Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, December 28, 2011

Girl is so complicated.



Kalau bercinta perlu persefahaman
Kalau bercinta perlu berterus-terang
Kalau bercinta perlu __(sila isi tempat kosong)_____ 


I don't care about these statements before. When I was with my ex-boyfriends, I just let they do whatever they want to do. Even when they are catching up with their ex girlprensssssss, I still make it easy for them as well as for me. Maybe they are just going out together as a friend. I keep telling myself  'he's just your boyfriend, not your husband that you should control and keep watching what he is doing ' this is an internal monologue when  I was form 4 ( 16 years old ) lihat lah betapa nakalnyew sayew kecik2 dah ada boyprennn!



But, when I'm growing up to be what I am now, I'm 18 y/o and I don't know la why I'm too too too sensitive compare to my old.  Maybe it is because of genetic? ageing? hormone? Or maybe I'm looking for Mr Right?  Cha, it is still early to think about marriage! 


I am a hot-tempered girl. This is my badness. Hot-tempered + Sensitive = ohh guys please don't propose me haha. When he put his status on Facebook  as single-mingle-tingle, I'm being so mad! But I hide my feeling from him. But it just can stand for 3 to 5 days, then I jadi menggelegak macam air mendidih, pastuh meletop!! ' why you letak single kat Fb tu hah?! I know you nak hide ur gf from the public kan? kau tahu tak aku sayang kau.. blablaablaaaa ' bila fikir balik rasa macam nak gelak pulak! hahahaa. All rough words come out from my mouth like perasan bagus, dia je nak jadi winner exclude bangang,bodoh,lacau semua tak ada laa. I still respect him as the eldest. 


Am I a bad girl??? please readers tell me. am I? I jadi garang bersebab. I jadi sensitive bersebab. But he doesn't try to feel what I feel. Sometimes I behave like a childish, but it is me. why I should change myself to become a person who is not me? Facebook is a very dangerous social networking! It is the place where we found and loss our love. My advice to you to not  looking for your true partners through  Facebook or even the other social network. There are so many obstacles!



I rasa I jadi macam ni  pasal ageing laa, because my mum is very sensitive of what I'm doing. I tak angkat call dia sebab pergi mandi dah lambat nak masuk kelas pukul 8 pagi. Then she says that I have forgotten about her laa, orang lain call I angkat but when it is time she calls me, I sengaja taknak angkat. Mum, all your perceptions about me are totally not true. I always think about you here, maybe the distance makes you think too much about me. Sorry. my badness :( 


Girl becomes complicated when she meets a guy who she thinks he is the RIGHT ONE. 




Random Post - Hipokrit

Kau kata kau setia, nak carik awek yang setia
Tapi masalahnya kau setia sangat ke?


Kau cakap cinta tak pandang rupa. menilai lah seseorang melalui hatinya
Tapi aku tengok kau stok pandang gurl2 hot


Pandai kau bagi ceramah kat status sana sini
Tapi kau sendiri ada ikut ceramah kau?


Caption photo : "aku tak sehengseng / selangwang bf / gf kau"
Dalam hati kau : puji laa lagi gmbar aku tu


I need a hundred years to love you
but I only need a minute to forget you


Cha sedang berfikiran kusut dan masai sekarang. tengah tonggang terbalik memikirkan sesuatu perkara. Apa patut aku buat? apa? Chill.. jangan marah marah. nanti tak laku >,<"

Sunday, December 25, 2011

Orang Gaji Pun Manusia Jugak

Disebabkan lambat bayar bil celcom bb, aku tak boleh surf internet. baru lambat bayar 7 hari, belum sebulan. kecoh laa celcom! keh keh keh =P

Tadi petang aku pergi KLCC nak bayar bil. Tengah aku lenggang lenggok berjalan, aku ternampak seorang perempuan yg berbadan genit rendah paras bahu aku. Aku tertarik nak tengok muka dia dari dekat. Aku cepat2 la jalan sampai la aku berjalan di sebelah perempuan tu. 

Rupa-rupanya perempuan tu tengah menangis! Aku rasa dia maid laa sebab dia angkat banyak barang. baju dia pun biasa-biasa je. Dalam hati macam nak tegur "eh kenapa awak menangis?" tapi takut kena sound dengan bos Cina dia. Tapi tersentuh la hati aku tengok perempuan tu. Dia berjalan pandang bawah je, air mata dia menitik. Orang lain sedang seronok sambut Krismas, nyanyi sana sini, tapi, perempuan tu sedang menangis. Dia kena dera ke? 


Kucing kena dera pun aku mengamuk, ni kan manusia. Nasib tak baik. Sabar la ye. Kesian awak. Kalau boleh saya nak je hire awak, tolong cuci baju hari-hari saya pergi kelas. sebab selalu cuci baju lewat malam sebab penat belajar siang. Tapi duit gaji awak saya nak bayar pakai apa eh? Duit elaun pun tak cukup. 1k untuk 6 bulan. Entah bertahan ke tak dalam bank tu sampai saya tamat belajar. 


Awak bersabar la ye.. try carik bos lain okengg.. 


Sumber : Uncle Gugel

Friday, December 23, 2011

Anonymous, ingat aku heran dengan statement kau? Sex Lover, berambus dari blog aku!

Sejak aku buka account Myspace ke Facebook and then now Blogger. tak henti2 orang nak mengutuk. Nasib baik aku tak buat Tumblr or Twitter. Agaknye nak aku cepat mampos biar hati anonymous ni lega. Apa yang tak puas hati sangat dengan aku ni? Aku ada kacau sepender kau ke? hishhh memang bikin wa menyirap je tengah-tengah malam ni. 



Kau ingat gadis gemuk macam aku ni tak ada siapa nak ke? sekali petik sepuluh ratus yang datang tawwwww ^_< Badan kau perfect sangat ke? mesomorph look? tunjuk diri kau sebelum mengutuk ciptaan Allah ni. Apa barang setakat being as an anonymous then kutuk-kutuk me. No class! Jealous ke badan aku macam ni? hahahahaha :D badan kau tak cukup zat lettewwwwwwww. Nak peluk tak sodap! 


One More,


Blog aku ni blog porno berjaya ke? Aku tak sanggup nak baca komen kau. Aku delete terus! Komen anonymous "terhebat" tu aku biarkan aje. Suka buat seks dengan perempuan cepat marah eh? Yess memang aku susah nak kawal temper aku, memang aku cepat marah, tapi aku tak hingin nak buat seks dengan kau. amacam? omg! minta dijauhkan. 


Aku tak tahu siapa korang, apa tujuan korang dan sebab korang singgah sini then buat onar kat blog aku. Pleasee get berambus!

Saturday, December 17, 2011

Geram betul dengan pakcik bas yang tamak haloba!




