Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Friday, February 25, 2011

Pencuri Hasil Kerja Photographer & Mengaku Kepunyaan Dia !!

Assalamualaikum.. 

Geram betul la dengan manusia yang suka sangat mencuri hasil kerja orang lain. Tak reti malu ke? Omaigod! Dah la curi hasil kerja photographer, lepas tuh mengaku lagi dekat semua friends facebook yang gambar tuh kepunyaan dia. Paling tak boleh blah siap letak watermark lagi. Memang la bukan urusan Cha, tapi rasa geram sebab Cha minat sangat dekat photographer Annas Easkey. Hasil kerja dia memang gempak. Tuh pun kena curi jugak! Tak percaya ? Ni haa bukti dia . http://akulelakidialelaki.blogspot.com/2011/02/pencuri-pencuri-kite-bako-kite-bako.html . Ramai lagi photographer yang terkena .Sebenarnya cerita ni tengah malam semalam punya cerita, tapi terpaksa tulis blog hari ni sebab tengah malam semalam tak tahan perut asyik tergelak je baca comment2 kat wall si pencuri tuh. Tengok gambar - gambar si pencuri tuh. Paling tak boleh blahh pakcik xie-mien  buat lawak! Hahahha. Pukul 5 pagi baru tidur. Haishh



Tergelak besar bila baca comment2 ni.. Ni je sempat Cha print screen. si pencuri tuh dah delete semua comment2 mengutuk ke atas dirinya ! 




Facebook Areadean Nuratiqah Comel  a.k.a Pencuri
Habis licin kutukan yang diberikan ke atasnya . Maluu kott



Bak kata orang, mula tak cantik tak apa, tapi perangai biar cantik ! Wahai kakak ieka comel,,, bertaubat lah . Jangan la asyek nak mencuri hasil kerja orang. Penat-penat orang cari idea,,berpeluh2 cari rezeki tapi kakak boleh senang2 curii gambar mereka. Kesian tau !


Sorry saya curik gambar kakak masuk blog saya. Hehehehe. Kata nak famous kan? Nahh ambik! 



P.S . Cha tetiba teringat kisah dolu- dolu ada perempuan curik gambar Cha . Hehehe . Siapa yang tak baca lagi, silah baca >>>> http://chashittydollslifestory.blogspot.com/2010/10/what-can-i-call-you-damn-faker.html


Thursday, February 24, 2011

Result SPM

Assalamualaikum =)
Lagu dah diubah kepada lagu Im Coming Home
Lagu sebelum ni sayu sangat
Bila dengar je, rasa sedih tiba - tiba 
Untuk mengelakkan saya menitiskan air mata, lebih baik saya tukar. Haha



Result SPM akan keluar minggu depan
28/2/2011
Saya pun kurang pasti betul ke, tapi member saya cakap macam ni la
Dia kata orang dalam yang bagitahu
Secara tak normal, saya rasa gembira sangat result SPM nak keluar
Secara normal, saya rasa takut !! :(
Macam mana kalau result tu tak berapa nak okay? Hmmm
Nanti mum mesti marah, sedih, lepas tuh cakap "kahwin je terus" 
Haha
Mak saya selalu sangat ugut saya tau
Kalau result teruk kena kahwin 
Kalau melawan cakap dia kahwin lain
Banyak lagi dia ugut cuma saya dah lupa 
Sejak habis SPM memori Cha agak kurang sikit.
Ehemmmm
Saya tak nak kahwin awal 
Nak belajar dulu, kerja dulu, bila ekonomi dah kukuh baru kahwin
Cakap macam saya ni lelaki pulak. 
Hahaha
Helo guys wake up!
Perempuan pun kena pandai cari duit sendiri tau
Mana tau kalau dapat lelaki tak bagi nafkah ke, cerai ke,
Nanti senang la kita sebagai perempuan ada income sendiri
Hahaha
Sory saya kalau cakap memang macam ni
Pandang ke hadapan 
Pernah sekali saya bayangkan saya nak jaga cucu saya masa saya dah kerepot
Hahahaha
Dah la, melalut dah ni
Korang pun asyik baca je,
Bukan nak tegur -,-
Guys, tolong la doakan saya dapat keputusan cemerlang okayyyyy (suara manja )
Pleasee doakan
Saya takut lah Tuhan balas semua perbuatan saya kat result SPM saya nanti
Tak mau la gituuu =(
Saya taknak kahwin awal ! 
Nanti anak berderet je kat rumah 
Haishh takmau ! 
Anak kalau boleh nak 2 orang 
Kalau boleh kembar 
Lelaki dan perempuan
Saya jaga anak lelaki , Suami jaga anak perempuan 
Hahaha
Soryy im just joking !
Saja buat korang menyampah nak baca 
Dah melalut panjang dah ni,
Okay bye ^_^




Wednesday, February 23, 2011

Tennessee By Hans Zimmer


Hey guys! :)
Music had been changed 
I like the soundtrack that u're listening right now
Its so touch . 


