tidur, anda mendapat pesanan ringkas daripada nombor yang memang anda kenali.. " Sayangggg, buat apa tuh? " SMS tu daripada lelaki yang bermata jalang tuh. Anda terkejut dia hantar SMS anda pada malam tu, anda pun mengagak mesti dia dah clash dengan girlfriend. Sebab tu baru nak carik anda. Anda tidak reply, handphone berbunyi buat kali kedua menandakan ada SMS baru masuk, " Sayangg, I sejuk malam2 ni, layan I boleh? sayang youuu " 





Menyirapnya hati anda! " Apa kau ingat aku ni macam bola? sepak bila kau tak nak, kejar bila kau nak? jantan tak guna. Kau ingat aku ni perempuan murah ke senang2 nak layan nafsu kau! bodoh! kalau kau boyfriend aku, aku tak marah lah sangat , ni lelaki yang takde kena mengena dengan aku. dah cakap macam2. pergi jahanam "






Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Sunday, April 17, 2011

Menangis Kerana Dia. Berbaloi Ke Weh?

source : Google


Pernah menangis sebab boyfriend / girlfriend yang tak guna? Mesti pernah kan. Toksah ampa nak bohong la. Hehe. Saya pun pernah. Berbaloi ke kita menangis sebab mereka? Apabila saya fikir balik, saya rasa menyesal pulak menangis sebab ex-boyfriend. Seperti membuang air mata untuk orang yang belum tentu menjadi pasangan hidup kita. Cuba anda ingat balik waktu2 anda menangis sebab ex-boyfriend yang mana sekarang anda benci gila2, mesti anda rasa menyesal sangat2 kan? Rasa macam bodoh je menangis untuk mereka. Tapi ada hikmah jugaklah anda menangis sbb mereka, at the same time anda boleh mencuci biji mata anda dengan air mata  daripada kotoran-kotoran degil. heh heh. 



Mungkin ada antara kita yang hatinya sensitive, lelaki pun ada yang sensitive yang suka sgt menangis untuk girlfriend yang suka sgt buat hal. Kesian saya tengok boyfriend diperlakukan sebegitu. Cha nak kongsi cara- cara untuk mengelakkan kita menangis sebab orang yang tak berguna. Cara ni agak jahat sikit,   muahaha =D


1 ) Fikir Keburukan Dia 
>> Contoh kalau dia seorang yang malas nak fikirkan perasan kita, kita boleh bicara dalam hati sendiri "
Lelaki ni dah lah tak reti jaga hati aku, kalau aku teruskan dengan dia, mesti hari2 aku makan hati. Lebih baik aku lepaskan, mesti ada hikmah Tuhan uji aku macam ni, manalah tahu suatu hari nanti Tuhan ketemukan aku dengan lelaki yang lebih baik daripada dia. "



2 ) Kalau anda seorang yang memilih, nilai rupa paras dia 
>> Bicara dalam hati anda " Dah lah tak handsome, kalau tak handsome tuh okay lagi lah, tapi kalau perangai pun sekali dengan muka. Baik kau pergi dari kehidupan aku. Banyak lagi lelaki handsome yang ada perangai lagi baik daripada kau " 



3 ) Bayangkan Masa Depan Dia 
>> Bicara dalam hati anda " Lelaki ni tak fikir langsung pasal masa depan dia, kalaulah satu hari nanti aku kahwin dengan dia, selama-lamanyalah hidup susah. Buang masa jelah kalau aku menangis pasal dia " 



Apa yang Cha tulis tadi hanyalah sebagai contoh ye! Jangan tetiba judge saya. Perlu diingatkan kalau kita nak fikirkan keburukan seseorang, hendaklah kita bicara sendiri di dalam hati. Jangan mengeluarkan segala perkataan kesat tadi kepada rakan2 atau sesiapa saja, takut dikuatiri menjadi riak & takbur or whatsoever! Kalau dalam hati, tak ada siapa yang tahu, dosa pun tak dapat :) Bijak kan?



P/S : Lebih berbaloi kalau kita menangis sebab Allah & ibubapa.








Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Wednesday, April 13, 2011

Pengalaman Bekerja Membuatkan Saya Nak Sambung Belajar Secepat Mungkin!