Hari ni aku dan roomate cantik aku nak outing kononnya nak beli buku rujukan. Sebab tak tahan dengan nota terlalu ringkas yang diberi pensyarah, kami decide beli buku sendiri. Disebabkan pelajar matrik tak dibenarkan membawa kenderaan sendiri, so bila kami nak pergi mana-mana kami akan menggunakan public transport. hahaha. kami ni memang pencinta bumi yang semakin tercemar ni. =P


TAPI, satu je yang aku tak berkenan dengan public transport daripada SEREMBAN-KUALAPILAH. kalau boleh, aku nak report kat mana-mana pihak yang berkuasa supaya tahan je lesen memandu diorang sebab membawa muatan terlebih.


Kalau setakat 4-5 penumpang berdiri tak apalah. Tapi, penumpang yang berdiri rasanya lebih ramai daripada penumpang yang duduk. Dah macam sardin! Kalau bas kona ke kiri, kami terpelanting ke kanan, begitulah sebaliknya. Kalau bas ter-stop tiba2, kami tercampak ke depan. kesian orang yang berdiri tau! especially aku ni haaa. dah pakai wangi-wangi nak pergi Jusco Seremban, terus dah bermacam-macam bau ada. Tak selesa dah jadinyaa.



Yang paling buat aku geram, bila muatan dalam bas dah penuh, Pakcik bas boleh pulak menjerit dari tempat pemandu suruh penumpang yg berdiri berganjak ke belakang. Haishhhh geramnya aku! Ada seorang penumpang sound pakcik tu, cukup-cukuplah. gerakkanlah bas. Penumpang tu pulak kena sound balik. Haishhhh such a pakcik yang tak bertamadun betul la! Kalau ye pun nak untung, bukan begini caranya.


Disebabkan penumpang yang terlalu ramai dalam bas, so bas terpaksa berhenti banyak kali sepanjang perjalanan SEREMBAN-KUALA PILAH sebab nak turunkan penumpang. Akibatnya, KAD MATRIK AKU KENA TAHAN!!!!! sebab balik matrik lambat. Kena la tebalkan muka nanti jumpa orang HEP yang poyo gila tu.. Pelajar silap sikit je, tapi mulut dia mengalahkan perempuan. Apa dia ingat dia handsome sangat ke?!


Lengan, badan, kaki, betis, tapak kaki, leher, kepala, dan otak aku dah penat dan sengal-sengal sebab terpaksa berdiri lama dalam bas. Tapi aku tak marah la pada penumpang yang duduk tu sebab mereka tu kebanyakannya makcik dan pakcik tua.. Hormat tak aku? keh keh keh :')


Aku bersyukur laa tempat kelahiran aku yakni KUALA LUMPUR tak ada sistem bas yang teruk macam tu. semua penumpang berpuas hati bila naik public transport. Bukan aku nak hina public transport kat Seremban. tak terlintas pun. cuma sikap pemandu bas kena dipantau dari semasa ke semasa. jangan over limit dalam bekerja.


P/S Kenapa lah matrik ada peraturan yang ketat? Tak boleh bawak kereta sendiri dan kena balik kolej sebelum pukul 7 malam. Kenapaaaa? Kami dah besar tau eventhough baru 18 tahun. Kematangan bukan terletak pada angka =P

Monday, December 12, 2011

Ombak Rindu




Siapa fanatik sangat dengan novel cinta? sudah tentunya bukan aku. Aku akui aku suka baca novel cinta sebab kita boleh ketawa, menangis, tersengih macam kerang busuk bila terbaca bab-bab romantik. kan? Itulah yang aku tak suka tu! Nanti lepas baca novel, mulalah berangan ada seorang anak lelaki Tan Sri / Dato yang kaya tiba-tiba jadi hasbend aku. bukan ke susah tu? Aku ni memang jenis kuat berangan. Haihhhhh T_T



Beberapa tahun lepas aku ada baca satu novel ni. Lupa lah tajuk apa. tapi berkisar tentang seorang perempuan yang dianggap macam sampah oleh seorang lelaki, akhirnya terpaksa kahwin sebab kena tangkap khalwat. Bukan salah perempuan tu, kawan lelaki tu yang perangkap sendiri kawan baik dia. akhirnya mereka terpaksa berkahwin tanpa kerelaan masing2. Masa alam perkahwinan tu la yang membuatkan aku menangis. Si hasbend ni sanggup tampar muka, heret isteri yang sedang sarat mengandung ke luar pagar rumah masa ribut petir. Aku memang menangis gilaaaaa ooo! Tapi akhirnya lelaki tu sedar kesilapan dia. Sampai sekarang aku ingat lagi cerita tu. Lepas tu aku berangan yang kalau nanti hasbend aku macam lelaki tu.  Dera aku, pukul aku, sepak terajang aku, last2 bercintaaa T_T 



Sekarang kan heboh satu Malaysia pasal filem Ombak Rindu. Lakonan Lisa, Maya Karin dan Aaron. Aku tak sempat nak pergi tengok wayang sebab kekangan masa belajar. So aku beli lah novel terbaru Ombak Rindu. Aku nak bagi komen.


Ramai kata diaorang menangis bila baca novel Ombak Rindu. Tapi kenapa aku tak menangis pun? Novel sebelum ni aku baca lagi sedih..  ataupun hati aku ni hati batu? keh keh keh :')


Kenapa selalunya and most of novel berkisar tentang cinta mesti ada kisah dua darjat? Kalau perempuan kaya, lelaki mesti miskin ataupun sebaliknya. Lepas tu jugak mesti watak-watak yang kaya tu ada business sendiri. ada syarikat korporat yang berjaya. kenapa?  mungkin ahli perniagaan melambangkan status yang sangat tinggi kot. 



Apa-apa pun keseluruhan cerita Ombak Rindu ni best la jugak. Watak Izzah tu mengajar aku jadi penyabar. Aku seronok laa dapat habiskan baca novel sebanyak 364 muka surat dalam masa 5 jam! =P




Muka minta penyepak! so tembam :'(
LOCATION : Kluster C matrik

Tuesday, December 06, 2011

Pointer Semester 1

Seperti tak biasa, kelas aku habis pukul 12. Lecturer Math pergi kursus so kelas Math terpaksa diganti pada minggu depan. Hari ni 6 December 2011 pada pukul 3 petang bertempat di Dewan Serbaguna (DSG) merupakan detik yang penting buat kami as pelajar KMNS. Nak menunggu pukul 3 petang tu buat aku nervous asyik sakit perut je macam banyak betul butterflies in my cute tummy =P Aku pun ambil keputusan balik bilik terus tidur sambil dengar lagu sweat- snoop dogg. Tak habis habis aku dengar lagu tu. Mana taknyewwww lagu tu bagi aku semangat bila aku jogging. keh keh keh :') 


Dalam pukul 2.30 petang aku terjaga. Terus capai pencuci muka, tonyoh tonyoh kesan make up pagi tadi then terus pergi DSG. Sepanjang jalan nak g DSG tu macam-macam ragam aku tengok. Aku dah lali dah dengan rutin utama pelajar bila dapat result.