Akob,
I dont know why im thinking of you right now. 
Ouchhh 


Tuesday, February 22, 2011

Ya Tuhan

Kisahnya bermula begini
Sedang saya berjalan2 tengok profile friend kat facebook saya
Saya terjumpa satu profile perempuan ni
Mula - mula saya menyampah dengan dia
Yela sebab status dia kadang - kadang gedik
Saya tengok pulak blog dia
Amboii lagi laa naik menyampah
Saya tengok facebook mak dia
Wah !
Sporting gila mak
Mak dia memahami, menasihati anak perempuan dia yang sorang ni
Setiap kawan tak kisah la lelaki atau perempuan mesti mak dia tahu
Tak kisah kawan lelaki tuh bisexual or gay.
Anak perempuan dia menceritakan setiap satu kisah dia kat mak dia. SETIAP SATU . 
Mak dia tak marah pun dekat anak perempuan dia
Anak perempuan dia manja, selalu cerita pasal lelaki yang dia minat
Mak dia tumpang gembira tengok anak dia gembira,berangan. 
Mak dia siap add lagi facebook mak lelaki yang anak perempuan dia minat
Punya lah sayang anak
Sanggup add tanya khabar future besan tapi besan tak jadi
Masa tuh, Cha berfikir
Mak Cha sanggup ke buat semua ni untuk anak dia yang sorang ni?
anak perempuan sorang ni
Kadang - kadang kalau kami berdua bermesra berborak, Cha cerita pasal lelaki
Mak pun boleh tahan. 
Dia akan tanya lelaki tu belajar lg ke? umur? keluarga lelaki tu? amboi banyaknya pertanyaan
Mak Cha nak yang terbaik untuk anak dia
Mak kadang - kadang marah juga anak dia bercinta
Dalam agama Islam tak boleh
Mak ckp jadilah perempuan yang baik, sebab nanti lelaki baik juga yang datang
Betul apa mak cakap
Tapi aku tak peduli
Aku nak enjoy juga
Mak sedih tengok anak dia kadang - kadang melawan
Dia pernah ugut nak kahwin lain kalau Cha melawan
Mak pun ugut nak pindah rumah dia kat sana tinggalkan Cha sorang2 kat sini
kalau Cha melawan
Cha tak nak! Cha just nak ayah sorang je!
Ada sorang pakcik ni macam nak mengorat mak
Eiiiiii geramnyaaaa!!
Mak seorang yang kuat agama
Tapi anak dia macam setan
Cha dah privatekan gambar sexy dan seksa Cha kat facebook
harap iman kuat takkan ubah jadi public balik.




Back to the girl that i story before
dia ada cousin lelaki
cousin lelaki dia handsome. muka tak macam malaysian
Ahh peduli apa kan
Dulu cousin dia gay now dah berubah menjadi straight
Pandai sangat lelaki tu
Belajar kat oversea dan bekerja pun kat oversea
Cousin lelaki tuh sayang sangat dekat perempuan yang Cha cerita tadi
Hati Cha pun berkata ..
Best gila jadi perempuan ni! Sepupu handsome, pandai
Mak dia pulak sporting, boleh buat macam kakak nak kongsi masalah
Rupa - rupanya Tuhan tuh maha adil
Walaupun hidup Cha tak macam hidup perempuan tu
Cha dikurniakan tubuh badan yang sihat
Perempuan tuh sakit 
Kena operate banyak kali
Patut lah semua family dia syg kat dia terutama mak dia
Perempuan tuh cakap English pun tak ada salah
Yela mak dia speaking bukan main lagi
Dalam keluarga perempuan tuh majoriti semuanya pandai dan hubungan baik sangat
Keluarga saya?
Sekali lagi hati Cha bertanya 
"Aku ni boleh ke belajar sampai oversea? "
Arwah ayah kahwin lebih dari satu
Anak side isteri lain ramai sangat, side mak Cha je tercicir sorang
Eventho side sana ramai
Semuanya cerdik pandai, menjadi manusia
belajar sampai phd . kerajaan tanggung belajar luar negara
perangai pun tak sosial life mcm Cha
Mak tiri Cha boleh bangga dah 
Mak Cha ?
Anak dia UPSR 4A 1B , PMR 7A 1B , SPM ? 
Zaman sekarang orang makin pandai. 
setakat diploma gaji tak banyak mana pun
Boleh ke Cha study sampai oversea? 
Cha nak belajar sampai peringkat tertinggi
Niat dalam hati nak banggakan mak
Mak pun boleh didik anak dia yang sorang ni
Ya Tuhan, Kau Maha Adil . 
Bukan 100 % Cha cerita dalam blog. 
Ada yang bertapis





Mak kata kalau cari lelaki cari yang boleh bimbing kita
Mak, Cha dah jumpa lelaki tuh!! 
Kenal kat facebook
Dia add saya, suka sangat like status saya
Mula2 saya ingat dia lelaki biasa
Tapi malam tuh hati saya tergerak nak tegur dia
Ooooooooooooo
Dia tengah belajar kat oversea 
Ambil Medic
Agama pun boleh tahan
Muka pun boleh tahan
Mak, termasuk ciri2 lelaki idaman ni !!! Haha
Haishhhh
Cha, kau janganlah berangan sgt!
Kang tak dapat
Kau fikirkan lelaki tuh kenapa? 
Dia dah la pandai 
Kau keputusan SPM pun belum tentu cemerlang
Lelaki tuh mesti nak perempuan beragama, pandai, bukan macam kau
yelaaaa -___- 
Aku ni teruk
Tapi tadi hati tergerak nak privatekan photo seksi. hehehe
Ain tahu siapa saya maksudkan! 
Shhhhhhh!
Ain, shut up !
Lelaki tuh baik ouhh, dia selalu ajar bahasa asing kat saya
Lublue ( iloveyou)
delca salta (selamat malam)
Uvidimsya ( see you later )
Agak - agak bahasa apa? Hahaha 
Dah la Cha, kau ni kalau berangan mata bersinar2
Kau fikir dulu hidup kau 
Hidup dia dah tentu2 cerah bila balik Malaysia
Kau pun kena pastikan kau belajar kat oversea satu hari nanti tau !




