Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Tuesday, March 22, 2011

Baru Padan Muka Lelaki !

PS : Watak perempuan dalam cerita ni bukan saya tau! tak kan la saya nak pecahkan tembelang saya sendiri kot.  ^^







"Sekarang saya dah menyampah dengan lelaki!" beritahu Suraya


Akibat tidak percayakan lelaki, Suraya kini menjadikan kaum Adam sebagai sasaran kemarahannya. Apa yang dilakukan suraya kepada lelaki yang sengaja mempermainkan cintanya? 


Begini ceritanya, ketika Suraya berusia 18 tahun, Suraya bercinta dengan seorang lelaki yang 7 tahun lebih tua daripadanya. Mula-mula bercinta semuanya bagaikan syurga, Suraya amat mencintai lelaki tersebut yang bernama Dony. Dony pula mengaku masih bujang trang tang tang! Bagi Suraya itulah cinta pertamanya. Masuk bulan ketiga bercinta, suraya sudah nampak perubahan pada Dony. Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh dony untuk menjauhkan dirinya daripada Suraya. Suraya sudah mula syak sesuatu. apabila disiasat, barulah suraya tahu bahawa Dony sudah berkahwin. 


"Tak guna betol!! Dia tipu aku! Dia main-mainkan perasan aku. Perempuan ini satu sahaja, sekali kena tipu selama-lamanya tak kan percaya sampai bila-bila! " marah suraya.



Dony akhirnya mengaku yang dirinya sudah berkahwin. Dony memberitahu dia tidak sanggup melukakan hati Suraya bila dia mendapat tahu dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak. 



" Bila jadi macam tu, saya terus buat-buat merajuk. Dony pun terus pujuk saya. Dony minta maaf. Saya kata kalau nak saya memaafkannya dia harus membelikan saya barang-barang yang saya suka. Dony ikut cakap saya, Dony membelikan saya perfume, baju . Saya terus meninggalkan Dony lepas tuh. Hahahaha" gelak Suraya.




Selepas Dony, Suraya bercinta dengan DrRozmey Romzy. Suraya memberitahu yang Romzy hensem , mukanya baik bak pijak semut pun tak mati. Masuk bulan kelima, suraya mula berasa rimas, tangan Romzy selalu merayap seperti ulat daun. Romzy jenis jantan yang suka ambil kesempatan. Romzy suka &*^% sanaaaaa, ^&%$* siniiii. Pendek kata Romzy mahu menjadikan suraya sebagai mangsanya.



" Kalau you nak pegang you kena ikut syarat-syarat I. I minta barang-barang kesukaan saya, beg tangan, baju, kasut, rantai. Semuanya yang berjenama!! Ini barulah adil " cerita Suraya kepada Romzy.  Apabila sudah dapat semua barang2 berjenama, Suraya terus meninggalkan Romzy. Tapi bagi Suraya, apa salahnya sebelum lelaki ambil kesempatan kepada kita, biar kita ambil kesempatan dulu.



Kekasih ketiga Suraya bernama Aznan. Aznan beritahu dia sudah lama dikecewakan kerana ditinggalkan kekasih. Sekarang Aznan mengaku cintanya hanya pada Suraya seorang sahaja.  Sebagai tanda kasih sayang, Suraya sanggup membawa Aznan berjumpa dengan ibu bapanya. 



"Tapi pada suatu hari, kami keluar dating . Ada orang call Aznan. Saya tanya siapa? Aznan jawab kawan nak ajak dia keluar lepak. Saya pun percayalah. Hendak dijadikan cerita, Aznan tertinggal hp dan saya terus membuka inbox. Semua meseg seperti biasa. Tapi bila saya tengok received calls , tertera nama sayang. ternyata bukan nama saya. Saya pun angin lah!!! Cis jantan tak guna. aku kena tipu hidop2!! "



Biarpun Suraya tahu Aznan curang, suraya sengaja mendiamkan diri sementara waktu. Suraya tekad mengenakan Aznan. 



" Suraya menjadikan Aznan tempat nak tambah top up, jadi drebar saya, suruh belanja makan minum dan minta duit untuk jalan-jalan. Pada masa yang sama saya jalinkan hubungan dengan lelaki lain. Sekali saya kena tipu, seribu kali saya balas!! " jelas Suraya dengan nada tinggi.. 



Kali ini episod cintanya dnegan seorang lelaki yang berusia 26 tahun. Ketika itu Suraya bekerja di supermarket. Gaji suraya hanya RM800 sebulan. apabila dapat gaji, kekasihnya meminta RM300 kononnya sebagai tabung simpanan. Kata boyfienya lagi duit itu unutk masa depan mereka berdua. 


Kad ATM suraya juga dipegang dengan alasan perempuan suka berjoli. Nanti duit yang disimpan akan habis. Waktu itu Suraya percaya bulat2.



"Tapi 4 bulan lepas tu, saya ambil kad ATM saya dan tengok baki hanya tinggal RM10 rengget!!! Bila saya tanya boyfie saya cakap dia tak tahu, rupanya saya check dia memberikan duit tu kat girlfriendnya di Sarawak. Menyirap darah saya! " jelas suraya. 


Suraya memasang strategi mengenakan boyfriendnya. dia meminta bantuan rakan baiknya. Suraya berlakon menangis ayahnya sedang sakit tenat dan amat memerlukan duit. Teman lelakinya percaya bulat2 dan terus menjual handphone, meminjam duit dari kawan2 dan bos.



"Bila dah dapat duit tu, saya terus tinggalkan si mamat tuh! Saya dapat lebih banyak dari jumlah duit mamat tuh tipu saya. Hahahaha" ketawa Suraya. 










Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

2 comments:

  1. bukan semua lelaki begitu tapi ramai juga la jumlahnya...hehehe

    ReplyDelete
  2. ye memang bukan semua. susah nak cari lelaki yang betul2 tak mahu ambil kesempatan

    :)

    ReplyDelete

I value your comment :)