Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Friday, February 18, 2011

Cara Melupakan Orang yang Kita Sayang


Selamat malam semua =)

Sekarang gua tengah rajin nak menulis so gua rasa better gua share satu tip ni dengan hampa semua. Tip ni bagus untuk orang yang putus cinta, dan ingin melupakan pasangan dia. Hehehe. Yang tengah hangat bercinta tuh please go on okayyy. hope berkekalan . ecehhh :P



Buang semua kenangan bersama dia. 
>> Hadiah, gambar, video. buang jauh - jauh semuanya! Sebabnya bila setiap kali kita nampak semua barang ni, automatically kita akan ingat dekat dia. Lagi satu, lagu yang selalu korang berdua dengar bersama, kiranya lagu kenangan korang berdua laa. Tak payah lagi dengar lagu tuh okay =) Dalam bab gua dikecualikan, sebab gua sayang gila lagu kat blog gua sekarang ni. Hehehehehe =P



Sibukkan diri
>> Pergilah buat something yang buat korang sibuk. Kalau menganggur, melepak la dengan kawan2. Pergi tempat yang menarik, main game ke, ape ke. Macam Cha buat, dan cara ni memang betul2 berkesann beb!!! =D



Cari Tempat Baru
>> Jangan sesekali korang pergi tempat yang pernah korang pergi dengan dia. Kalau lah semua tempat korang dah pergi, bab kata orang kaki merantau. better korang stay kat oversea lagi bagus, pastuh cari pasangan kat sana, lagi cool babe! Hahahaha. joking ^^




Silap Memaafkan
>> Korang kena jadi seorang yang pemaaf contohnya macam gua! ecehhh =P . Sebab apa, bila korang dah maafkan dia, hati korang rasa tenang. tak payah nak fikirkan apa kesalahan dia dah buat pada korang. at the same time, korang pun dapat pahala. Bukankah  memaafkan lebih bagus daripada dimaafkan? Hehehehe!



Fikir Masa Hadapan 
>> Korang fikir adakah bila korang bersama dia, hidup korang akan senang pada masa hadapan? Kalau tak, korang memang ada di atas jalan yang betul sebab takde jodoh dengan dia. Kalau ya, mungkin Tuhan nak temukan korang dengan orang yang lebih bagus untuk masa depan :)



Cintai Tuhan
>> Gua nak ulas cara ni ni serba salah pulak gua dibuatnya. sebab gua bukannya baik sangat. Hehehe. Tapi takpe, sama2 lah kita ubah diri agar menjadi yang lebih bagus dar sebelumnyaa . amin =) 







Chaaa, kau fikir kau comel enough la? Heyyy  pii daaaaaa! =P




3 comments:

I value your comment :)