Lepas Cha cerita semua ni, hati Cha tenang. Tadi rasa berat , tertanya2 kenapalah Tuhan macam tak adil. Sebenarnya Tuhan maha adil  :) 


Sunday, February 20, 2011

Merah Itu Hot

Wah wah wah Cha! Title kau bukan main lagi ye. Ehemm ehemm, sebenarnya Merah Itu Hot bukan ayat saya. Itu ayat bestie saya. Dia kata merah itu hot ! Saya rasa betul juga kot. Erm entahlah. Ataupun tidak hot sebenarnya. Merah itu hanya pada warna . bergantung kepada si pemakainya sama ada orang itu hot atau tidak. 



Cukup - cukup ! ape aku membebel ni? Hahaha. Sebenarnya simple je ceritanya. Cha nak tunjukkan korang gambar ni je, tapi dah melalut. hahahaha :D 






Awww panasnya cuaca. Hujan 2 hari tak turun2. Global Warming!




Friday, February 18, 2011

Cara Melupakan Orang yang Kita Sayang


Selamat malam semua =)

Sekarang gua tengah rajin nak menulis so gua rasa better gua share satu tip ni dengan hampa semua. Tip ni bagus untuk orang yang putus cinta, dan ingin melupakan pasangan dia. Hehehe. Yang tengah hangat bercinta tuh please go on okayyy. hope berkekalan . ecehhh :P



Buang semua kenangan bersama dia. 
>> Hadiah, gambar, video. buang jauh - jauh semuanya! Sebabnya bila setiap kali kita nampak semua barang ni, automatically kita akan ingat dekat dia. Lagi satu, lagu yang selalu korang berdua dengar bersama, kiranya lagu kenangan korang berdua laa. Tak payah lagi dengar lagu tuh okay =) Dalam bab gua dikecualikan, sebab gua sayang gila lagu kat blog gua sekarang ni. Hehehehehe =P



Sibukkan diri
>> Pergilah buat something yang buat korang sibuk. Kalau menganggur, melepak la dengan kawan2. Pergi tempat yang menarik, main game ke, ape ke. Macam Cha buat, dan cara ni memang betul2 berkesann beb!!! =D



Cari Tempat Baru
>> Jangan sesekali korang pergi tempat yang pernah korang pergi dengan dia. Kalau lah semua tempat korang dah pergi, bab kata orang kaki merantau. better korang stay kat oversea lagi bagus, pastuh cari pasangan kat sana, lagi cool babe! Hahahaha. joking ^^




Silap Memaafkan
>> Korang kena jadi seorang yang pemaaf contohnya macam gua! ecehhh =P . Sebab apa, bila korang dah maafkan dia, hati korang rasa tenang. tak payah nak fikirkan apa kesalahan dia dah buat pada korang. at the same time, korang pun dapat pahala. Bukankah  memaafkan lebih bagus daripada dimaafkan? Hehehehe!



Fikir Masa Hadapan 
>> Korang fikir adakah bila korang bersama dia, hidup korang akan senang pada masa hadapan? Kalau tak, korang memang ada di atas jalan yang betul sebab takde jodoh dengan dia. Kalau ya, mungkin Tuhan nak temukan korang dengan orang yang lebih bagus untuk masa depan :)



Cintai Tuhan
>> Gua nak ulas cara ni ni serba salah pulak gua dibuatnya. sebab gua bukannya baik sangat. Hehehe. Tapi takpe, sama2 lah kita ubah diri agar menjadi yang lebih bagus dar sebelumnyaa . amin =) 







Chaaa, kau fikir kau comel enough la? Heyyy  pii daaaaaa! =P




Jar of Hearts by Christina Perri

Hi guys! Im so sad right now. but no tear comes out from my eyes. Just my heart was deeply sick. For your information. im in love with this song >> Jar of Hearts by Christina Perri. Why i must love for this song? What the heck?!! Okay i'll explain it to you. That day while i'd an argument with him, i dedicated this song to him and i asked him to hear this song. But i dont know whether he do what  i had asked. but i guess no. He dont hear to this song.  Now he totally wanna forget me. Hey dude ! why  u make me miss u like a crazy girl?! Why dont u do something bad that can make me hate u deeply?! Then i can forget u asap! I wanna text you,but i wont. Im waiting for ur message,calling everday.




Now i wanna sing this song. Guys.. follow me =)



I know I can't take one more step towards you
Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And learn to live half alive
And now you want me one more time

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are
Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are
Running 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Thursday, February 17, 2011

Health : Kebaikan Putih Telur

Pada hari yang membosankan ini, Cha nak berkongsi dengan korang semua tentang kebaikan putih telur. Jangan fikir macam - macam! Telur ayam okay ! Bhahaha. Putih telur baik untuk menegangkan kulit muka, membuang whitehead pada muka. Lebih bagus kalau dicampur dengan madu lebah. Lebih berkesan.

Misi bermula ... follow these steps .


  1. Basuh muka dengan air biasa hingga bersih
  2. Pisahkan telur kuning dan telur putih
  3. Gunakan berus lembut untuk melumurkan putih telur ke muka hingga rata.


 best gua tidur


nampak muka gua macam ada corak belang harimau. haha =B



Tunggu sehingga putih telur kering, pada masa menunggu, kulit anda akan berasa menegang dan KENA LAH TAHAN BAU TELUR YE!!! Bhahahahaha !



Setelah keringg.....

