Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, March 28, 2011

Fanpage Anti Pavilion Kids & Anti Page Anti Pavilion Kids.

Mungkin banyak antara anda semua yang sudah tahu pasal fanpage ni. Okayy saya jela yang outdated kan. Haha. Tapi biarlah saya nak mengulas sikit kenapa saya tak berkenan dengan fanpage ni. Bagi saya kedua dua fanpage ini adalah sangat-sangat sakai okay! Sebenarnya bukan sakai, tapi ayat sakai yang ada dalam otak sekarang. Nanti kalau ada ayat lain saya akan update kembali .



Fanpage Anti Pavilion Kids 



Description fanpage ni ialah " Segala kerjasama yang meyokong page ini amat di hargai, tetapi yang membantah page ini, tolonglah faham. Ini juga demi bangsa rakyat Malaysia. Tanpa kita, siapa la yang memimpin dan mewarisi budaya untuk masa akan datang. Segala salah dan tutur bahasa, harap diampun. Sekian. "  . 


Okay saya faham. tapi saya sudah menggeledah isi-isi status dalam fanpage tersebut, semuanya dah lari daripada tujuan asal kenapa fanpage anti pavilion kids dibina. Saya faham tujuannya supaya rakyat Malaysia tidak mendapat malu dengan sikap sesetengah bangsa melayu yang melepak di hadapan entrance Pavilion. yelaa apa tidaknya pelancong ramai pulak noksss! Tapi aku tengok visi dan misi fanpage ni dah terpesong!

Sebab : 

1 ) Bila ada manusia mengkritik fanpage ni seperti Sarah Suliana , banyak manusia hentam dia cukup2! Dia  cuma meluahkan pendapat dia, Rasanya betul lah apa dia cakap yang fanpage ni ialah "stupid fanpage" . Buat apa nak bergaduh sesama Melayu sendiri, sebab budak-budak melepak kat Pavilion tuh hampir 98% budak MELAYU. Tujuan asal kata nak demi bangsa dan rakyat Malaysia, padahal fanpage ni aku tengok dah sama nak memecahbelahkan kaum Melayu! Budak2 bergaduh dalam wall, apa cer? Orang Barat dah boleh gelak bila dia tengok fanpage ni. kalau diorang faham bahasa kita la ye dak. Tapi Ben Bradshaw kan ada. Ang tahu kan Ben Bradshaw? Beliau boleh translatekan bahasa melayu pasar kepada  bahasa bangsa beliau. Maluuunya kita nanti!


Fanpage Anti Page Anti Pavilion Kids 



Fanpage ni pun saya tak berkenan. Dah la fanpage yang satu tuh buat bergaduh kaum, tiba-tiba fanpage ni di-create-kan. Lagi bertambah kacau! Huru hara.. 


Sebab :

1 ) Kemungkinan besar peminat page ni adalah bekas ahli-ahli community . ala dulu zaman-zaman myspace kan berlambak community. Ada shoot segala bagai. tapi gambar yang diambil oleh camera mahal diorang tu, aku rasa gambar yang diambil guna phone buruk aku lagi lawa. Tak perlulah kau nak berkata " alaa diorang buat page Anti Pavilion Kids sebab jealous tuh, miskin sebab tuh tak dapat beli camera " What the ?  Kau jangan nak sombong sangat la ! Pendapat saya, fanpage anti Pavilion Kids tuh nak meluruskan balik akidah budak-budak yang berkeliaran, tapi akidah diorang sendiri dah terpesong. Bagus lah! Dua-dua fanpage ikut emosi masing-masing. yang gelak siapa? Ben Bradshaw la tolong gelakkan. Hahahaha . Stupidooooooo ! 



Moral : Saya tahu admin yang create dua fanpage  mempunyai tujuan yang baik, tapi misi dan visi anda berdua sudah terbengkang bengkok sebab budak-budak Melayu kita tengah hangat bergaduh, bahan membahan antara satu sama lain sebabkan fanpage kamu berdua ni. Shame on you . Lepas ni, sesiapa yang kritik saya, its up to you guys. pendapat masing-masing ye dak? 









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Aku Seorang Pondan

PS : Cerita direka berdasarkan pemerhatian



Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki. Masa aku kecil, mak beritahu aku minat pada barang permainan perempuan macam Barbie. Bila dah besar sedikit, aku suka main masak-masak, kawen-kawen dengan budak2 perempuan. Mak kata aku lebih suka main dengan budak perempuan. Masa tuh mak aku biarkan saja apa aku nak buat sebab katanya aku masih kecil lagi


Masa sekolah menengah, aku mempunyai ramai kawan perempuan daripada lelaki. Kawan perempuan ajar aku cara-cara pakai eyeliner,mascara, semuanyalah pasal perempuan! Aku bagitahu mereka yang aku saja2 je nak tahu. Diorang pun on jela tunjuk ajar pada aku. Banyak budak lelaki ejek aku, tapi ada jugak lelaki yang layan aku. Makin lama aku makin suka pada lelaki. Erm entahlah. perasaan tuh susah nak buang. Pernah sekali aku paksa diri untuk couple dengan perempuan, tapi hati aku tak boleh nak sayang perempuan. Akhirnya aku lukakan hati perempuan tuh. Sampai sekarang dia dendam lagi dengan aku nokss!



Habis je sekolah menengah, aku bela rambut. nampak la macam lelaki jambu ala-ala mamat korea gituu! Sampai satu tahap rambut aku dah macam rambut perempuan, tapi aku sayang nak potong. aku biar je, aku jaga elok-elok rambut aku ni. aku pakaikannya syampoo bawang bagi  rambut sihat, conditioner macam-macam lagi lah. Rambut aku dah jadi lawa! Sukanya sukanyaaaa...



Aku dah mula suka beli baju2 perempuan, heels, alat2 make up, accessories. Memandangkan aku duduk rumah sewa jauh dengan mak bapak, senang aku nak buat apa saja aku nak dengan diri aku nih. Sebabkan naluri aku pada lelaki, aku couple dengan seorang lelaki ni. entah kenapa lelaki tuh membuatkan aku cair. aku sayang dia snagat-sangat. Akhirnya dia jadi boyfriend aku. Jyeahhhh! suka gila nokss! aku rasa dunia ni aku yang punyerrr... 



Tapi tuhan bagi aku bahagia tak lama, akhirnya lelaki tuh syak yang aku ni lelaki. Sebabnya halkum aku terbonjol keluar. Kalau part dada dengan alat kemaluan tuh aku dah buat macam2 bagi nampak macam perempuan, tapi aku mempunyai halkum yang ketara. akhirnya aku terpaksa mengaku yang aku ni lelaki. aku bagitahu dia aku cintakan dia sangat2. dia kata dia nakkan perempuan bukan pondan! Hancurnya hati aku masa tuh! tuhan je yang tahu.... 


