Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, February 09, 2011

Penjual Barangan Kosmetik yang Menyakitkan Hati

Hai selamat petang semuaa :) Hari ni Cha nak bercerita tentang seorang penjual kosmetik yang tidak beradab. Lepas lunch tadi, Cha and rakan sekerja bercadang nak pergi jalan - jalan sekejap di Sungei Wang. Sungei Wang tempat best kot sebab variety barang yang boleh kita dapat dengan harga yang murah. Cantik dan murah! Tetapi kena pandai pilih okay kalau tak nampak macam kita pakai barangan murah. Kalau Cha dah tak ada duit sangat tapi kehendak nak ber"shopping" tuh kuat sangat dalam hati, Cha selalu beli kat Sungei Wang je la.  My mum ajar kalau nak merasa barang mahal beribu - ribu, kerja dulu then baru kita rasa sayang sangat dan jaga barang tersebut elok - elok. Cha selalu sangat rosakkan barang yang dibeli dengan duit mak. Haha. Sebab bukan duit kita kan? Huhuhuhu.



Kami pun berjalan - jalan lah di Sungei Wang dengan berpakaian office serba lengkap. Siap dengan tag nama lagi nokk! Haha. Memang rambang mata weh! Baju, kasut, belt dan most of barangan kat situ lebih kurang sama dengan barangan yang terdapat di butik - butik high class macam Topman, Nose, Seed, Gucci. Tapi macam Cha cakap tadi kena pandai cari dan barangan tuh kualiti agak kurang lah. Tapi still nak beli eventhough kualiti kurengg. Hahaha.



Tiba - tiba, ada seekor seorang abang stuck jalan kiteorang dan abang tuh mencolek kan krim kat tangan Cha. Korang pernah dengar tak krim yang memutihkan kulit dan menghilangkan daki-daki pada badan? Jenama pun tak ingat jenama ape. Lepas abang tuh mencolek krim tuh atas tangan Cha, dia ajak Cha pergi ambil tisu. Dalam hati Cha " sah dia nak perangkap aku suruh beli produk dia" .Cha takut nak pakai barangan kosmetik yang murah sebab takut effect pada badan. Haishh tak dapat bayangkan.



Abang ; Adik tengok dulu abang buat kat tangan adik macam mana, ( buat something kat tgn Cha sambil membebel pasal produk dia ) .
Member Cha ; Tak payah la abang , kiteorang dah lambat sangat ni. ( abang tuh buat bodoh je mcm tunggul ) 
Abang : ( suara yang meninggi sedikit ) Adik tahu tak benda ni HALAL. Adik dah mandi belum ni ? 
Cha : Belum ( tipu )
Member Cha : Of course lah dah mandi abang oi.
Abang : Ya Allahhhhhhhh!! Banyaknya daki adik ni.. Cuba adik tengok dekat leher masing - masing, ni mesti mandi tak bersihh kan. Sekarang adik bandingkan tangan adik kedua - dua belah, yang letak krim tadi lebih bersih kan. 
Cha : Tapi kan abang, saya rasa abang lagi banyak daki. 


Lepas je Cha cakap macam tuh, automatically member2 Cha tergelak kuat satu kawasan tuh. Kiteorang blahh tak pedulikan abang tuh! Abang tuh dah la hitam kat leher, badan pun semua hitam. Ade hati cakap aku mandi tak bersih? Heloo aku belajar kimia, aku tahu la krim tuh yang buat tangan aku jadi sedikit  cerah daripada yang asal, tak kan la tangan boleh jadi putih dalam masa yang tak sampai 5 minit. Ingat aku bodoh eh? Masa tuh, hati Cha rasa puas sangat - sangat ! Padan muka abang tuh Cha malukan dia lagi teruk depan kawan  kawan lelaki dia yang lain. Tuh la malukan aku lagi cakap banyak daki kat badan!



Dalam kereta masa on our way nak balik rumah, lagu Grenade by Bruno Mars dipasangkan. Omaigoddd ! Im thinking of him right now! Dia dedicate lagu tuh untuk aku lepas kiteorang clash. Nak kata aku perempuan gila? nak cakap aku tak jaga hati kau? Pergi la kau dengan lagu  Yesterday by Toni Braxton Ft. Trey Songz! Bye.



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)