Lap muka dengan menggunakan kain lembut yang telah dibasahkan menggunakan air suam.. Hasilnya, kulit anda akan berasa lembut macam kulit bayi ! ( over pulak! :P ) . Makcek2 dan pakcek2 di luar sana yang rasa umur dah lanjut dan kulit nak berkedut cubalah tip ni yeeeeeee! Umur 20-an kira tua la tuh. miahahaha! :P





ps : Gua tak suka bila friend kat facebook gua upload gambar baru, then suruh "LIKE BANYAK2 OKAY" . Nak famous bukan macam tuh la, biar orang like and comment pics kita secara ikhlas bukan paksaan. Hope u get wht i mean. =)

Tuesday, February 15, 2011

Hurting Inside

Siapa tak ada perasaan? Buzz gua then kita tukar hati k . Hari ni gua nak luahkan semua perasaan yang terbuku di dalam hati gua ni. Gua menyesal dengan perbuatan gua terhadap dia. Kenapa bila datang orang ketiga semuanya hancur? Daripada happy menjadi angry. Sepatutnya gua just dengar je apa ex girlfriend dia cakap, dengar , teliti dan fahamkan then bertindak. Tetapi gua hanya dengar dan terus bertindak. Gua tak beri peluang untuk dia explain satu persatu perkara yang berlaku. Gua tak beri dia peluang untuk maafkan dia and get him back when he wants me. NOW, everything change. he dont want me anymore and thing becomes more worst and im hurting.


Orang kata yang ni cinta monyet. datang dan pergi. Okay lah gua surrender memang cinta monyet dan tak perlu kita nak sedihkan. Sebab cinta betul akan datang bila Tuhan nak datangkan. Maybe semua yang terjadi ni buat gua sedar and belajar daripada kesilapan. 

  1. turunkan ego
  2. become more polite
  3. sikap memaafkan
  4. berfikir sebelum bertindak
  5. jangan jadikan blog tempat memalukan orang yang gua benci *tengok keadaan* 

Hati gua sedih bila dengar lagu dalam blog gua ni. hati korang sedih tak? Huhuhu. Padan muka gua.


look into my eyes , and u'll know what's happening inside my heart 


Saturday, February 12, 2011

Sungha Jung








The 14 year old classical fingerstyle guitarist from South Korea whose guitar is nearly as big as he is. Sungha Jung says it’s his dream to become a professional fingerstyle guitarist. Seems like he’s already gotten there to me.

Sungha had been watching his Dad play the guitar for a while before deciding to pick one up himself, only a few short years ago. When he is not in school, Sungha can be found practicing for up to three hours a day. Sungha uses a custom guitar to fit his body size, and on which Thomas Leeb wrote “Keep on grooving to my friend.”

He says it usually takes him about 3 days to learn, practice and then videotape a new song, which he then uploads to his Youtube profile. More difficult pieces can take him up to a week. He says he started off by learning music by-ear from the videos he watched online but has recently started using tabs that are available from the authors.

On his page you can find his renditions of artists like Elton John, The Beatles, Nirvana, Bon Jovi and many others. It’s hard to say where he will be in ten years if he keeps at this rate, but it is obvious he has a natural talent is destined for greatness. There’s no telling how far his skills can take him.

Friday, February 11, 2011

Lelaki Zaman Sekarang Memang Begini

Tajuk entry gua kali pun pun gua nak bercerita tentang seekor lelaki yang sangat lah bodoh. Sorry to say sebab perangai kau dah memang menunjukkan kebodohan kau yang tersembunyi tersendiri. Kau pergi buat satu group yang bernama sape2_sangap_batang. Then, kau join kan aku sekali dalam group tuh. Wah memang nak kena lah ni kan. Cari pasal dengan gua. Grrrrrr. 


Untuk pengetahuan tuan2 dan puan2 semua ye, kes sebegini sangatlah mirip dengan kes sebelum ini yang gua post dalam blog comel gua ni. Tetapi, kes terbaru ini yang melibatkan AeRil D'vert sangatlah rumit sekali. Sebab ape ye tuan2 dan puan2 ? sebabnya lelaki ini sungguh berani untuk menunjukkan diri kepada public dan siap offer diri untuk dihisap "batang" .  What the? -,-"



Ni lah group nya :)

Sekarang mari kita tengok gambar leader group okayyy. jeng jeng jenggg!!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Bagaimana anda smua? Handsome tak? Hahahahaha . *pui*


Thursday, February 10, 2011

Green Hornet



This movie was awesome! I love this movie and Kato was very handsome. Awwwwwwwwww

Wednesday, February 09, 2011

Penjual Barangan Kosmetik yang Menyakitkan Hati

Hai selamat petang semuaa :) Hari ni Cha nak bercerita tentang seorang penjual kosmetik yang tidak beradab. Lepas lunch tadi, Cha and rakan sekerja bercadang nak pergi jalan - jalan sekejap di Sungei Wang. Sungei Wang tempat best kot sebab variety barang yang boleh kita dapat dengan harga yang murah. Cantik dan murah! Tetapi kena pandai pilih okay kalau tak nampak macam kita pakai barangan murah. Kalau Cha dah tak ada duit sangat tapi kehendak nak ber"shopping" tuh kuat sangat dalam hati, Cha selalu beli kat Sungei Wang je la.  My mum ajar kalau nak merasa barang mahal beribu - ribu, kerja dulu then baru kita rasa sayang sangat dan jaga barang tersebut elok - elok. Cha selalu sangat rosakkan barang yang dibeli dengan duit mak. Haha. Sebab bukan duit kita kan? Huhuhuhu.