Hari-hari aku cari dia. aku call setiap hari, meseg setiap hari.. Suatu hari, kawan aku bagitahu dia dah  ada girlfriend baru. aku tak tahu kenapa Tuhan tak pernah nak bagikan aku kebahagian! kenapa? Ya Allah, kenapa aku tak boleh dapatkan dia?? Aku cintakan dia sangat2. Kau dengarlah jeritan batinku  hatiku iniiiiii... * aku menangis teresak-esak mengenangkan nasibku*



Persoalan : Rasa-rasanya tuhan makbulkan doa dia tak? Mahu pulak tuhan dengar doa seorang hambanya yang berdoa untuk mendapat tiket ke neraka. jawab jangan tak jawab!!



gambar hiasan









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Sunday, March 27, 2011

Baru Jumpa Dia Semalam. Hari Ni Dah Kahwin, Tak Ajak Aku! Cis Cis!

Saya ada seorang kawan baik sejak di bangku sekolah. Beza umur saya dan dia cuma dia setahun lebih tua. Masa zaman sekolah, memang rapat sangat sampai semua orang panggil kami berdua belangkas. Tapi sejak zaman sekolah dah berakhir, masing2 jarang berjumpa sebab sibuk dengan aktiviti sendiri. Tapi beberapa hari yang lepas, saya terserempak dengan dia. Wahh bukan main happy lagi kami bergelak ketawa, bahan membahan. Rasa macam zaman sekolah dulu yang nakal kembali semula dalam ingatan. 


Hendak dibuatkan cerita, tadi masa saya keluar nak berjalan-jalan, saya lalu  depan rumah dia. Rumah kami tak lah jauh sangat. cuma dipisahkan oleh lorong yang berbeza. Sedang ku berjalan-jalan, ada pulok majlis kenduri. saya bertanya pada orang yang ada kat majlis kenduri tuh.



" siapa yang kawen ni? senyap2 je tak hebahkan pun " tanya ku

" ya Allah kawan kau sendiri kawen kau tak tahu! ape punyer kawan la kau ni " 


Tersentap hati den tau! Weh kau kawen kau tak ajak aku. Kalau kau taknak aku jadi pengapit kau, sekurang-kurangnya bagi la aku makan nasik minyak kau! Cis Cis ! * jerit hati . Saya rasa dia sengaja tak mau bagitahu saya yang dia nak kahwin. Sedih nokss! Nanti aku kawen aku tak nak invite kau! Geram.. 


saya sengaja lah jalan lambat-lambat masa nak melintas hadapan rumah dia. Nak masuk takut malu sebab tak dijemput. Haha ( gelak sedih! ) So terpaksa la jalan lambat nak mampos sebab nak tengok dua mempelai. Ambooiii kawan aku tuh, wedding attire cukup lawa sekali dengan tudung pulok! Dulu bukan main seksi lagi member saya tuh. Hahahaha kelakar tengok dia . Tapi saya doakan mereka berbahagia :)Tapi aku tak lupa apa kau dah buat kat aku hari ni ! Cis Cis !



Best ke kahwin masa usia yang sangat-sangat muda? Saya pun nak kahwin jugak la! Siapa nak kat saye? Hahaha. Jk jk !


Kebaikan kahwin awal 

  1. Meramaikan manusia di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W bangga dengan umatnya yang banyak pada hari akhirat . 
  2. Elak mendekati zina. * pada masa sekarang terlampau serius kes buang anak! 
  3. Mengurangkan gejala sosial yang melampau
  4. Memberi ketenangan hidup yang maksima. * tak perlu risau bf nak kena curi sebab dah jadi hak mutlak!
  5. Ibadah yang berpahala. 


Keburukan kahwin awal. 

  1. Rumah tannga cepat runtuh sebab kurangnya ilmu dalam berumahtangga
  2. Rasa diri masih bujang * Kalau kau dah kahwin jgn harap nak dance dgn org lain dalam club!


Yunk2, yunk mesti janji sehidup semati dengan abang tau. Semoga kita bahagia hingga ke anak cucu 









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Saturday, March 26, 2011

Pernahkah Anda Berasa ?

Pernahkah anda berasa....

Anda gembira dengan kehidupan anda. Setiap hari anda berchatting dengan ramai kawan lelaki & perempuan. Anda gembira sangat dengan kehidupan anda yang dipenuhi dengan kawan2 yang sporting, pelawak. Gigi kuning anda tak lekang dek air liur sebab asyik tergelak je ( over pulok! hehe  ) Tetapi, suatu hari ada seorang lelaki /perempuan menegur anda. Tak kisah la sama ada anda di-approved atau meng-approved . Hati anda tiba-tiba rasa tertarik dengan cara penulisannya, cara gurauannya, cara dia menyampaikan sesuatu cerita, sikapnya yang tiada pada orang lain.



Anda sudah tak hiraukan kawan2 yang sebelum ni anda selalu berchatting bersama. Setiap kali si dia online, anda akan senyum melebar. kalau boleh setiap daripada hujung bibir akan sampai hingga ke hujung telinga. Naya tuh nokss! Anda akan reply message-nya dengan secepat yang mungkin. Kalau dia buat lawak even though seberat zarah ataupun memang tak lawak langsung pun , anda mampu tergelak! Tapi kalau member2 sebelum ni buat lawak macam tuh, hampeh anda nak gelak. * eeeee lawak sangat2 ( ayat perli ) .



Perasaan tertarik tu sampai terbawa-bawa ke dunia realiti. ( It is not supposed to be like that actually) .Dunia realiti dan alam maya perlu dipisahkan. Tetapi, setiap kali anda online, anda pasti menjenguk sama ada dia online ataupun tidak. sebelum ni anda online sambil buat dekk je. Tapi kali ni lain. Anda mula berasa tak sedap hati. Anda berharap perasaan tuh hilang tapi perasaan tuh makin kuat dan semakin kuat! Anda cuba gagahkan diri untuk melupakan tapi anda semakin mengingati!! Anda tak suka tapi pada masa yang sama anda suka! Bagaimanakah ini? Apa perlu aku buat? Apa masalah hati aku ni ?!!  * bisik hati












Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Thursday, March 24, 2011

Remaja Dirasuk Syaitan Black Metal !

PS : Saya membaca majalah dan tertarik dengan cerita yang bakal saya kongsi. Iqra' . bacalah. hehe




Saya merupakan seorang ustaz yang ingin menolong Shahrul menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ketika berada di dalam biliknya, saya terpandang poster sebuah kumpulan musik dari Barat yang dijadikan cover buku. Saya tahu kumpulan itu ialah kumpulan Black Metal. apa yang saya nampak itu ialah petunjuk dari Allah untuk menyelesaikan masalahnya itu. Bulan lepas, Shahrul berhenti kerja secara mendadak. Majikannya sangat terkejut dan puas memujuk shahrul menghentikan niatnya tetapi Shahrul berkeras. Alasannya mudah, fikirannya buntu dan tak dpt fokus bekerja. 



Menurut bapanya anaknya telah mengalami gangguan semenjak 3 tahun lepas. Keadaan menjadi parah apabila anaknya mendengar bisikan2 ngaib yang menyuruhnya melakukan jenayah termasuk membunuh! buntu juga fikiran kami untuk menyelesaikan kes Shahrul. 




" Awak suka dengar lagu2 kumpulan tu? " Saya bertanya. Shahrul mengangguk. Wajahnya kelihatan seperti orang tidak mempunyai perasaan. 