I've started working since the first of April until ..?...  I dont know until when I can stand with the pressure of working. My salary was just  a thousand because my high education for right now just SPM. But that amount has not yet been deducted by KWSP. For sure the end of this month I will get less than thousand. Im kinda sad :'( 


Saya sedih sebab gaji saya akan dipotong untuk KWSP. bukannya saya tak suka menabung untuk masa tua, tapi sekarang saya kerja sebab nak duit untuk beli sesuatu. tak timbul pun niat untuk menabung dalam KWSP. Hehehe. Pasal duit masa tua tuh biarlah saya kumpul bila dah kerja tetap nanti.  Sekarang enjoy dulu. haha. Tapi apa boleh buat, syarikat saya bekerja tuh kena ikut procedure yang ditetapkan bahawa setiap pekerjanya harus mempunyai wang simpanan KWSP.


Pengalaman saya bekerja membuatkan saya nak sambung belajar secepat mungkin. Sebab tidak tahan dengan kerja yang memenatkan otak . Jawatan saya adalah sebagai customer service. Jadi customer service ( c/s ) ni nampak je senang, tak payah penat berdiri, just duduk depan komputer selesaikan masalah customer. Ramai orang yang nak jawatan ni, tapi kalau sekali dah duduk tempat sebagai c/s , korang tahu lah apa nasib korang bila berhadapan dengan customer yang bermacam-macam perangai! Especially macam kami orang baru as a trainee , dalam otak zero about customer service tetapi dah kena maki hamun dengan customer yang tak faham2 kami dalam proses nak belajar. Haishh! Member sekerja saya pernah kena maki  " stupid " oleh seorang customer yang tak berperikemanusiaan. huhu.




English kena okay. Tapi ada customer contohnya daripada Korea atau Jepun yang kurang dalam English, lagi lah memenatkan sebab terpaksa terangkan kepada mereka satu-persatu tentang produk dalam English yang sangat basic sekali. Tapi kalau jumpa Omputih tuh pening kepala dibuatnya kadang-kadang tak dapat tangkap apa yang mereka sebut perkataan English yang lajunya seperti 240 km/h! Haha. But so far kami tak ada masalah yang kritikal dalam komunikasi dengan pelanggan. 


Paling memenatkan lagi apabila kami dapat complain daripada big-big boss. Komplen yang berbunyi customer service tak buat kerja dengan betul la apa lagi lancau! Hishh geram bila aku kenang balik!! 



Sebab-sebab inilah saya terfikir nak cepat-cepat sambung belajar, after dah graduate boleh mempunyai pekerjaan yang lebih bagus dan tak perlu jadi kuli yang sentiasa dimarahi, di-complain, gaji yang ala boleh la cukup2 makan.  Saya tahu ada beberapa rakan sebaya saya yang nak sambung kerja dan tak mau belajar, tapi cuba anda semua bayangkan, selama manakah anda nak bekerja di bawah orang lain ? Selama manakah anda sanggup tahan dimaki oleh big bos yang tidak sekepala dengan kita?  



Source : google







Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Kenapa Blame Perempuan ? Lelaki Merokok Buat Relaks Je

Sudah menjadi suatu kebiasaan bagi kita melihat perempuan yang pegang batang  rokok sambil menghisapnya di restaurant, tepi2 jalan melepak dengan kawan-kawan, di kelab2 malam. bagi kita yang memang duduk di bandar dah terbiasa tapi bagi mereka yang tidak biasa contohnya mereka yang mengalami country shock, first expression mereka " Haishhh, natang apa perempuan tuh pegang? Teruk babenor perempuan zaman sekarang ni " 



Kenapa apabila lelaki yang merokok, orang tak cakap apa, tak ada orang yang menuding jari, tapi apabila perempuan yang merokok? Macam-macam kutukan yang diterima especially kepada perempuan Melayu yang merokok. sebab perempuan dikategorikan dalam insan yang perlu jaga kesopanan diri? Kalau perempuan merokok kiranya langsung tak sopan la gitu? Kalau lelaki merokok dikatakan hebat. Takde telor la seseorang lelaki tuh kalau tak merokok. Tolonglah buang tahap pemikiran ni okayy. seriously mentality anda sangat rendah jika anda berfikiran sedemikian! 



Bagi pendapat saya sendiri, perempuan & lelaki sama saja jika mereka merokok sekalipun. Kalau nak damn perempuan merokok, lelaki pun turut & mesti kena damn sekali.! Anda pernah nampak sekumpulan lelaki menghisap rokok sesudah solat Jumaat lengkap dengan berbaju melayu, tetapi anda pernah nampak perempuan merokok sesudah selesai solat di masjid lengkap dengan berbaju kurung / bertelekung? Seumur hidup saya belum pernah nampak lagi. Haha. 