Kami pun berjalan - jalan lah di Sungei Wang dengan berpakaian office serba lengkap. Siap dengan tag nama lagi nokk! Haha. Memang rambang mata weh! Baju, kasut, belt dan most of barangan kat situ lebih kurang sama dengan barangan yang terdapat di butik - butik high class macam Topman, Nose, Seed, Gucci. Tapi macam Cha cakap tadi kena pandai cari dan barangan tuh kualiti agak kurang lah. Tapi still nak beli eventhough kualiti kurengg. Hahaha.



Tiba - tiba, ada seekor seorang abang stuck jalan kiteorang dan abang tuh mencolek kan krim kat tangan Cha. Korang pernah dengar tak krim yang memutihkan kulit dan menghilangkan daki-daki pada badan? Jenama pun tak ingat jenama ape. Lepas abang tuh mencolek krim tuh atas tangan Cha, dia ajak Cha pergi ambil tisu. Dalam hati Cha " sah dia nak perangkap aku suruh beli produk dia" .Cha takut nak pakai barangan kosmetik yang murah sebab takut effect pada badan. Haishh tak dapat bayangkan.



Abang ; Adik tengok dulu abang buat kat tangan adik macam mana, ( buat something kat tgn Cha sambil membebel pasal produk dia ) .
Member Cha ; Tak payah la abang , kiteorang dah lambat sangat ni. ( abang tuh buat bodoh je mcm tunggul ) 
Abang : ( suara yang meninggi sedikit ) Adik tahu tak benda ni HALAL. Adik dah mandi belum ni ? 
Cha : Belum ( tipu )
Member Cha : Of course lah dah mandi abang oi.
Abang : Ya Allahhhhhhhh!! Banyaknya daki adik ni.. Cuba adik tengok dekat leher masing - masing, ni mesti mandi tak bersihh kan. Sekarang adik bandingkan tangan adik kedua - dua belah, yang letak krim tadi lebih bersih kan. 
Cha : Tapi kan abang, saya rasa abang lagi banyak daki. 


Lepas je Cha cakap macam tuh, automatically member2 Cha tergelak kuat satu kawasan tuh. Kiteorang blahh tak pedulikan abang tuh! Abang tuh dah la hitam kat leher, badan pun semua hitam. Ade hati cakap aku mandi tak bersih? Heloo aku belajar kimia, aku tahu la krim tuh yang buat tangan aku jadi sedikit  cerah daripada yang asal, tak kan la tangan boleh jadi putih dalam masa yang tak sampai 5 minit. Ingat aku bodoh eh? Masa tuh, hati Cha rasa puas sangat - sangat ! Padan muka abang tuh Cha malukan dia lagi teruk depan kawan  kawan lelaki dia yang lain. Tuh la malukan aku lagi cakap banyak daki kat badan!



Dalam kereta masa on our way nak balik rumah, lagu Grenade by Bruno Mars dipasangkan. Omaigoddd ! Im thinking of him right now! Dia dedicate lagu tuh untuk aku lepas kiteorang clash. Nak kata aku perempuan gila? nak cakap aku tak jaga hati kau? Pergi la kau dengan lagu  Yesterday by Toni Braxton Ft. Trey Songz! Bye.



Tuesday, February 08, 2011

Why You Must Disturb Me Again and Again ?


Kalau nak diikutkan entry - entry sebelum ni, semua orang tahu Cha bergaduh dengan one guy ni kan. Cha dedicate lagu  bust your windows by jazmine sullivan . Lagu tuh memang sangat - sangat sesuai untuk dia. Please jangan main - mainkan perasaan perempuan dengan berkata dia sayang perempuan tetapi sebenarnya hanya dusta! Menyakitkan hati perempuan - perempuan. Dia sakitkan hati perempuan then  perempuan sakitkan balik hati dia. Dia memang patut kena macam itu. Hahahaha. 



Last meseg saya hari tuh saya marah dekat dia dan hantar meseg terakhir yang betul - betul menunjukkan kemarahan saya! Dan dia tahu itu. Saya berkata jangan ganggu hidup saya lagi. Lama kemudian, dia hantar message kepada saya lagu Grenade by Bruno Mars . Apa maksud dia hantar lagu tuh pada saya? Dia nak kata dia cintakan saya? sanggup lakukan apa sahaja untuk saya tapi saya sebaliknya pada dia? Atau dia nak kata saya perempuan gila dan perempuan jahat? Hahahhaha. suka hati lah dia nak kata apa pada saya. Cha cuma setuju part perempuan gila dan jahat je, part yang lain tak setuju langsung okay ! That's for today. bye bye :) 




Monday, February 07, 2011

Lelaki Kejam Paling Aku Jumpa!


Sesungguhnya Cha nak terangkan di sini yang Cha sangat - sangat marah masa menaip entry ni, kalau ada perkataan yang memaki hamun sila ignore kan saja okayyy! Post bertarikh 6 Februari 2011 Cha ada post tentang lelaki yang sangat baik,, sangat menjaga perempuan, sangat sayang perempuan sepenuh hati. Tapi pada hari ni Cha nak post tentang lelaki yang hina ! keji ! rendahkan maruah perempuan ! Nak tahu nama lelaki tuh? Akhir cerita Cha bagitahu nama. 


Dia ingat lepas dia dah kena tinggal dengan ex girlfriend lama yang paling dia sayang, dia boleh memberontak? Boleh buat perempuan yang ada dara macam sampah? Heloo dont be such a stupid guy! Masa Cha kenal dengan dia, ingat dia okay. Yela kan, dia kan such a good pretender. Tapi ex girlfriend dia add facebook Cha dan cerita macam - macam. Mula - mula susah nak percaya. tapi budak jantan ni sendiri dah menunjukkan belangnya,,menunjukkan perangai buasnya. 