" Awak ada simpan lagi CD kumpulan tu? boleh tak keluarkan? Saya nak tengok. " pinta saya. 




Shahrul lantas mengeluarkan satu kotak yang besar dipenuhi dengan CD kumpulan Black Metal! Wahh banyak betul CD-CD kumpulan Black Metal yang disimpannya. Hampir 60 bekas CD yang ada. CD daripada kumpulan Sad Theory, Eterno, Betrayed, Letal Solaris, Profecia, Darkmoon, Argur, Incarnatius, XIV Dark Centuries, Tenebrosus, VLE Venterriket  dan lain-lain.


Saya masih teringat semasa saya menuntut di Kelas Thanawi Dua di Sekolah Menengah Agama ( Atas ) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, ustaz mengajar saya ketika itu menghuraikan perkataan " mizmar as syaitan " 



Menurut beliau, alat muzik yang digunakan syaitan ialah alatan yang bertali dan yang ditiup. Syaitan dan jin amat tertarik dengan bunyi petikan dan siulan. Mereka akan cepat2 datang ke arah bunyian tersebut. Sebab itu, tiupan serunai dan petikan gitar mampu mempengaruhi jiwa dan perasaan pendengarnya. 



Ketika rawatan dijalankan, Shahrul secara tiba2 tidak sedarkan diri dan badannya dikuasai oleh sesuatu ( syaitan atau jin ) . shahrul ketawa seolah-olah mengejek saya. Lalu saya cepat2 menumpukan rawatan di bahagian tubuhnya yang panas. Ketika itu dia bertempik! 


"Aduhh sakitnyaa!! " jerit makhluk yang menguasai tubuh Shahrul. 


" Dari mana engkau datang? " soal saya. 


"Teruntum " jawabnya . Saya tidak pasti sama ada Taman Teruntum atau Kompleks Teruntum . 


" Macam mana engkau masuk? " 


"Masuk ikut lagu! " ketika itu, saya dapat tahu yang Shahrul selalu sertai jamming dan dia ialah salah seorang gitaris yang popular. Musik yang dimainkan oleh mereka menyebabkan syaitan dan jin meresap masuk ke dalam tubuhnya. 


Hasil penelitian saya terhadap CD kepunyaan Shahrul, banyak perkara yang menakutkan. Pertama , cover CD mengandungi gambar2 mengerikan. Gambar orang makan orang ( kanibal ) , gambar salib, gambar iblis, gambar Jesus, gambar hantu, gambar lucah dan macam-macam lagi! Kedua , lirik2 lagu yang bertentangan dengan ajaran agama. contohnya lagu yang bertajuk Murder Fantasies


I want to kill you
Take away your life
In torture as you die
I want to kill you
Your death i wanna feel
Create your corpse in murder fantasies


Ini pulak lirik dari lagu bertajuk Pleasure To Kill. 


My only aims is to take many lives
the more the better I feel
My only pleasure is to hear many cries
from those tortured by my steel
The color of your blood from your open body
Is all I wanted to see
Tasting the blood from your lips as you die
Means satisfaction to me


Tidak hairanlah kalau Shahrul dirasuk bisikan iblis supaya melakukan pembunuhan kerana lagu itu sendiri menggalakkan pendengarnya membunuh! 



Moral cerita : Kalau kita nak minat sesuatu lagu boleh, tapi pastikan teliti dulu lirik lagu betul-betul . contoh macam saya pun dulu minat dekat Lady Gagah Lady Gaga, tapi banyak lagu2 Lady Gagah ni ada unsur2 memesongkan agama kita contoh macam lagu Alejandro dan Bad Romance. Lepas ni, berhati-hati memilih lagu kesukaan. :) 





Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Wednesday, March 23, 2011

Segala Keringat Saya Telah Terbalas Dengan Keputusan SPM !

Dupp Dappp Dupp Dapp! Hati tak tenang untuk menunggu tarikh 23/3/2011. Keputusan SPM akan dikeluarkan dan penentu haluan hidup saya sedang berada di atas sehelai slip . Ku bermonolog dalam hati " macam mana kalau result aku teruk? mesti mum aku sedih. lepas tuh tak dpt jugak iphone . hishh! kau jangan fikir iphone laa Cha! fikir perasaan mak kau lagi bagos! " okay-okay ubah niat dalam diri. 



Bangun pagi dengan dikejutkan oleh seorang sahabat lelaki. Memandangkan saya ni susah nak bangun pagi. Muehehehe! Sesampai di sekolah, bertemulah dengan classmates tercinta dan mereka asyik menyakat saya " Dah dapat iphone belum? " ( sebab saya pernah post di status FB nak iphone tp mak susah nak bagiiiii T_T )




Saat beratur untuk mendapatkan keputusan saya, hati saya lagi berdebar . " Ya Allah, tolonglah beri balasan setimpal dengan segala titik peluh & usaha aku selama ni. Amin " Tiba giliranku. cikgu menyelak segala slip untuk mencari nama ku! Haaaa jumpa pun slip keputusan awak! Aku tutup mata! dan perlahan-lahan aku membuka dan lihatttt slip keputusan SPM aku ............... 





BAHASA MELAYU : A CEMERLANG TINGGI
BAHASA INGGERIS : A CEMERLANG TINGGI
PENDIDIKAN ISLAM : A- CEMERLANG  * pulun habis takut dapat B agama
SEJARAH : B+  KEPUJIAN TERTINGGI  * lagi sikit je lagii nak A !! T_T
MATHEMATICS : A+ CEMERLANG TERTINGGI
ADDITIONAL MATHEMATICS : A CEMERLANG TINGGI
PRINSIP PERAKAUNAN : A CEMERLANG TINGGI 
PHYSICS : A CEMERLANG TINGGI
CHEMISTRY : A- CEMERLANG


Ya Allah. Aku bersyukur sangat...... Selepas tu, ahli sidang redaksi sekolah memanggil nama saya untuk menemu ramah . Masuk juga muka aku dalam majalah sekolah tahun depan. hihihih ^^ Soalan biasa yang selalu ditanya tak lain dan tak bukan ialah ...


"Bagaimana kakak belajar ? " 


"Dalam kelas sentiasa fokus terutama subjek macam physics,kimia dan addmath. Kalau tak faham terus tanya dalam kelas juga sampai faham. Baru kakak puas ! " 


" Strong subjek kakak dapat A. Ceritalahh sikitttt " 



" Actually kakak tak banyak pun baca buku nota. kakak ni kaki online sebenarnya. Haha.  Payah nak tengok buku bila di rumah. Keluar melepak apekan lagi. Tapi kakak selalu kumpul paper2 exam daripada form 4 sampai menggunung kat rumah, bila exam nak dekat, kakak tak banyak baca revision book, akak baca kertas2 exam lepas sekali dengan jawapan yang dah dibincang dengan cikgu. Confirm  ada soalan sebijik yang keluar ! Lagi satu, kita pun kena enjoy juga tak boleh tengok buku je, so nak keluar melepak tu tak salah kalau pandai bahagi masa. "



Banyak lagii mereka tanya tapi saya jawab yang ni jela, biar dapat dikongsi oleh adik-adik saya yang nak menduduki SPM untuk tahun 2011 dan seterusnya. Hehe. Saya dan rakan cemerlang lain juga sempat mengambil gambar dengan pengetua dan cikgu-cikgu lain. Ramai cikgu kata. " sayangnyaaaaaa... Sejarah je kantoiiii " . Saya lagi lahhh rasa sayang,, cikguuu.  hurmmm. tak dapat semua A , 8A 1B pun jadilah.. Kiranya ada peningkatan lah jugak kan. Trial SPM saya dapat 7A 2B .  