Tapi wahai sesetengah perempuan, tak perlulah anda nak menayang bahawa anda merupakan seorang perokok wanita tegar kononnya. Tak perlulah anda hendak meng-upload gambar-gambar  anda ketika sedang menikmati nikmat rokok. Kami ( penonton ) boleh tahu sama ada gambar itu cuma nak menunjuk-nunjuk ataupun tak tersengaja diambil semasa anda sedang melepak sambil merokok. Khususnya saya, saya sangat tidak suka . Tidakkah anda berasa menyampah dengan perempuan sebegini? Obviously seperti baru nak kenal dunia kan?




Gambar Hiasan 







Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Sunday, April 10, 2011

Pertandingan Ratu Cantik Mak Nyah Bertujuan Mengutip Wang Amal



Apabila suatu majlis dianjurkan dengan tujuan untuk membuat kerja amal, tetapi pesertanya terdiri daripada golongan laknatullah. Anda rasa duit daripada majlis amal yang akan disumbangkan kepada institusi tertentu haram atau halal? Tujuan untuk membuat kerja amal . Tetapi peserta terdiri daripada pondan a.k.a mak nyah. Duit amal itu haram atau halal? Haram atau halal? Haram atau halal? Fikir-fikir kan lah. 





Artis Malaysia, Noraniza Idris turut serta menjayakan majlis berkenaan. Komennya apabila diajukan soalan " Kak ani tidak takut tanggapan negatif masyarakat kerana menghadiri majlis sebegitu? "  Jawapan yang diberikannya ialah " beliau dijemput dan sedia maklum pertandingan itu disertai golongan mak nyah. golongan mak nyah perlu didekati dan dibimbing, bukannya dikeji  atau dilempar pelbagai tuduhan negatif kerana perbuatan ini akan membuatkan mereka berasa disisih dan terus hanyut dalam dunia mereka "  . Saya pun tak setuju dengan cara beliau bertudung, bertudung untuk berfesyen - keluar daripada tajuk pulok! =P





 Tapi bagi pandangan saya, kalau kita nak mendekati dan membimbing golongan mak nyah, kenapa diluluskan majlis tersebut? kenapa perlu ada pertandingan ratu cantik mak nyah? Kenapa? Kenapa? Jelas sekali perkara ini bukan untuk membimbing tapi lebih menghanyutkan golongan ni, majlis sebegini membuatkan mereka lebih bertambah seronok menjadi pondan! Tak gitu? Lagi lah mereka berasa seronok menjadi perempuan, mendapat suami walhal sama jantina. Boleh ke kat Malaysia ni kahwin sesama jantina? 





Sekali pandang ada rupa macam lelaki tak? Macam perempuan kan. Cantik. Saya pun tertipu. Macam mana lah beliau boleh berubah daripada seorang yang handsome kepada seorang yang cantik? Terus terang di sini saya tidak memandang hina kepada mereka yang nyah. Malah saya pun ada kawan sebegitu. Naluri mereka yang lembut membuatkan saya senang berkawan dengan mereka. Tapi walaupun secantik mana anda menjadi jantina yang bertentangan, the truth is anda tetap seorang lelaki yang dijadikan Tuhan. Salah kalau kita tidak terima kejadian-Nya. Mereka ini memerlukan bantuan kita untuk kembali ke pangkal jalan. Mahu ke kita mempercepatkan lagi jumlah lelaki lebih sedikit berbanding jumlah perempuan? Haishh dosa saya pun tak terkira, nak cerita pasal tanda-tanda kiamat seram sejuk dibuatnya.


sumber gambar : google









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Mata Mak Merah Semasa Berdiri di Atas Pentas

Pada hari Sabtu, 9/4/2011 saya bersama mak saya pergi ke sekolah untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang.  Kami ( bakal-bakal penerima hadiah ) menunggu untuk naik ke atas pentas. Setelah habis penerima hadiah daripada tingaktan 1 hingga 4 , kini tiba giliran pemenang hadiah calon-calon SPM. 


Berdebar sangat hati ni bila tunggu nama disebut. Sebelum naik ke pentas, cikgu ada pesan, saya terpaksa berdiri seketika di atas pentas bersama ibu saya sambil pengacara majlis membacakan biodata dan pencapaian saya semasa di sekolah. Kini tibalah giliranku naik ke atas pentas, ibu ku turut serta. Tetamu yang lain memandang  tepat ke arah kami. Sepanjang kami di atas pentas, ibuku tak pandang ke arah tetamu pun. Hahaha. Dia tunduk kan muka ke bawah. saya berkata " ma, pandang depan la "  Saya pandang muka mak, mata dia sudah merah. Ohh baru saya tahu dia tengah tahan untuk menangis. patut lah tak pandang depan. hehe. Saya pun masa tuh mata sudah merah tau. 



