Followers

About Me

My photo
She was born on 20th Nov 1993. A holder of Bachelor of Business Administration (Hons) majoring in International Business. Currently working :')

Thursday, December 23, 2010

Luahan Hati Cha. Tak Perlu Baca

Penggunaan kata nama diri hari ini = AKU * baru puas nak luahkan perasaan kat blog ni*


Aku tahu aku tak boleh menjadi seorang girlfriend yang perfect. Sebab dia kata aku kedekut nak call. Relax la bro, aku bru abes sekolah kerja pun baru masuk hari ketiga, kalau aku dah kerja betul-betul aku call ko setiap hari sampai kau lemau. Tapi kau pun tak perfect kan. so adil laa. 


Ala setakat aku ni, mana layak jadi girlfriend kau , aku mana cantik ngan hot macam ex couple kau. semuanya menghadap kamera..lighting.... tuh kau kata dulu kan? tak tahu la betul ke tak tapi aku percaya jela. Nak dibandingkan dengan aku? Memang aku ketinggalan la kan. Aku tengok ramai juga perempuan-perempuan lawa ,cantik, hot borak ngan kau kan. Bapok pun ada. Walawehhh! Be proud of urself laa.,bro! Tapi, masa aku baca setiap status dan lain2 tentang kau ngn diorang, hati aku tersentap sekejap, lepas tuhh aku tak sakit hati langsung. Aku online buat macam biasa je happy ngn kengkawan. Kadang-kadang aku pun confius tentang hati aku. Hati aku ni just suka kat kau ke?? sekadar nak have fun je ke?? or ada kasih sayang untuk kau?? Waduhhhhh pening aku fikir doe!



Mana aku tahu, belakang aku , kau ada simpan perempuan lain ke kan. Aku dah ckp dulu, nak ada skandal ngn perempuan mana, bagitahu aku duluu, aku tak akan add  facebook perempuan tuh, nak buat apa add,lepas tuh jadi stalker,stalk ape kau borak ngn dia,thats not my style laa,tak guna bergaduh pasal lelaki yang bukan sah pun jadi suami lg.just tgok gmbr default cukup, nak tgok juga dia lawa ke tak, haha. tp bila aku ckp aku pun boleh ada skandal, reti pulak kau cakap tak boleh kan hahaha.



aku rasa kita couple pun bukan serious sangat pun, sebab aku tak rasa pun serious. macam couple budak-budak pun ada hahaha. apahal laa otak aku biol sangat boleh terima lamaran kau dulu, engkau la punya pasal pandai buat lawak sampay aku tergelak tengah2 malam. kan aku dah cair. Tapi kan, macam yang aku jangka, aku ni kan dah lama tak couple since break dengan ex couple aku yang dulu, so dah aku agak dah perangai kau bukan stick macam tuh sampai bila2. Lelaki selalu berubah. Masa nak tackle jbukan main pandai buat lawak, bila dapat? tengok laa sendiri dan buktinyaa aku terus jadi beku balikk sekarang.



Tapi aku tak kisah, sebab pemikiran kita tak sama, kalau aku jumpa kau tahun lepas dan sebelumnya, mungkin aku boleh masuk la dengan gaya hidup kau, sebab dulu aku pun macam kau yang sekarang. Cuma yang silapnya aku jumpa kau lambat . Masa aku dah berubah mendadak baru la kau datang dalam hidup aku. so haluan kita dah lain. Kau ikut kanan, aku ikut kiri. kau ikut belakang, kau ikut depan. alright? 




Dah laaa, pergi mampos la dengan cerita sedih aku ni. Sekarang cerita happy pulak, Tadi dalam around pukul 8 malam. My mum and aku terserempak dengan seorang lelaki. Dia tinggi lampai, putih, bergaya dengan baju kerja, suka sangat senyum kat orang tua especially mak aku. Aku tersengih-sengih dah masa tuh sebab tiba2 kutu gatal merayap satu badan. haha. dia tegur mak aku. dia cakap " Macekkk ( smbil senyum)" Mak aku balas " yeee, baru balik kerja, lambat balikk ( senyum ) " Bermula lah adegan senyum menyenyum antara diorang. Lepas tuh lelaki tuh panggil aku " adikk" Ohhh DAMNN! ADIK? WHT THE? pangkat adik je aku dapat? hahahaha. aku pun terpaksa lah panggil dia dalam panggilan "abang" . tak best laa abang haha




Masa abang tuh blaahhh, mak aku tersenyum la, aku dah tergelak2 besarr . Aku cakap " eleehhh suka la tuh" Mak aku tersenyum dan kata " handsome budak tuh, suka senyum, tinggi, badan tak gemok tak kurus, putih, segak pergi kerja, hormat org tua" sumpah tergelak besar aku bila dengarr. badan tak gemok tak kurus.hahaha.  Dalam hati aku, aku dapat agak yang mak aku suruh aku cari lelaki yang macam tuh, sikap dia yang hormat orang tua dan suka senyum tuh yang mak aku suruh aku crik,, pasal rupa tak penting, tapi kalau ada rupa tuh merupakan satu bonus... 



Akhirnya,, abang tuh berlalu dan menghilang di bawah lampu jalan raya......... byebye abangg .




SORRY LA GUYS, AKU PUAS SIKIT DOE SEKARANG LEPAS TULIS SEMUA NI.



No comments:

Post a Comment

I value your comment :)