Papehal, saya bersyukur dapat banggakan parents saya! :)) 









Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Tuesday, March 22, 2011

Baru Padan Muka Lelaki !

PS : Watak perempuan dalam cerita ni bukan saya tau! tak kan la saya nak pecahkan tembelang saya sendiri kot.  ^^







"Sekarang saya dah menyampah dengan lelaki!" beritahu Suraya


Akibat tidak percayakan lelaki, Suraya kini menjadikan kaum Adam sebagai sasaran kemarahannya. Apa yang dilakukan suraya kepada lelaki yang sengaja mempermainkan cintanya? 


Begini ceritanya, ketika Suraya berusia 18 tahun, Suraya bercinta dengan seorang lelaki yang 7 tahun lebih tua daripadanya. Mula-mula bercinta semuanya bagaikan syurga, Suraya amat mencintai lelaki tersebut yang bernama Dony. Dony pula mengaku masih bujang trang tang tang! Bagi Suraya itulah cinta pertamanya. Masuk bulan ketiga bercinta, suraya sudah nampak perubahan pada Dony. Bermacam-macam alasan yang diberikan oleh dony untuk menjauhkan dirinya daripada Suraya. Suraya sudah mula syak sesuatu. apabila disiasat, barulah suraya tahu bahawa Dony sudah berkahwin. 


"Tak guna betol!! Dia tipu aku! Dia main-mainkan perasan aku. Perempuan ini satu sahaja, sekali kena tipu selama-lamanya tak kan percaya sampai bila-bila! " marah suraya.



Dony akhirnya mengaku yang dirinya sudah berkahwin. Dony memberitahu dia tidak sanggup melukakan hati Suraya bila dia mendapat tahu dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak. 



" Bila jadi macam tu, saya terus buat-buat merajuk. Dony pun terus pujuk saya. Dony minta maaf. Saya kata kalau nak saya memaafkannya dia harus membelikan saya barang-barang yang saya suka. Dony ikut cakap saya, Dony membelikan saya perfume, baju . Saya terus meninggalkan Dony lepas tuh. Hahahaha" gelak Suraya.




Selepas Dony, Suraya bercinta dengan DrRozmey Romzy. Suraya memberitahu yang Romzy hensem , mukanya baik bak pijak semut pun tak mati. Masuk bulan kelima, suraya mula berasa rimas, tangan Romzy selalu merayap seperti ulat daun. Romzy jenis jantan yang suka ambil kesempatan. Romzy suka &*^% sanaaaaa, ^&%$* siniiii. Pendek kata Romzy mahu menjadikan suraya sebagai mangsanya.



" Kalau you nak pegang you kena ikut syarat-syarat I. I minta barang-barang kesukaan saya, beg tangan, baju, kasut, rantai. Semuanya yang berjenama!! Ini barulah adil " cerita Suraya kepada Romzy.  Apabila sudah dapat semua barang2 berjenama, Suraya terus meninggalkan Romzy. Tapi bagi Suraya, apa salahnya sebelum lelaki ambil kesempatan kepada kita, biar kita ambil kesempatan dulu.



Kekasih ketiga Suraya bernama Aznan. Aznan beritahu dia sudah lama dikecewakan kerana ditinggalkan kekasih. Sekarang Aznan mengaku cintanya hanya pada Suraya seorang sahaja.  Sebagai tanda kasih sayang, Suraya sanggup membawa Aznan berjumpa dengan ibu bapanya. 



"Tapi pada suatu hari, kami keluar dating . Ada orang call Aznan. Saya tanya siapa? Aznan jawab kawan nak ajak dia keluar lepak. Saya pun percayalah. Hendak dijadikan cerita, Aznan tertinggal hp dan saya terus membuka inbox. Semua meseg seperti biasa. Tapi bila saya tengok received calls , tertera nama sayang. ternyata bukan nama saya. Saya pun angin lah!!! Cis jantan tak guna. aku kena tipu hidop2!! "



Biarpun Suraya tahu Aznan curang, suraya sengaja mendiamkan diri sementara waktu. Suraya tekad mengenakan Aznan. 



" Suraya menjadikan Aznan tempat nak tambah top up, jadi drebar saya, suruh belanja makan minum dan minta duit untuk jalan-jalan. Pada masa yang sama saya jalinkan hubungan dengan lelaki lain. Sekali saya kena tipu, seribu kali saya balas!! " jelas Suraya dengan nada tinggi.. 



Kali ini episod cintanya dnegan seorang lelaki yang berusia 26 tahun. Ketika itu Suraya bekerja di supermarket. Gaji suraya hanya RM800 sebulan. apabila dapat gaji, kekasihnya meminta RM300 kononnya sebagai tabung simpanan. Kata boyfienya lagi duit itu unutk masa depan mereka berdua. 


Kad ATM suraya juga dipegang dengan alasan perempuan suka berjoli. Nanti duit yang disimpan akan habis. Waktu itu Suraya percaya bulat2.



"Tapi 4 bulan lepas tu, saya ambil kad ATM saya dan tengok baki hanya tinggal RM10 rengget!!! Bila saya tanya boyfie saya cakap dia tak tahu, rupanya saya check dia memberikan duit tu kat girlfriendnya di Sarawak. Menyirap darah saya! " jelas suraya. 


Suraya memasang strategi mengenakan boyfriendnya. dia meminta bantuan rakan baiknya. Suraya berlakon menangis ayahnya sedang sakit tenat dan amat memerlukan duit. Teman lelakinya percaya bulat2 dan terus menjual handphone, meminjam duit dari kawan2 dan bos.



"Bila dah dapat duit tu, saya terus tinggalkan si mamat tuh! Saya dapat lebih banyak dari jumlah duit mamat tuh tipu saya. Hahahaha" ketawa Suraya. 










Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Monday, March 21, 2011

Sanggup Makan Hati Sendiri Sebab Ego!

Pernahkah anda bercakap " Ala, gua takde bf/gf pon gua tak kesah. Gua hepy dengan idup gua skrg ni " . Biasanya kalau anda  orang yang macam , anda hanya fikir satu je. That is enjoy. Dalam otak anda, anda cuma fikir anda boleh hidup tanpa pasangan dan anda  gembira menjadi single!



Anda berfikir best gila jadi single sebab :-

1 ) Tiada siapa yang kongkong
2 ) Tak perlu jaga hati pasangan
3 ) Anda boleh berkawan dgn org tapi act like a couple ( consider still single la kan )
4 ) Duit tak perlu habis nak belanja topup dan sebagainya.