Pelajar A : Mamaaa mamaaaaa, result akak teruk. tsk tsk tsk ( bercakap pakai telefon sambil nangis )


Pelajar B : Wehh kau dah ambik result ke? Berapa?
Pelajar C : Aku dah ambik la sial. haha aku dah agak dah teruk. tadi aku cari kau, kau pergi mana bodohh? 

Perlu ke ? T_T 


Pelajar D : Perghhh ramai la babi la budak2 dalam dewan ni! ( kopiah tak lekang di kepala tu) 

Perlu aku buat lagi sekali ke? T_T 



Pelajar E : Awak dapat berapa?
Pelajar F : 4 flatttttttt.. hahaha ( melompat-lompat ) 
Pelajar G : Alhamdulillahhhhh 

Sejuk hati aku dengar :')


Sekumpulan pelajar sains Cina : Yeahhhhhhhh!! we got 4 flattttttt!!!! Hahahahahahaha

Diorang memang saja nak psycho kiteorang yang belum amik result ni. Haishhhhhh T_T 
Dewan tu dah la besar. Puas aku cari kaunter pengambilan slip akhirnya ku ketemu jua! Aku pun beratur la. Lagi satu gelagat manusia. 



Petugas : Kad matrik ?
Pelajar H : ( bagi kad )
Petugas : ( tercari-cari slip ). Tahniahhhhhhh :')
Pelajar H :  Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!! 

Jeritan yang gila nyaring kalah Ning Baizura. Aku pun tergelak sebab Pelajar H ni kawan aku sendiri. Hahaha

Sambil la giliran aku.. aku bagi kad matrik then petugas pun cari...



dup dup! dup dup! dup dup! 










dup dup! dup dup! dup dup! 










dup dup! dup dup! dup dup! 










dup dup! dup dup! dup dup! 










dup dup! dup dup! dup dup! 



AKU BAGITAHU HARI LAIN LA K POINTER AKU! :'( 





Okaylahh aku tak sekejam macam tu buat korang penat baca apa yang aku merepek tadi. Yelaa aku bagitahu k. Hermmmmmmm... 








Kawan sebilik! Dia dapat 4.0! Terkejut jugak aku! keh keh keh =P


Gua rasa gua macam nak nangis sambil gelak laa bebbb!!

Rasa macam nak nangis la! Aku dah pulun habis paper English. Aku tahu aku belum buat yang terbaik lagi untuk English! Sokayyyy sokayyyy. reda je laa. Tapi aku tak sangka jugak yang budak macam aku boleh dapat 4.0000000000!!!! Hehehehe =P


Aku sedih dan bersimpati kepada pelajar yang tak dapat perform tu. Matrik ni agak "kejam" jugak. Tapi dah itu peraturan kalau pelajar yang tak dapat perform kena tendang. Hishhhhhhhhh!!!


Thanks for reading ^,^

Saturday, December 03, 2011

Jikalau Engkau Ada Disisi ku Sekarang


Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku bisik padamu bahwa aku masih sayang padamu

Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan yang aku betul-betul menyesal

Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan aku ingin tampar muka mu laju2 kerna sanggup mengalirkan air mata ku

Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku beritahu mu aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu

Jikalau kau ada di sisi ku sekarang
Ingin ku berada di dalam dakapan mu dengan kemas 

Jikalau kau berada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan aku suka pabila kau layan aku seperti aku seorang budak yg perlu dijaga

Jikalau kau berada di sisi ku sekarang
Ingin ku merayu pada kau tolonglah padamkan egomu yang setinggi Menara Berkembar Petronas

Jikalau kau berada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan aku sangat rindu akan lawak bodoh mu

Jikalau kau berada di sisi ku sekarang
Ingin ku katakan





Ingin ku katakan





Ingin ku katakan





Ingin ku katakan


Selamat Ulangtahun Hubungan Kita jika kita masih bersama


Tapi kenyataannya


Itu semua hanyalah harapan


Janji tinggal janji


Cuma mimpi yang takkan jadi kenyataan




Ini malam Cha manyakk jiwanggg ooooooo =P


Tuesday, November 29, 2011

Terima Kasih Banyak




Akhir-akhir ni Tuhan dah beri aku banyak dugaan. Aku try terima semua tu dengan hati yang reda. Semalam kilang air mata aku dah memproses banyak sangat air mata. Sampaikan aku tertidur dengan air mata belum kering di mata. Pagi tadi pergi kelas macam orang hilang tak tentu arah. Izyan tegur aku



Izyan : Kau demam ke?
Aku : Eh tak la, tak cukup tidur ( senyum ) 



Terima kasih Izyan sebab concern pasal aku. Kelas English pun bermula. 10 minit lepas tu, Zaim baru masuk kelas. Sebab lambat bangun. Alahhh dia memang suka datang kelas lambat especially kelas pagi pukul 8.00. Zaim kena denda dengan lecturer. Dia terpaksa nyanyi depan semua classmate as punishment for him biar tak ulang lagi. Dia nyanyi dengan muka kesian. Aku tergelak gilaa tengok Zaim macam tu. Hahahahaha!! Thanks Zaim sebab buat aku gelak. 



Lepas tu kelas Akaun pulak. Terima kasih cikgu sebab cara cikgu ajar yang sempoi & penuh dengan gelak ketawa dari saya. Moment paling aku tak tahan perut masa cikgu tanya Maizatul. 


Tuan Aji : Kita dah buat menyediakan maklumat perakaunan pengurusan, so sekarang ni macam mana kita nak menyampaikan maklumat tu kepada pengguna? 


Maizatul dengan confident tahap gila babi menjawab " Dengan mentafsirkannya " . Hahahahahha! Sekali lagi aku tergelak besar. Satu kelas riuh. Lecturer pun tahan-tahan ketawa budget la macam tak lawak. Tapi aku tahu dia nak gelak cuma cover je. Aku lah orang yg gelak paling lama dalam kelas tu. Sekarang pun kalau aku ingat balik aku boleh tergelak guling-guling. Korang baca ni tak rasa kelakar sangat kan? Sebab korang tak berada dengan kami masa tu. heh. Terima kasih Mai sebab kau lah pelawak perempuan no 1 dalam kelas! 



Sekarang kami pergi kelas Math pulak. Kitaorang buat latihan by own je. Kalau ada soalan tak tahu baru tanya lecturer. So kitaorg boleh la borak-borak sambil buat kerja. Budak lelaki Cina ni kira rapat jugak la dengan aku. Tiba-tiba tadi dia tanya.. 


Ng Shao Han : Kenapa perempuan Islam kena pakai tudung? ( slank Cina ) 
Aku : Sebab kena menutup aurat laa 
Ng Shao Han : Tapi kenapa kamu tak pakai? 


Erghhhhhhh! Kena tepek sebijik kat muka aku! hahaha


Aku : Kenapa kamu tanya? Nak saya pakai tudung mcm kelas Agama hari tu eh? 
Ng Shao Han : ehh bukan2. Saya lebih suka kamu macam ni lebih cantik. ( senyum dgn muka comel ) 



Terima kasih pada Han sebab buat aku sedar eventhough sekejap. Hehehe. Terima kasih jugak pada mak aku sendiri sebab aku dah buat dia susah payah nak kena pos kad matrik aku. Sebab aku tertinggal kat rumah. Nasib baik abang guard tu baik allow aku masuk kolej tak tahan aku. phewwwww. Thanks mak sebab banyak sangat susahkan mak. Sorry la masa kita balik rumah haritu kita tak layan mak dengan baik sangat sebab fikiran kita bercelaru dengan masalah yang ada. 



Thanks for reading. 

Saturday, November 26, 2011

Apa Perasaan Anda Sekarang?

Susah nak describe pasal hati. Hanya kita yang tahu. Perasaan aku pun aku sorang je yang tahu. Korang perasan tak kadang-kadang sukar untuk kita meluahkan apa yang tersirat, apa yang tak puas hati dalam hati. Aku pernah rasa betapa susahnya aku nak explain perasaan aku. Perasaan aku sangat susah nak convert dalam bentuk perkataan Melayu/English/Tamil/Mandarin/Malinggam yang boleh difahami. 

Kalau hati korang sedih, silalah berfikir secara mendalam lagi dalam pelbagai aspek. Try fikirkan something yang boleh buat hati korang tenang semula. Kalau korang sedih disebabkan seseorang, fikirkanlah saat-saat manis korang dengan dia. At least dapat lega sikit kan? Kalau tak boleh jugak, fikirkan saat pertama kali korang bertemu, mesti korang tersengih macam kerang busuk kan? Hahahaha. Kalau korang sedih jugak, hentak kepala kat dinding seratusduapuluh kali. C'mon, guys! Sepatutnya korang happy kan? Dah dah takmoh sedih2! 



Lagi satu cara nak lepaskan perasaan yang terkubu dalam hati ialah dengan mendengar lagu sedih. Salah satu contoh lagu ialah lagu yang korang tengah dengar sekarang ni. eventhough lirik dia macam lari sikit, tapi melodi dia sangat berguna untuk menitiskan air mata. kan? Boleh jugak korang cuci mata korang bagi sihat sikit. Hihihi ^^


Tentang Kita - Acha Septriasa

Seandainya saja kau bisa mengerti
Apa mau aku sekali ini
Mungkin aku takkan merasa bersalah
Karena telah putuskanmu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Cinta memang tak bisa ditebak
Jalannya membuatku bingung selalu
Karena sekali tersakiti
Pasti hilang sudah cinta itu jadi benci
Sia-siakah ini tak tau pasti
Akankah berubah nyatanya rasaku tetap sama
Masihlah sama terhadap kamu sayang






Updated : But kalau kita seorang saja yang berfikir semua tu tak guna juga ibarat bertepuk sebelah tangan. Jangan seksa diri, kalau putus cara yang terbaik, lakukan saja. mungkin itu cara yang paling terbaik untuk kamu berdua. mungkin sakitnya pedih sekrang, tapi reda pada masa akan datang. Daripada simpan sakit lama-lama, nanti luka tu akan membengkak dan bernanah. sampai susah nak diubati. 

I will be okay. will be okay. even my heart feels macam kena cucuk dengan pisau bertalu-talu, it's okay for me. I still can go through this pain without my bestie, Ain. Please God, make this as last love story for me. I know You always love me, just the only me sometimes forget about you. 




I can't stop crying when listening to this. Maybe you can test one too, mana tahu menangis sekaliii :D 



saya memang menjadikan menangis sebagai satu method nak luahkan perasaan. Menangis tu mengingatkan saya macam mana saya menangis tanpa henti suatu ketika dulu masa ayah pergi buat selamanya. So, I'm not gonna change this. let me be annoying to you as long as I be myself

Wednesday, November 23, 2011

Senario di Koperasi KMNS - Nasi goreng 80 sen! hahahahaha

Waktu malam, aku dengan Ika pergi ATM nak cucuk duit. Kiteorang lalu depan koperasi. Ika tanya..



Ika : Eh aku patut beli nasi goreng ke ha? nanti malam lapar pulak ( koperasi ada jual nasi goreng bungkus )
Aku : Beli lah. bukan mahal sangat pon. lapanpuluh sen jee. 



Ika pun pergi ke koperasi meninggalkan aku . aku tunggu dia dari luar. Dia terus capai nasi goreng tu then bagi RM1 kat penjual koperasi tu



Penjual : Masalahnya nasi goreng ni RM1.50.  ( sambil garu kepala ) 
Ika : Bukan lapanpuluh sen ke? 
Penjual : Banyaklah kau lapanpuluh sen.. Kedai Mamak pun tak murah macam tu sekali!
Ika : Tapi member saya cakap lapanpuluh sen. 
Penjual : Kalau nk murah, buat sendiri laa.. amik nasi kosong,buat perencah, masuk bawang, daun sup. blablablabla...
Ika : Masalahnya saya takde periuk. 







FAIL!




Hahahahahahaha!!! sengal gilaaaaa.. Tapi dulu aku beli nasi goreng tu lapanpuluh sen je tau! serious tak tipu! =P

Daif sangat ke aku ni pasal Islam ??

Tupp tupp masuk semester 2. Semester 2 ni berbeza sikit sebab ada Kemahiran Dinamika ( KD ) & Agama Islam. KD ni boleh tahan interesting jugak la class dia sebab macam best je belajar pasal penampilan diri, etika di meja makan ikut protokal barat macam-macam lagi. Tapi Agama ? Hmmm. it's too hard den nak kato! 



Aku la orang yang paling lambat masuk kelas Agama tadi ( as well as you know aku tak bertudung, so aku singgah toilet dulu capai tudung terus serkup atas kepala ) . Masuk saja kelas, semua kawan-kawan pandang tepat ke arah aku then gelak. mungkin jakun kot yela bukan senang nak tengok aku bertudung. Ada sorang kawan lelaki cakap "Alolololololo" lagilah aku bertambah malu! Adeh! 



Sekejap lagi, ustazah pun datang. Dia nampak baik, orangnya kecik-kecik, kulitnya putih dan muka nampak macam berumur sikit. Sebabkan hari ni jam pertama, so dia tak mengajar, dia cuma minta pelajar perkenalkan diri, dan adegan ngeri dalam hidup aku pun bermula lepas tu.......



Sesudah pelajar perkenalkan diri, ustazah pun bercerita pasal kes-kes remaja zaman sekarang. Dia tekankan kat kolej kiteorang ni sendiri. Pasal kena tangkap khalwat, kena tangkap ketika sedang berzina, pasal couple. Aku tak terasa pasal tangkap khalwat & berzina tu tapi part couple tu aku terasa. hahaha. Nasib baik aku ada geng-geng senasib dengan aku dalam kelas takde la malu sangat! Orang yang bercouple kalau dah kahwin tak ade manisnya lagi. sebab semua yang tak sah menjadi best bagi orang yang sedang bercinta dengan bukan mahram. Bila dah kahwin tak ada yang interesting. Ustazah bercerita macam nak suruh aku taip meseg kat Honeydew cakap nak minta putus sekarang tu jugak. :(



Part yang paling kritikal masa ustazah sentuh isu tudung. Tapi sebelum tu ustazah cakap " saya tak berniat nak point mana-mana pelajar, saya cakap ni untuk beri nasihat pada kamu " Lepas ustazah cakap macam tu, hati aku kata okaylah fine lah macam tu kan. Dia pun tanya sorang budak lelaki dalam kelas aku. 



Ustazah : Waktu sekarang ni,kamu tengok perempuan dalam kelas cantik-cantik tak? 
Boy : Cantik 
Ustazah : Nampak la keikhlasan terpancar kat muka kamu tu ( semua tergelak ) . Tapi kamu jangan terkejut lepas habis kelas nanti ada pelajar perempuan yang berubah wajah. kamu faham maksud saya kan? 
Aku : Iyee saya betul-betul faham gila gila ( dalam hati ) 
Ustazah : Kita perempuan ni, rambut tu macam mahkota jugak. Kalau kamu bertudung, bila malam pertama si suami akan melihat rambut kamu. Suami rasa terkejut la kan tak sangka si isteri sangat lawa dengan rambut panjang mengurai.. " Cantiknyaaa bini akuuuu! "  ( pelajar tergelak ). Tapi bagi perempuan yang dah tak tutup kepala ni, benda tu jadi macam tak surprise laa, macam dah basi. 



Aku rasa macam.... payah nak explain lah. Sedih pun ada, sentap pun ada, terguris pun ada, malu dengan kawan pun ada. Tapi ustazah tak berniat pun nak point kat aku. Tapi kawan-kawan semua tahu aku sorang je yang tak bertudung dalam kelas tu. Entah apa la diorang fikir pasal aku kan. 

"Alahaiii kesiannya Cha "
"Biar padan muka kau, Cha. hahaha "

Mungkin laa kawan-kawan aku berfikir macam ni. Lepas je kelas agama, mood aku down. padahal ada lagi 2 kuliah kena fokus ni.. Aku tahu memang salah besar gila-gila tak bertudung, tapi it is too hard laa nak ubah. Biar aku jujur la eh, bila aku bertudung, aku rasa keyakinan terhadap diri tu berkurang 100%. sebab aku rasa muka aku tak sesuai pakai tudung, my pipi nampak so tembam ( even member cakap comel ) , aku rasa diri selekeh bila pakai tudung sebab aku ni bukan reti pun bergaya dengan tudung. 


Sekarang ni, aku trauma nak masuk kelas Agama Islam untuk semester ni! 



Lepas habis kelas Agama, aku pergi kuliah dengan pakai tudung, sebab aku ingat lagi cakap ustazah " jangan terkejut kalau lepas kelas agama ada pelajar perempuan yang berubah wajah " . Dengan selamba aku pakai tudung masuk kuliah. aku dapat rasa semua budak perasan kelainan kat diri aku. Lepas kuliah habis, aku dengan sorang kawan perempuan berjalan pulang nak balik bilik. Kat belakang kitaorang ada sekumpulan budak lelaki usik-usik aku. 


"Alhamdulillahhhhh " 
"Alhamdulillahhhhh " 



Sambil ketawa. Member perempuan sebelah aku pun ketawa. Aku pun rasa budak-budak lelaki tu saja je nak bergurau dengan aku. Tapi aku tak rasa aku nak gelak sebab aku rasa down sejak kelas agama tadi. Perkataan "alhamdulillah" tu aku rasa macam nak perli aku. Boleh tak kalau aku nak fikir macam tu?? 


Thanks for reading :( 


Sunday, November 20, 2011

Banyak Risiko Dapat Boyfriend Handsome!

Semua orang nak kan kecantikan. Even korang pun kalau boleh nak kan yang cantik kan. Cha pun sama. hehe. Tapi kalau dapat boyfriend handsome, kira untung laa kan. Bersyukur. Tapi tak perlulah nak bangga. Sebab ramai orang awam kata


" Handsome macam mana pun, bila dah tua buruk jugak "




anddddddd, aku setuju! hahahaha. Kalau muka handsome, lama-lama tua berkedut juga kan. kulit bergayut-gayut dengan pipi semua. gigi rompong! So, girls ta perlulah bangga gila kalau boyfriend kamu tu handsome. Okay congrats to you sebab boyfriend kau handsome. Kau memang hebat laa dapat tackle dia tuh!! hahahaha. Tapi JAGA-JAGA! bukan senang nak jaga boyfriend kau yang handsome tu..



Perempuan Lain Jealous
Korang semua tahu kan musuh bagi perempuan ialah perempuan tu sendiri. betul tak? So, jaga-jaga jangan bagi perempuan yang suka rampas laki orang ni dekat dengan boyfriend kau. Kalau boleh, simpan boyfriend kau dalam peti, letak kod yang merepek-repek, buka bila perlu je, semata-mata nak bagi boyfriend korang selamat. Tapi yang ni dah kira teruk sangat kan? Aku pedulii apaaa! Hahahaha =P



Lelaki Handsome Ni Miang Sikit
Sebab suka sangat berjalan dekat dengan pokok tebu, so banyak lelaki handsome berjangkit miang dari pokok tebu tuh! Apa kau merepek ni ha badigol? Hehee sorry-sorry. Lelaki handsome biasalah! Petik sekali sembilanpupuhsembilan yang datang! So, mereka ni ada tahap keyakinan dalam diri yang sangat tinggi! Mereka berpendapat "eleehhh perempuan ni senang je aku nak uruskan " tolol betul kau wahai jantan!  Kalau boyfriend kau handsome tapi jenis miang. Tinggalkannnnnnnn!!



Ego tinggi 
Kalau part ni Cha memang setuju seratusperatus! Lelaki handsome ni ego je yang lebih kan? Sebab tu la aku malas nak layan lelaki macam tu. Sepatah tanya, sepatah jawab. Kalau gaduh pulak, asyik dia je yang menang! Apa kau ingat kau sorang je ke haa nak johan?? Aku pun nak jugak!! So girls yang ada boyfriend ego tinggi, korang buat la apa-apa biar luruskan sikit sikap boyfriend korang tuh!. Okay? ^_<



Pengajaran : Lebih baik dapat lelaki yang biasa-biasa tapi hatinya mulia pekerti yang baik kan? Tapi kalau dapat yang handsome tu BONUS untuk korang! Kenali diri, selami jiwa. cewahhhhhh! =P


Thanks for reading 



Saturday, November 19, 2011

Bohsia. Tak kesian ke pada mereka yang kena cop bohsia

Banyak kata-kata kesat yang dilemparkan ke atas perempuan. Kalau perempuan tu mencarut, lelaki akan berkata " Harap je muka cantik, tapi mulut busuk macam bangkai " Ok part ni aku setuju la even aku perempuan sekalipun.

TAPI

Kalau lelaki pulak yang mencarut, aku tak pernah baca lagi status perempuan " Harap muka je handsome, tapi mulut bau longkang. " Pada pendapat aku kalau lelaki mencarut kesat 100x lebih daripada perempuan. betul tak? 



Kalau perempuan berpakaian seksi, dikatakan bohsia. tak ada maruah. Hey guys! kenapa nak cop perempuan kena sampai macam tu sekali? Bukan ke Islam suruh lelaki protect perempuan bukan menghina perempuan. Kenapa tak korang nasihat elok-elok kat perempuan tu. Perempuan tu pakai sexy melampau memang dapat dosa, lelaki yang tengok pun berdosa tapi ditambah dengan memaki hamun dan mengutuk lagi lah bertambah dosa. 



Kadang-kadang kalau aku tengok kat Facebook sekarang ni, ramai lelaki yang "like" gambar-gambar perempuan bogel. Ramai lelaki yang mengutuk perempuan tapi ramai jugak lelaki yang suka betul tak? Kesian la pada perempuan tu. mungkin gambar tu dah di-edit sebab nak jatuhkan maruah perempuan tu. Aku rasa yang dalang segala ni pun lelaki. 


Setakat ni, aku tak pernah lagi tengok gambar budak lelaki bogel ke apa ke. So nampak sangatlah sekarang ni perempuan lebih tertindas dan lebih tertekan daripada lelaki. So lelaki tu, kalau korang tertengok gambar perempuan bogel ke kat Facebook, cuba korang fikir dua kali sebelum mengutuk. Fikirkan kalau adik perempuan korang yang kena malu disebabkan perbuatan orang yang dengki. Kan senang kalau buat bodoh je lepas tertengok gambar tu, daripada korang maki-maki lagi tambah dosa. Si dalang tu pun suka la sebab apa yang dia terget dah tercapai. 



Bersihkan hati, bersihkan jiwa :) 




Malaysian University English Test ( MUET )

19.11.2011 
Today's date! I mean the date of I'm having my MUET paper


18.11.2011
The last day of my semester break


20.11.2011
My birthday! I'm so excited waiting for tomorrow :D


As you can see, between 18th and 20th is 19th right? So I have to attend my MUET. And you know what, it was so suck! In the morning, I woke up with lazy eyes then took a bath then went for my MUET without prepared anything. Yela siapa nak tengok buku masa cuti semester kan kan? I bet you all pun tak tengok buku masa cuti sekolah unless if korang ni ulat buku. hihihi. So, nak atau taknak. Aku terpaksa jawab jugak paper MUET tu dengan mata macam bunga mati yang layu. Eventhough I got enough time to answer all the questions, but I am not sure with my answer because of my unprepared condition. 


Otak masa tu memang tak berjalan gilaaa. Macam zero pasal English. Antara kesalahan yang aku dapat detect lepas jawab paper MUET tadi :

Aku nak buat ayat "syarikat akan dapat lebih banyak untung pada masa hadapan" but then aku tulis " company will get more income in the future " padahal ayat sebetulnya " company will get more profit in the future " 



Aku nak buat ayat " Masalah disiplin dalam kalangan pekerja akan berlaku " but aku tulis " Dicipline problems among workers will appear " (muncul dari mana? lubang jamban ke? ) sebetulnya ialah " Discipline problems among workers will occur " 



Ayat ni terpesong sikit dari tajuk tapi aku nak share jugak betapa bengongnya aku buat ayat dalam English waktu tengah berangan! 


" If the children are marrying wrong partner, it is useful because we can not turn time back " 
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!! ( aku ke yang buat ni? ) 



-FAIL-



Source : funnyscrapsorkut


Wednesday, November 16, 2011

Korang tahu tak sesetengah boneka berhantu?


Sebelum tu, play dulu lagu ni sambil baca apa yang aku tulis. 


Dari kecik aku memang tak pernah ada anak patung perempuan macam Barbie tu, aku pun pelik sebab budak perempuan suka sangat kan main dengan anak patung? Ermm apa yang best sangat? pakaikan baju, sikatkan rambut tu je. Paling koman pun la aku pernah main permainan kertas tu, yang gambar dolls, kasut, handbag, then kita kena koyakkan hati-hati. Lepas semuanya dah koyak, main la dengan budak2 perempuan yang lain. 

"Hi, name caye Nina."
"Oh hi, name caye pulak Elicha. lawa tak baju tite? " 
"lawanyerr baju awak. baju tite pulak? awak nak g chopping tak beli kacut (kasut) ke, beg ke ? " 

HAHAHAHA. antara skrip yang aku ingat. then aku ingat lagi kiteorang sama-sama bawak dolls tu pergi makan, shopping, tidur. sampailah mak masing-masing panggil suruh balik makan. Tu je la dolls yang pernah aku ada and save! tak payah beli dolls mahal2.  Dolls yang boleh bawak pergi jalan aku tak pernah ada. Mum aku pun cakap dulu masa kecik2 mum and ayah bawak pergi jalan2, diorang nak belikan dolls tapi aku sendiri yang taknak. mum cakap dulu kecik-kecik aku ni penjimat duit diorang. hehehe. 






Tahukah anda? 

Sesetengah boneka berhantu? 

Ini bukan cubaan, tapi betul2 ! 







Antara boneka yang aku pernah baca yakni berhantu ialah : 

1 ) Pupa 


Pemilik pupa menerima pupa pada tahun 1920-an. Sewaktu Perang Dunia Kedua, Pupa hampir musnah tapi Pupa terselamat bersama pemiliknya. Pupa menghadapi perbagai perjalanan bersama pemiliknya daripada Itali ----> Amerika ------> Itali semula. Pupa bagaikan hidup. Pupa mampu berjalan sendiri dan kedudukannya sentiasa berubah-ubah. Setelah pemiliknya meninggal dunia pada Julai 2005, Pupa dijaga oleh warisnya dan diletakkan di dalam kotak.Namun sering kedengaran suara2 aneh dari kotak tersebut. Pupa kerap membuat bising seolah mahu dilepaskan dari kotak tersebut. 


2 ) Okiku 


Okiku ni boneka yang berambut lebat  dan memakai kimono. Dibeli oleh seorang pemuda Eikichi Suzuki yang ingin memberi hadiah kepada adik perempuannya bernama Okiku. Boneka ni diberikan nama Okiku sempena nama kanak-kanak tu. Akibat demam, budak perempuan( pemilik Okiku ) meninggal dunia. Ahli keluarga ingin meletakkan boneka Okiku bersama pemiliknya dalam keranda tapi macam mana lah mereka boleh lupa. Then Okiku diletakkan di altar tempat mereka beribadat. Rambut Okiku semakin panjang hari demi hari. Kajian forensik mendapati rambut boneka tu terdapat folikel sama seperti kanak2 berusian 10 tahun. Bila keluarga budak perempuan nak berpindah ke shakalin Suzuki, boneka diletakkan di kuil di hokkaido. Rambut Okiku semakin panjang dan sentiasa dipotong. Kisah Okiku ni memberi inspirasi pada movie hantu yang terkenal di Jepun iaitu Hauted School. 


3) Katja 

Sebab muka dia seram, aku kecikkan sikit


Katja ni berasal daripada Rusia. Katja dibuat oleh seorang gundik raja pada tahun 1730. Gundik ni sedang mengandung dan berharap akan melahirkan bayi lelaki untuk si raja. tetapi bayi perempuan pulak yang terkeluar. Bayi perempuan yg malang tu dibakar hidup-hidup. Lepas tu, ibu bayi tu membuat boneka daripada abu bayi perempuan dicampur dengan porcelin dan seramik. Dikatakan Katja ni disimpan dengan kawalan yang ketat sebabnya Katja ni boleh sumpah orang. Sesiapa yang melihat Katja lebih daripada 20 saat, mata Katja akan berkerdip menandakan orang yg memandangnya dah kena sumpahan. Are you dare to stare at Katja for more than 20 seconds from now?? 




It is up to you whether you wanna believe this story or not. Pada aku, aku bukannya tak suka boneka sebab pasal berhantu ke apa, tapi macam bosan. Mungkin budak perempuan yang manja-manja, gediks sikit2 tu sukalah kot kat anak patung. dimandikan, diberi makan, dipakaikan baju. Ahhhhhh kecik-kecik dah pandai act like mother kan. so cweettt... hahaha.

Tuesday, November 15, 2011

Saya Bersyukur Dapat Virus HIV Positif ? wtf? -,-

perhatian : Cerita ni saya nak kongsi dengan ampa semua tak ada kena mengena dengan saya


Wajah dan penampilannya jauh lebih hebat dan kacak daripada tunang saya si Kamal. Lelaki Inggeris yang baru saya kenali di sebuah pusat hiburan itu memang cukup menggoda. Tambahan pula, lelaki bernama Frank ni sangat lincah menari ketika kami berhibur di kelab malam tersebut. Mulai hari itulah hati saya cukup tertawan dengan layanan gentleman Frank.



Saat itu, hati saya mula tawar dengan Kamal. Setiap kali Kamal ingin berjumpa, bermacam-macam alasan saya berikan. Sibuk kerja lah , bekerja lebih masa la. PAdahal pada masa tu saya berjumpa dengan Frank di kelab malam Kuala Lumpur sehingga lewat pagi.



Akhirnya setelah memikirkan masak-masak, saya bertindak memutuskan pertunangan saya dengan Kamal dan bercinta dengan Frank. Setelah enam bulan kami berkenalan, Frank mengajak saya ke Bangkok. Ketika itu Frank berada di kota Bangkok atas urusan kerja. Semasa di Bangkok, saya benar-benar berasa seperti di syurga. Seronok berada dalam dakapan Frank siang dan malam.



Ketika di Bangkok jugalah saya hidup sebebasnya. berhibur sepuas-puasnya, mabuk dan paling menyeronokkan buat pertama kali saya serahkan tubuh pada Frank. Saya tidak ingat lagi berapa kali kami bersama atas perbuatan keji ni. Beberapa bulan selepas mengadakan hubungan seks dengan Frank, terasa berlaku perubahan mendadak. Saya kerap sakit dan selera berkurangan. Paling ketara saya mengalami batuk-batuk  yang berpanjangan san sukar untuk sembuh. tubuh saya berasa lemah dan kerap cirit-birit selain demam berpanjangan.



Simptom seperti ini belum pernah saya alami, badan saya yang dulunya gempal dan gebu makin susut. baju saiz XL turun mendadak kepada L. Saya terfikir berat badan saya turun secara mendadak padahal saya tidak diet. Saya terfikir mungkin saya terkena santau. Akibat terkena penyakit misteri ini, majikan meminta saya membuat ujian HIV tetapi saya menolak. Sejak sakit, saya kerap mengambil surat sakit. akibat rekod kerja yang buruk, saya diberhentikan kerja. Bala datang betimpa-timpa.



Tubuh saya ibarat zombi. hanya tinggal kulit dan tulang-temulang. Hendak berjalan pun tak mampu. Selera makan hilang. tiada mood dan cepat tension. Suatu hari saya dikejarkan ke hospital akibat masalah asma. Doktor syorkan saya membuat ujian HIV. Selama 3 hari saya terpaksa ditahan di wad.



suatu hari doktor datang kepada saya dan memberitahu apa yang saya takuti selama ini iaitu :


..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Saya pengidap virus HUV positif. 




Saya tergamam. dunia terasa gelap. Saya menangis. Saat itu baru saya sedar saya dijangkiti virus berbahaya ini akibat melakukan hubungan seks bebas dengan Frank. Nasi sudah jadi bubur. Saya menyesal bersetubuh dengan Frank tanpa menyelidik latar belakang lelaki Inggeris itu. Dengan bantuan abang kandung, saya dihantar ke pusat perlindungan pesakit HIV . Saya bersyukur diberikan Allah virus ini sebagai amaran supaya jangan melakukan hubungan seks bebas. Jika tidak, tentu sekarang saya masih lagi bergelumang dalam noda dan dosa bersama Frank. 

Sumber : Mastika



Pengajaran yang didapati ialah : 

  1. Jangan melakukan seks bebas tanpa alat perlindungan
  2. Semak dulu latar belakang pasangan. Penting dilakukan sebelum berkahwin
  3. Hidup la sebagaimana yang diajar oleh Islam bagi beragama Islam
  4. Selalu buat jumpa doktor untuk pemeriksaan diri

Saya ada baca dekat mana tah lupa la! yang ada seorang perempuan Barat dia dah bersetubuh dengan 7 ribu lelaki ( kalau tak silap ) dalam masa 7 tahun ( kalau tak silap ) dari umur dia 18 tahun hingga 25 tahun ( kalau tak silap ) . Apasal la aku ni cepat lupa especially pasal fakta -,-" tapi yang penting amaun 'ribu'  bukan 'ratus' or 'puluh' ! Tapi perempuan tu siap buat medical check up every month untuk jaga diri dia daripada sebarang penyakit! dia juga berkata purata dia akan meniduri 2 lelaki sehari sejak berusia 18 tahun setelah kehilangan dara. 

so nampak tak kat sini even buat benda ala tu banyak kali pun anda boleh mengelak diri daripada dijangkiti. You know what I mean? tapi aku tak suruh pun korang buat benda alah tu k! hahaha

When Honeydew Meets Watermelon ♥


Me : Where are you? 
Honeydew : Just arrived KLCC
Me : Tahu dome kat mana tak? ( sambil taip this text, I berjalan pergi kat bulatan dalam KLCC nearest to Dome nak tengok magician entertain the budak-budak )
Honeydew : Behind you
Me : -------(no reply)------- ( Leka tengok magician )
Honeydew : Tengok apa tu? 
Me : Magician ( tak sedar lagi tu dia dah ada kat belakang)

Beberapa minit kemudian I toleh belakang






( dalam hati )
Gua betul2 panas la dari tadi dia berdiri belakang wa tak tegur pun!!!









Honeydew : Hi, nama saya 'bie' ( hulur tangan ) 
Me : Haaaa? (kaku sekejap ).. Hi saya 'baby' ( sumpah malu! )
Honeydew : Kita nak pergi mana ni? 
Me : Foodcourt. I lapar dari tadi tak makan. Why tak tegur dari tadi? berdiri je la eh. memang la dia ni nak kena tumbuk tau.
Honeydew : Nak tegur tapi takut salah orang. 

Kami borak-borak sambil makan then pergi tengok wayang di Pavilion sebab sit dalam wayang Pavilion lagi selesa dari KLCC. hehehe. No couple sit sebab tak syok laa kan tengok 3D tapi duduk belakang. Macam tak ada effect pun pakai spek 3D. So kami pilih tempat tengah. Ohh yaa kami tengok cerita ' Adventures of Tintin '  Superb laaa! Plus ada element comedy sampai tak kering gusi nenoknyer..

Oiiii tak sedia lagi laaaa..
 

















Sorry for my messy hair
Iphone's front camera - gambar agak noisy and shacky T_T

aku ada gambar sebelah hello kitty, engkau ada? hahaha *motif?

I feel so happy to be with him. And you know what??????????? 





























Sebenarnya inilah first date kami! Pertama kali jumpa! 












Perkara yang sadis sikit ialah sebelum jumpa, honeydew nak belikan bunga tapi kedai bunga tempat honeydew pergi tutup. tsk tsk tsk :( akibatnya bunga yang dicari tak dapat dan dia datang lambat ke lokasi date  yang saya dah tetapkan! Honeydew kata 'biasalah janji Melayu".  Tak dapat bunga pun takpe la honey, buat susah-susah je. Ecehhhhh :P Buuuuuuuuttttttt, he gave me this one! 



Tadaaaaaaaaa!! 


Thanks for reading . I hope you guys like it 

Thursday, November 10, 2011

Terfaktab? Apa tu? Apa yang bagus sangat?

Hi and assalamualaikum :)

Saya tulis ni ikhlas dari hati tak de niat punnn nak menang hadiah kitab terfaktab tu ( okay ni tipu ) . Sejak bila saya tahu pasal terfaktab ni? Masa tu sebelum saya masuk matrik lagi dalam bulan 5 tahun ni, hari yang indah angin sepoi sepoi bahasa saya jenguk la blog Cik Epal. Then tiba-tiba Cik Epal mengamuk dalam blog dia sebabnya ada seorang lelaki nama tak silap Pakcik Aqram kot  dok sedap komen tentang pemakaian perempuan bertudung. Then siapa tak suka perang-perang ni kan. hahaha. Saya pun nenok ler blog Aqram ( lensarosak). Baca punya baca rasa best pulak. Cara dia selamba, bahasa yang sarcastic tapi tu la yang cool. kelakar pun ada. hehehe =B


Bila baca post yang ni, nak baca yang tu, nak baca lagi, nak baca lagi.. sampailah aku tahu dia ni rupanya bekas pelajar matrik   ( hi senior,weeee ^^ )  and big boss Terfaktab. Banyak gaji tu kalau jadi boss besaq. Bila saya baca terfaktab lagi la bagus, sebab ada combination idea daripada blogger-blogger lain macam Amoi, Bukan penggoda, Lord Zara, Cob Nobbler, Aqram, Hellioz, Penulis.sahaja. Yang ni semua saya pernah baca penulisan diorang. Yang lain tu macam penulis baru saya belum sempat baca sebab busy.  sorry tak baca lagi but nanti insya-Allah saya baca semua. jangan merajuk tampo laju-laju kang!


Saya rasa siapa yang tak tengok lagi blog Terfaktab tu wajib pergi tengok. Bukan nenok je tapi baca dan hayati..renung jauh2 sampai terkeluar bijik mata! Saya rasa blog ni bagus la sebab semua yang mereka sampaikan ada kena mengena dengan kehidupan seharian kita.


Masalah Kegemukan Wanita Ibarat Pencetus Kepada Kecurangan Pihak Lelaki!

Hahahahaha tajuk post kemain.. apa-apa lah labu asalkan korang faham apa saya nak sampaikan. Sampaikan pasal apa adik? pasal gemokkk.. pasal apa? pasal gemokkk .. pasal apa? pasal gemok laa gemokk!!! .

Siapa setuju yang saya gemok kenyit mata kiri sekarang... Siapa tak setuju kecik mata kanan sambil buat mulut ala-ala gediks! Hmm.. honestly I am a bit depressed when I'm start thinking about my weight.. Kalau berat badan tu dah 50++ nearest to 60 kg. it is a big problem ya! I takkan bagitahu berat badan I hehehehehe =B Eventhough my tembikai susu cakap ' its okay baby, baby dah cantik dah comel. I terima you macam ni '  tapi me still tak puas hati lagi !

It is so ashamed bila kita ada double chin. you know chin? alaa chinchin yang jual berlambak kat tepi jalan tu.. hehe okay I tipu. maksud saya dagu berlapis.. ada orang megah cakap aku hadooo. kau hadooo? hahahaha . Kalaulah aku ada duet berlambok-lambok, mesti aku dah pergi london weight management.. hahaha. tapi realitynya tak ada. because I am as a student no income maaaa... So kita buat la cara traditional minum air halia banyak-banyak nak bagi lemak yang bergayut tu pecah, makan ulam hari-hari no ayam,,no daging,,no ikan semata mata untuk kurus... Excuse me, actually saya tak buat pun semua tu.. saya pergi jogging je hehehe.


Yang kita ni as perempuan sibuk nak kurus, yang lelaki tu sibuk pulak nak gemuk especially tembikai susu. Sibuk la pergi gym ikut member semata-mata nak kelihatan gagah depan saya, macam penyelamat .. hahaha ini semua dusta belaka. marah kalau dia baca :p Lelaki kalau kurus then pergi gym badan jadi okay tau! ni member saya yang cakap ..

Apa-apa je laa.. you guyssssss ( buat muka sedih sambil mata beso berlinang dengan air mata ) , pleaseee doakan saya kurus. ma cakap kalau banyak orang doa untuk kita makin senang nak makbul. hehehe.. by the way, saya ada beritahu masalah saya ni pada seorang kawan saya.. actually he is Indian but stay and study  in U.S . saya rasa lagi senang saya cakap dengan dia sebab dengan lelaki Melayu rasa segan nak mat*... you know what did he said? hahaha so funny but at least saya rasa sikit lega.



please ignore yang agak-agak "catchy" tu. Mereka ( org barat ) dah terbiasa macam tu saya pun tak sangka dia akan cakap macam tu.. Bie,please don't get mad on me. I still love you even more day by day.


Terima kasih membaca. kalau ada tips menguruskan badan dengan cepat dan berkesan jangan segan silu bagitahu saya. Okay bye.. Assalamualaikum <3


Isn't she cute? so cute hahaha. maybe sebab ni kot tembikai susu cakap saya comel. Bieeeee!!!