Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Saturday, December 11, 2010

Zaman Kanak-kanak yang kelakar

Masa sekolah darjah, semuanya geli. dengan kawan- kawan lelaki geli. Kalau tersentuh sikit, dah cakap " eii najis2! " Budak lelaki pun sama. Tapi budak lelaki masa zaman sekolah darjah nakal sangat. Selalu tak siap kerja sekolah,, Kalau dapat cikgu yang garang. mati laaaa . Kalau tak siapkan 1/4 kerja sekolah , kena bangun sepanjang kelas . Kalau siapkan separuh ,  kena berdiri atas kerusi kayu. Tapi kalau tak siapkan langsung , kena berdiri atas meja sepanjang kelas. member2 semua boleh duduk dengan senyuman sinis " hehe padan muka kau" . Tapi budak lelaki mana boleh serik . Mereka lah yang buat hal, mereka jugak lah yang selalu buat lawak dalam kelas. kadang2 sampay pecah anak tekak ketawa . kah kah kah !



dulu masa sekolah darjah, benci dengan budak-budak lelaki. tak pernah minat kat sesiapa pun. sebabnya diorang selalu sangat usik budak2 perempuan sampai menangis. selalunya saya lah yang jadi mangsa! Nama bapak saya Usman, diorang akan ejek Osman Kering ! sebab ada nama pelakon yang nama macam tuh . Wht the ? Nama bapak akuh pun nak babit sekalii. geram nya ! Dulu pun Cha pelat huruf "R" macam Lisa Suriani . Cuma sekarang je Cha pandai cover nak sebut huruf R . Budak lelaki apa lagi ada point nak mengejek . Selalu diorang kata "juss Oren jus Oren" dan perkataan-perkataan yang ada pakai huruf R . Kuajaqqq!!! Lepas tuh cha pun nangis laa, letak muka tunduk atas meja, kedua belah tangan tutup muka, sampai menangiss. Budak2 lelaki cuak sebab nanti cikgu masuk nak mengajar tengok ada budak menangis dalam kelas. Habislah diorang kena sebat kan. Diorang duduk bawah meja Cha, cakap " jangan laa nagis, sorry2 "  lepas tuh salahkan kawan masing2 antara diorang. Dalam hati Cha . " hahahaa, bergaduh laa korang, puas hati aku! " padahal masa tuh mata nak merah dek nangis.



Dulu masa akhir darjah 6 , barulah ada start simpan feeling kat lelaki. Kalau budak tuh comel sikit je, mulalahh gedik2. sebab apa perempuan gedik? sebab dia nak bagi lelaki tahu kehadiran mereka. haha abis lah terbongkar rahsia ! Sebab ada feeling tuh jugaklah tahun pertama saya ada keluar tuuutttttttttt! "Makkkk,, apa benda warna merah ni????? " menangiss merengek-rengek . Pastuh mak ketawakan tengok gelagat anak dia yang sorang ni. Haishh sampai hati mak




Now, masa keluar . pernah la terserempak budak2 sekolah rendah dulu. Tapi keadaan dah jauh berbeza. Diorang pulak yang maluu. Dah la tinggi lampai macam galah. Dulu masa sekolah rendah kecik kementott nak mampos. kalau kena siku pun sampai. kah kah kah ! Bila terserempak kalau boleh nak tegur, tapi sebab malu diorang bercakap dengan member masing. Wat dunno je kita tengah lalu Tapi bila terserempak berdua , tak ada sesiapa . boleh pulakk tegurr. Hahaha . Apakah maksud semuanya ini?



Dulu masa kecik, pantang dapat telefon daripada budak lelaki,. Meseg je selalu.. Kalau ada lelaki tak kenal nak berkenalan. dah kembang-kembang kuncup rasa diri tuh la yang paling cantik. Haha . Tapi sekarang semuanya lain, kalau ada lelaki tak kenal telefon, mula lah marah2 , " wei siapa ni? kau silap nombor laa. mana kau dapat no aku? " haha . lepas tuh cipta alasan . contoh bagitahu nama orang lain dan tinggal tempat lain. biar lelaki anonymous tuh stop calling. hahah .



Masa dulu pun semua cinta2 monyet stok umur sebaya , tapi  sekarang umur sebaya mana nak lagi. semuanya nak yang bekerja , yang umur lebih 2 tahun dan lebih . Kehendak ni berubah secara tiba2 mengikut umur . Umur yang sebaya semua stok buat kawan. hehe . Adoii banyak sangat Cha nak cerita , tapi sekarang dah dengar bebelan mak kat dapurr. suruh tolong dia. Baru tadi cerita pasal dia. panjang umurr. hehehe . Okay guys, byebyee ^________^



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)