Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Monday, March 28, 2011

Aku Seorang Pondan

PS : Cerita direka berdasarkan pemerhatian



Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki. Masa aku kecil, mak beritahu aku minat pada barang permainan perempuan macam Barbie. Bila dah besar sedikit, aku suka main masak-masak, kawen-kawen dengan budak2 perempuan. Mak kata aku lebih suka main dengan budak perempuan. Masa tuh mak aku biarkan saja apa aku nak buat sebab katanya aku masih kecil lagi


Masa sekolah menengah, aku mempunyai ramai kawan perempuan daripada lelaki. Kawan perempuan ajar aku cara-cara pakai eyeliner,mascara, semuanyalah pasal perempuan! Aku bagitahu mereka yang aku saja2 je nak tahu. Diorang pun on jela tunjuk ajar pada aku. Banyak budak lelaki ejek aku, tapi ada jugak lelaki yang layan aku. Makin lama aku makin suka pada lelaki. Erm entahlah. perasaan tuh susah nak buang. Pernah sekali aku paksa diri untuk couple dengan perempuan, tapi hati aku tak boleh nak sayang perempuan. Akhirnya aku lukakan hati perempuan tuh. Sampai sekarang dia dendam lagi dengan aku nokss!



Habis je sekolah menengah, aku bela rambut. nampak la macam lelaki jambu ala-ala mamat korea gituu! Sampai satu tahap rambut aku dah macam rambut perempuan, tapi aku sayang nak potong. aku biar je, aku jaga elok-elok rambut aku ni. aku pakaikannya syampoo bawang bagi  rambut sihat, conditioner macam-macam lagi lah. Rambut aku dah jadi lawa! Sukanya sukanyaaaa...



Aku dah mula suka beli baju2 perempuan, heels, alat2 make up, accessories. Memandangkan aku duduk rumah sewa jauh dengan mak bapak, senang aku nak buat apa saja aku nak dengan diri aku nih. Sebabkan naluri aku pada lelaki, aku couple dengan seorang lelaki ni. entah kenapa lelaki tuh membuatkan aku cair. aku sayang dia snagat-sangat. Akhirnya dia jadi boyfriend aku. Jyeahhhh! suka gila nokss! aku rasa dunia ni aku yang punyerrr... 



Tapi tuhan bagi aku bahagia tak lama, akhirnya lelaki tuh syak yang aku ni lelaki. Sebabnya halkum aku terbonjol keluar. Kalau part dada dengan alat kemaluan tuh aku dah buat macam2 bagi nampak macam perempuan, tapi aku mempunyai halkum yang ketara. akhirnya aku terpaksa mengaku yang aku ni lelaki. aku bagitahu dia aku cintakan dia sangat2. dia kata dia nakkan perempuan bukan pondan! Hancurnya hati aku masa tuh! tuhan je yang tahu.... 


Hari-hari aku cari dia. aku call setiap hari, meseg setiap hari.. Suatu hari, kawan aku bagitahu dia dah  ada girlfriend baru. aku tak tahu kenapa Tuhan tak pernah nak bagikan aku kebahagian! kenapa? Ya Allah, kenapa aku tak boleh dapatkan dia?? Aku cintakan dia sangat2. Kau dengarlah jeritan batinku  hatiku iniiiiii... * aku menangis teresak-esak mengenangkan nasibku*



Persoalan : Rasa-rasanya tuhan makbulkan doa dia tak? Mahu pulak tuhan dengar doa seorang hambanya yang berdoa untuk mendapat tiket ke neraka. jawab jangan tak jawab!!



gambar hiasan









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

5 comments:

I value your comment :)