Hey, kau ingat aku perempuan kampung? boleh tunduk depan kau macam semua ex girlfriend yang kau dah main-mainkan dulu? Pleasee la and u're totally wrong! Kau ingat aku bangga ke dapat boyfriend sosial? kaki clubbing? drunk? Macam kau seorang je boyfriend aku yang sosial. Sebelum kau, ramai lagi  ex boyfriend  aku yang macam tuh malah lebih tahu dunia sosial daripada kau! Tapi diorang takde pulak nak cerita gebang . Diorang cool and steady. Kau kalau nak cerita gebang, cerita lah dekat orang yang sama sosial dengan kau. Yang ni tidakkk, kau pergi cerita dekat ex girlfriend kau yang memang sah perempuan baik, suci dan ada dara. Then kau nak fuck diorang, bila diorang taknak, kau maki - maki diorang cakap diorang tak sporting lah ape semua lancauu! Lepas kau clash dengan diorang, kau couple dengan aku. Hey kau ingat aku macam diorang? sanggup tunduk untuk lelaki yang tersayang? Kalau kau boleh cerita POM, aku pun boleh tunjuk belang aku cuma aku malas je laa weh! Sebab aku sangat - sangat lah geli dengan manusia yang suka cerita POM POM kononnya dia "hot" . kau hot ke? tidak pun. kawan pun macam ape tah. Tapi aku senyap je sebab aku nak jaga hati kau masa kita couple dulu kan. 



By the way , thanks God laa kepada beberapa ex girlfriend dia yang sanggup add  facebook Cha dan beritahu semua ni. Kalau tak Cha tak kan sedar. Korang cakap semua ni sebab tak nak Cha senasib dengan korang kan? I Love You so Much. Kita perempuan kena jaga hak perempuan. Ingat lelaki boleh pijak kepala kita? No way!



Setakat ini, hanya lelaki bernama Khusyairy Qaliq yang paling baik pernah Cha kenal. I akan doakan hidup you bahagia sentiasa dan dapat pengganti dia. Ingat tuhan banyak - banyak ye (: 



UPDATE (10/02/2010)  : SORRY GAMBAR DAN NAMA TELAH DI DELETE ATAS SEBAB-SEBAB YANG TERTENTU.

Sunday, February 06, 2011

Nasib Kehidupan yang Menyentuh Hati Saya





Hello readers, masa Cha tulis entry ni hati Cha still sedih bila teringat balik kisah semalam. Sebenarnya begini, semalam Cha gila tergelak - gelak sampai nak terguling dengan Ain sebab kan seorang lelaki ni buat lawak! Tengah - tengah malam around pukul 1 kami berdua boleh memekik satu rumah  masing - masing disebabkan ketawa! Gilaa betul.


Tiba - tiba Cha teringatkan seorang kawan Cha, kalau korang baca entry Cha sebelum ni mesti korang tahu siapa lelaki tersebut. Cha saja lah buka wall dia, alangkah sedihnya hati saya bila lelaki tuh masih menge"post" ayat - ayat cinta ( in English ). Lelaki tuh pun ada post satu lagu kat wall dia. Ketulusan Hati by Marshanda . Cha baca semua post lelaki tuh sambil dengar lagu yang berkumandang. Ya Allah... alangkah peritnya hati aku bila aku dapat merasakan hanya sedikit keperitan lelaki tuh. Air mata Cha tiba - tiba menitis dengan deras. Masa tuh, Cha hanya membayangkan Cha berada dalam keadaan lelaki tersebut dan ianya sangat menyakitkan. Sangat menyedihkan. Sangat memilukan. Mungkin kalau Cha berada di tempat dia, Cha mungkin sudah gila bila kekasih yang Cha sayang sangat meninggal depan mata sendiri dalam keadaan yang menyakitkan . 



Sebelum ni, Cha ingat lelaki tuh hanya lelaki biasa seperti Cha kenal. Rupa - rupanya dia satu dalam sejuta. Cha baca semua wall post dia sampailah ke post 2 tahun lepas. Sebelum ni Cha tak sanggup membaca post kawan sampai begitu sekali. Tapi ayat - ayat cinta lelaki tuh buat Cha rasa nak baca lagi,,nak baca lagii! Ya Allah tolonglah berhentikan air mata aku. Aku tahu air mata aku tak banyak kalau nak dibandingkan dengan lelaki tersebut. Dia sangat mencintai kekasihnya Ya Allah . Sejak kekasihnya pergi, hidup nya tidak seperti dulu. Tidak ada satu pun status yang menunjukkan dia sedang bergembira. Malah semua post dia hanya menunjukkan yang dia sangat merindui kekasihnya dan mengingati Engkau,Ya Allah. Tolonglah Ya,Allah aku mohon kembalikanlah kecerian di dalam hidupnya. Sebelum ni dia seorang yang ceria Ya Allah.. 



Cha mengadu kat Ain, Cha nak bagi kata - kata semangat kat lelaki tuh, tapi Ain tak bagi. Ain kata emosi dia tengah tak stabil sekarang ni. Cha pun rasa betul juga kata Ain, Cha tak nak lepas Cha send message2 tuh , lelaki tuh ingat Cha nak mengorat dia ke ape. Sumpah Demi Allah, I tak de niat yang tak baik. i hanya nak you tahu yang I dapat rasa kesedihan yang you rasa. You betul - betul lelaki yang baik. Hidup you akan bahagia suatu hari nanti, percayalah kata - kata I. Semua message yang cha tulis untuk dia, dengan berat hati Cha cancelkan. Cha tak jadi bagi kata - kata semangat untuk lelaki tuh. Biarlah dia tak tahu yang Cha sebenarnya memerhatikan dia daripada jauh,, biarlah dia anggap Cha macam Cha yang dulu,ceria semasa berborak dengannya. Cha tak nak dia anggap Cha bukan - bukan. Tak nak dia anggap  Cha macam perempuan gatal. Cha cuma bersimpati. Itu sahaja.




