Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Saturday, March 05, 2011

Saya Sedih Tengok Kesedihan Orang Lain

Mood : Sedih
Song : Tennessee by Hanz Zimmer & Ketulusan Hati by Marshanda


Assalamualikum :(



Berhati - hatilah di jalan raya. Saya yang tengah ambil lesen rasa takut sangat nak drive nanti di atas jalan raya. Sebab saya takut kalau suatu hari nanti saya terpaksa pergi meninggalkan mak saya. Saya sajalah anak perempuannya. Kalau saya tak ada, bermakna mak saya akan berseorangan. Mum, I love youu <3



Seperti biasa kalau saya bosan, saya akan blogwalking. Dan saya terjumpa satu blog yang buat hati saya sedih sangat. Oh my godness. blog tersebut adalah shoutwhisperspeak. Walaupun saya tak kenal siapa mereka, di mana mereka tinggal tetapi saya dapat rasa kesedihan dalam hati mereka. Kisah yang mereka hadapi sama dengan kisah rakan saya Khusyairi Qaliq. Kisah mereka membuatkan saya menangis.


Saya masih ingat tatkala ayah saya pergi meninggalkan kami semua. Ayah sakit. Sudah seminggu lebih ayah berada di hospital dan hanya memerlukan bantuan pernafasan untuk bernafas. Pada hari selasa kalau tak silap saya. ayah bertegas nak balik rumah. Dia nak juga balik walaupun dilarang beberapa kali. Semua anak-anak & isteri yang lain menuruti. Ayah tak nak makan. Beberapa hari ayah tak makan.


Pada hari Khamis, selepas saya pulang daripada sekolah waktu petang, mak beritahu tadi pihak keluarga sebelah sana telefon. Mereka cakap datanglah tengok ayah. Ayah dah tak berdaya. Ayah seakan mahu pergi. Tetapi ada perkara yang membuatkan ayah kuat . Perkara itu adalah ayah ingin berjumpa dengan saya. Anaknya yang terakhir, termanja, terkecil dan paling nakal. Anak itu ialah SAYA !



Keesokkan pagi Jumaat saya tak pergi ke sekolah. Saya dengan mak bersiap-siap pergi ke rumah sana. Sampai lah kami pada waktu tengahari. Pertama kali saya melangkah masuk, rumah penuh dengan adik beradik tiri saya. Penuh sungguh. Orang pertama yang saya tengok ialah ayah. Ayah menyedari kehadiran saya, ayah terus bangun walaupun tak terdaya. Sebak hati saya. Saya terus memeluk ayah. Badan ayah sejuk, tak bermaya. Mak tiri saya kata " Dah lama ayah tunggu kau, nak. Nama kau saja disebutnya. Anak lain tak dihiraukan langsung" . Mak berpelukan dengan ayah. Mata mak merah. Saya tahu mak  menahan untuk mencurahkan air mata.



Mak tiri saya cakap kat mak saya yang ayah tak mahu makan sejak balik daripada hospital. Mak saya ambil bubur untuk ayah. dihalakan sudunya berisi bubur ke mulut ayah. Ayah tetap tak mahu! Ayah kata " Kalau esok umur panjang ayah makan" . Lagi sebak hati saya. Kenapa ayah tak mahu makan? ayah makan lah. Saya tengok ayah dah tak bermaya. hidungnya jatuh, mukanya sembab. Pada masa tuh saya tak tahu tanda-tanda kematian.


Semua orang berkumpul di dapur meninggalkan saya dengan ayah. Saya tidur sebelah ayah. Ayah tengah sakit. Tetapi ayah sempat lagi tanya " rumah dah kunci betul2 ke belum sebelum datang sini? " . Bermacam - macam lagi ayah tanya. Soalan yang tidak ada kena mengena dengan sakit ayah. Ayah, janganlah ambil berat pasal saya dengan mak. Kesihatan ayah yang lebih penting. Saya baring di sebelahnya sambil pegang tangan ayah. ayah tertidur sekejap.



Selepas maghrib, ayah minta gambar kedua ibu bapanya. Akhirnya ayah meninggalkan kami semua pada hari itu juga. Ayah, tak boleh ke ayah tunggu saya besar ? Umur saya ketika itu baru 16 tahun. Ayah dapat tengok semua anak-anak ayah berjaya masuk universiti dan berkahwin. Tapi saya? Saya seorang yang tercicir ! Sebelum ayah pergi, ayah selalu nasihat selalu tolong mak, masa ayah sudah tak lama. Dan sekarang, memang betul ayah cakap. Masa kita cuma 16 tahun saja kan ayah? Patut lah selama ini ayah sayang sangat pada saya berbanding anak-anak yang lain. Sebab masa kita bersama singkat. Ayah suruh saya belajar pandai-pandai.  ayah nak tahu tak? Masa percubaan SPM hari tuh saya dapat 7A 2B. Saya nak ayah tengok anak ayah yang nakal dan tak dengar cakap ni berjaya. Tapi semuanya dah tak dapat. Malam ayah meninggal , saya tidur dengan linangan air mata. Saya berharap semua ini mimpi. Saya berharap keesokkan  harinya ayah cuma demam biasa. Rupa-rupanya Tuhan lagi sayang ayah. Semuanya benar belaka. Saya bangun dan tengok mayat ayah. ayah, saya sedih sangat tengok ayah diselubungi kain kapan. Sumpah saya sedang nangis merindui ayah sekarang ni.Sumpah ayah.



Coretan anakmu yang nakal,
Semoga segala kebaikan ayah mendapat balasan yang setimpalnya. amin~


No comments:

Post a Comment

I value your comment :)