Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Sunday, December 19, 2010

Lelaki

Dulu masa kecik-kecik dalam lingkungan 12 hingga 14 tahun . (Sekarang 17 kira dewasa lah tu hehe.) Masa dulu Cha selalu sangat tengok cerita-cerita cinta. filem Korea yang romantik dan kelakar . Bila pasangan tuh bertemu secara tiba-tiba lalu bergaduh, lama kelamaan jatuh cinta. filem Hindustan pun tak ketinggalan. Dulu Cha siap practise nyanyi sambil menari lagu hindustan masa mum takde rumah.  Bila mak balik marah sebab bunyi bising dengan lagu Hindustan, buat muka tak tahu. Hahaha. Lepas je tengok filem-filem macam tuh, confirm masa tidur mesti mimpi bab bercinta. haha




Sampai sekarang pun Cha tengah fikir siapalah lelaki tu. mengelamun sekejap... Masalahnya still tak jumpa lagi. Sebab tak semua perfect macam ada kat filem-filem yang Cha tengokk. Ye la mana tak nya. Filem semua tu guna pelakon-pelakon perempuan yang comel, cantik, lawa. Pelakon lelaki pulak jangan cerita.Memang dibuat tak tidur malam. Hahaha. Lepas tuh, mesti ada salah satu yang kaya, berpelajaran. siapa tak nak kan. Macam bestie Cha selalu cakap, zaman sekarang susah nak dapat yang perfect macam tuh. Penah jumpa lelaki yang macam ni .....  

  1. Handsome
  2. Pandai
  3. Kaya
  4. Berperangai elok


Kalau korang ada jumpa, lebih baik cepat-cepat tackle jangan terlepas dek orang lain. hahaha. Kenapalah filem-filem cinta tak guna pelakon yang tak berapa nak ada rupa. Barulah penonton yang tengok tak terpengaruh nak cari lelaki yang handsome je kat dunia nyata ni. haha. macam saya.  Eh bukan-bukan. macam member saya.  Sebab Cha ni salah satu peminat filem Hindustan, malam ni Cha nak mimpi pasal seorang putera bawak kuda putih sambil pakai baju pengantin jemput Cha pergi kahwin. Bhahaha. Ni semua filem Chori Chori Chupke Chupke punya pasal !!



perbualan Cha dengan Mum pada suatu ketika dahulu . Lama sudah

Cha ; Mum, nanti kan. masa orang dah besar, orang nak kahwin dengan lelaki handsome 
Mum ; Amboii, orang tengok hati bukan tengok muka. Tengok muka lama-lama tua juga 
Cha ; Takpelah, orang nak kahwin dengan orang Barat
Mum ; (senyap sekejap) . Hmmmm (keluh) . Kahwin la kalau kau dapat . Hahahah  
Cha ; Haishhh ( geram)

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)