Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Wednesday, March 23, 2011

Segala Keringat Saya Telah Terbalas Dengan Keputusan SPM !

Dupp Dappp Dupp Dapp! Hati tak tenang untuk menunggu tarikh 23/3/2011. Keputusan SPM akan dikeluarkan dan penentu haluan hidup saya sedang berada di atas sehelai slip . Ku bermonolog dalam hati " macam mana kalau result aku teruk? mesti mum aku sedih. lepas tuh tak dpt jugak iphone . hishh! kau jangan fikir iphone laa Cha! fikir perasaan mak kau lagi bagos! " okay-okay ubah niat dalam diri. 



Bangun pagi dengan dikejutkan oleh seorang sahabat lelaki. Memandangkan saya ni susah nak bangun pagi. Muehehehe! Sesampai di sekolah, bertemulah dengan classmates tercinta dan mereka asyik menyakat saya " Dah dapat iphone belum? " ( sebab saya pernah post di status FB nak iphone tp mak susah nak bagiiiii T_T )




Saat beratur untuk mendapatkan keputusan saya, hati saya lagi berdebar . " Ya Allah, tolonglah beri balasan setimpal dengan segala titik peluh & usaha aku selama ni. Amin " Tiba giliranku. cikgu menyelak segala slip untuk mencari nama ku! Haaaa jumpa pun slip keputusan awak! Aku tutup mata! dan perlahan-lahan aku membuka dan lihatttt slip keputusan SPM aku ............... 





BAHASA MELAYU : A CEMERLANG TINGGI
BAHASA INGGERIS : A CEMERLANG TINGGI
PENDIDIKAN ISLAM : A- CEMERLANG  * pulun habis takut dapat B agama
SEJARAH : B+  KEPUJIAN TERTINGGI  * lagi sikit je lagii nak A !! T_T
MATHEMATICS : A+ CEMERLANG TERTINGGI
ADDITIONAL MATHEMATICS : A CEMERLANG TINGGI
PRINSIP PERAKAUNAN : A CEMERLANG TINGGI 
PHYSICS : A CEMERLANG TINGGI
CHEMISTRY : A- CEMERLANG


Ya Allah. Aku bersyukur sangat...... Selepas tu, ahli sidang redaksi sekolah memanggil nama saya untuk menemu ramah . Masuk juga muka aku dalam majalah sekolah tahun depan. hihihih ^^ Soalan biasa yang selalu ditanya tak lain dan tak bukan ialah ...


"Bagaimana kakak belajar ? " 


"Dalam kelas sentiasa fokus terutama subjek macam physics,kimia dan addmath. Kalau tak faham terus tanya dalam kelas juga sampai faham. Baru kakak puas ! " 


" Strong subjek kakak dapat A. Ceritalahh sikitttt " 



" Actually kakak tak banyak pun baca buku nota. kakak ni kaki online sebenarnya. Haha.  Payah nak tengok buku bila di rumah. Keluar melepak apekan lagi. Tapi kakak selalu kumpul paper2 exam daripada form 4 sampai menggunung kat rumah, bila exam nak dekat, kakak tak banyak baca revision book, akak baca kertas2 exam lepas sekali dengan jawapan yang dah dibincang dengan cikgu. Confirm  ada soalan sebijik yang keluar ! Lagi satu, kita pun kena enjoy juga tak boleh tengok buku je, so nak keluar melepak tu tak salah kalau pandai bahagi masa. "



Banyak lagii mereka tanya tapi saya jawab yang ni jela, biar dapat dikongsi oleh adik-adik saya yang nak menduduki SPM untuk tahun 2011 dan seterusnya. Hehe. Saya dan rakan cemerlang lain juga sempat mengambil gambar dengan pengetua dan cikgu-cikgu lain. Ramai cikgu kata. " sayangnyaaaaaa... Sejarah je kantoiiii " . Saya lagi lahhh rasa sayang,, cikguuu.  hurmmm. tak dapat semua A , 8A 1B pun jadilah.. Kiranya ada peningkatan lah jugak kan. Trial SPM saya dapat 7A 2B .  


Papehal, saya bersyukur dapat banggakan parents saya! :)) 









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

7 comments:

  1. congrate dear. :D hoping mine *this year as good as yours. :) amin.

    ReplyDelete
  2. congratsss cha chumel....
    all ur efforts and efforts are worth it an..... <3

    ReplyDelete
  3. wow congrats. dah la hot, pandai pulak tu. lucky you :D

    ReplyDelete
  4. akk ,congrats :)
    hope saya dpt cemerlang juga :'D

    ReplyDelete

I value your comment :)