Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Tuesday, February 22, 2011

Ya Tuhan

Kisahnya bermula begini
Sedang saya berjalan2 tengok profile friend kat facebook saya
Saya terjumpa satu profile perempuan ni
Mula - mula saya menyampah dengan dia
Yela sebab status dia kadang - kadang gedik
Saya tengok pulak blog dia
Amboii lagi laa naik menyampah
Saya tengok facebook mak dia
Wah !
Sporting gila mak
Mak dia memahami, menasihati anak perempuan dia yang sorang ni
Setiap kawan tak kisah la lelaki atau perempuan mesti mak dia tahu
Tak kisah kawan lelaki tuh bisexual or gay.
Anak perempuan dia menceritakan setiap satu kisah dia kat mak dia. SETIAP SATU . 
Mak dia tak marah pun dekat anak perempuan dia
Anak perempuan dia manja, selalu cerita pasal lelaki yang dia minat
Mak dia tumpang gembira tengok anak dia gembira,berangan. 
Mak dia siap add lagi facebook mak lelaki yang anak perempuan dia minat
Punya lah sayang anak
Sanggup add tanya khabar future besan tapi besan tak jadi
Masa tuh, Cha berfikir
Mak Cha sanggup ke buat semua ni untuk anak dia yang sorang ni?
anak perempuan sorang ni
Kadang - kadang kalau kami berdua bermesra berborak, Cha cerita pasal lelaki
Mak pun boleh tahan. 
Dia akan tanya lelaki tu belajar lg ke? umur? keluarga lelaki tu? amboi banyaknya pertanyaan
Mak Cha nak yang terbaik untuk anak dia
Mak kadang - kadang marah juga anak dia bercinta
Dalam agama Islam tak boleh
Mak ckp jadilah perempuan yang baik, sebab nanti lelaki baik juga yang datang
Betul apa mak cakap
Tapi aku tak peduli
Aku nak enjoy juga
Mak sedih tengok anak dia kadang - kadang melawan
Dia pernah ugut nak kahwin lain kalau Cha melawan
Mak pun ugut nak pindah rumah dia kat sana tinggalkan Cha sorang2 kat sini
kalau Cha melawan
Cha tak nak! Cha just nak ayah sorang je!
Ada sorang pakcik ni macam nak mengorat mak
Eiiiiii geramnyaaaa!!
Mak seorang yang kuat agama
Tapi anak dia macam setan
Cha dah privatekan gambar sexy dan seksa Cha kat facebook
harap iman kuat takkan ubah jadi public balik.




Back to the girl that i story before
dia ada cousin lelaki
cousin lelaki dia handsome. muka tak macam malaysian
Ahh peduli apa kan
Dulu cousin dia gay now dah berubah menjadi straight
Pandai sangat lelaki tu
Belajar kat oversea dan bekerja pun kat oversea
Cousin lelaki tuh sayang sangat dekat perempuan yang Cha cerita tadi
Hati Cha pun berkata ..
Best gila jadi perempuan ni! Sepupu handsome, pandai
Mak dia pulak sporting, boleh buat macam kakak nak kongsi masalah
Rupa - rupanya Tuhan tuh maha adil
Walaupun hidup Cha tak macam hidup perempuan tu
Cha dikurniakan tubuh badan yang sihat
Perempuan tuh sakit 
Kena operate banyak kali
Patut lah semua family dia syg kat dia terutama mak dia
Perempuan tuh cakap English pun tak ada salah
Yela mak dia speaking bukan main lagi
Dalam keluarga perempuan tuh majoriti semuanya pandai dan hubungan baik sangat
Keluarga saya?
Sekali lagi hati Cha bertanya 
"Aku ni boleh ke belajar sampai oversea? "
Arwah ayah kahwin lebih dari satu
Anak side isteri lain ramai sangat, side mak Cha je tercicir sorang
Eventho side sana ramai
Semuanya cerdik pandai, menjadi manusia
belajar sampai phd . kerajaan tanggung belajar luar negara
perangai pun tak sosial life mcm Cha
Mak tiri Cha boleh bangga dah 
Mak Cha ?
Anak dia UPSR 4A 1B , PMR 7A 1B , SPM ? 
Zaman sekarang orang makin pandai. 
setakat diploma gaji tak banyak mana pun
Boleh ke Cha study sampai oversea? 
Cha nak belajar sampai peringkat tertinggi
Niat dalam hati nak banggakan mak
Mak pun boleh didik anak dia yang sorang ni
Ya Tuhan, Kau Maha Adil . 
Bukan 100 % Cha cerita dalam blog. 
Ada yang bertapis





Mak kata kalau cari lelaki cari yang boleh bimbing kita
Mak, Cha dah jumpa lelaki tuh!! 
Kenal kat facebook
Dia add saya, suka sangat like status saya
Mula2 saya ingat dia lelaki biasa
Tapi malam tuh hati saya tergerak nak tegur dia
Ooooooooooooo
Dia tengah belajar kat oversea 
Ambil Medic
Agama pun boleh tahan
Muka pun boleh tahan
Mak, termasuk ciri2 lelaki idaman ni !!! Haha
Haishhhh
Cha, kau janganlah berangan sgt!
Kang tak dapat
Kau fikirkan lelaki tuh kenapa? 
Dia dah la pandai 
Kau keputusan SPM pun belum tentu cemerlang
Lelaki tuh mesti nak perempuan beragama, pandai, bukan macam kau
yelaaaa -___- 
Aku ni teruk
Tapi tadi hati tergerak nak privatekan photo seksi. hehehe
Ain tahu siapa saya maksudkan! 
Shhhhhhh!
Ain, shut up !
Lelaki tuh baik ouhh, dia selalu ajar bahasa asing kat saya
Lublue ( iloveyou)
delca salta (selamat malam)
Uvidimsya ( see you later )
Agak - agak bahasa apa? Hahaha 
Dah la Cha, kau ni kalau berangan mata bersinar2
Kau fikir dulu hidup kau 
Hidup dia dah tentu2 cerah bila balik Malaysia
Kau pun kena pastikan kau belajar kat oversea satu hari nanti tau !




Lepas Cha cerita semua ni, hati Cha tenang. Tadi rasa berat , tertanya2 kenapalah Tuhan macam tak adil. Sebenarnya Tuhan maha adil  :) 


2 comments:

I value your comment :)