Masa nak tidur, Cha terkenang balik nasib lelaki tuh dan Cha menangis kembali.. Air mata yang sangat deras. Deras sangat. Aku tak sanggup ya Allah untuk menangis lagi. tiba - tiba Cha teringat arwah ayah Cha. Mesti mak cha pun merasa benda yang sama macam lelaki tuh rasa.. Mak, maafkan semua kesalahan anak mak ni ye,, Saya janji akan bahagiakan mak suatu hari nanti.. Mak tanggung kepayahan besarkan anak mak yang teruk ni seorang diri, tanpa ayah.. Maafkan saya, ye makk..




Who knows his ex girlfriend can be my friend

Helooo semua, semalam dan hari ni gua rasa happy sangat. Hati gua macam dah takde feeling, bak kata omputeh " im heartless " . And i used to be like this before. Rasa lebih better dan cool daripada ada feeling yang boleh buat kita stres. Sikit - sikit nak nangis pasal lelaki, adeh rasa penat dan rimas kadang - kadang. Cara untuk hilangkan perasaan yang terlalu sensitive dan selalu jatuhkan air mata ialah dengan sentiasa dengar lagu - lagu yang keras, jahat, or whatever you call it ! Macam gua, gua suka dengar lagu " I Love My Sex by Benny Benassi " Lepas dengar lagu tuh,, perghhhh sumpah hati gua jadi kerass doe! tak percaya sila buat. Pakai headset dan dengar pada volume yang paling kuat ! 



Si Dia contact saya semula dan minta maaf, okay lah gua maafkan. Manusia mana yang tak buat salah kan. Gua pun ada tipu dia. hehehe. Tapi gua tak sangka pulak gua boleh berkawan baik dengan ex girlfriend  si dia. Selalunya girlfriend mesti dah maki hamun kalau orang ketiga apatah lagi BEKAS KEKASIH  masuk campur hal rumah tangga kan? Tapi gua terbalik, gua lagi suka sebab banyak rahsia boleh korek! hahaha. Dan memang bersyukur lah sebab ex girlfriend si Dia ni baik hati, cakap jujur. sebabnya boyfriend gua sendiri terdiam dan tak tahu nak melawan gua balik dan akhirnya meminta maaf. Huhuhuhuhu.




Masa berbual through the phone tadi, lepas bergosip tentang ex boyfriend kiteorang,, tiba - tiba muncul satu topik yang gilaa best! Topik ni buat gua rasa " Im sooo excitinggggggggg!!!! " Macam nak melompat - lompat ! hehehe.  Ex girlfriend ni cerita la masa dia makan hati dengan boyfriend gua, dia ada couple dengan seorang mamat ni. Macam - macam dia cerita ciri - ciri mamat ni sampai mata gua bersinar - sinar dibuatnyaa! haahahha. Tapi disebabkan ex girlfriend ni dah sayang gila dekat boyfriend gua, dia tak nampak kebaikan boyfriend baru dia ni dan akhirnya putus secara baik. Gua dah mula pasang angan! Cettt!! Shuhh Shuhhhh! Ex girlfriend dia ni siap recommend kan lelaki tuh kat gua. Gua pun tertanya - tanya laa siapa lelaki tuh,,, Then dia bagi nama lelaki tuh suruh gua add ! Masya-Allah !!! Lelaki ni laa pernah gua minat duluuuuu! Tapi gua tak add facebook dia sampailah perempuan tuh bagitahu pasal hal ni sekarang.. Omg omg ! Gua dengan hati yang terketar - ketar add lah lelaki tuhh. Hihihihihi :P Gua kalau suka lelaki jenis simpan dalam hatii, so lelaki tak tahu gua suka dia ke tidak. hehe.



Gosip pasal ex boyfriend kiteorang yang agak annoying tuh terkubur begitu sahaja.. Hehehe.. Btw im not sad at all bila clash dengan dia, sebab memang padan pun gua tinggalkan dia. Banyak lagi lelaki yang perfect.. :) 


Muka gua comel ta? *sila munta sekarang! *



Friday, February 04, 2011

Fikirkan Tentang Diri Kita Semula




Hello semua, hari ni mood gua nak menaip tapi sebenarnya tak tahu nak tulis apa. haha. Btw thanks to my followers eventhough tak banyak tapi gua tetap bersyukur. ( ceh poyo! ) Masa berjalan - jalan ke blog orang lain, sajalah kan nak baca life story mereka semua, gua tersengih sorang - sorang sebab cerita hidup diorang yang kadang - kadang kelakar. Ada juga gua rasa kesian sebab kisah sedih diorang. Gua tengok hidup diorang je? Kisah hidup gua? terbengkalai je! Hehe. 