Tetapi, saya pasti apabila anda berada di dalam keadaan sunyi/berseorangan, contohnya member tak boleh nak hangout sbb ada hal , anda akan mula terfikir diri anda ni pun memerlukan seseorang di sisi,, untuk rasa disayangi,, nak melepaskan bosan dengan ber-texting.  Tapi apabila hangout dengan member, anda akan lupa segala kekosongan dalam hati dan bercakap dengan lagak poyo seperti di atas tadi.



Buat apa nak makan hati sendiri? Kalau hati tuh dah sunyi, jangan nak tegakkan benang yang basah. just admit it okay. Tak perlu nak kata yang diri tuh tak perlukan sesiapa padahal.... dalam hati siapa tahu ye dak? As a conclusion, fikirlah yang terbaik buat diri anda. ^^





Pada suatu malam, hati Cha rasa kosong, rasa sedih, rasa nak marah, rasa nak mengamuk. I post something yang stupid di facebook . " nak gelak, nak senyum, nak malu sampai pipi merah " . I dont know why did I post tht stupid thing but that was wht my heart said. Malam tu juga, ada seorang member Cha offer, "apa yang I boleh buat untuk you senyum? " . Cha has no idea tht time. Few seconds later, he offers to sing Your Guardian Angel song for me . And I was.. really?? cepatlahh nyanyii cepatlah nyanyii.. ( aww gediks much okay!! )








He's playing the guitar, sing that song, at the same time he's on the phone with me. And the whole midnight I asyik tersenyum sampaikan I nak tidur pun boleh senyum lagi. Rasanya pipi I dah merah gila masa tuh. And yes he did ! Dia berjaya buat I senyum, gelak & malu sampai pipi merah. Ouchh. You're great friend, man! Teheeee! =D






Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Saturday, March 19, 2011

Hotel Budget !

PS : Untuk bacaan 18 SX . Bawah umur 18 tahun sila tutup page ini  SEKARANG







Susuk tubuh Su ( bukan nama sebenar ) cantik. Kulitnya putih gebu. Badannya berisi sedikit. Matanya bulat. Orangnya tiadalah tinggi sangat. Su seorang gadis yang seksi. Semua lelaki yang melihatnya pasti terbeliak mata. Kalah mata Mr Bean! 


Su sedang berbual dengan sekumpulan lelaki yang sedang mengkaji tentang isu hangat hotel budget pada masa sekarang . 


"You nak tahu tentang hotel budget? Haha. Macam suami isteri pulak. Terus terang I cakap, I dah tak ada dara! Alah, standardlah sekarang ni bro. Bro janganlah kolot sangat. Cuba tanya perempuan mana yang tak suka check in. Dia orang tu saja-saja nak test first time. Lelaki ni, kalau perempuan dah bagi free, mesti tak lepas peluang punya. " 


" Habis member2 Su macam mana? Diorang pun dah barai? Bila Su first time? "


" Member2 I semuanya dah takde dara. Mereka sendiri yang nak test first time, second time, third time. Lagipun kalau dua2 tak setuju benda ni tak akan berlaku punya. I dulu first time dengan boyfriend I . I bukan nak sangat benda tuh tapi dia yang lebih2.  I pun tengah tunggu peluang juga. Maklumlah banyak terpengaruh dengan cerita lucah. Apalagi kami pun check in hotel budget lah ! " 


" Su tak menyesal? " 


" Ala bro, perempuan sekarang ni dah tak kolot lah. Buat apa hilang dara nak menyesal? Ala kita hidup sekali. Benda seronok buat apa nak menyesal. "




Sekumpulan lelaki yang menemu ramah Su tersentap 



" I dah cakap banyak kali, I dah mula ada feeling dekat dia tapi boyfriend I tinggalkan I. Mungkin dia dah dapat perempuan lain yang lebih bagus. I tak kisah pun takde jodoh dengan dia, I boleh carik lain. I pakai seksi sikit, muka licin sikit pasti lelaki taknak lepas. Seminggu lepas clash I dah dapat boyfriend baru" 



" Wahh rupanya su ni seorang yang tak kisah tentang dara" 



" Seminggu lepas tu, I dah dapat boyfriend baru. Namanya Am ( bukan nama sebenar ) . Baru tiga hari berkenalan dia dah ajak I check in hotel budget. I okay je sebab Am memang dah tahu I tak de dara lagi dah. I yang bagitahu dia masa mula-mula kami berkenalan. Tapi hubungan kami tak tahan lama. Am terlalu mengongkong I. Lagipun dunia sekarang ni biasalah. Bila bercinta sahaja, dapat 'lesen' besarlah lelaki tuh. Pasangan couple yang hangat bercinta, mesti check in hotel budget! Kalau 10 kali tukar boyfriend, maka 10 kalilah check in hotel budget. " 



"Sekarang ni macam mana? Su dah taubat ke? "



" Ish, apa bro cakap ni? Nak taubat apa bro? Benda-benda macam ni biasalah bro. I sekarang ni tengah bercinta dengan seorang lelaki yang dulunya baik dan malu. Namanya Is ( bukan nama sebenar ) . Akibat tak tahan dengan perangai I yang mengada, Is tak tunggu lama untuk check in dengan I. I saja buat macam tuh sebab kalau bercinta tanpa check in, ibarat macam tin kosonglah. Tak kan sekadar pegang tangan, karok, main bowling je. I tak tipulah, rata-rata member I semuanya dah tak de dara. Perkara ni buakan perkara yang aneh dan pelik buat kami. Kami anggap perkara ni perkara biasa bagi pasangan yang tengah 'hot' bercinta. "



" Wah kira hebat lah Su ni, Habis selama ni check in tak pernah 'melekat' ? " 



" Adalah beberapa kali 'melekat' tapi I dengan boyfriend I gugurkanlah. Banyak klinik boleh gugurkan anak. biarlah mahal sikit asalkan tak kena jaga anak sampai besar. I takde pun rasa bersalah. Kalau salah kenapa klinik gugurkan anak boleh lulus? Boleh beroperasi dengan senang? " 



"Habis sekarang ni Su masih check in dengan boyfriend Su ? " 



"Yeahh. masih! Sekarang ni biarpun I masih belajar, tiap-tiap minggu I check in dengan Is. Kalau tak dengan Is, I skandal dengan orang lain di hotel budget. you tau tak, I ada skandal dnegan suami orang. Dapat jugak I check in seminggu sekali kecuali masa I period .



"Wah dasyat jugak Su ni. su ni nampak je baik. merokok pun tidak. tapi.... " 



"Bro, I tak suka hidup macam ni. siapa suka bro? I tak kisah pun kalau I tak berkahwin. Alah sebelum kahwin apa salahnya saya buat macam ni. Lagipun I buat buat jenayah.. Eh perkara biasalah. Rasanya takde apa yang perlu saya malukan. " 




" Mak ayah Su tahu ke Su check in hotel budget ? " 



"Mak ayah I dekat kampung. Mereka okay je. Lagipun I pelajar U. Ibu ayah mana tak suka  anak dia belajar U? Kenapa perkara ni saya nak beritahu mereka? Ini hak peribadi saya. I tak rasa perkara ni serius pun. I rasa perkara ni sebahagian daripada kehidupan. Kenapa perlu di-highlight-kan? Lagi satu, I nak beritahu perempuan yang bertudung bukannya baik sangat. kononnya alim, pemalu, pandai jaga maruah. Saya akui ada yang baik dan pemalu tapi bukan semua. Segelintir saja. Bila hujung minggu, boyfriend datang ambil. Lepas tu check in hotel budget. Apa bezanya? Nama saja bertudung, sembahyang tak tinggal. tapi..... Senang cakap la bro, kalau dah bercinta tak sah kalau tak check in hotel budget. Dah jadi perkara biasa kat KL ni, budak-budak sekolah menengah pun ramai check in. Ramai yang takde dara!