Antara hadiah yang saya telah menangi : 

  1. Tokoh Murid ( Cemerlang Akademik, Koko dan Sahsiah ) 
  2. Murid Terbaik SPM 
  3. Murid Terbaik Aliran Sains
  4. Murid Terbaik Mata Pelajaran Fizik 
  5. Wang saku sikit. muahahaha =D

Hadiah yang lain, kawan-kawan baik saya dah sapu.. cis cis! =P







To Fabio Hazrul a.k.a hater , puas hati kau? Kau kata aku curi result SPM orang lain sebab aku blur-kan nama, no IC dan angka giliran aku pada slip spm aku. Kau kata aku nak famous dengan result SPM orang lain. Kau kata aku bodoh. Sekarang siapa yang bodoh? Serang aku tanpa usul periksa. T_T





Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Friday, April 08, 2011

Boyfriend ku Gatal ! Macam Mana Nak Buat??

Semua perempuan tak akan dapat terima kalau ada boyfriend yang gatal macam ulat gonggok. Kalau boleh semua perempuan mereka nak sebat! cha nak cerita sikit pengalaman saya sendiri tentang boyfriend ku yang gatal. Bukan boyfriend saya yang gatal, tapi boyfriend orang lain yang gatal dengan saya. Amacam? Saya cuma boleh cakap " bagitahu girlfriend you! " He replied " Bagitahu la, girlfriend I dah tahu perangai I macam mana. shes okay "


Kalau anda sebagai perempuan ( pondan pun including perempuan kan ? ) , boyfriend jenis mana satu yang anda pilih? 

  1. Boyfriend gatal dengan perempuan lain secara berselindung
  2. Boyfriend gatal dengan perempuan lain secara terang-terangan 

Kalau saya, saya pilih nombor 2. Sebabnya mungkin dah lumrah lelaki tersebut tak boleh nak buang sikap gatalnya. mungkin masa dia nak mengorat anda dulu pun, dia gatal dengan anda then anda pun cair. Jadi no wonder lah sikapnya susah nak diubah. Jadi lebih elok jika dia gatal dengan perempuan lain depan kita supaya kita tahu dan takdelah sakit hati sangat. Lebih teruk kalau boyfriend gatal secara berselindung. Pedih beb! Senang cerita , just bagitahu boyfriend kita " Kalau you nak gatal, bagitahu i or buat depan-depan I. I lebih rela kalau macam tuh " 


Semasa Cha dengan ex-boyfriend , saya ada bagitahu " Kalau you nak madukan I, bagitahu I dulu. I nak tengok muka perempuan tuh je, tak bergaduh pun dengan dia, takde sebab nak gaduh sebab lelaki. I'll act professionally " Cara ini berkesan sebab hati Cha rasa ringan sangat seperti sudah melepaskan suatu bebanan yang berat atas kepala. even though semasa kami clash pun, my ex-boyfriend tak ada simpan perempuan lain . clash sebab perkara yang lain yang agak personal.



So girls, kalau you all ada boyfriend yang gatal ( kalau nak tahu dia gatal atau tidak, refer balik macam mana dia approach anda dahulu ) , bagitahu boyfriend awal-awal supaya memberitahu anda kalau dia nak gatal dengan perempuan lain,  hati anda tak akan sakit sangat dan sayang anda pada dia automatically akan berkurangan once dia dah menggatal dengan perempuan lain.



sumber : google



PS : Lelaki pun boleh try pada girlfriend anda :)
PSS : Tidak semestinya lelaki gatal ni tak boleh dalam serious relationship, kadang-kadang lelaki gatal ni cuma gatal sebab suka-suka, thats mean tak masuk pun dalam hati mereka. Hati mereka cuma sayang pada girlfriend mereka. TAPI kalau boyfriend gatal nak cari girlfriend lain, Cha has no comment ! =P




Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan anda

Wednesday, April 06, 2011

Kata Hati

Sudah lama saya tak jenguk blog hodoh ni, mesti bosan kan bila view je tak de hape yang di-update oleh si Cha ni. Alhamdulillah saya sudah bekerja part time sekarang di KLCC. Gaji RM1000 sebulan tapi rasa sikit sangat. sebabnya gaji tu akan dipotong untuk KWSP. Yela kan, budak lepasan SPM je saya ni . Dalam bekerja, waktu malam saya akan online dan cari maklumat tentang biasiswa untuk ke luar negara & di dalam negara. Tapi kebanyakan bisiswa ke luar negara sudah ditutup dan saya dah terlepas! Hari ni saya pergi sekolah, cikgu beritahu kalau nak belajar ke luar negara, SEJARAH kena dapat A dalam SPM. Tapi Sejarah saya B . Hahaha. Takpelah mugkin ada jalan yang lebih baik untuk saya. mesti ada hikmah. Okay sekarang misi dan visi saya adalah sambung belajar dalam negeri. Ambil Fast Track di Uitm ( kiranya terus ke degree ), lepas lulus saya akan sambung lagi untuk ambil ACCA (Association of Chartered Certified Accountants)  di luar negara. InsyaAllah. Semoga saya dapat capai cita-cita saya. 


Pasal cinta? Saya tak tahu nak explain apa yang ada dalam hati saya. Ia cuma takut untuk bercinta sebab otak saya ni banyak negatif daripada positif. Kalau suka tuh adat lah kan manusia. Gedik sanaaaa,, gedik siniii,,,  suka tak sama dengan cinta tau. hahaha.  Tapi terus terang saya cakap,saya ada suka seorang lelaki ni. Saya rasa dia dapat bimbing saya. dan saya rasa nak makin rapat dengan dia.  Tapi tak kan lah saya kena buat first step pulak kan. Maluu.. So biarlah dia yang mulakan. Kalau dia buat dont know je, maknanya dia tak suka kita la tueeee * aww gedik.  Tapi saya suka dia, saya nak jumpa dia, macam mana nak buat ni weh? egokah aku nak dia yang mulakan dulu?  



Pasal cerita dalam blog? Nanti saya fikirkan okayy :) Malam ni saya tak ada idea nak tulis gosip tentang apa. Janji lepas ni saya akan menulis topik yang hangat macam topik "hotel bajet" , "aku seorang pondan" , " fanpage anti pavilion kids" . Stats saya menunjukkan post seperti berkenaan paling banyak di-hits oleh pembaca saya. Hahaha. Nampak sangatt.......  









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk memberikan pandangan masing-masing untuk entry kali ini

Friday, April 01, 2011

I Hate April Fool ! Cerai Talak Tiga Angkara April Fool

Terus terang saya katakan, dulu saya tak sabar-sabar nak menyambut tarikh 1 haribulan 4 sebab boleh kenakan member-member rasa puas sangat-sangat! Tapi bila saya dah tahu apakah maksud April Fool yang sebenarnya, saya rasa macam... omaigod..


Tragedi berdarah orang Islam 





Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa Islam. Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir. Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka gagal. 


Akhirnya phak kafir menemui cara untuk melemahkan umat Islam, caranya mudah iaitu dengan melemahkan iman umat Islam melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahbelahkan umat Islam. strategi ini berjaya dan akhirnya Sepanyol jatuh ke dalam tangan orang kafir.


Tentera salib amat kejam, kanak2 dan wanita dibunuh tanpa perikemanusiaan. Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluk sehinggalah tentera ini tiba di satu wilayah terakhir iaitu Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi untuk menyelamatkan diri, Tentera Salib membuat satu helah. 


Mereka mengununkan penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar daripada wilayah Sepanyol. Maka dengan itu ribuan penduduk Islam keluar lalu berkumpul di pelabuhan. 


Tentera Salib lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih bersembunyi di dalam rumah. Tentera Salib juga turut membakar kapal yang menjanjikan penduduk Islam untuk keluar daripada wilayah Sepanyol. 


Mereka semua terkepung lalu tentera Salib membunuh kesemua daripada mereka di pelabuhan tanpa belas kasihan. yang kedengaran hanya takbir diiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat. Granada bermandikan darah! Mayat bergelimpangan lautan biru bertukar menjadi merah. Tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1847 Masihi dan dikenali sebagai " The April fool Day " oleh golongan Kristian. 


Kisah Benar 

Si suami yang jahil berkata " Aku ceraikan engkau dengan talak tiga! " 

Si isteri terpinga-pinga lalu si suami berkata " April Fool !!! " 

Tapi si suami meraung apabila lawaknya itu secara sah menjatuhkan talak ke atas isterinya . Tak ke naya dibuatnya? Talak satu or dua takpelah lagi ye dak. Hahaha ..


gambar hiasan






Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini