Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Thursday, March 03, 2011

Sangap Sangat Mahu Bercinta

Assalamualaikum :)


Auucaakkkkk!! Haha. Anda semua nampak tak perubahan yang berlaku kat blog Cha. Sikit je perubahan sebab Cha tak tahu sangat tentang dunia HTML. Tapi comel kan icon kat sebelah tajuk post. Hehehe . Awwww <3 Malam yang sunyi ni Cha nak kongsi dengan korang semua pasal tajuk entry kita ni. Sebab perkara ni terjadi dalam hidup Cha sendiri. 




Hendak dipendekkan cerita pada suatu ketika dahulu, sebenarnya 2 tahun lepas je. hehe. Cha berkenalan dengan seorang kawan lelaki yang bernama _______________ . Dalam hidup kami, kami pernah jumpa sekali sahaja. Kami berjumpa pun ditemani oleh bestie saya. Tapi saya tak tahu la pulak sebenarnya dia ada hati pada saya. Jangan lah ada hati pada saya sebab saya tak ada hati pada kamu. Hati saya pada orang lain. 



Anda buat saya berasa serba salah sangat. Kenampakkan awak beria-ria nak berborak dengan saya. Saya pun nak berborak-borak dengan anda tapi sebagai kawan. Tetapi anda menganggapnya sebagai permulaan nak melangkah ke arah "couple". Sebab tuh saya cuba mengelakkan diri daripada anda. Saya tak nak anda terus dan terus berharap perkara yang tak akan terjadi. 




Pernah satu hari awak hantar meseg yang berbunyi " Hi babe, sorry late reply, baru top up la. Of coz la i miss you " . Sejak bila i bermeseg2 dengan you? Haishh. Nak kata you silap hantar? Hati I yakin mengatakan yang you sengaja hantar message macam tuh pada I. Sebab meseg2 you sebelum ni I tak layan kan. I try skodeng facebook you. Bukan satu perempuan berborak dengan you, ramai lagi dan semuanya lawa takdelah macam cikai. Then, kenapa perangai you macam lelaki yang nampak pada satu permepuan je? You betul2 dah buat I takut! You tackle la one of them.



Im so sorry kalau selama ni I ignore you. ketawakan you. Hati i pada lelaki lain bukan pada you. Eventhough hati I pada lelaki tuh, I tak de pun minta nombor telefon dia, kacau dia setiap masa. I cuma senyap dan tegur dia apabila dia tegur I dulu. I malu kalau nampak sangat I suka dia. I taknak dia rimas macam you buat pada I. 



Menjadi single best tau! Kita tak payah nak fikir hati kekasih kita,, nak payah nak stress sebab cemburu. Apa yang kita perlu buat cuma belajar tinggi-tingggi dan insyaAllah kita akan dapat orang yang lebih kurang sama dengan kita. Dan mungkin ada jodoh dan berkekalan. Bukan Cha kata cinta monyet ni bodoh, tapi sekarang Cha malas dah nak bercinta lepas tuh clash. Buat habis duit,sakitkan hati. Lebih baik buat perkara lain yang boleh mendatangkan  hasil :) 





P.s Saya cuma terangkan pendapat saya. Pendapat masing-masing berbeza dan tak semua setuju dengan apa yang kita setuju :) 




Terima Kasih Membaca<3



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)