Followers

About Me

My photo
A woman who still thinks she is still a little young girl

Wednesday, December 08, 2010

Feel Guilty

Kadang-kadang orang tu sayang sangat kat kita. Bila kita sedih, kita gembira, kita bosan, selalu je dia ada. Pernah suatu ketika dia minta sesuatu yang sangat dia harapkan, sangat dia inginkan. tapi apa kita buat? Kita bagi alasan macam-macam. Tak boleh laa, sebab tuhhh ,,,, sebab ni..... Okay dia pun just pasrah je, Dia cakap settlekan dulu urusan kita, lepas tu baru penuhi hasrat dia. Kita pun sebab nak lepas dari keluhan dia cepat-cepat cakap "okayyy" . 


Tapi lepas urusan kita dah selesai, langsung kita tak fikirkan dia. perasaan dia. Malah kita buat sesuatu yang buat dia tambah sedih dengan sikap kita. Tapi dia tak pernah bagitahu. Tak pernah nak melenting. Dia cuma pendam apa yang dia rasa. Masih tunjukkan rasa gembira kat semua orang..padahal masa tuh kita tahu yang dia tengah pendam perasaan dia sebab kita. Hati dia sakit sangat sebab dah kena tipu hidup2 dengan kita. Tapi dia senyap je, kita tak tahu dia senyap tuh sebab dia tak mahu marah , nanti kecik pulak hati kita, ataupun dia senyap sebab dia tengah nak kumpul kan semuaa kebencian pada kitaa. 



Kita tahu apa yang dia rasa, apa yang dia fikir . Tapi pernah kita minta maaf kat dia? Kita punya ego punya lah tinggi macam KLCC ! Kita rasa segan nak minta maaf pada dia. Takut dia mula start pasang harapan balik pada kita. Tapi kita tak mahu itu semua. Dia mengharapkan semuanya pada kita. Lama sangat dia tunggu kita. Tapi kita, bila dah dapat orang yang boleh penuhi citarasa kita, penah kita fikirkan dia? Lagi la kita layan orang yang ala "perfect" tuh bagi kita. Apa orang tuh nak , semua kita turutkan. Eventho orang tuh minta perkara yang bukan2 pada kita. Perkara yang salah! Tapi sebab nak penuhi hasrat, sanggup kita anggap "just let it go, lama2 okay la tuh" . Tapi kita lupa pada orang pertama yang sayang kita bagai nak mati tadi ! Dia tak pernah minta sesuatu yang salah . Dia cuma minta jaga hati dia. dia nak rasa mcm mana disayangii. Tapi, ada pernah kita fikirkan perasaan dia??





No comments:

Post a Comment

I value your comment :)