Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Sunday, February 06, 2011

Nasib Kehidupan yang Menyentuh Hati Saya





Hello readers, masa Cha tulis entry ni hati Cha still sedih bila teringat balik kisah semalam. Sebenarnya begini, semalam Cha gila tergelak - gelak sampai nak terguling dengan Ain sebab kan seorang lelaki ni buat lawak! Tengah - tengah malam around pukul 1 kami berdua boleh memekik satu rumah  masing - masing disebabkan ketawa! Gilaa betul.


Tiba - tiba Cha teringatkan seorang kawan Cha, kalau korang baca entry Cha sebelum ni mesti korang tahu siapa lelaki tersebut. Cha saja lah buka wall dia, alangkah sedihnya hati saya bila lelaki tuh masih menge"post" ayat - ayat cinta ( in English ). Lelaki tuh pun ada post satu lagu kat wall dia. Ketulusan Hati by Marshanda . Cha baca semua post lelaki tuh sambil dengar lagu yang berkumandang. Ya Allah... alangkah peritnya hati aku bila aku dapat merasakan hanya sedikit keperitan lelaki tuh. Air mata Cha tiba - tiba menitis dengan deras. Masa tuh, Cha hanya membayangkan Cha berada dalam keadaan lelaki tersebut dan ianya sangat menyakitkan. Sangat menyedihkan. Sangat memilukan. Mungkin kalau Cha berada di tempat dia, Cha mungkin sudah gila bila kekasih yang Cha sayang sangat meninggal depan mata sendiri dalam keadaan yang menyakitkan . 



Sebelum ni, Cha ingat lelaki tuh hanya lelaki biasa seperti Cha kenal. Rupa - rupanya dia satu dalam sejuta. Cha baca semua wall post dia sampailah ke post 2 tahun lepas. Sebelum ni Cha tak sanggup membaca post kawan sampai begitu sekali. Tapi ayat - ayat cinta lelaki tuh buat Cha rasa nak baca lagi,,nak baca lagii! Ya Allah tolonglah berhentikan air mata aku. Aku tahu air mata aku tak banyak kalau nak dibandingkan dengan lelaki tersebut. Dia sangat mencintai kekasihnya Ya Allah . Sejak kekasihnya pergi, hidup nya tidak seperti dulu. Tidak ada satu pun status yang menunjukkan dia sedang bergembira. Malah semua post dia hanya menunjukkan yang dia sangat merindui kekasihnya dan mengingati Engkau,Ya Allah. Tolonglah Ya,Allah aku mohon kembalikanlah kecerian di dalam hidupnya. Sebelum ni dia seorang yang ceria Ya Allah.. 



Cha mengadu kat Ain, Cha nak bagi kata - kata semangat kat lelaki tuh, tapi Ain tak bagi. Ain kata emosi dia tengah tak stabil sekarang ni. Cha pun rasa betul juga kata Ain, Cha tak nak lepas Cha send message2 tuh , lelaki tuh ingat Cha nak mengorat dia ke ape. Sumpah Demi Allah, I tak de niat yang tak baik. i hanya nak you tahu yang I dapat rasa kesedihan yang you rasa. You betul - betul lelaki yang baik. Hidup you akan bahagia suatu hari nanti, percayalah kata - kata I. Semua message yang cha tulis untuk dia, dengan berat hati Cha cancelkan. Cha tak jadi bagi kata - kata semangat untuk lelaki tuh. Biarlah dia tak tahu yang Cha sebenarnya memerhatikan dia daripada jauh,, biarlah dia anggap Cha macam Cha yang dulu,ceria semasa berborak dengannya. Cha tak nak dia anggap Cha bukan - bukan. Tak nak dia anggap  Cha macam perempuan gatal. Cha cuma bersimpati. Itu sahaja.




Masa nak tidur, Cha terkenang balik nasib lelaki tuh dan Cha menangis kembali.. Air mata yang sangat deras. Deras sangat. Aku tak sanggup ya Allah untuk menangis lagi. tiba - tiba Cha teringat arwah ayah Cha. Mesti mak cha pun merasa benda yang sama macam lelaki tuh rasa.. Mak, maafkan semua kesalahan anak mak ni ye,, Saya janji akan bahagiakan mak suatu hari nanti.. Mak tanggung kepayahan besarkan anak mak yang teruk ni seorang diri, tanpa ayah.. Maafkan saya, ye makk..




No comments:

Post a Comment

I value your comment :)