SUMBER : Mustika Ratu Mastika







Anda boleh LIKE jikalau suka atau COMMENT untuk entry ini

Friday, March 18, 2011

Aku Bukan Bitch Lagi !

PS : Dikarang berdasarkan pemerhatian & ditambah sikit-sikit :)




gambar hiasan 
sumber: google

Aku baru berumur 13 tahun. Tetapi aku dah tahu bermacam-macam benda. Aku tahu semua jenis arak dengan maksudnya sekali ang tau dak? Hebat tak aku? Applejack , Beer, Champagne, Tequila, Vodka, Whiskey, Wine. Semuanya aku pernah merasa walaupun sekali. Dadah apakan lagi. Aku dah tegar dengan semua tu. Aku rasa best dengan semua tu. Kalau takde semua benda ala tuh aku tak boleh hidup doh! Serious wa cakap. 


Boyfriend? Alah kalau takde boyfriend pun aku boleh hidup dengan member-member yang ada. Member lagi syokk siot daripada boyfriend. Tapi sekali sekala bagus jugak ada boyfriend ni. Well. korang macam tak tahu pulak! ehemm. aku start kenal lelaki lepas aku darjah 6. Mula-mula malu, tapi lama-kelamaan aku belajar macam-macam daripada diorang. Belajar buat seks, belajar lari rumah, belajar menipu mak bapak, belajar serong sekolah, belajar kurang ajar dengan sesiapa je yang tak puas hati dengan aku. Kalau mak bapak aku tak tahan dengan perangai aku, diorang halau aku dari rumah. rumah siapa lagi aku nak tumpang. Of course la rumah boyfriend aku doh! Apalah.




Pasal sekolah? Malas gila doh nak cerita pasal sekolah. Otak aku dah muak tengok buku, tengok ilmu. Apa barang semua tuh? Hahaha. aku tengok abang & kakak lepasan U pun menganggur jugak. haha. Mak bapak hantar aku g sekolah, aku serong tempat lain. Sampaikan aku kena buang daripada sekolah. Lagi happy hati aku! Malam-malam aku tak balik rumah, aku melepak kat Bukit Bintang tengok bintang-bintang yang berkerdipan tengah-tengah malam. Syokk siot. At the same time, aku dapat la income sikit-sikit. Dapat jugak shopping. Nak harapkan mak bapak aku? Huhhhh! Berjanggut baru dapat duit daripada diorang. Benci aku. 




Beberapa tahun jugak la aku hidup macam ni. Mula-mula happy laa doh tengok kawan lain perah otak nak exam aku senang-senang melepak sedut shisha, batu semua. Diorang PMR, SPM. aku? habuk pun takdakkk! Suatu hari terdetik dalam hati aku. Kawan-kawan yang lain happy je dengan hidup diorang. Aku mula menyesal. aku bodoh. Bila orang putih tanya aku minta petunjuk jalan kat KL, aku cuma boleh ternganga. Member aku semuanya pandai-pandai. Mereka dah bekerja dah pun. Gaji tak nak lagi mahal pulak kan! Beli baju yang brand. tak nak kalah! Dapat boyfriend yang memang stok idaman aku r. Aku pun ada boyfriend jugak! Tapi setakat muka je handsome, tapi hati, perangai, semuanya teruk. Lebih teruk lagi, kami ada masalah kewangan. Keluarga aku dah buang aku jauh-jauh.



Badan aku tak cantik macam dulu. aku bukan super gorgeous macam dulu. Muka aku lesu,cengkung,badan hitam lebam-lebam. aku betul-betul menyesal! Ya Tuhan, apa aku dah lakukan selama ni? Aku sia-siakan hidup aku! Kini, aku terpaksa kerja berat 24/7 . Aku terpaksa bekerja untuk tanggung makan , tempat tinggal di KL. Boyfriend aku kini dah jadi suami aku. Dia rupa-rupanya seorang kaki perempuan! Habis semua duit aku dikebasnya! Bangang punya jantan tak guna!! Aku sedih. aku nak kan kehidupan macam kawan-kawan aku yang lain. Mempunyai suami dan kehidupan yang sempurna. Ya Tuhan. bolehkah aku dapat semua itu?








Thursday, March 17, 2011

Dia Bukan Milik Aku

sumber : google jelah



Setiap manusia ada hati. Kalau ada hati mestilah ada perasaan. Perasaan suka, sayang, benci. Tapi dalam hidup ini harap-haraplah tuhan menjauhkan diri kita  daripada menyukai seseorang yang bukan milik kita. Perasaan itu amat perit. Macam hati ni disentap, rasa jantung berdegup laju tanpa henti, darah mengalir laju sampai ke otak, mulut terkunci tak tahu nak kata apa. Sedih ke kita? merah ke kita? apabila kita mendapat tahu orang yang kita suka rupa-rupanya menyukai orang lain. Dalam hati alangkah bertuahnya orang tuh ada orang sayang!


Nak sedih pun tak boleh. Sebab? Kita hanya berkawan rapat dengan dia. maksudnya berkawan rapat yang dalam proses hendak saling mengenali lebih daripada seorang kawan. Kita harapkan hujan di waktu petang, rupanya pagi-pagi buta hujan lebat disekalikan dengan ribut petir. Kalau dia suka pada orang lain, kenapa dia bina harapan yang menggunung macam Gunung Everest pada kita? semasa berbual bukan main lagi dengan tindakan mengambil berat, puji-memuji sampai kembang bontot tapi akhirnya " DIA MINAT KAT ORANG LAIN"



Kita nak marah lagilah tak boleh, Kita siapa untuk memarahi dia dan memaksa dia untuk suka pada kita. Siapa kita? Belum lagi declare apa-apa dah tunjuk belang. Lagi membuat dia membenci kita lagi adalah. kan lagi naya. Elok-elok dia anggap kita kawan, terus berubah jadi menyampah. Dikatanya kita dah dapat betis nakkan pulak si paha. Dalam hati memanglah nak marah sebabnya dia dah bagi kita harapan tapi hancurkan begitu saja. Tapi kalau ikut logik dan pemerhatian orang ketiga. Orang ketiga akan mengatakan kita TIDAK LAYAK untuk bersuara menyatakan yang kita tengah marah. sebabnya kita cuma berkawan. perkataan "kawan" itu yang membuatkan kita terpaksa akur dengan keadaan. 



