Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Friday, March 18, 2011

Aku Bukan Bitch Lagi !

PS : Dikarang berdasarkan pemerhatian & ditambah sikit-sikit :)




gambar hiasan 
sumber: google

Aku baru berumur 13 tahun. Tetapi aku dah tahu bermacam-macam benda. Aku tahu semua jenis arak dengan maksudnya sekali ang tau dak? Hebat tak aku? Applejack , Beer, Champagne, Tequila, Vodka, Whiskey, Wine. Semuanya aku pernah merasa walaupun sekali. Dadah apakan lagi. Aku dah tegar dengan semua tu. Aku rasa best dengan semua tu. Kalau takde semua benda ala tuh aku tak boleh hidup doh! Serious wa cakap. 


Boyfriend? Alah kalau takde boyfriend pun aku boleh hidup dengan member-member yang ada. Member lagi syokk siot daripada boyfriend. Tapi sekali sekala bagus jugak ada boyfriend ni. Well. korang macam tak tahu pulak! ehemm. aku start kenal lelaki lepas aku darjah 6. Mula-mula malu, tapi lama-kelamaan aku belajar macam-macam daripada diorang. Belajar buat seks, belajar lari rumah, belajar menipu mak bapak, belajar serong sekolah, belajar kurang ajar dengan sesiapa je yang tak puas hati dengan aku. Kalau mak bapak aku tak tahan dengan perangai aku, diorang halau aku dari rumah. rumah siapa lagi aku nak tumpang. Of course la rumah boyfriend aku doh! Apalah.




Pasal sekolah? Malas gila doh nak cerita pasal sekolah. Otak aku dah muak tengok buku, tengok ilmu. Apa barang semua tuh? Hahaha. aku tengok abang & kakak lepasan U pun menganggur jugak. haha. Mak bapak hantar aku g sekolah, aku serong tempat lain. Sampaikan aku kena buang daripada sekolah. Lagi happy hati aku! Malam-malam aku tak balik rumah, aku melepak kat Bukit Bintang tengok bintang-bintang yang berkerdipan tengah-tengah malam. Syokk siot. At the same time, aku dapat la income sikit-sikit. Dapat jugak shopping. Nak harapkan mak bapak aku? Huhhhh! Berjanggut baru dapat duit daripada diorang. Benci aku. 




Beberapa tahun jugak la aku hidup macam ni. Mula-mula happy laa doh tengok kawan lain perah otak nak exam aku senang-senang melepak sedut shisha, batu semua. Diorang PMR, SPM. aku? habuk pun takdakkk! Suatu hari terdetik dalam hati aku. Kawan-kawan yang lain happy je dengan hidup diorang. Aku mula menyesal. aku bodoh. Bila orang putih tanya aku minta petunjuk jalan kat KL, aku cuma boleh ternganga. Member aku semuanya pandai-pandai. Mereka dah bekerja dah pun. Gaji tak nak lagi mahal pulak kan! Beli baju yang brand. tak nak kalah! Dapat boyfriend yang memang stok idaman aku r. Aku pun ada boyfriend jugak! Tapi setakat muka je handsome, tapi hati, perangai, semuanya teruk. Lebih teruk lagi, kami ada masalah kewangan. Keluarga aku dah buang aku jauh-jauh.



Badan aku tak cantik macam dulu. aku bukan super gorgeous macam dulu. Muka aku lesu,cengkung,badan hitam lebam-lebam. aku betul-betul menyesal! Ya Tuhan, apa aku dah lakukan selama ni? Aku sia-siakan hidup aku! Kini, aku terpaksa kerja berat 24/7 . Aku terpaksa bekerja untuk tanggung makan , tempat tinggal di KL. Boyfriend aku kini dah jadi suami aku. Dia rupa-rupanya seorang kaki perempuan! Habis semua duit aku dikebasnya! Bangang punya jantan tak guna!! Aku sedih. aku nak kan kehidupan macam kawan-kawan aku yang lain. Mempunyai suami dan kehidupan yang sempurna. Ya Tuhan. bolehkah aku dapat semua itu?








7 comments:

  1. is this like real?
    if it is, be tough girl !

    ReplyDelete
  2. yeah it is the real story based on my observation

    ReplyDelete
  3. cerita ni betul tapi saya telah ubah sikit-sikit utk mnyedapkan lagi cerita :)

    ReplyDelete
  4. I hope nobody will not misunderstood. That bitch was not me and never will be me

    tq

    ReplyDelete
  5. woxoxoxo...but masih ada budak pompuan yg xsedar. mostly yg tgh nk naik. tgh knal dunia dressing, dunia social. last skali hancus.s...

    ReplyDelete

I value your comment :)