Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Thursday, March 17, 2011

Dia Bukan Milik Aku

sumber : google jelah



Setiap manusia ada hati. Kalau ada hati mestilah ada perasaan. Perasaan suka, sayang, benci. Tapi dalam hidup ini harap-haraplah tuhan menjauhkan diri kita  daripada menyukai seseorang yang bukan milik kita. Perasaan itu amat perit. Macam hati ni disentap, rasa jantung berdegup laju tanpa henti, darah mengalir laju sampai ke otak, mulut terkunci tak tahu nak kata apa. Sedih ke kita? merah ke kita? apabila kita mendapat tahu orang yang kita suka rupa-rupanya menyukai orang lain. Dalam hati alangkah bertuahnya orang tuh ada orang sayang!


Nak sedih pun tak boleh. Sebab? Kita hanya berkawan rapat dengan dia. maksudnya berkawan rapat yang dalam proses hendak saling mengenali lebih daripada seorang kawan. Kita harapkan hujan di waktu petang, rupanya pagi-pagi buta hujan lebat disekalikan dengan ribut petir. Kalau dia suka pada orang lain, kenapa dia bina harapan yang menggunung macam Gunung Everest pada kita? semasa berbual bukan main lagi dengan tindakan mengambil berat, puji-memuji sampai kembang bontot tapi akhirnya " DIA MINAT KAT ORANG LAIN"



Kita nak marah lagilah tak boleh, Kita siapa untuk memarahi dia dan memaksa dia untuk suka pada kita. Siapa kita? Belum lagi declare apa-apa dah tunjuk belang. Lagi membuat dia membenci kita lagi adalah. kan lagi naya. Elok-elok dia anggap kita kawan, terus berubah jadi menyampah. Dikatanya kita dah dapat betis nakkan pulak si paha. Dalam hati memanglah nak marah sebabnya dia dah bagi kita harapan tapi hancurkan begitu saja. Tapi kalau ikut logik dan pemerhatian orang ketiga. Orang ketiga akan mengatakan kita TIDAK LAYAK untuk bersuara menyatakan yang kita tengah marah. sebabnya kita cuma berkawan. perkataan "kawan" itu yang membuatkan kita terpaksa akur dengan keadaan. 



So, apa yang perlu kita buat ialah meneruskan perhubungan kita dengan si dia sebagai seorang kawan tapi dalam hati berdoa dia jatuh hati pada kita. Haha . Jangan menunjukkan sebarang reaksi sama ada kita marah ke, kita sedih ke sebab dia dah buat kita macam ni. Kita buat dekkk je. Bak kata Maria Elena kita  chill je r ! But at the same time kita ubah diri kita menjadi yang lebih baik. Menjadi lebih vouge daripada biasa, lebih panas daripada biasa, lebih cantik/handsome daripada biasa dan semuanya lebih daripada biasa! Kemungkinan besar suatu hari nanti hati dia akan tertarik pada kita . Kemungkinan besar juga akan datang insan baru yang lebih bagus daripada dia. Kita pun apelagi masa tuh, happy gila-gila!



Percayalah kita memilih dalam mencari teman yang istimewa sebab kita pentingkan diri sendiri.! Bohong kalau cakap aku tak memilih dalam bercouple.  Lemme give you several examples.


1 ) Kita nak kan yang handsome/lawa - supaya sedap mata memandang , supaya dapat menunjuk depan kawan, supaya mempunyai waris-waris yang good looking!!


2 ) Kita nak kan yang berpengetahuan luas - supaya masa depan kita terjamin


3) Kita nak kan yang beragama - supaya rumahtangga kita aman, supaya dia dapat menjadi pasangan kita hingga ke akhirat.


4 ) Kita nak kan yang berduit - supaya bukan duit kita sahaja yang habis, supaya kita tak kan ada masalah kewangan.




p:s Keputusan SPM pada 23/3/2011. I just nak dapat keputusan yang lebih baik daripada Trial SPM lepas. Mungkin A's ke. Please Ya Allah . amin.








1 comment:

I value your comment :)