So, apa yang perlu kita buat ialah meneruskan perhubungan kita dengan si dia sebagai seorang kawan tapi dalam hati berdoa dia jatuh hati pada kita. Haha . Jangan menunjukkan sebarang reaksi sama ada kita marah ke, kita sedih ke sebab dia dah buat kita macam ni. Kita buat dekkk je. Bak kata Maria Elena kita  chill je r ! But at the same time kita ubah diri kita menjadi yang lebih baik. Menjadi lebih vouge daripada biasa, lebih panas daripada biasa, lebih cantik/handsome daripada biasa dan semuanya lebih daripada biasa! Kemungkinan besar suatu hari nanti hati dia akan tertarik pada kita . Kemungkinan besar juga akan datang insan baru yang lebih bagus daripada dia. Kita pun apelagi masa tuh, happy gila-gila!



Percayalah kita memilih dalam mencari teman yang istimewa sebab kita pentingkan diri sendiri.! Bohong kalau cakap aku tak memilih dalam bercouple.  Lemme give you several examples.


1 ) Kita nak kan yang handsome/lawa - supaya sedap mata memandang , supaya dapat menunjuk depan kawan, supaya mempunyai waris-waris yang good looking!!


2 ) Kita nak kan yang berpengetahuan luas - supaya masa depan kita terjamin


3) Kita nak kan yang beragama - supaya rumahtangga kita aman, supaya dia dapat menjadi pasangan kita hingga ke akhirat.


4 ) Kita nak kan yang berduit - supaya bukan duit kita sahaja yang habis, supaya kita tak kan ada masalah kewangan.




p:s Keputusan SPM pada 23/3/2011. I just nak dapat keputusan yang lebih baik daripada Trial SPM lepas. Mungkin A's ke. Please Ya Allah . amin.








Monday, March 14, 2011

Rindu & Seks

Perkataan yang cukup sukar untuk ditafsirkan. Terutama bagi pasangan yang tengah hangat bercinta, perkataan rindu tu dah sinonim. Apa maksud rindu yang sebenarnya? Rindu nak peluk, rindu nak cium. Kalau itulah yang anda fikirkan, anda bukan rindu tapi anda sebenarnya melayan nafsu anda. Sebab itulah ramai pasangan sekarang banyak melakukan hubungan kelamin atau dengan bahasa lebih kasar tidur seranjang = seks



Kadang-kadang saya terfikir adakah kita couple untuk mendapatkan tiket boleh mengadakan hubungan seks? Kebanyakan ( thts mean bukan semua ) pasangan sekarang wajib melakukan seks Kenapa? Sebab nak test power dulu. Bagi je penyepak sekali. Ek elehh kita muda lagi nak enjoy dulu. sekarang stok pakai buang je, tunggu la kawin nanti baru gua serious. Hotak ang la badigol ! 



Saya tertarik dengan tafsiran yang dibuat oleh  Ikhwan Jaafar yang berbunyi : 



missing someone isn't about how long it has been since you've seen them or the amount of time since you've talked. it's about that very moment when you're doing something and wishing they were right there with you :)


moment when you're doing something = adakah bermaksud melakukan sesuatu yang diHARAMkan oleh agama. Siapa peduli? kau punya dosa kau tanggung, aku punyer dosa aku tanggung la. kubur masing-masing. ye dak?



Terima kasih membaca :) 


 






Sunday, March 13, 2011

Ragam MukaBuku

Assalamualaikum & Happy Sundae Sunday :)



Hari yang happy bagi semua orang tetapi bukan bagi saya. Sebabnya saya tak tahu harus ke mana pada setiap hujung minggu. Kadang-kadang duduk KL bosan jugak. ampa semua ingat best ke duduk KL? cek lagi suka duduk nuh jauh di kampung tapi bersyarat. perkhidmatan INTERNET kena ada. Hehe =D


Okay here we go... 


Kadang kala bila kita lihat homepage facebook kita, ada bermacam-macam status boleh kita baca.

1 ) Ermmmmmmmmm ( mungkin di keyboard dia hanya ada 3 huruf shj  "E" "R" "M" ) 
2 ) I misschuu si polan si polan
3 ) Yela, aku memang bangang, bodoh tak henchemm. Blah kau dr hidup aku! bla bla bla... ( amboii feeling gila )
4 ) Hey I'M SINGLE now !  ( common status )
5 ) sila isi kalau tiada seperti di atas . Muahahaha =P



Baca semua status ni, boleh jadi gila weh! Baca status sendiri lagi lah gila ! Boleh tersengih sendiri sampai gigi depan tersembol keluar. My mum said : Gelak sorang-sorang lagi, macam orang gila. Okay mum, anak you ni memang gila kan kan . fineeeeeeeeeeee T_T 


But I wanna remind you that think before post your status. Kadang-kadang kita tak perasan yang status kita ada tertulis perkara yang memalukan diri sendiri. orang ramai dah boleh tepuk tangan untuk kita. Kalau saya check balik status-status saya pada 2 tahun lepas, confirm punyer banyak status yang melalut tak tentu pasal.  Blog I pun same! Maluu sehhhhh ! >,<" 






Terima Kasih Membaca :)  






Saturday, March 12, 2011

I Think Im Too Fat to Eat Fatty Foods!

Assalamualaikum & Selamat Tengah  Malam :)


Okay guys, first question frm me to all of you. Am I too fat ? am i? am i ?! Okay i already got the answer. yess Im fat ! T_T" . Jadi Cha, why you suppose to eat all the foods yang berlemak? Because because im lovin it you know. I cant stop myself. :(  Me with Ain went to Syazana Pau Shop. We had our dinner and there are several menus we order.








 So cute isnt it? juling ling ling ling <3


pity you my dear. I'd ate half of youu 

Sepatutnya saya tak boleh makan heavy meal tatkala bulan mengambang, yela since we'd break off, tiada siapa care pasal apa saya perlu makan, masa jogging saya. p.s masa kami bersama saya kurus sikit tau. muahahaha! na na na, melalut sudahh. who cares? cha, let it be your last time to eat these heavy meals! is it okay for youuuu?  Okayyyyyyy T_T .


Saya tak dapat tidur sampai sekarang pun sebab perut saya masih rasa penuh lagi. tak boleh nak tengok makanan, nanti dalam my tummy ni nak terkeluar balik. Haishh. Kenyang giler weh! 



Moral of the story is we should eat to live not live to eat :D


terima kasih membaca :)




Friday, March 11, 2011

Perlukah Nak Guna Bahasa Comel ?

Assalamualaikum & Selamat Hari Jumaat :)



Tiba-tiba hati saya tergerak nak membentangkan isu yang sudah menjadi-jadi dalam kalangan remaja kita sekarang ni. Eceehhh! :P Perlu ke kita menaip menggunakan bahasa comel?  


Apa Itu Bahasa Comel wahai Cik Cha ? 


Jawapan : Bahasa yang telah ditokok tambah oleh segenlintir manusia yang tertentu dengan tujuan untuk menjadikan bahasa itu lebih "comel" !


Comel?? Itu kata depa laaa. bukan cek yang kataa yaaa mokcik pokcik sekalionn ! :) 



 Cik Cha, Sila Berikan Beberapa Contoh Bahasa Comel? 


1 ) Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku sayang kat dia! - CmPy AtY diErr wAt Akuh cMnieyH. AkuH SayuNk aT dieRrr !


