Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, March 27, 2011

Baru Jumpa Dia Semalam. Hari Ni Dah Kahwin, Tak Ajak Aku! Cis Cis!

Saya ada seorang kawan baik sejak di bangku sekolah. Beza umur saya dan dia cuma dia setahun lebih tua. Masa zaman sekolah, memang rapat sangat sampai semua orang panggil kami berdua belangkas. Tapi sejak zaman sekolah dah berakhir, masing2 jarang berjumpa sebab sibuk dengan aktiviti sendiri. Tapi beberapa hari yang lepas, saya terserempak dengan dia. Wahh bukan main happy lagi kami bergelak ketawa, bahan membahan. Rasa macam zaman sekolah dulu yang nakal kembali semula dalam ingatan. 


Hendak dibuatkan cerita, tadi masa saya keluar nak berjalan-jalan, saya lalu  depan rumah dia. Rumah kami tak lah jauh sangat. cuma dipisahkan oleh lorong yang berbeza. Sedang ku berjalan-jalan, ada pulok majlis kenduri. saya bertanya pada orang yang ada kat majlis kenduri tuh.



" siapa yang kawen ni? senyap2 je tak hebahkan pun " tanya ku

" ya Allah kawan kau sendiri kawen kau tak tahu! ape punyer kawan la kau ni " 


Tersentap hati den tau! Weh kau kawen kau tak ajak aku. Kalau kau taknak aku jadi pengapit kau, sekurang-kurangnya bagi la aku makan nasik minyak kau! Cis Cis ! * jerit hati . Saya rasa dia sengaja tak mau bagitahu saya yang dia nak kahwin. Sedih nokss! Nanti aku kawen aku tak nak invite kau! Geram.. 


saya sengaja lah jalan lambat-lambat masa nak melintas hadapan rumah dia. Nak masuk takut malu sebab tak dijemput. Haha ( gelak sedih! ) So terpaksa la jalan lambat nak mampos sebab nak tengok dua mempelai. Ambooiii kawan aku tuh, wedding attire cukup lawa sekali dengan tudung pulok! Dulu bukan main seksi lagi member saya tuh. Hahahaha kelakar tengok dia . Tapi saya doakan mereka berbahagia :)Tapi aku tak lupa apa kau dah buat kat aku hari ni ! Cis Cis !



Best ke kahwin masa usia yang sangat-sangat muda? Saya pun nak kahwin jugak la! Siapa nak kat saye? Hahaha. Jk jk !


Kebaikan kahwin awal 

  1. Meramaikan manusia di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W bangga dengan umatnya yang banyak pada hari akhirat . 
  2. Elak mendekati zina. * pada masa sekarang terlampau serius kes buang anak! 
  3. Mengurangkan gejala sosial yang melampau
  4. Memberi ketenangan hidup yang maksima. * tak perlu risau bf nak kena curi sebab dah jadi hak mutlak!
  5. Ibadah yang berpahala. 


Keburukan kahwin awal. 

  1. Rumah tannga cepat runtuh sebab kurangnya ilmu dalam berumahtangga
  2. Rasa diri masih bujang * Kalau kau dah kahwin jgn harap nak dance dgn org lain dalam club!


Yunk2, yunk mesti janji sehidup semati dengan abang tau. Semoga kita bahagia hingga ke anak cucu 









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

1 comment:

I value your comment :)