Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Monday, December 13, 2010

Getting Slim to Maintain Healthy Life

Daripada photos Cha, Im sure yang semua penonton akan beranggapan Cha seorang gadis yang gemok. Ceh *penonton* hehe. Betul kan? Sebenarnya Cha bukan gemok, berisi je. Okay dah boleh ambil baldi sebesar-besarnya untuk muntah bila dengar statement saya yang berani mati ni! hahaha. Weh betul la Cha tak gemok, berisi je ! Dah dah jangan gelak! Kalau tak kena ketumbit besar-besar atas mata! Grrrrrr!



Sempena menyambut hari kemerdekaan saya yang baru lepasan SPM dan juga sempena menyambut Hari Krismas , Cha akan berusaha untuk dapatkan bentuk badan idaman para jejaka ! Ecececehhh :P * Dah boleh ambil baldi tadi* Depan korang semua yang tengah baca, Cha berjanji akan sentiasa exercise dan kurangkan tidur dan satu hari nanti akan ada picture saya yang macam ni.. 






Bukan bermakna Cha akan upload sebijik macam gambar kat atas ni. Gila kah? haha.
Tapi apa salahnya kalau cha terus berusaha dan berusaha untuk dapatkan six pack dan bentuk badan berketol - ketol macam bawah ni. Boleh belasah orang . Roarrrrr! hehe


Dengan itu, saya berjanji depan semua akan berusaha sekeras-kerasnya hingga ke titisan peluh yang terakhir! Kalau Cha masih tak dapatkan bentuk badan yang slim, boleh lah beramai-ramai ejek saya okay! Wahhh statement ni adalah statement pertama saya yang cukup susah saya nak taip !!! Gelak la, kutuk la apa-apa tapi janganlah teruk sangat ye, hahahaa :P 




P/S ; Ain, jom pergi jogging pukul 5.30 nantiiiiiii.Cepatlah aku tungguuuuuuuuuuuuu ! 

No comments:

Post a Comment

I value your comment :)