Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Saturday, March 19, 2011

Hotel Budget !

PS : Untuk bacaan 18 SX . Bawah umur 18 tahun sila tutup page ini  SEKARANG







Susuk tubuh Su ( bukan nama sebenar ) cantik. Kulitnya putih gebu. Badannya berisi sedikit. Matanya bulat. Orangnya tiadalah tinggi sangat. Su seorang gadis yang seksi. Semua lelaki yang melihatnya pasti terbeliak mata. Kalah mata Mr Bean! 


Su sedang berbual dengan sekumpulan lelaki yang sedang mengkaji tentang isu hangat hotel budget pada masa sekarang . 


"You nak tahu tentang hotel budget? Haha. Macam suami isteri pulak. Terus terang I cakap, I dah tak ada dara! Alah, standardlah sekarang ni bro. Bro janganlah kolot sangat. Cuba tanya perempuan mana yang tak suka check in. Dia orang tu saja-saja nak test first time. Lelaki ni, kalau perempuan dah bagi free, mesti tak lepas peluang punya. " 


" Habis member2 Su macam mana? Diorang pun dah barai? Bila Su first time? "


" Member2 I semuanya dah takde dara. Mereka sendiri yang nak test first time, second time, third time. Lagipun kalau dua2 tak setuju benda ni tak akan berlaku punya. I dulu first time dengan boyfriend I . I bukan nak sangat benda tuh tapi dia yang lebih2.  I pun tengah tunggu peluang juga. Maklumlah banyak terpengaruh dengan cerita lucah. Apalagi kami pun check in hotel budget lah ! " 


" Su tak menyesal? " 


" Ala bro, perempuan sekarang ni dah tak kolot lah. Buat apa hilang dara nak menyesal? Ala kita hidup sekali. Benda seronok buat apa nak menyesal. "




Sekumpulan lelaki yang menemu ramah Su tersentap 



" I dah cakap banyak kali, I dah mula ada feeling dekat dia tapi boyfriend I tinggalkan I. Mungkin dia dah dapat perempuan lain yang lebih bagus. I tak kisah pun takde jodoh dengan dia, I boleh carik lain. I pakai seksi sikit, muka licin sikit pasti lelaki taknak lepas. Seminggu lepas clash I dah dapat boyfriend baru" 



" Wahh rupanya su ni seorang yang tak kisah tentang dara" 



" Seminggu lepas tu, I dah dapat boyfriend baru. Namanya Am ( bukan nama sebenar ) . Baru tiga hari berkenalan dia dah ajak I check in hotel budget. I okay je sebab Am memang dah tahu I tak de dara lagi dah. I yang bagitahu dia masa mula-mula kami berkenalan. Tapi hubungan kami tak tahan lama. Am terlalu mengongkong I. Lagipun dunia sekarang ni biasalah. Bila bercinta sahaja, dapat 'lesen' besarlah lelaki tuh. Pasangan couple yang hangat bercinta, mesti check in hotel budget! Kalau 10 kali tukar boyfriend, maka 10 kalilah check in hotel budget. " 



"Sekarang ni macam mana? Su dah taubat ke? "



" Ish, apa bro cakap ni? Nak taubat apa bro? Benda-benda macam ni biasalah bro. I sekarang ni tengah bercinta dengan seorang lelaki yang dulunya baik dan malu. Namanya Is ( bukan nama sebenar ) . Akibat tak tahan dengan perangai I yang mengada, Is tak tunggu lama untuk check in dengan I. I saja buat macam tuh sebab kalau bercinta tanpa check in, ibarat macam tin kosonglah. Tak kan sekadar pegang tangan, karok, main bowling je. I tak tipulah, rata-rata member I semuanya dah tak de dara. Perkara ni buakan perkara yang aneh dan pelik buat kami. Kami anggap perkara ni perkara biasa bagi pasangan yang tengah 'hot' bercinta. "



" Wah kira hebat lah Su ni, Habis selama ni check in tak pernah 'melekat' ? " 



" Adalah beberapa kali 'melekat' tapi I dengan boyfriend I gugurkanlah. Banyak klinik boleh gugurkan anak. biarlah mahal sikit asalkan tak kena jaga anak sampai besar. I takde pun rasa bersalah. Kalau salah kenapa klinik gugurkan anak boleh lulus? Boleh beroperasi dengan senang? " 



"Habis sekarang ni Su masih check in dengan boyfriend Su ? " 



"Yeahh. masih! Sekarang ni biarpun I masih belajar, tiap-tiap minggu I check in dengan Is. Kalau tak dengan Is, I skandal dengan orang lain di hotel budget. you tau tak, I ada skandal dnegan suami orang. Dapat jugak I check in seminggu sekali kecuali masa I period .



"Wah dasyat jugak Su ni. su ni nampak je baik. merokok pun tidak. tapi.... " 



"Bro, I tak suka hidup macam ni. siapa suka bro? I tak kisah pun kalau I tak berkahwin. Alah sebelum kahwin apa salahnya saya buat macam ni. Lagipun I buat buat jenayah.. Eh perkara biasalah. Rasanya takde apa yang perlu saya malukan. " 




" Mak ayah Su tahu ke Su check in hotel budget ? " 



"Mak ayah I dekat kampung. Mereka okay je. Lagipun I pelajar U. Ibu ayah mana tak suka  anak dia belajar U? Kenapa perkara ni saya nak beritahu mereka? Ini hak peribadi saya. I tak rasa perkara ni serius pun. I rasa perkara ni sebahagian daripada kehidupan. Kenapa perlu di-highlight-kan? Lagi satu, I nak beritahu perempuan yang bertudung bukannya baik sangat. kononnya alim, pemalu, pandai jaga maruah. Saya akui ada yang baik dan pemalu tapi bukan semua. Segelintir saja. Bila hujung minggu, boyfriend datang ambil. Lepas tu check in hotel budget. Apa bezanya? Nama saja bertudung, sembahyang tak tinggal. tapi..... Senang cakap la bro, kalau dah bercinta tak sah kalau tak check in hotel budget. Dah jadi perkara biasa kat KL ni, budak-budak sekolah menengah pun ramai check in. Ramai yang takde dara!





SUMBER : Mustika Ratu Mastika







Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

5 comments:

  1. cm cite kat newspaper je.. HAHA!!

    ReplyDelete
  2. opsss... sry2 t'slh lak.. hehe (:

    ReplyDelete
  3. kalo hotel 5 star mcm mane pulak??=P

    ReplyDelete
  4. sama jugak hotel namanya mesti ada benda-benda mcm ni. hotel 5 star tu maybe golongan VVIP & VIP

    ReplyDelete

I value your comment :)