Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Saturday, March 26, 2011

Pernahkah Anda Berasa ?

Pernahkah anda berasa....

Anda gembira dengan kehidupan anda. Setiap hari anda berchatting dengan ramai kawan lelaki & perempuan. Anda gembira sangat dengan kehidupan anda yang dipenuhi dengan kawan2 yang sporting, pelawak. Gigi kuning anda tak lekang dek air liur sebab asyik tergelak je ( over pulok! hehe  ) Tetapi, suatu hari ada seorang lelaki /perempuan menegur anda. Tak kisah la sama ada anda di-approved atau meng-approved . Hati anda tiba-tiba rasa tertarik dengan cara penulisannya, cara gurauannya, cara dia menyampaikan sesuatu cerita, sikapnya yang tiada pada orang lain.



Anda sudah tak hiraukan kawan2 yang sebelum ni anda selalu berchatting bersama. Setiap kali si dia online, anda akan senyum melebar. kalau boleh setiap daripada hujung bibir akan sampai hingga ke hujung telinga. Naya tuh nokss! Anda akan reply message-nya dengan secepat yang mungkin. Kalau dia buat lawak even though seberat zarah ataupun memang tak lawak langsung pun , anda mampu tergelak! Tapi kalau member2 sebelum ni buat lawak macam tuh, hampeh anda nak gelak. * eeeee lawak sangat2 ( ayat perli ) .



Perasaan tertarik tu sampai terbawa-bawa ke dunia realiti. ( It is not supposed to be like that actually) .Dunia realiti dan alam maya perlu dipisahkan. Tetapi, setiap kali anda online, anda pasti menjenguk sama ada dia online ataupun tidak. sebelum ni anda online sambil buat dekk je. Tapi kali ni lain. Anda mula berasa tak sedap hati. Anda berharap perasaan tuh hilang tapi perasaan tuh makin kuat dan semakin kuat! Anda cuba gagahkan diri untuk melupakan tapi anda semakin mengingati!! Anda tak suka tapi pada masa yang sama anda suka! Bagaimanakah ini? Apa perlu aku buat? Apa masalah hati aku ni ?!!  * bisik hati












Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)