2 ) Weh kau nak kecoh apesal? suka hati mak bapak aku lah! - weyhH kO nAk keYcowH aPecAlLL ? SuKe aTiE mAk bApaQ akUH Layh! 



3 ) Baby, I love you. xoxoxo! - baBY, I LurvEeee Youuuuu, Muacchhhxxxxxx! 



Nak contoh lagi? Dah tak sanggup nak baca bukan? Hahahaha. Apalah salahnya kita menggunakan bahasa yang tak begitu serabut. Orang yang baca "bahasa comel" ini pun geli geliman nak baca tau dak.



Anonymous : WeyHh, keyCowH arR kOw nieH !! AkuH x ganGgu iDOwp kOw , sO X pyaH naK ganGgu idOwP aKuH! 


Cha : Well, memang la kau tak ganggu hidup aku, tapi kau ganggu Bahasa Melayu aku. Salah ke aku nak tulis entry ni? anyway, buat payah nak taip,nak baca dan buat orang faham dengan "bahasa comel " ni.  Kan elok kalau tulis biasa-biasa je.



Fyi , cha minat dengan semua video IniAnwarHadi . It was A>W>S>O>M>E !! Kepada sesiapa yang belum tengok lagi vid dia, jangan shy shy cat click play button okay :)) 





P.S Cyer tRinGiN naK MamAm CandWIsH ( sandwich) ckRanG !!


Thursday, March 10, 2011

Saya Suka Cubit Pipi Budak Sampai Lebam! Grrrr

Assalamualaikum :)


Walaupun saya tak pernah ada adik & memang tak akan dapat adik pun ( mak kata dia dah bersara :P ) , tapi duit saya selalu habis macam adik-adik saya ada 10 orang :'(  Kenapa? sebabnya..... 



Situasi 1 : 


Bergegas nak pergi kedai nii.. Tiba-tiba mum panggil ... " bawak budak ni sekaliii " . Erghhh T_T Okayyy fineeeeeee. So saya bawaklah anak jiran sementara tunggu mak ayah dia balik daripada kerja. Sesampainya di kedai .. 


Budak Kechik : Kakak..kakak...nak aiskrim... 
Cha : Adik batuklah..tak boleh makan aiskrim. nanti batuk mak babap baru tau! Nak kena babap ke?
Budak Kechik : ( terdiam )



Selepas beli barang, dah nak keluar kedai dah ni.. Aishhhh!! Mana budak tadi tuh? Allah!... still terjongket-jongket tengok aiskrim dalam peti ais tuh! Terliurr dia nenoknya. Okay sengaja kau kan budak kechik! buat babak sedih pulak. Yela-yela kakak beli.... ( nangis+geram dalam hati )



Situasi 2 : 


Semasa menyambut raya. Bestnya dapat kumpul duit raya daripada pak cik dan mak cik yang datang rumah. Kita tak kerja lagi, mestilah boleh dapat duit raya kan kan? HAHA. Dasar Muka Tembok!! Tapiiii......



Budak-budak Kechik : Assalamualaikummm.. kami nak berayaa bolehhh??



MELAYANG DUIT AKU!! :'(



Nak kembali zaman kanak-kanak balik boleh tak? HAHA. Rasa best je time tuh semua orang puji kita comel laa, tembam la gebu laaa dan macam-macam nama! Macam budak bawah nii.. grrrrrrrrr!! Geram hakuh!!! 





P.S Baca dengan nada manja okay ? ^_<  
Hii adikk..
nama adik COMOT ni siapa har?
kakak nak kenal boleh?
jom kita g jalan-jalan
kakak janji kakak belanja ais krim banyakk banyakk banyakkk ( upin ipin )
deal? ^_^




Jom join HB ! :)


Wednesday, March 09, 2011

All of My Viewers are Totally Awesome !

Assalamualaikum :)


Saya sekarang berasa excited gegiler sekarang. Rasa macam nak menjerit je! Haha. Saya saja menyelongkar stats pada blog saya memandang sebelum ni saya tak pernah ambil serious pun dalam hal tu, masa saya menyelongkar tadi saya terkejut tengok yang pembaca blog saya bukan hanya daripada Malaysia. Ada daripada Rusia ( ehem ehem! ) , Canada , US , France , Arab Saudi . Im so happy rite now! Hehe.

Mungkin akan ada orang yang berkata............


Anonymous : ek elehh, benda ni pon nak kecoh! Relaks la der ! 
Cha : Well , der? suka hati gua la nak kecoh. Gua tengah excited gegiler ni lu jangan nak bikin hal ! aku ade. Kau ade?




Saya berharap suatu hari nanti blog saya akan jadi tumpuan ramai seperti blog Hanis Zalikha !



p/s Hey Mr Russia ! Lublue :P



Nak dapatkan duit sampingan? Jom join Heartbeat.

Mari Mar ( Philippines Telenovela ) at TV3 !

Hey guys! Sebenarnya saya tengah ketandusan idea untuk menulis blog tapi disebabkan saya sangat bosan tahap cipanzi so saya menebalkan muka untuk menulis blog jugak! Biarpun topik hari ini tak adalah sehebat mana. Cuma cikai-cikai. *sadis*


Well, semua orang tahu aku bukan budak sekolah lagi ( nada yang angkuh ) , So banyak la masa-masa terluang saya gunakan untuk berblogging, menonton tv, dan sebagainya. Tapi saya nak share satu cerita yang sedang ditayangkan di TV3 pada masa sekarang iaitu cerita Mari Mar ! Sebenarnya tertengok je cerita ni selepas habis cerita Sejuta Cinta Marshanda. Cerita Marimar ini sangatlah best! Suka gila heroin dan hero dalam cerita itu. Sememangnya heroinnya tersangatlah HOT tapi kadang-kadang muka nampak macam TUA . Whatttt?? Tuaa???? Mari kita tengok bersama-sama.








HOT kan Marian Rivera.  Tapi macam saya cakap tadi kadang-kadang muka dia ada nampak tua sikit. Kejap eh.... Tengok ni pulak.




Apa pendapat korang? Pada pendapat saya nampak tua lah! Mungkin sebab solekannya atau gaya rambutnya menampakkan yang dia ini tua. Errmmmmm *thinking* ( boleh terima juga sebab tu ) .

Tapi sumpah Marian Divera memang HOT . Dah berapa kali aku ulang ayat HOT ni ! menunjukkan dia memang HOT la!! Berkahwin dengan pelakon lelaki yang kacak iaitu Ding Dong Dantes. Dingggggggg!! Dooonggggggg!! Jam sudah berbunyi! Hahaaha. ( sorry ) .




Payah betul nak cari gambar Ding Dong Jam Ding Dong Dantes ni yang tak berapa nak seksi sangat. Majoriti gambar dia hanya bersependeeerrrr! Sebabnya badan dia yang sexy tuh, berpackage nak jadi model seluar dalam!! Gosh!!!






Sweettnyaa merekaaaa! Diorang memang serasi digandingkan bersama! Seperti dalam telenovela dyesebel :)



p.s Cerita Mari Mar ditayangkan pada setiap hari Isnin - Khamis pada pukul 3 petang :)