Mood nak bekerja semakin hari semakin menghilang. Gua pun rasa geram dengan diri sendiri. Dulu lepas SPM punya lah bagai nak rak nak cepat - cepat pergi interview. Kononnya nak rasa pengalaman bekerja and pegang duit sendiri ( nak show off kat mum ada duit banyak ) Hahaha jahat gila hati aku! Bila dah sampai bulan 2, mood bekerja hilang terus. Rasa - rasanya lepas gua sambung study nanti, lepas dah graduate, mesti gua pun pemalas macam sekarang. Memang betul laa mum gua cakap, gua ni anak dara pemalas, tak bersungguh - sungguh dalam melakukan sesuatu, masak pun tak reti, kemas rumah apetah lagi kemalasannyaa,cantik bila mahu keluar je. Haiyaaaaa ;'( Sangat manyak ohhh mak gua komplen pasal guaaaaa. Anak siapa? anak dia jugaaaa! haha!  Gua akan try ubah semua ni.. Pasti ! Yelah kan, nanti siapa yang nak kahwin dengan gua? Makanan beli kedai, rumah orang gaji kemas ( kalau mampu hire maid ) .



Gua ni pun seorang yang panas baran orangnya. Semua ex boyfriend gua dah pernah kena dengan panas baran gua. Soalan diorang,, "baby datang bulan ye? asyek marah je " . Kalau dengan member, selalunya gua pendam dulu sebab gua tak sampai hati nak marah , yelaa member lama pula. Tapi kalau dah melampau sangat, gua meletop bukan main gegar lagi! setakat ni dengan member sekarang belum lagii. hehe :)



Lagi satu, gua dengan member gua boleh tahan gatalnya bila jumpa lelaki handsome! Haha. Maksud gua bukan gatal dekat lelaki tuh, pergi dekat - dekat, menggesel - gesel. No way! Contoh keadaan ; 

Kami keluar bersama, then berselisih dengan lelaki handsome. 

Member ( nama rahsia :P ) ; Chaa Chaa ,, kau tengok tak abang tadi tuh? Handsome gilaa sial ! ( cakap macam cakap dengan sekampung ) 
Cha ; Mana - mana? Aku nak tengokkkkkkk !!
Member ; tuh la kau ni , orang jalan pandang sekeliling, kau ni pandang depan jee , orang tegur kau pun kau tak perasan . 
Cha ; Alaaaaa, tak dapat tgok muka diaaa. 
Member ; Sumpah handsome ( mata bercahaya - cahaya )

Kiteorang memang suka berangan. sampai mata bersinar - sinar. hahaha. Sebab tuh laa jerawat sentiasa ada, satu jerawat hilang, satu lagi akan timbul. Damnn.. huhhh!


p/s ; Kantoi dah perangai gua. cett :P



You Leave Me Breathless



When i watch this video, it's just remind me of our memories. I try to be so hard until I can forget you with smile. I hear some hard musics to make my heart feel strong. Suddenly, i read someone blog and I hear this song. My heart becomes soft again,,remember you,,forget all your mistakes. I do want you to sing this song for me. I'll be melt then. But i know it wouldnt become reality and i just dream and i have to stop it. Okay then. i should have very huge patient for waiting any other boys to sing this song for me with all his heart. I really can't wait for that moment. It will become so touch.


Wednesday, February 02, 2011

Gembira Dengan Perpisahan


Mula mula clash, then couple balik. Dapat tahu dia jenis cerita POM POM daripada ex girlfriend dia,, aku rasa geli... OMG ! Berapa megabyte ni weh? Hahahaha. Aku maluuuuuu ! Kalau "hot" pun jangan cerita POM POM. Ingat aku tak tahu pasal dunia luar? dunia sosial? Aku pun dulu macam tuh juga. Tapi lepas aku luahkan semuanya pada dia dengan kata - kata aku yang paling manis,,, aku puass! hahaha! Dah laaa, clash laa apa lagi... SINGLE and maybe akan single sampai aku kahwin.. To dudes ,, Kita kawan tapi mesraaa okayyyyy! :))


Teruja Dengan Kelebihan Pacek Sarawak!

Di Kuching, Sarawak terdapat sebuah pasar yang dinamakan Pasar Satok. Pasar tuh menjual pelbagai jenis makanan mentah, ayam, udang, ikan. Cha pergi pasar tuh pun sebab my mum kirim suruh beli ikan terubuk masin. Kalau tak, mana kan dapat Cha merasa masuk pasar. hehe. 


Lepas setuju dengan harga yang ditawarkan, Cha pun belilah seekor ikan terubuk masin yang besar. Pacek yang menjual  ikan terubuk masin tuh menegur Cha dengan slank Sarawak.. *bahasa diubah untuk kefahaman*


Pacek ; Anak ni melancong ye?
Cha ; Ye pacek,, saya daripada KL. Saje je datang Sarawak masa cuti tunggu result SPM. *senyum*
Pacek ; Ohhhh, anak ni mesti dapat 7A 1B 
Cha ; Saya ambik 9 subjek la pacek, 7A 1B tuh result PMR saya.. 
Pacek ; Ohh kalau begitu anak mesti dapat 7A 2B masa SPM nantii.. *senyum memanjang*
Cha ; 7A 2B tuh result trial SPM saya lah pacekk,, mana pacek tahu semua nii?? *muka terkejut*
Pacek ; Pacek tahu laaaa *tersengih*
Cha ; Janganlah pacek kata macam tuh,,, 7A 2B kecik hati saya,, penat2 saya belajar,,pergi tusyen.. pacek cakap laa street A.. *senyum*
Pacek ; Anak dapat B sebab pelajaran tuh anak tidak sukaa.. Tapi takpe,, kita berharap,, tuhan yang menentukan.. Seekor je ikan nak beli??
Cha ; Seekor je pacek,, bukan saya yang makan. Mak saya yang kirimm.. hehehe 



Cha sangat terkejut pacek tuh boleh cakap macam tuh,, dia tenung muka Cha lama jee... I hope apa yang dia kata tak benar. Cha nak dapat semua A jugakkkk!! Aminnnn :)